Friday, August 28, 2015

Ayam Pongteh Dengan Taucu

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Resepi ayam lagi hari ni... jangan maraa haa.... nak buat macamana kat rumah ni ayam kegemaran anak2. Kalau masak ikan mesti ada yang moncong... sanggup makan sayur je tak dicuitnya ikan tu... perangai abang Haziq la tu...  anak2 lain ok je makan ikan... hehe... macam2 kerenah anak2 ni kan...

Resepi ni dari buku resepi Chef Wan... saja cuba2 ubah selera sikit... TQ chef.. Tapi MaDiHaA punya tu macam terlebih kicap pulak... legam sikit... hihi..



Ayam Pongteh Dengan Taucu
Resepi : Chef Wan
Sumber MaDiHaA aka Ratna

Bahan2
3 sudu besar minyak masak
15 biji bang merah ~ kupas dan hiris nipis
7 ulas bawang putih ~ kupas dan hiris nipis
1/2 ekor ayam ~ potong sesuai rasa
1 1/2 sudu makan taucu
1 sudu makan kicap cair
1 sudu makan kicap pekat
1/2 inci halia kupas & hiris halus
2 kuntum cengkih
1 kuntum bunga lawang
5 biji cendawan cina ~ rendam dalam air panas hingga kembang & tus (MaDiHaA tak letak no stok)
2 biji kentang saiz kecil ~ kupas & potong ikut suka
380 ml air
1 biji cili merah ~ hiris
1 biji cili hijau ~ hiris
1 sudu makan gula
1 sudu teh lada sulah/lada putih yg dikisar
daun ketumbar utk hiasan (takde stok gak)

Cara menyediakan
1. Panaskan minyak masak di dalam kuali dan tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga perang keemasan.
2. Masukkan ayam, taucu, kicap cair, kicap pekat, halia, bunga cengkih, bunga lawang, cendawan cina, kentang dan air. Kacau dan biarkan mendidih.
3. Masukkan cili merah, cili hijau, gula, lada sulah. Perlahankan api dan biarkan ia masak sedikit sambil dikacau tunggu sehingga ayam empok.
4. Hiaskan dengan daum ketumbar & hidang panas2.

Selamat mencuba!

Thursday, August 27, 2015

Ayam Goreng Sambal

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Kongsi resepi ringkas je hari ni.   Ini antara menu kegemaran suami & anak2 MaDiHaA.  Kalau masak ni.. berseleralah mereka.  MaDiHaA pun suka masakan bersambal macam ni.  Sekarang ni dah senang sikit kerja MaDiHaA sebab anak2 semua dah boleh makan yang bersambal2 & pedas2.. jadi tak perlulah nak masak lain2 menu.  Apa yang kami makan.. anak2 pun dah boleh makan sama... lagipun sambal macam ni tak berapa pedas sangat... even jika buat sambal guna cili padi sepenuhnya pun anak2 dah boleh makan...

Jom MaDiHaA kongsikan resepi ayam goreng sambal yang marbeles ni.... biarlah nak kata masuk bakul angkat sendiri pun.. sebab memang sedap ditekak kami... hihi.. Cubalah kalau ada yang teringin nak merasa tu ye...



Ayam Goreng Sambal
Resepi : MaDiHaA aka Ratna

Bahan2
1/2 ekor ayam ~ potong saiz kegemaran & cuci bersih & tos (MaDiHaA buangkan kulitnya)
garam & serbuk kunyit secukupnya
1 batang serai ~ diketuk
1 keping asam gelugur
minyak secukupnya
1 sudu kecil gula
garam secukup rasa
serbuk perasa secukup rasa
1/2 cawan air

Bahan Untuk Sambal
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
3 biji cili merah
8 - 10 biji cili padi hijau

Cara menyediakan
1. Ayam dilumur garam & serbuk kunyit lalu digoreng sederhana garing. Angkat & ketepikan.
2. Bahan2 untuk sambal dipotong2 sdikit, cili merah dipatah2kan masuk dalam blender. Masukkan sedikit air & kisar berhenti-henti & lakukan sehingga 15 kali. On off - on off. Tujuan untuk mendapatkan kisaran yang agak kasar ye... Kalau on terus blender tu nanti kisaran agak halus. Untuk dapatkan sambal yang kasar2... kena on off on off blender berkali2 ye. 
3. Panaskan minyak lalu tumiskan serai & bahan kisar hingga naik minyak. Sebelum tu.. boleh campaknya asam gelugur. Bila tumisan dah naik minyak, bolehlah masukkan gula, garam & serbuk perasa serta air.  
4. Bila mendidih... masukkan ayam & terus gaul rata. Biarkan ia secukup rasa & bolehlah dihidangkan.

Selamat mencuba!

Tuesday, August 25, 2015

Keledek Goreng Rangup (resepi hotel katanya......)




Assalamualaikum & salam sejahtera...


Hujung minggu baru ni MaDiHaA goreng keledek untuk minum petang.  Guna resepi ni hasilnya memang rangup sangat2.  Cicah pula dengan sambal kicap memang bertambah sedaplah.  Dapat teh o suam2... hmm.. memang layan...


Resepi ni memang antara yang terbaik. Memang rangup masa panas2 tu.  Memang puas hatilah kalau kita nak serve panas2.  Cuma ia tidak kekal lama... bila dah sejuk tepongnya akan jadi lembik.  Mungkin kalau nak kekalkan kerangupannya... kita boleh guna tepong beras saja kot.  Nanti boleh buat ujikaji sendiri ye.  Tapi kalau nak resepi tepong gorengan rangup yang kekal lama.. boleh cuba resepi yang MaDiHaA pernah kongsikan dulu... klik  SINI ye.  Resepi tu kerangupan tepongnya memang bertahan lama. Sesuai sangat digunakan untuk buat jualan sebab walaupun pisang atau keledek dah sejuk.. kerangupannya masih kekal.. apa2pun.. jom kita semak resepi ni dulu... kalau untuk makan terus.. boleh guna resepi ni...



Keledek Goreng Rangup (resepi hotel)
Resepi : Hairul
Sumber : FB

Bahan2

2 cawan tepung beras
2 cawan tepung gandum
5 sudu besar santan (santan kotak)
1/2 sudu besar baking powder (jenama Royal)
1/2 sudu besar garam
1/2 sudu kecil serbuk kunyit (pewarna)
1 biji telur

air secukupnya
2 sudu besar marjerin - dipanaskan hingga cair dan disejukkan.



Cara menyediakan
1. Satukan semua bahan kecuali air dan marjerin cair.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit hingga adunan agak pekat - adun guna tangan bkn sudu.
3. Masukkan marjerin cair juga gaul dengan tangan.
4. Celup pisang/keledek dan goreng dalam minyak yang panas.


*adunan ini sesuai digunakan untuk menggoreng cendawan, keledek, cempedak, roti, tempe dll

Selamat mencuba!

Monday, August 24, 2015

Pulut Kuning Berhias & Kek *Tempahan*

Assalamualaikum & salam sejahtera...


Sejak handphone MaDiHaA rosak sebelum raya hari tu... terpaksa MaDiHaA tutup order untuk sementara kerana masalah komunikasi.  Alhamdulillah sekarang telefon dah kembali berfungsi & dengan itu MaDiHaA buka order kembali.

Untuk tempahan pertama selepas raya MaDiHaA terima tempahan ulangan iaitu dari Kak Izan yang dah masuk kali ke 2 order pulut kuning berhias.  Terima kasih kak sudi order & sokong bisnes kecil saya.  Syukur alhamdulillah Kak Izan suka dengan hasilnya. Saya ucapkan semoga majlis itu berjalan lancar... Amin...




Ini pula tempahan ulangan dari En. Asri.  Dulu pernah tempah pulut kuning hari jadi.  Kali ni tempah Kek Lobak Merah Kacang Pecan & Kek Kelasi Mabuk (dua2 special request ni).  Mohon maaf rupa kek kurang memuaskan.  Harap2 tidak menjejaskan rasa.  Kek Kelasi Mabuk tu memang sangat2 sedap.  Terbayang2 keenakkannya... Kek Lobak Merah tu pula... istimewa sikit sebab permintaan customer nak letak kacang pecan... selalunya kita letak kacang walnut.  Tapi customer tak kisah pasal harga... so kita ikut jelah.  Kacang pecan ni mahal betul harganya... terkejut tengok harga kat kedai bakeri.. huhu...



Ini rupa Kek Kelasi Mabuk yang MaDiHaA pernah buat dulu... Jika ada yang berminat nak mencuba.. boleh klik resepi kat sini

Jumpa lagi..

Thursday, August 20, 2015

Rich Chocolate Pudding

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Hari ni kongsi resepi puding coklat yang sangat sedap ni pula ye. Puding ni antara yang sempat MaDiHaA sediakan semasa tetamu (sepupu2) datang berkunjung ke rumah tempohari. Dah banyak kali buat puding ni & memang mendapat sambutan sebab ianya sedap! 

Terima kasih pada kak Jun yang berkongsi resepi. Oleh kerana MaDiHaA buat menggunakan agar2 strips... jadi cara menyediakan tu MaDiHaA edit ikut cara MaDiHaA masak ye..  Kalau guna agar2 serbuk.. kaedah penyediaan lagi mudah sebab boleh campur terus bahan2 (kecuali butter) & masak je sampai pekat, akhir sekali baru masukkan butter.

Jom sapa2 yang nak cuba....

 
RICH CHOCOLATE PUDDING
Sumber: Myresepi @ junjs11

 
Bahan-bahan ( 1 loyang sederhana besar )
½ cawan serbuk koko*
1 cawan gula
½ cawan susu tepung*
½ sudu teh garam
4 ¼ cawan air (MaDiHa letak 4 ½ cawan)
4 sudu besar tepung jagung*
½ sudu teh esen vanilla
3 sudu besar butter
1 paket serbuk agar2 (10-11gm) (MaDiHa guna agar2 strip jer.. lebih kurang 2/3 dari bungkusan 25gm tu... so resepi kat bawah ni ikut cara yang MaDiHa masak yer )

Cara Membuatnya
1. Basuh agar2 strip. Didihkan 2 ½ cawan air dengan agar2 strip. Biar hingga agar2 larut sambil sesekali dikacau2.
2. Bancuhkan bahan2 bertanda * dengan 2 cawan air (baki air tadi) hingga larut menggunakan whisker kemudian tapiskan ke dalam agar2.
3. Masukkan gula, garam, esen vanila & biar mendidih sambil dikacau2 supaya tak berkerak.
4. Akhir sekali masukkan butter & kacau hingga butter cair & pudding agak pekat (bukan pekat sgt ye )
5. Tuangkan ke dalam loyang yg sesuai & biarkan pudding beku.
6. Untuk lebih sedap lagi.. masukkan loyang yg telah sejuk ke dalam peti ais.. Bila dah betul2 beku bolehlah dipotong2 dan dihidangkan.



Selamat mencuba!

Tuesday, August 18, 2015

Laksam

Assalamualaikum & salam sejahtera...



Bz sikit lately ni. Jom MaDiHaA kongsikan resepi Laksam.  Menu pantai timur Terengganu & Kelantan yang sangat popular di sana.  Dah lama juga MaDiHaA tak membuatnya.  Inilah menu yang MaDiHaA sempat sediakan masa pak saudara dari Terengganu & mak saudara dari PJ, serta sepupu2 datang bertandang di rumah MaDiHaA.  Sebenarnya.. dah 2 kali buat gara2 tak puas makan. Masa buat kali pertama tak sempat nak ambik gambar yang proper pun.. hihi..   Kali kedua.. buat lagi masa semua sepupu2 datang berkunjung ke rumah.  Kali ni baru sempat ambik gambar.. Tapi masih tak sempat nak ambik gambar yg siap hidang dalam pinggan.. yang terhidang kat meja je yg sempat ambik gambar.. haha.. Walaupun cerewet sikit & agak ambil masa menyediakan... tapi berbaloi2 sebab semua tetamu suka.. hihi...



Laksam


Bahan bahan laksam
3 cawan tepung beras (seeloknya guna cap 3 gajah/ 5 gajah)
1/2 cawan tepung gandum
5 cawan air suam


Cara menyediakan
1.Bancuh semua tepung dengan air hingga rata.  Kemudian tapiskan.  

2. (kaedah microwave) Sapu minyak pada pinggan, tuangkan sedikit adunan tadi dlm pinggan, dan masukan dlm microwave selama 2minit pada suhu 900w.  Bila dah masak tunggu sejuk sebentar baru gulung.
3. (kaedah periuk pengukus)  Pastikan panaskan dulu kukusan.  Sapu minyak masak pada tutup periuk. Masukkan dalam kukusan. Tuangkan adunan & kukus selama 10 minit.
4. Bila dah masak, sejukkan sekejap kemudian, gunakan pisau plastik & kuis2 laksam dari tepi & gulung perlahan2 menggunakan pisau tadi & letakkan dalam pinggan lain. 
5. Boleh terus sambung mengukus dengan menyapu minyak pada tutup periuk tadi tanpa perlu dicuci walaupun ada kesan2 tepong yang melekat. Ulangi cara yang sama sehingga adunan habis.



 

Bahan-Bahan Ulam & Sambal
Timun -potong halus memanjang
kacang panjang - potong halus
Daun kesum - hiris halus digaul bersama kacang panjang
taugeh - buang ekor & cuci bersih
limau nipis

Untuk sambal boleh guna cili kering blend halus (campur air masak sikit je ye) atau boleh juga gunakan cili padi tumbuk halus (Nak tumbuk campur belacan sekali pun boleh)
belacan tambahan jika suka


Bahan Untuk Kuah
6 ekor Ikan selayang - rebus + garam & asam keping
1 biji kelapa - ambil santan secukupnya
3 keping asam keping
5 ulas bawang merah

1 hiris halia
Sedikit lada hitam tumbuk
Garam secukup rasa

Cara menyediakan
1. Ikan diambil isinya sahaja dan blend dengan bawang & halia.
2.Campurkan semua bahan2 di atas dan masak atas api sampai mendidih dan pekat. 



Cara menghidang
Potong laksam pendek2. Taburkan ulam2an, perah limau, curahkan kuah dan bubuh sambal belacan. Gaul rata & sedia untuk dinikmati. Jika kurang masin, boleh taburkan sedikit garam ikut selera masing2. Jika suka belacan lebih.. boleh tambah belacan & ratakan belacan dalam kuahnya.

Selamat mencuba!
 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...