Wednesday, February 29, 2012

Laksa Sarawak

Assalamualaikum...

Hari ni tayang menu yang dimasak long long time ago.......! Rindu banget mau makan Laksa Sarawak... Mula2 masak laksa ni dulu.. terasa sedikit pelik kerana kuah laksa ni bau rempahnya agak 'kuat' & seakan2 seperti bau rempah jamu ibu bersalin.. hehehe... tapi bila dah makan dua, tiga sudu.. ternyata ianya sangat2 sedap!

Laksa Sarawak bukan seperti laksa di Semenanjung yang gunakan laksa sebagai bahan asasnya sebaliknya Laksa Sarawak di makan bersama bihun yang dicelur. Sedapppp!!

Kat bawah tu resepinya yer.. tapi ini resepi yang menggunakan rempah segera. Belum ada kerajinan nak buat laksa Sarawak guna rempah buat sendiri... nanti2lah... orang Sarawak pasti lebih pakar masak Laksa Sarawak.. jadi jika ada kekurangan di sana sini dalam resepi ini.. sila2lah tegur yer.. hehe...




Laksa Sarawak (instant paste)
Sumber : MaDiHaA's Fotopages

Bahan Untuk Kuah Laksa
1 peket (200g) perencah laksa Haji Manan
500 gm udang segar ~ dicuci bersih tapi jangan buang kulitnya (MaDiHa guna 800 gm)
1 ketul dada ayam / boleh gantikan dengan kiub ayam (MaDiHa guna 1/4 ekor ayam ~ guna bahagian dada)
2 batang serai ~ diketuk
500 ml santan (MaDiHa guna santan kotak 400 ml + 100 ml air
2 liter air biasa
garam secukup rasa

Bahan2 Tambahan Lain
1 peket meehon (400 - 500 gm) ~ dicelur hingga lembut & tos
Taugeh secukupnya ~ dicelur sebentar
Daun ketumbar ~ untuk hiasan
4 biji telur ~ dijadikan telur dadar, digulung & hiris (MaDiHa guna 6 biji)
beberapa biji limau kasturi ~ dibelah 2 & buang biji

Bahan2 Sambal
5 biji cili merah
6 biji cili padi
sedikit belacan

Cara2
1. Jerang 2 liter air bersama2 dengan 1 ketul dada ayam tadi. Tunggu hingga ayam masak. Masukkan pula udang bersama2 dengan kulitnya dan biarkan hingga udang masak. Angkat isi ayam & udang lalu toskan. Ketepikan & tunggu hingga ayam & udang sejuk.
2. Sementara itu.. dalam air rebusan ayam & udang tadi.. masukkan serai yg diketuk serta perencah laksa sarawak Hj. Manan tadi. Kacau rata.
3. Biar hingga kuah mendidih. Masukkan pula garam & santan. Kacau sentiasa hingga kuah masak. Rasakan kuahnya biar secukup rasa. Tutupkan api.
4. Isi ayam rebus tadi disiat2kan halus2 & kopek kulit udang dan letakkan berasingan semasa menghidang.
5. Sediakan pula sambal dengan menumbuk semua bahan2 sambal.

Cara Menghidang Laksa Sarawak
1. Hidangkan meehun yg dicelur tadi bersama2 dengan isi ayam, isi udang, telur dadar yg dihiris, taugeh yg dicelur dan curahkan kuah laksa secukupnya.
2. Taburkan dengan daun ketumbar, sambal belacan & perahkan limau kasturi. Sedia utk dimakan.


Silakan.... Laksa Sarawak dah siap dihidang... hehe...

Tuesday, February 28, 2012

Apam Dot-Dot

Assalamualaikum & salam sejahtera buat semua....

Pertamanya.. nak mohon maaf sekiranya ada yang terasa hati kerana aku jarang2 melawat blog kalian ye.  Mungkin ada yang perasan.. MaDiHaA dah lama tak singgah blog kalian... Harap maklum.... bukanlah daku tak sudi nak jenguk2 blog kawan-kawan... tapi.. masalah komputer yang amat tenat ni yang membuatkan segalanya terbatas.  

Semasa update entry kadang2 bermasalah juga masa upload gambar... tapi  bertambah tenat bila 'melompat' ke blog kawan2... terus je PC ni slow motion. & kadang hang terus..  Kalau blog yg tak sarat.. alhamdulillah masih boleh lagi tinggalkan komen.. tapi kalau blog yg berat & sarat sangat umpamanya blog yang ada letak slide, video, audio dan sebagainya... memang langsung aku tak dpt nak letak komen PC terus hang gitu aje usahkan nak letak komen... nak pegi up & down pun tak boleh.  Nak tak nak.. kena keluar/off/restart baliklah jawapnya... Sedikit sebanyak.. mengganggu juga tugasan di tempat kerja bila  asyik kena restart & sebagainya... Itulah sebabnya aku betul2 tak boleh BW sangat skrg ni... (Kat rumah usah cakaplah.. memang hari kerja jarang benar ada waktu nak mengadap lappy)  Sekiranya PC hang tentulah mengganggu kerja juga... Kalau pun ada yg sempat ku lawat & tinggalkan jejak... mungkin sebab blog mereka 'ringan' atau mungkin masa tu aku pinjam PC meja sebelah yang tuannya keluar sekejap... hihihii.... Syukur alhamduillah.. request utk PC baru telah pun approved... mungkin dlm minggu ini atau minggu depan dapat le kot PC baru... hehe.. Dapatlah membuat kerja dengan pantas & tuntas.... & dapatlah juga buat kerja 2 in 1... hehe... sabau jelahh.... ni bos bagi gaji suruh update blog ker? wakakaa.... no komen.. nak buat cemana dah hobi.. asalkan kerja tak terganggu.. ye... sebab taknak terganggu kerja la aku kena berkorban takleh nak BW sgt skrg ni.. ngeeee...

Apam Dot-dot yang diorder...

Oklah.... layan resepi Apam Dot-dot yang sememangnya cute miut ni yer... Rasa2nya.. sejak2 blogger demam apam dot-dot ni dulu.. hati tak terbuka pun nak membuatnya.. tapi bila nampak apam polkadot versi lady bird tu barulah terbuka hati nak mencuba.  Seronok pula membuatnya! Bulan lepas masa balik kampong waktu ma buat majlis Yasin & Marhaban... terasa rajin pulak nak mengedot.. jadi buatlah juga apam dot-dot buat tetamu... memang seronok membuatnya.. lagi2 bila ramai yg membantu.. hehe.. sampai 6, 7 adunan pun tak terasa penat.  Baru2 ni.. terasa teringin pulak nak makan apam dot-dot ni sebab masa kat kampong aritu memang tak berkesempatan sangat nak menikmatinya disebabkan kesibukan terlampau.. jadi minggu lepas barulah sempat buat... kebetulan.. ada pulak kawan yang nak order... teruslah laju aku mengedotnya.. hehee.. buat terus untuk order & untuk makan2... Terima kasih kepada tuan punya resepi ni iaitu Lilydvalley...& thanks juga buat Hana sebab resepi ni memang aku copy dari blog Hana yang baru je buat come back... hehe.. Tahniah Hana dengan kelahiran puteri Dania yang sangat2 comel ittew... dengarkanlah pantun dua kerat dari akak ni yer...


Diam-diam ubi... berisi keledek...
Diam-diam Hana... Darwish dapat adik...


muahahahaa... sila2.. silalah jawap yer...



Apam Dot-Dot
Resepi : LilydValley
Sumber : Hanamemories
Bahan-bahan
  • 3 biji telur - dari peti sejuk
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus (MaDiHaA kurangkan ke 180 gm)
  • 150gm susu segar
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovallete
  • Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
  • Pewarna
  • 1 sudu kecil esen vanilla (MaDiHaA tambah spt saranan Hana)
Cara-cara
  1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
  2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
  3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
  4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
  5. Picitkan blueberry filling secukupnya.
  6. Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.
  7. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit.
NOTE dr Hana:
  • Jangan buka api besar semasa mengukus. Guna api sederhana je yer! Kalau tak nanti pecah aka kembang mekar setaman! jadik ler kang apam mekar! hihi.. (berdasarkan pengalaman..:D).
  • Buh esen vanila utk mengurangkan bau telur. 
Selamat mengedottt....

Monday, February 27, 2012

Black Beauty Chocolate Cup Cakes

Assalamualaikum....

Quick entry je untuk hari ni... ada kerja le pulakk...


BLACK BEAUTY CHOCOLATE CAKE (MaDiHaA jadikan cup cakes)
sumber : chef zubaidah 
copy dari Blog Maklang Azie..T.kasih byk2


BHN A
2 cwn tepung gandum/superfine (mklang guna tpg gandum)
¾ cwn serbuk koko
2st soda bikarbonat
2st b/powder

BHN B
2 cwn gula castor
1 cwn susu cair
1 cwn myk masak @ butter dicairkan
1 cwn air panas suam
1sb emulco
3 biji telur

Cara
Ayak Bhn A, ketepikan
Campur semua Bhn B dan kacau sebati (guna whisker aje)
Masukkan Bhn A dan gaul rata
Bakar 50’-1 jam, suhu 150C, api atas bawah
Guna loyang 8x8

Cupcakes order dari kawan kakak Dini... beria2 mintak buatkan lagi lepas bagi muffin kat dorang hari tu... jadi buatla juga...

Yang ni pun sama juga.. cuma hari berlainan..

Yang ni kakak Dini punya... hehe..

Selamat mencuba..

Friday, February 24, 2012

Daging Masak Hitam

Assalamualaikum....

Menu yang di masak seminggu atau dua minggu lepas... terlupa dibuatnya sebab lama sangat simpan gambarnya.. hehe.. Apa2pun.. lauk ni sedap & mudah aje menyediakan. Bahan2 pun ringkas... Yang penting.. suami & anak-anak suka... Sedap dihidang bersama nasi putih atau nasi berperisa.

Resepi seperti di bawah ilham dari Majalah Mingguan Wanita yang aku ambil dari fotopages kazen ku Ida Marlida. Tq Ida... kemain lama kaklong simpan resepi ni... baru ni sempat mencubanya.  Ternyata memang sedap!  Actually.. bahan2 resepi ni lebih kurang sama dengan resepi yang biasa aku masak gunakan hati lembu... bezanya cuma resepi ini tak guna serbuk kunyit..


Daging Masak Hitam
Resepi : Majalah Mingguan Wanita
Sumber : Fotopages Ida Marlida

Bahan2
1 kg daging (dipotong nipis)
3 ulas bwg merah (dihiris)
2 ulas bwg putih (dihiris)
3 kuntum bunga lawang
2 inci kulit kayu manis
1/2 cawan kicap pekat
air asam jawa secukupnya
garam secukup rasa 
Minyak masak untuk menumis

Bahan Kisar
4 biji bwg besar
3 inci halia
4 ulas bwg putih
20 biji cili kering
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil ketumbar - Ida tambah ~ MaDiHaA letak jugak

Cara
1. Panaskan minyak masak. Tumis bahan hiris, bunga lawang & kayu manis hingga wangi. Masukkan bahan kisar & tumis hingga garing & terbit minyak. 
2. Masukkan daging, air secukupnya & renih sehingga daging empuk. Masukkan kicap pekat, air asam jawa & garam secukup rasa. Tambah aji jika suka. Biar kuah agak pekat & secukup rasa. Bila daging cukup empuk bolehlah hidangkan. (sekiranya daging tak cukup empuk... boleh tambahkan lagi air & masak lagi hingga kuah agak kering)


Selamat mencuba!

Thursday, February 23, 2012

Saja jer nak perabih butter cream......

Assalamualaikum.....

Minggu lepas saja2 mencuba resepi muffin Fluffy Chocolate Banana Muffin resepi Ros Jintan Manis yang berehat seketika dari berblog kerana menguruskan anak beliau.  Semoga Ros tabah menghadapi segalanya & semoga semua urusan Ros dipermudahkanNYA ye... Amin...

Muffin ni.. ku buat terus 2 adunan sebab nak perabis pisang... Dapatlah bawak ke rumah pengasuh & suruh kakak Dini bawak ke sekolah agama dia bagi2 kat kawan2nya.  Sampai tak cukup.. kawan2nya mintak bawak lagi.. so esoknya kakak Dini bawak lagi.. Disebabkan ada butter krim lebihan buat dekorasi kek Rainbow hari tu... aku pun saja jer lah picit2 atas muffin tu... tak banyak pun yang tinggal sebab hanya butter cream je yg berlebih... cream cheese frosting memang licin dah buat melapis & melepa atas kek. Sebenarnya mana ada muffin letak butter krim...?  Takde dibuat dek orang... hehe.. saja jer nak perabih butter krim dari expired gitu je... baik letak je atas muffin tu. Yang kelakar... ada lak kawan2 kakak Dini nak membayar bila dia hulur muffin hari kedua tu... hehehe.. kakak Dini kata "ehh.. tak payah la... ibu kita suruh bagi jelahh..." Lagi kelakar.. ada pulak beberapa rakannya yang nak menempah (nak beli) mintak aku buatkan lagi... waaa.... lepas ni.. jadi tauke muffin la pulak ibu kakak Dini yek.. kekekeke...



Oklah.. sebenarnya ada kerja menanti... kalau free nanti update lagi.... InsyaAllah... Jika nak resepi boleh klik kat link Ros ni ye. Izahdaut pun pernah buat juga suatu ketika dulu....

Selamat mencuba!

Wednesday, February 22, 2012

Roti Taliban

Assalamualaikum & selamat pagi semua...

Pagi ni masukkan resepi yang dijanjikan semalam iaitu menu yang digandingkan dengan Kari Dhal tu ye... Nama resepi ni agak unik sikit ye... Roti Taliban namanya... memang jarang kita dengar nama tu digunakan dalam resepi.. Kalau sebut Taliban.. mesti ingat kat orang belah2 Arab sana kan... hehe..


Resepi ni hasil eksperimen dari resepi yang diambil dari sebuah majalah resepi yang telah dikompilasikan.  Tapi aku betul2 tak ingat sebenarnya ini dari majalah apa sebabnya resepi ni hasil dari fotokopi majalah jiran aku... hehehe... kalau dah fotokopi tu.. kita fotokopi isi dalamnya yang berkenan aje... muka depan langsung tak peduli.. lagipun memang dah agak lama dah aku fotokopi majalah tu... itu yang tak pasti tu... kalau tak silap la kan.. rasanya majalah kompilasi dari Saji kot.. maaf kalau tersilap ye...

Rasa roti ni ala-ala roti sihat macam capati, roti nan atau roti saj tu ye.... kalau jenis2 roti arab ni.. takdelah nak kata sedap lemak2 mcm roti canai atau lempeng tu.... maklum sajalah.. roti canai & lempeng tu guna minyak & marjerin.. roti ni hanya guna sedikit saja minyak sapi..  memang resepi yg agak sihat gitu.. tapi memang ia amat mengenyangkan... bertambah sedap bila dicicah dengan kari dhal. Kalau rajin.. boleh juga tambahkah sambal tumis untuk digandingkan selain dari kari dhal.

Resepi di bawah ni yang telah aku kecilkan kuantitinya ye.. ikut resepi sebenar.. guna 700gm tepong gandum. Aku buat separuh adunan pun boleh dapat dlm 7 / 8 keping (lupa la pulakk..) tak habis kami makan anak beranak sebab makan roti ni cepat kenyang...hehe.. kalau family kecil.. buat separuh je dari resepi dibawah ni & mungkin boleh dpt dlm 4 keping gitu... jom semak resepinya ye..


Roti Taliban
Resepi dari majalah kompilasi (lupa majalah apa.. sorry!)
Sumber : MaDiHAa a.k.a Ratna

Bahan2
300 ml air
5 gram yis (setengah peket mauripan)
50 gm gula
50 gm minyak sapi
150 gm tepong atta
350 gm tepong gandum
tepong gandum tambahan untuk menabur..

Cara menyediakan
1. Dalam mangkuk yang sesuai.. campurkan air, minyak sapi, gula & yis lalu kacau rata & biarkan seketika.
2. Masukkan pula tepong gandum & tepong atta. Uli sehingga rata dan tak melekat ditangan. (MaDiHaA dapati doh agak lembik.. jadi MaDiHaA tambah sedikit lg tepong). 
3. Bahagikan doh kepada beberapa bebola kecil seberat 110 gm. (resepi asal timbang 130 gm) Biarkan seminit.
4. Di atas papan pencanai.. taburkan sedikit tepong. Letakkan sebiji bebola doh tadi & tekan2 dengan jari. Taburkan lagi dengan sedikit tepong kemudian canai menggunakan rolling pin sehingga menjadi leper & bulat anggaran setebal 0.5 cm. (lebih kurang tebal capati tu).
5. Panaskan kuali... taburkan sedikit debu gandum kemudian letakkan roti yang dicanai tadi (tanpa minyak) & biarkan ia sehingga masak menggunakan api sederhana. Terbalikkan & bila dah masak.. angkat. Sementara menunggu roti di masak.. canaikan doh yang selebihnya. Untuk mempercepatkan proses memasak.. sila guna 2 kuali ye.
6. Roti Taliban sedap dihidangkan dengan Kari Dhal, kari ayam atau apa2 kuah gulai lebihan.


Selamat mencuba!

Tuesday, February 21, 2012

Kari Dhal

Assalamualaikum...



Sehari tak update sebab tak berapa sihat... hari ni curi2 la masa kejap untuk update.. takleh nak celoteh panjang juga... ada kerja yg perlu dibereskan. Tapi sebelum tu.. nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua teman2 yang memberi ucapan belated birthday pada anak bujang ku Wan Haziq Azhari dalam entry yang lepas.. TQ semua! Tak sempat nak reply komen & tak sempat juga nak buat kunjungan balas atau BW... masalah utamanya PC ni sangat3 lembab!

Resepi Kari Dhal (kacang dhal) ni ialah resepi yang biasa hubby masak dulu2 hasil mengecek resepi dari aci India yang jual kacang dhal.. tapi aci tu cuma sebut bahan2 tanpa sebut kuantitinya... jadi ini resepi yang telah diolah ikut citarasa kami dengan beberapa tambahan bahan lain seperti ayam & sayur2 tu.. (mungkin tak samalah dengan kari dhal mamak roti canai tu.. hehe)... bagi aku.. ianya lebih sedap sebab ada banyak bahan dalam kuahnya.. hehehe..

Petang entah bila (minggu lepas) tiba2 tekak terasa nak makan kari dhal yang dimasak sendiri.... actually ada gandingannya... tapi nanti2lah baru masukkan menu yang digandingkan tu ye... untuk kali ni.. tengok resepi kuahnya dulu ye... memang sedap tau kuah kari dhal ni untuk dicicah2 dengan sebarang jenis roti atau phrata... Dulu pun dah pernah letak resepi kat SINI masa tu kami cicah kari dhal ni dengan roti saj. Sedap!

KARI DHAL
Resepi :MaDiHaA's Hubby
Sumber MaDiHaA a.k.a Ratna

Bahan2
1 cawan kacang dhal (khas utk buat kuah dhal) ~ cuci bersih & rendam dalam 1 - 2 jam (lagi lama rendam lagi cepat kacang empuk)
1 cawan ayam ~ dipotong kecik2 (bahagian tulang2 pun takpe just utk maniskan kuah aje.. kalu nak masukkan isi2 pun tak salah)
6 urat kacang panjang ~ potong 1 inci
1 batang carrot ~ potong ikut suka
2 ulas bawang merah ~ hiris nipis
2 ulas bawang putih ~ hiris nipis
1 inci halia ~ hiris nipis & potong memanjang halus
1 tangkai daun kari
3 biji cili kering ~ digoreng sebentar & ketepikan
1 sudu kecil serbuk kunyit*
1 sudu besar serbuk kari daging*
1 sudu besar serbuk jintan putih*
1 sudu besar serbuk cili* (boleh kurangkan jika takmau pedas)
garam & perasa secukupnya
minyak utk menumis
air secukupnya utk kuah
(bahan2 bertanda * campurkan sikit air jadikan pes)

Cara2 Memasak
1. Rebuskan kacang dhal yg direndam tadi hingga kembang & agak2 nampak nak pecah sikit.
2. Dalam periuk lain atau kuali.. panaskan minyak lalu tumiskan bahan2 hiris hingga terbit aromanya. Masukkan daun kari serta pes rempah2 tadi. Kacau rata dan biar wangi.
3. Masukkan ayam dan kacau kejap pastu masukkan air. Biar ayam masak sekejap.
4. Biar mendidih & last sekali masukkan bahan2 ini dalam periuk kacang dhal yg direbus tadi, cili kering goreng, lobak merah & juga kacang panjang. Masukkan garam & perasa secukupnya & biar mereneh ikut kepekatan yg anda suka. (boleh tambah air jika kuah terlalu pekat)
5. Siap utk dihidangkan dengan puri, chapati, roti saj ataupun roti canai what ever u like...


Selamat mencuba!

Friday, February 17, 2012

Rainbow Cake untuk Birthday Boy.....

Assalamualaikum & salam Jumaat semua...

Hari ni nak kongsikan resepi Rainbow Cake atau Kek Pelangi yang sedappp sangat ni yer.  Dah ramai bloggers yang dah buat kek pelangi ni.  Kek ni juga sedang hangat di pasaran di mana tauke2 kek tak menang tangan ambil tempahan buat kek ni.. hehehe... Cuma.. mungkin ada yang gunakan resepi yang berbeza sedikit dari resepi yang ini.  Sebab memang ada banyak versi juga kek pelangi ni.. hihi...  Resepi yang ku buat ni ambil dari Kakzu@semanisgula yang sememangnya pakar membuat kek yang sedap2 & Kak Zu juga ada ambil tempahan kalau ada yang sudi nak merasa air tangan beliau.  Bolehlah jenguk2 blog Kak Zu ye..


Asalnya... kek ini kami semua pertama kali merasa semasa sepupu ku Ida Marlida buat sempena majlis hari lahir twinnya pada hujung tahun lepas.  Mr. Hubby yang bukan penggemar kek beraising ni boleh memuji2 kesedapan kek tersebut semetelah lagi kami yang tak memilih ni.. hihi.. Dan dengan tak segan silunya si dia siap mintak tapau bawak balik lagi! Mentang2lah kek pelangi yang Ida buat tu besorrrr... hahaha... (sebenarnya dia tak segan nak tapau tu sebab dengan sedara sendiri... kalau dengan orang lain sah2 la tak buat macam tu... ahakks!) Apa tak besarnya.. Ida kata dia buat sebanyak 3 adunan resepi untuk sebiji kek barbie doll tu... memang puas hati le tetamu makan.  Pulak tu.. ada lagi sebiji kek lain iaitu kek utk besday boy (anak tiri Ida) abang kepada twin yang juga sambut birthday pada bulan yang sama.  


Oleh kerana nampak Mr. Hubby suka sangat dengan kek tu.. jadi aku pun bertanyalah akan resepinya dengan Ida.  Dia pun bagitaulah ambil resepi dari blog kak Zu.  Walaupun dah lama aku simpan resepi ni.. hanya sekarang terbuka hati nak membuatnya sempena ulangtahun kelahiran anak teruna ku yang sorang itu.  Jadi.. inilah dia hasilnya Rainbow Cake yang ku buat khas untuk anak teruna ku Wan Haziq Azhari sempena hari lahirnya yang ke 6 tahun pada 29hb Januari yang lepas.  


Sebenarnya... aku buat kek ni agak lewat dari tarikh sebenar hari lahirnya sebab semasa hari lahir Haziq.. aku tak berapa sihat (a.k.a sedang menses) & memang takde mood pun nak baking membaking.  Masa hari lahir dia tu.. kami hanya bawa dia pegi makan pizza je sebab itu je permintaan dia.  Dia tak minta pun kami buat/beli kek2 bagai mahupun hadiah.. & lepas seminggu kemudian bila ku buat kek ini... boleh lagi dia kata... "ehhh! Kek besday abang ada dua???" Dia merujuk kepada kek yang dia potong dengan sepupunya Betty masa kat kampong tu sebagai kek dia juga... hehehehe... yelah.. bebudak ni fikirannya sangat telus & ikhlas... baginya.. kalau dah tokma/ibu kata itu kek Betty & Haziq (share).. jadi dia pun terima seadanya walaupun pada kek tu takde tulis nama dia pun.  Cuma ibu dia je yang takut anaknya tak puas hati... & buat jugalah kek khas untuk anaknya walaupun agak terlewat dari tarikh sebenar.  Tiada sambutan apa2... cuma potong kek dengan adik beradik je.... ayah dia pun kelam kabut nak pegi kerja shift malam masa dia potong kek tu.. Maafkan ibu ye Haziq sebab buat kek untuk Haziq terlewat seminggu.. tapi ibu tau Haziq suka dengan kek tu walaupun ibu deko kek tu ala2 kek untuk besday girl.... kekeke..



Oklah.. panjang pula celoteh hari ni... apa2pun.. nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada empunya resepi.  Menurut kata Kak Zu.. resepinya dari Shuhairi Shuhaini. Tq bebanyak ye! Terima kasih juga pada Kak Zu & Ida juga kerana share resepi yang sedap ni.  Terima kasih juga pada Kak Ayu Singapore yang share resepi creamcheese frosting yang best tu.  Walaupun rasa kek tu kalau dimakan begitu saja mungkin rasanya biasa saja.. tapi bila dilapiskan dengan creamcheese frosting tu... keknya jadi sangat sedap!! Tambah pula dengan idea mewarnakan setiap lapisan sehingga menjadi warna pelangi terus membuatkan kek tersebut jadi begitu istimewa.  Dengan warnanya yang ceria... memang sesuai sangatlah kita jadikan ia sebagai kek harijadi anak2...


Silalah mencuba kalau rasa teringin nak merasa yer..

RAINBOW CAKE
Sumber : Kakzu@semanisgula & Ida

BAHAN BAHAN
shortening - ni untuk sapu2 kat loyang aje..minyak pun boleh (MaDiHaA alas dengan baking paper bahagian bawah loyang (saiz 8") & sapu keliling loyang dengan butter)
3 cwn tepung serbaguna ( tepung gandum je)
4 sdk baking powder
1/2 sdk garam
1 cwn butter - suhu bilik
2 cwn gula castor ( kurang kan skit sbb manis kek ni) (MaDiHaA kurangkan ke 1 1/2 cawan masih terasa agak manis.. mungkin orang lain ok dah kot)
5 biji putih telor - suhu bilik
2 sdk esen vanila
1 1/2 cawan susu segar - suhu bilik
pewarna - oren, merah, kuning, biru, ungu n hijau

CARA CARA
1. Ayakkan tepung, baking pwder n garam - letak tepi jap.
2. Pukul butter n gula sampai kembang n gebu2 .
3. Masukkan telur putih, pukul lagi sampai sebati n gebu .
4. Masukkan esen vanila
5. Pastu masukkan tepung berselang seli dengan susu segar.
6. Dah siap putar sebati .. bahagikan sama rata adunan tu dlm 6 mangkuk dan setiap mangkuk letak pewarne yang berlainan.
7. Pastu bakar satu2 gune loyang 8 inci ..jangan gune loyang besar nanti kek jadik nipis..bakar pade suhu 170c/ 180 c dlm 10 @ 15 minit..bakar sampai habis 6 loyang tu pastu sejukkan atas rak dawai..dah siap keknya..tinggal nak kasik mekap je.
8. Bole gune topping non dairy whipping cream, buttercream, cheesecream @ what ever you want..hee
9. Bole jugak lapis2 kan dengan kiwi / strawberry / blueberry filling..( kalau suke )..kite yang buat die kan..taram je dik non. (MaDiHaA lapisi & frosting kek dengan cheesecream frosting seperti resepi di bawah, kemudian untuk decorating atas & keliling kek gunakan buttercream beli siap dari kedai bakeri)


Cream Cheese Frosting
Source :  Kak Ayu@curlybabesatisfaction

Ingredient
250g Philadelphia cheese
125 butter
1 cup icing sugar- (Ayu used 1/4 cup)
1 tsp vanilla extract
juice of a squeezed slice of lemon- (Ayu used 1 lime juice)

Method
Beat the cheese and butter, just until creamy, add the icing sugar, vanilla and lemon juice. 


Selamat mencuba!

Thursday, February 16, 2012

Udang Kering Bercili / Chilli Dried Prawn

Assalamualaikum & selamat pagi semua...

Pagi ni masukkan quick entry aje ye. Tak sempat nak celoteh panjang-panjang...  

Jom tengok resepi Udang Kering Bercili yang pelbagai guna ni.... Idea masak ni bila mr. hubby beli chili prawn yang siap pek dalam botol untuk dimakan dengan nasi goreng atau bihun goreng... terus timbul idea nak masak sendiri.  Lagipun.. memang stok udang kering masih banyak lantaran stok yang lama belum habis.. mr. hubby dah kirim lagi membernya beli lagi masa dorang balik kampong hari tu...  Macam2 boleh buat dengan sambal ni... & tak rugi buat banyak2 sebab boleh disimpan beberapa hari...

Semak resepi ye...

Udang Kering Bercili
Resepi : MaDiHaA a.k.a Ratna

Bahan2
1 cawan udang kering ~ rendam, tos & blender kering
2 keping asam keping
1 1/2 cawan minyak masak
2 sudu kecil garam (atau secukupnya bergantung jenis udang kering samada masin atau tidak)
1 sudu kecil aji (optional)
2 sudu besar gula

Bahan2 kisar
50 gm cili kering ~ dipotong & buang biji, rebus kemudian dikisar berasingan
8 ulas bawang putih
20 ulas bawang merah

Cara menyediakan
1. Panaskan minyak lalu tumiskan cili kisar hingga naik minyak. Tambahkan gula & bawang kisar & biar hingga agak garing & naik minyak. 
2. Masukkan udang kering kisar & asam keping lalu perlahankan api.  Kacau rata & biar hingga agak kering & terbit minyak.
3. Tambah garam (jika perlu), aji dan kacau rata & biar hingga sambal kering dan pekat. 
4. Bila dah secukup rasa.. tolak sambal ke tepi kuali & biarkan seketika supaya minyak tos sedikit kemudian bolehlah diangkat & dihidangkan.  
5. Untuk disimpan.. pastikan sambal sejuk sepenuhnya kemudian bolehlah simpan sambal ini dalam bekas bertutup & boleh digunakan pada bila2 masa.  Sambal tahan disimpan sehingga 4 - 5 hari (atau lebih) tetapi sila gunakan sudu bersih & kering ketika mengambil sambal dari bekas.
6. Sesuai dihidang bersama nasi goreng, pulut kuning, bihun goreng, mee goreng, cucur ikan bilis atau dihidang bersama tauhu kukus/goreng, terung goreng kosong.  Boleh juga dijadikan rencah tambahan dalam gorengan sayur-sayuran atau nasi goreng, tomyam atau lain2 lagi ikut selera masing-masing.



bihun goreng sempoi sarapan anak2 sebelum ke sekolah... ditambah udang kering bercili untuk menambahkan lagi keenakan semasa makan...


Selamat mencuba!

Wednesday, February 15, 2012

Granola Bars again?

Assalamualaikum & good morning everybody....


Haa... kan hari tu dah kata memang akan ku buat lagi Granola Bars yang sedap ni........ heeee... Jadi jangan marah ye sebab tayang menu ulangtayang lagi.. kalau nak marah pun kena senyap je sebab hari ni kan Wordless Wednesday... kikikiki... Dek kerana Granola Bars ni.. sampai dah nak habis madu yang mr. hubby beli kat kampong dulu tu.  Nampaknya.. balik kampong nanti kenalah beli lagi untuk stok... memang dah lama pun tak beli madu sebab memang jarang digunakan.  Tapi bila dah buat benda ni.. kejap jer surut madu tu..  sabor jelah.  Ahh! tak kisahla.. janji suami & anak2 suka & aku pun happy juga sebab mereka semua suka..

Jom semak resepi!  Kali ni ada sedikit adjustment pada resepi yang dulu sebab dah boleh agak apa yang perlu ditambah & perlu dikurangkan.. Jadi kali ni rasanya.. Granola Bars ni lebih sempurna dari segi rasa & rupa paras sebab yang buat dulu tu ada bahan yang takde.. Orait.. layan ye... Tuan rumah nak sambung kerja sambil2 nyunyah G.B. yum yum...

disejukkan sepenuhnya barulah dikeluarkan dari loyang..

Granola Bars
Diolah oleh MaDiHaA a.k.a Ratna
(saiz loyang ialah 9" x 9")

Bahan2
2 cawan Oats (kali ni MaDiHaA guna ‘Nature Ten Whole Grains Cereals’)
1 cawan Corn flakes
1 ½ cawan Puffed rice (resepi asal guna ½ cawan je)
2 sudu besar Badam cincang (non stock.. MaDiHaA ganti pumpkin seed)
2 sudu besar Walnut cincang
2 sudu besar Raisins
¾ cawan madu (resepi asal 1 cawan)
½ cawan Brown sugar (MaDiHaA kurangkan sikit)
4 sudu besar butter


kemudian barulah dipotong... (potong di atas papan pemotong yer!)

Cara menyediakan

1. Sediakan loyang yang sesuai. Alas dengan baking paper dengan ukuran lebih panjang sedikit dari loyang supaya mudah nak angkat bars. Baking paper tadi beruskan dengan butter. Sediakan sehelai lagi baking paper yang disapu butter untuk lapisan atas.
2. Panaskan oven 160C. Masukkan oats, corn flakes, puffed rice, badam cincang & walnuts dalam satu tray besar & ratakan. Panggang lebih kurang 10 minit supaya bahan2 tersebut rangup.  (kalau tray kecil.. bahagikan kepada dua bahagian) Dalam masa 5 minit buka oven & kacau2 atau balik2 kekacang atau bahan2 tadi supaya ia rangup sekata. Ketepikan & biarkan ia sejuk.
3. Dalam periuk besar yang sesuai.. (guna periuk bertangkai lebih mudah) cairkan butter dengan api perlahan. Masukkan gula perang & madu & kacau rata dengan api sederhana pula. Biarkan hingga gula cair & campuran tadi berbuih. Padamkan api bila nampak campuran seakan pekat sedikit.
4. Segera masukkan bahan2 yang dipanggang tadi serta kismis & dengan kadar segera kacau sehingga benar2 rata. Pastikan setiap bahan bersalut dengan sirap madu yang dimasak tadi dengan rata.
5. Tuangkan di dalam loyang yang disediakan tadi & ratakan sambil menekan2 dengan senduk kayu supaya padat. Biarkan bancuhan benar2 sama rata & padat supaya mendapat bars yang sama tebal & tidak pecah2 semasa dipotong. Lapikkan lapisan atas bars dengan baking paper yang satu lagi & gunakan rolling pin yg kecil (atau guna je apa2 botol yg sesuai mcm botol nescafe ker) & roll rata2 atas baking paper tadi supaya permukaan bars elok rata. Tarik semula baking paper bahagian atas & biarkan ia sejuk sebentar.
6. Keluarkan bars yang telah sejuk dengan cara menarik baking paper yg berlebih tadi & letakkan di atas papan pemotong.  Potong bars kepada kepingan-kepingan kecil dengan pisau tajam dengan cara menekan dari atas. (bukan dengan cara menggergaji ye!) Potong ikut saiz kegemaran & sedia untuk dihidangkan.
7. Simpan Granola Bars dalam bekas kedap udara. Boleh juga dibungkus satu2 secara individu supaya mudah nak dibawa ke mana2 untuk snek bekalan.

Simpan dalam bekas kedap udara untuk kekalkan kerangupan!

Selamat mencuba!

Tuesday, February 14, 2012

Ayam Ala Bali

Assalamualaikum..
Bersua lagi... mungkin semasa entry ni dipublishkan.. MaDiHaA sedang berada di KL & belum lagi selesai urusan kerja di sana. Jadi harap maklumlah ye yang entry kali ni adalah auto publish... hehe... Hari ni MaDiHaA mengikut bos ke pejabat kerajaan di Jalan Sultan Salahuddin (tak payah sebutlah pejabat apa yer..) di KL atas urusan kerja... & hopefully sempat pulang ke ofis sebelum pukul 12 tengahari nanti sebab nak kena jemput anak teruna ku yang habis kelas tadikanya... harap2 la takde jem yang luar biasa.. hehe.. Kadang2 tak boleh nak ramal keadaan jalan raya kat KL ni... 

Oklah.. terus je ke resepi yer.. Sebenarnya.. dah lama juga masak Ayam Ala Bali ni.. kira2 selepas masak Ayam Rica Rica tempohari sebab masa tu memang baru beli daun limau purut.. Jadi kita dok asyik cari resepi yg guna daun limau purut je la.. bukan apa.. takut daun limau kering dalam peti sejuk nanti.. hehe... Lauk ni oklah.. mr. hubby boleh makan walaupun ada campuran daun limau purut sebab lauk ni kering2 & tak berkuah.  Resepi ni MaDiHaA ambil dari Diana@skybluemelleymey. Rasanya dah ramai juga yang dah mencuba resepi ni & alhamdulillah... memang kena dengan selera kami semua.  Cuma... tang gula merah tu je di skip sebab pada tekak ku... lauk ni dah secukup rasa dah manis yang datang dari kicap & sos tu.. Terima kasih ye Diana utk resepi ni.. akak dah cuba ni & memang sedap!  Akak mintak izin letak resepi kat sini pulak tau...


Ayam Ala Bali
Resepi : Diana@skybluemelleymey
Sumber : MaDiHaA a.k.a Ratna

Bahan²
950 gm ayam yang telah dibuang kulitnya dan dipotong kecil
1 inci halia _ dihiris
1/2 inci lengkuas _ dihiris
2 batang serai _ dihiris menyerong
2 - 3 helai daun limau purut _ dimayang / dicarik² (MaDiHaA letak sehelai2 takmau kuat sangat baunya)
Serbuk kunyit
Garam
Minyak untuk menggoreng

Bahan² Kisar ( Kisar menggunakan food processor )
10 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
6 tangkai cili kering ( boleh ditambah atau dikurangkan mengikut citarasa masing² )


Bahan² A
2 tbsp ABC soy sauce
2 tbsp sos tomato Maggi
2 tbsp sos cili Maggi
1 tsp perencah pati ayam Tumix
Gula merah secukup rasa _ boleh juga menggunakan gula melaka (ini MaDiHaA skip sebab dah cukup manis dah ikut selera kami & sebenarnya takut abg tak mkn kalau manis2 sgt.. hehe..)
Garam jika perlu


Cara²
1. Lumurkan ayam dengan serbuk kunyit dan garam.  Panaskan minyak yang banyak.. Goreng ayam sehingga masak tapi jangan terlalu kering.. Angkat dan toskan.. Ketepikan.
2. Di dalam kuali yang lain.. panaskan sedikit minyak ( boleh juga menggunakan kuali dan minyak gorengan ayam tu tadi.. tinggalkan sedikit minyak tu untuk menumis ) dan tumis bahan² kisar hingga terbit aromanya.  Kemudian masukkan halia dan lengkuas.. Tumis lagi hingga pecah minyak.  Masukkan serai serta daun limau purut dan tumis lagi seketika hingga wangi.
3. Tambahkan bahan² A dan gaul rata. (MaDiHaA tambahkan setengah cawan air masa ni) Setelah mendidih dan sedikit pekat.. bolehlah dimasukkan ayam goreng tadi dan gaul rata.
Masak seketika dan sesuaikan rasa.  Tutupkan api dan sedia untuk dihidang bersama nasi putih panas. 


Selamat mencuba!

Monday, February 13, 2012

Steamed Soft Banana Cake

Assalamualaikum...
Tak dapat nak bebel panjang2 kali ni.. kejap lagi nak keluar jemput anak teruna balik dari tadika pulak.. jadi terus jelah dengan resepi apam pisang kukus yang dibuat hari Sabtu baru ni ye... Minggu lepas beli pisang 2 sikat.. masa ronda2 rumah aunty Yochana.. terjumpa lak resepi yg menarik ni. TQ to aunty Yochana for this nice recipe..! Sangat sedap Steamed Soft Banana Cake atau apam pisang kukus lembut ni... kalau dah memang penggemar pisang.. apa2 yang dibuat dari pisang tentulah semua suka.. hihi..


Masa dok goggle2 resepi nak masuk ke entry ni tadi... baru perasan yang ramai juga yang dah cuba resepi dari aunty Yochana ni...  antara yang dah pernah cuba ialah Rima, Ita Masam Manis, Kak Ummi, Kak Nor Secubitgaram & mungkin ramai lagi.. mula2 tu kompius juga sapa owner sebenar resepi ni.. tapi bila baca kat entry Rima ohh.. Rima pun dah beritahu yang ini resepi aunty Yochana. Mungkin kawan2 yang lain tak perasan kot yang ni resepi aunty & kebanyakan ada yang tak tulis nama owner & ada yang tulis resepi dari Rima.. hehehe... Sebab bila tengok kat blog.. aunty Yochana dah pos resepi ni dari tahun 2008 lagi sedangkan kat blog Rima entrynya dalam tahun 2010.. jadi MaDiHaA assume ini memang aunty Yochana punya resepi le ni.. hehe..


Steamed Soft Banana Cake
Resepi : Aunty Yochana

Ingredients (A):
200 gm. mashed banana
1/8 tsp. vanilla essence
1 tsp. Bicarbonate of soda
a pinch of salt

Ingredients (B):
3 small eggs
100 gm. brown sugar (MaDiHaA dah kurangkan sikit)
100 gm. pao flour / Hong Kong flour / superfine flour
1 tsp. Baking powder
65 gm. cornoil

TOP LAYER:

2 eggs
60 gm. sugar
25 gm. water
65 gm. pao flour / Hong Kong flour / Superfine flour


Method:

(1) Mix all the ingredients (A) together and set aside.
(2) Whisk eggs and sugar together till flurry, add in flour and baking powder and mix till well combined. Add in mashed bananas mixture and cornoil and stir till well combined.
(3) Pour into a greased and lined loaf pan and steam for 15 to 20 mins till cooked.
(4) For topping: Whisk eggs and sugar till fluffy, add in water and flour and mix till well mixed. Pour on top of steamed banana cake and steam again for another 15 mins. or till cooked.
(5) Serve 

Nota MaDiHaA : MaDiHaA kukus guna acuan puteri ayu & kukus bahagian putih tu dulu kemudian baru kukus bahagian pisang.. sapu sikit minyak masak pada acuan puteri ayu supaya apam tak melekat. Tapi tulah.. jadi tak cun bahagian putih tu sebab ada kesan warna kuning2 akibat myk masak tu.. lenkali sapu ngan shortening je mungkin takdelah kesan warna kuning tu.. hehe.. lagi satu kita perlukan acuan puteri ayu lebih sebab kalau lambat kukusan kali kedua bahagian putih tu macam dah tak mau naik sgt.. may be boleh tambahkan baking powder sikit utk kukusan kali ke dua tu.. rasanya kalau buat macam kak nor tu okay sikit sebab guna acuan besar.. or else.. buat je macam saranan aunty Yochana tu barulah okay.. by the way.. utk kukusan yang pertama.. memang cun & lembut je kuih ni..


Selamat mencuba!

Saturday, February 11, 2012

Sambal Hitam Pahang lagi...

Assalamualaikum & salam sejahtera semua..

Hari ni bersiaran dari dalam bilik nampaknya... hehehe.. biasa bersiaran dari meja pejabat... tapi kali ni terus menerus dari atas katil... kekekeke... adakah ia berbunyi seksi? Ker seksa? hahaha... mana2lah.. yang penting tuan rumah dapat mengupdate dengan selesa. Bukan apa... kat rumah ni line tenet sangat2 lembab kalau bersiaran dari ruang tamu sebab kurang signal... hanya dari dalam bilik je line okay sikit.. jadi tempat yang paling selesa dalam bilik ni mestilah atas katil menaip sambil meniarap lagi! Ni sebenarnya sambil2 tunggu anak dara bersiap untuk ke sekolah ganti petang ni..  hanya sekolah kebangsaan je kena ganti sebab sekolah agama takde cuti tambahan masa raya cina aritu... so sambil2 tu ibunya taip ler entry kejap... 


Oklah.. takmo bebel panjang2... meh tengok sambal hitam Pahang yang aku buat baru2 ni.  Ekoran stok buah belimbing buluh yang dibeli mr. hubby agak banyak... so..  bolehlah buat sambal hitam Pahang yg best ni lagi... Sebenarnya memang pun tujuan cik abang beli belimbing tu nak suruh mem dia ni buat sambal hitam tu... tapi mem dia takdelah habiskan semua belimbing tu untuk di sambal... simpan juga untuk masak lain & gulai ikan garaman dalam entry semalam pun ada letak juga belimbing buluh tu... cadangan nak buat nasi dagang pulak terpaksa kiv dulu sebab byk sangat menu yang nak dimasak... tp memang terliur & teringat kat gulai nasi dagang aje tiap kali nampak belimbing buluh tu... Oklah ulang tayang resepinya yer... Kali ni MaDiHaA buat 2 kali resepi...

Sambal Hitam Pahang
Resepi : Mertua MaDiHaA
Sumber : MaDiHaA


Bahan2
½ cawan belimbing buluh rebus [rujuk resepi cara2 merebus]
½  cawan cili padi (ikut kepedasan masing2)
2 cawan ikan bilis yang telah dikopek 
6 ulas bawang merah [3 ulas ditumbuk, 3 ulas dihiris nipis]
5 sudu besar kicap manis atau secukup rasa (optional.. bukan wajib. resepi asli takde.. masak itukan subjektif! & kadang2 perlu kreatif.)
garam & gula secukup rasa
1 cawan minyak masak

belimbing buluh sedang direbus
Cara2 Menyediakan
1. Sediakan terlebih dahulu belimbing buluh. Kuantiti belimbing buluh terpulang masing2.  Belimbing rebus ni boleh disimpan dalam peti sejuk sebagai stok. Jadi bolehlah rebus banyak2 & simpan stok.  MaDiHaA buat banyak juga rasanya lebih dari 1/2 kg belimbing buluh segar.  Belimbing hendaklah dicuci bersih.  Masukkan ke dalam periuk TANPA AIR dan renih dengan menggunakan api yang kecil.  Biar sehingga belimbing mengeluarkan jusnya sendiri & kecut.  Selang seminit atau dua minit mesti dikacau supaya periuk tidak hangit.  Biarkan sehingga belimbing mengecut & jusnya betul2 kering dengan api yang kecil sehingga warna belimbing bertukar menjadi gelap.  

belimbing yang siap direbus

PESANAN: jika nak guna untuk buat sekali je sambal ni.. memadai hanya rebus anggaran 10 biji belimbing sehingga belimbing bertukar warna coklat saja.  Tujuan merebus belimbing sehingga betul2 kering & gelap adalah untuk tujuan simpanan.
PESANAN KEDUA: Sila guna periuk yang buruk2 je untuk rebus belimbing sebab belimbing punya asid yang kuat & boleh jadikan periuk bertukar jd kusam. MaDiHaA guna periuk nasi yang dah tak guna (yg ibu periuknya dah rosak.. hehe). Kalau kat kampong biasanya dorang guna tin minyak masak yg empat segi tu untuk rebus belimbing ni..
2.  Tumbuk cili padi sehingga halus.  Tumbuk 3 ulas bawang merah sehingga lumat. (3 ulas lagi dihiris nipis)  Tumbuk juga ikan bilis tetapi jangan terlalu lumat.  Tumbuk belimbing buluh juga separa lumat.


3.  Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumiskan bawang yang dihiris sehingga wangi.  Masukkan bahan2 tumbuk sekaligus & tumislah sehingga bahan2 tersebut sehingga nampak agak kering & garing (agak lama juga).  Tambahkan kicap manis, garam & gula secukup rasa. Biarkan sambal kering sedikit (seperti serunding gitu).  Bila dah garing tutupkan api lalu tolakkan sambal ke tepi kuali beberapa minit supaya minyak tos sebelum dihidang.  Atau boleh juga angkat dan sejatkan sambal menggunakan penapis santan sebelum dihidangkan dengan nasi putih atau ketupat pulut.  

4. Sambal ini boleh disimpan lama & boleh buat banyak2 untuk simpan stok.   Boleh dihidang dengan apa saja juadah yang rasa sesuai dihati anda... Sedap yang teramattttt!!!


Selamat mencuba..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...