Thursday, June 27, 2013

Sausage Mixed Vege Bun

Assalamualaikum & salam sejahtera semua....


Tau tak dua tiga hari ni MaDiHaA dilanda angin malas nak memasak.  Dah 2 malam tak masak dinner... hihi... hari Selasa beli makanan pasar malam.  Ni semua gara2 anak cuti sekolah sebab jerebulah ni.  Sempat menyinggah pasar malam sebab tak perlu rushing jemput anak kat sekolah sebab semua anak2 ada kat rumah pengasuh.  Kesempatanlah beli makanan pasar mlm.. hihi.. Hari Rabu semalam pula beli Ayamas & masak nasi je.  Tapi hanya Haziq je makan nasi.. yg lain2 meratah ayam je takmo nasi.  Banyak nasi berlebih semalam.  Nak goreng untuk sarapan pagi tadi pun tak rajin jugak... apa nak jadi ni???  Harap2 petang ni mood malas dah takde.  Kesian kat sayur2 & lauk2 basah yang en. hubby beli dari hari Isnin aritu tak terusik lagi.  Nampaknya malam ni menu nasi goreng jela kot.. kot rajin sikit buat sup cendawan tiram.. takut juga lama2 nanti rosak sayur2 yang abang dok beli tu.. haiii la encik mahMOOD... kemanakah engkau menghilang??



Kalau dah kata malas masak... usahkan nak memasak yg biasa2.. nak bereksperimen lagilah malas kan... Jadi hari ni MaDiHaA share resepi dari gambar2 lama jelah ye... Tapi semestinya gambar2 yang belum dikongsi lagi di blog ni lah... Sebenarnya resepi roti basic ni dah pernah dikongsi sebelum ni.  Cuma olahan menjadi Sausage Mix Vege Bun ni je yang belum pernah dikongsi di sini...

Okay jom layan.. TQ kepada empunya resepi Puan Roshayati Johari untuk resepi roti basic yang sangat sedap ni.  Sangat sesuai diolah menjadi apa2 roti samada versi savoury atau versi manis.  Resepi ni asalnya MaDiHaA salin dari fotopages MamaFaMi... TQ mama..


BASIC BREAD RECIPE 
Source : Roshayati Johari

Ingredients :

(A)
500g bread flour/high protein flour
100g sugar
1 teaspoon salt
30g milk powder
1 teaspoon bread improver (optional)
1 teaspoon bread softener (optional)
4 teaspoons instant dry yeast

(B)
250ml water
1 egg (lightly beaten)

(C)
40g butter
40g shortening

Method :
1. Mix well all ingredients in (A)
2. Add (B) into (A) and knead till smooth.
3. Add (C) and continue kneading till smooth and shiny and dough does not stick to your hand.
4. Leave to prove for 30 - 40 minutes.
5. Punch down the dough to let the air out.
6. Divide the dough according to the weight you wish. Make into balls and leave to rest for 10 minutes.
7. Shape accordingly.
8. Leave to prove for 40 minutes - 1 hour.
9. Preheat oven 180C. Bake till golden brown. (about 15 minutes)





Untuk buat Sausage Mix Vegetables Bun ni.. antara bahan2 tambahan yang diperlukan selain bahan2 roti basic di atas sila rujuk resepi kat bawah ye..  

Bahan2 Tambahan
15 batang sosej ~ (kuantiti ikut jumlah ketulan roti yg anda dapat) rebus sebentar, tos & dibelah 2 (ikut suka nak hiris2 pun boleh)
mix vege secukupnya ~ rebus sebentar & tos
sos cili
mayonis
sedikit susu cair utk sapuan pd roti






Cara2nya
1. Setelah doh naik utk proses perapan pertama (tengok step no. 4 kat resepi di atas). Tumbuk2 doh dan bahagikan doh ke beberapa bebola kecil. (MaDiHa dapat 15 ketul)
2. Ambil satu bebola tadi dan leperkan doh agak nipis dan letak atas tray yg dah disapu marjerin/mentega.
3. Perap selama 40 minit ~ 1 jam. (kalau nak cepat naik letak je dlm oven yg dipanaskan sebentar)
4. Panaskan oven 180C. Sapukan susu cair di atas bun. Aturkan sosej atas bun tadi. Taburkan mix vege. Paipkan mayonis & sos cili. Kemudian bakar roti selama 15 - 20 minit atau sehingga roti masak. 


Selamat mencuba!

Tuesday, June 25, 2013

Best Moist Chocolate Cake & cerita balik kampong..



Assalamualakum & salam sejahtera...




Cuaca yang berjerebu sekarang ni.. buatkan anak2 & MaDiHaA berasa kurang sihat.  Anak2 dah mula batuk2 & MaDiHaA sendiri pun dah mula sakit tekak.  Hujung minggu baru ni kami pulang ke kampong MaDiHaA di Pahang untuk membantu ma & adik membaja kelapa sawit. Tak sampai hati pula bila dengar adik cakap nak membaja sawit dengan ma. Sedangkan ma belum betul2 sihat lagi lepas pembedahan apendiks tempohari.  Ma dah beli 100 beg baja & alhamdulillah.. Sabtu lepas berjaya membaja sebanyak 70 beg.  Lebihnya tu.. nanti adik ansur2lah buat sikit2. Sebenarnya adik yang katanya nak membaja sama2.. tak dapat pula nak pegi ke kebun sebab anaknya kurang sihat.. demam pula.  Kalau tak tentu dapat disiapkan semuanya.  Takpelah.. Harap2 sempatlah adik siapkan sebelum menjelang Ramadhan.  Yang kelakarnya.. esoknya hari Ahad ma ajak pula kami pegi ambil buah sawit kat kebun sawit yang satu lagi.  Katanya sayang sebab mesti dah banyak buah yang dah masak sebab dah lama tak pegi ambik. Pokok sawit tu adalah pokok yang ma tanam sendiri kat kawasan tanah rezab bersebelahan dengan kebun sawit FELDA kepunyaan kami (kawasan paya yang ma upah tambak) rasanya pokok yang ada tak sampai pun 100 pokok.. hehe.. En. hubby yang kurang pengalaman memotong buah sawit terkial2 nak menyiapkannya. Maklumlah.. selama ni kerjanya di bidang lain.. disuruh menyabit kelapa sawit tentulah kurang mahir. Tapi alhamdulillah.. akhirnya berjaya juga menyabit semua buah2 sawit yang dah masak tu selepas kami bertiga bergotong-royong.  Hari tu semua anak2 kami angkut ke kebun sebab anak adik dah nampak sihat.. anak2 MaDiHaA pun ikut sekali... Bentang tikar bagi dorang piknik dalam kebun sawit.. siap berbekal nasi goreng dll.. hehe.. Hasil jualan buah2 sawit tu.. tolak dulu duit minyak pajero ma.  Kemudian bagi kat adik 30% sebab adik tukang kutip buah peroi aje.. Lebihnya tu.. Lepaslah duit minyak kereta kami pegi & balik.. bahagian ma takde sebab ma kata ambik jelah semua.. ma taknak.. hehehe... alhamdulilah.  Tapikan.. bila dah balik semula ke sini.. habis satu badan sengal2 dibuatnya... aduii.. letih juga dibuatnya.. dah lama tinggalkan kerja2 lasak gitu.. maklumlah stamina dah kurang..


Baru2 ni.. tekak terasa nak makan kek coklat.  Asyik buatkan untuk order aje kadang-kadang anak2 pun ada juga dok sebut2 teringin.  Kali ni mencuba resepi yang dah lama simpan iaitu resepi dari blog Nadz&Oven Kecil.  Menurut Nadz ini salah satu resepi kek coklat yang sangat sedap.  Alhamdulillah.. memang betul sedap kek ni.  Bila dibiarkan sehari.. kek jadi lebih moist.  MaDiHaA tak letak sebarang hiasan atau apa2 topping.  Makan macam tu je.  En. hubby yang kurang suka dengan kek pun boleh puji sedap.. maknanya memang sedaplah tu..  Yang kelakar masa MaDiHaA potong nak bagi pada jiran.. en. hubby pesan jangan habiskan.. dia belum puas makan.. hehe.. InsyaAllah nanti MaDiHaA nak buat lagi sebab tempohari kurang berpuas hati dengan hasil kek yang dibuat sebab kek sedikit merekah.  Mungkin silap MaDiHaA sendiri mungkin MaDiHaA terlebih pukul atau mungkin juga sebab MaDiHaA tak ikut saranan resepi yang mengesyorkan suhu 150C.  Konon2 nak suruh cepat sikit masak jadi MaDiHaA gunakan suhu 170C ikut sama macam Nadz.. hehe.. Mungkin oven MaDiHaA lebih panas dari oven Nadz.. so lain kali nak cuba ikut betul2 saranan resepi menggunakan 150C & kita lihat pula bagaimana hasilnya.  Walaupun rupa kek kurang cantik.. ia tidak menjejaskan rasanya.. Sedap, lembab & tak puas makan sepotong dua.  Yang penting.. suami & anak2 semua suka.. Terima kasih Nadz yang berkongsi resepi kek ni ye..


BEST MOIST CHOCOLATE CAKE

OLEH : Nadz@ovenkecil                                                                            



Bahan-bahan :

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan gula kastor
  • 3/4 cawan serbuk koko Hershey's (Naz guna yang biasa jer)
  • 2 tsp soda bikarbonat
  • 1 tsp serbuk penaik
  • 2 biji telur saiz A @ B
  • 1 tsp garam 
  • 1 cawan buttermilk (resepi buttermilk di bawah)
  • 1 cawan Mazola vege oil (Naz guna minyak jagung)
  • 1 1/2 tsp asen vanilla
  • 1 cawan air mendidih (boleh dijadikan 1 cawan kopi sekiranya suka)

Cara Penyediaan :

1.     Panaskan oven pada suhu 300 F (lebih kurang 150 C) untuk membakar secara perlahan. (Naz menggunakan suhu 170 C).

2.     Lapik loyang kek dengan kertas kalis minyak.

3.     Masukkan semua bahan di atas kecuali air mendidih ke dalam mixing bowl.

4.     Putar pada kelajuan sederhana selama lebih kurang 1 minit. Kemudian masukkan air mendidih dan teruskan memutar hingga sebati.

5.     Tuangkan ke dalam loyang.

6.     Bakar selama 1 jam atau sehingga kek masak sepenuhnya. (Naz bakar dengan suhu 170 C selama lebih dari 1 jam sebab mungkin loyang kek 7" X 7" yang digunakan menyebabkan kek lebih tebal dan perlu masa yang lebih untuk masak sepenuhnya).

7.  Cucuk kek dengan lidi atau pisau. Sekiranya pisau atau lidi yang dikeluarkan bersih, maknanya kek telah masak. Sekiranya terdapat adunan kek yang masih basah melekat pada pisau atau lidi, bakar lagi kek dengan tambahan masa 5 minit dan uji lagi selepas itu sehingga kek masak sepenuhnya.

8.     Sejukkan kek sebelum dinikmati atau dihias.









RESEPI SUBSTITUTE BUTTERMILK

RUJUKAN : frugalliving



Bahan-bahan :

  • Susu segar - lebih kurang 1 cawan
  • 1 Tbsp cuka masak atau jus lemon

Cara Penyediaan :

1.     Masukkan cuka masak atau jus lemon ke dalam jug penyukat.

2.    Tuangkan susu segar hingga menjadikan campuran tepat pada ukuran 1 cawan.

3.     Biarkan larutan berehat selama 5 minit.

4.     Boleh digunakan.

Selamat mencuba!


Thursday, June 20, 2013

Tempahan Apam Polkadot & Ladybug, Creampuff & Sandwich ~ Terima Kasih ya Allah rezeki dariMu..

Assalamualaikum & salam sejahtera....



Hari ni tiada resepi yang nak dikongsikan.  Minggu lepas sibuk sangat menyiapkan tempahan pelanggan.  Masak pun yang simple2 je.  Jadi Hari ni sekadar update beberapa tempahan baru2 ni yang tak putus2 sejak hari Sabtu, Ahad dan Isnin.  Syukur alhamdulillah di atas rezeki yang Allah berikan melalui tempahan2 dari customer yang sudi menempah ni...   Terima kasih juga diucapkan kepada semua yang membuat tempahan ni ye.. Jika ada yang terkurang MaDiHaA mohon di halalkan dunia & akhirat..

Masa dapat order yang berderet ni lah yang MaDiHaA berdoa sangat2 mohon Allah berikan kesihatan & kekuatan supaya dapat siapkan semua tempahan yang diterima.  Takut sangat kalau2 tiba waktu nak siapkan order kita pula tak sihat macam waktu balik kampong tempohari...

100 biji Apam Polkadot dengan aneka filling order dari Anje yang dah beberapa kali mengorder dari MaDiHaA.. thank you for your support Anje... Anje jadi customer tetap akak dah ni.. siap promote pula pada kawan2nya.. TQ dik..

Selain apam.. Anje order juga 50 biji creampuff.. alhamdulillah.. ada repeat order lagi lepas tu.. terima kasih Anje..



Tempahan Sandwich sardin & telur yang digabungkan dalam satu bekas.  Terima kasih pada yang order ni ya ... ini pun customer tetap juga ni.. dah beberapa kali order melalui makcik MaDiHaA..

100 pek kesemuanya...


50 biji Apam Ladybug order dari Yani... ada kesilapan sikit masa siapkan order Yani ni.. entah macamana boleh terkurang 5 ekor ladybug.. dah tersilap kira.. jadi terpaksalah ganti dengan 5 biji apam polkadot untuk cukupkan 50 biji... huhu... maaf ye Yani... Tapi Yani ni baik orangnya.. lepas dah sedar atas kesilapan tu.. MaDiHaA telefon minta maaf dengan dia sebelum dia datang ambil kuih.. dia cakap ok je kak.. dia tak kisah.. huhu.. terima kasih ye Yani..


Sebagai menebus kesalahan yang MaDiHaA buat.. MaDiHaA bagi lagi extra 6 biji apam polkadot.. heheheee...


Ini pula order dari kawan Anje... 100 biji juga... terima kasih Shila...


50 biji Apam Polkadot repeat order dari officemate Asmah... katanya anak2nya tak cukup makan yang dia order 100 hari tu sebab masa tu dia bawak makan kat rumah mak angkat dia.. hehe.. TQ Asmah..


Dan yang terakhir order dari Yus 100 biji juga... Terima kasih Yus sudi order dengan akak...

Jika ada yang berkenan nak order untuk apa2 majlis.. bolehlah order melalui nombor telefon yang tertera kat sebelah kanan tu ye.  Tapi dengan syarat sila datang ambil sendiri ye.. MaDiHaA tak buat delivery.. harap maklum.

Tuesday, June 18, 2013

Queenie's Sweet and Spicy Roasted Chicken



Assalamualaikum...

Salam sejahtera buat semua.. macam lama je tak jenguk blog ni.  Padahal baru je beberapa hari.  Weekend baru ni sibuk sangat menyiapkan tempahan customer yang berderet.  Tak sempat pun nak bereksperimen dengan resepi baru walau sebenarnya list resepi untuk dicuba berderet2.. hehe..  Masak pun masak lauk2 ulangan & nak ambik gambar pun tak berapa rajin sebab badan dah letih.  

Hari ni nak kongsi ayam panggang yang sedap resepi dari Queenie.  Resepi ni dikongsi oleh Queenie tapi sukatannya telah diberi secara tepat oleh Phong Hong yang telah mencubanya tempohari.  Jadi MaDiHaA terus je copy resepi dari blog Phong Hong.. senang dah ada sukatannya kan.. hehe.. terima kasih ye Phong Hong & terima kasih juga pada Queenie yang berkongsi resepi.

Walaupun ayam panggang MaDiHaA ni nampak tak menarik (terhangus sikit sebab belum pandai nak adjust masa panggang dalam pemanggang ajaib) tapi sebenarnya ayam panggang ni sangat sedap! Nampak je hangus tapi sebenarnya bukanlah rentung terbakar.. hehe.. Bahagian yang nampak hangus tulah yang sedap sebenarnya... & istimewanya bakar dalam pemanggang ni.. isi ayam tetap juicy & tak kering... memang sedap.. bakar pun tak perlu lama...

Kalau nak tengok versi yang lebih memikat.. bolehlah masuk ke blog Queenie & Phong Hong.. kalau tengok kat sana sure u all akan meleleh punya.. heee... MaDiHaA punya ni maybe tak cukup rempah ratusnya sebab buat 4 keping ayam tapi terlupa nak lebihkan rempah ratusnya.. lagipun semua kulit2 ayam memang MaDiHaA buangkan semuanya setiap kali memasak.. sebab tu ayam panggang MaDiHaA nampak kering & kurang berminyak.. (healthy concious la kunun) hehe.. tp no worries.. ianya masih sedap!  MaDiHaA minta izin ye Phong Hong & Queenie letak resepi ni kat sini... Thank you both of you...

Queenie's Sweet and Spicy Roasted Chicken

Recipe source : Adapted from Queenie

Source : Phonghongbakes



Ingredients :

- 3 chicken legs, thigh and drumstick separated. (MaDiHaA guna 4 keping saiz kecil & tak potong tapi MaDiHaA buang semua kulit ayam.. sebab tu ayam panggang MaDiHaA kurang berminyak.. hihi..)



Marinade :
1 tablespoon coriander powder (serbuk ketumbar)
1 tablespoon cumin powder (serbuk jintan putin)
1 tablespoon fennel powder (serbuk jintan manis)
1 teaspoon chilli powder (or chilli flakes or black pepper)
1/2 teaspoon turmeric powder
1 teaspoon salt
4 cloves garlic, pounded
1/2 inch ginger, pounded
3 tablespoons honey
2 tablespoons cooking oil
juice from 1 lime


Method :
1. Mix all the marinade ingredients together. Taste and adjust for seasoning.
2. Add chicken to the marinade and coat well.
3. Marinate for at least 4 hours or overnight.
4. Take marinated chicken out from the fridge and bring to room temperature.
5. Preheat oven to 180C.
6. Place chicken pieces on a lined baking tray. For the thighs, place it skin side down.
7. Roast for 30 minutes. At 20 minutes, turn the chicken pieces and continue to roast until chicken is cooked and browned.

Selamat mencuba!

Friday, June 14, 2013

Ikan Parang Masak Cuka

Assalamualaikum & salam Jumaat buat semua...


Alhamdulillah masih dipanjangkan usiaku hingga ke hari ini & masih dapat bernafas di muka bumi ini.  Sempena hari Jumaat yang mulia di bulan Sya'ban ini.. marilah kita sama2 perbanyakkan berselawat ke atas Rasulullah s.a.w.  Sama2lah kita berdoa moga kita semua dipanjangkan umur agar dapat pula kita bertemu bulan Ramadhan.. bulan penuh keberkatan.. amin..

Kesinambungan dari entry Acar Timun Ala Peranakan tu.. inilah dia salah satu lauk gandingannya. Tapi lauk ni.. kami suami isteri je yang makan sebab ikan jenis bertulang macam ni anak-anak memang tak pandai nak makan.  Jadi kenalah masak lauk lain untuk mereka..  Eh.. perasan tak? Dua2 lauk yang digandingkan ni dua2 lauk yang ada rasa masam2.... tekak ni tiba-tiba terasa nak makan yang masam-masam je.. ada apa2 ke tu? hihihi...



Resepi yang juga di ambil dari blog Mat Gebu... MaDiHaA buat berkuah sikit & sesuaikanlah bahan perasanya secukup rasa ye... Terima kasih Mat... macam biasa akak copy & paste resepi kat sini ye.. tang ikan tu.. akak dah tukar dari ikan tenggiri ke ikan parang..

Ikan Parang Masak Cuka
Resepi : Mat Gebu 
Sumber : MaDiHaA aka Ratna

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 - 3 keping isi ikan parang, cuci bersih dan toskan*
1/4 camca teh garam*
1/2 camca teh serbuk kunyit*(*disatukan dan gaul rata)
1 biji bawang besar, belah 6 dan leraikan
3 ulas bawang putih, diketuk
1 biji cili merah, hiris serong
1 biji cili hijau, hiris serong
1/2 inci halia, hiris halus
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
4 camca besar cuka makan (cm guna cuka Jalen)
Secubit serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air (jika suka berkuah)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan digoreng hingga kuning keemasan, angkat dan toskan. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang putih, halia, bawang merah, kulit kayu manis, bunga lawang dan serbuk kunyit hingga harum, masukkan cuka dan sedikit air. Kacau rata.
  2. Tambah garam dan gula secukup rasa. Masukkan ikan goreng dan hirisan cili. Kacau rata dan masak hingga pekat. Rasa dan jika perlu baru tambah garam. Tambah sedikit lagi air jika suka berkuah. Masak sekejap dan boleh matikan api. Hidangkan panas bersama nasi dan lauk2 lain.


Selamat mencuba!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...