Wednesday, May 26, 2010

Marble Twist Roll



Ini adalah antara roti yang paling menarik tetapi amat mencabar nak membuatnya.. hehehe.. perlu ada kesabaran yang tinggi utk menyiapkannya. Tapi tak mengapa sebab hasilnya sangatlah berbaloi & memuaskan hati... siap dapat tempahan lagi tu..... Thanks kepada Majalah Sedap utk idea dalam resepi ini.. tetapi tak tau dimana silapnya.. adunannya terlalu lembik jadi MaDiHaA terpaksa tambahkan lagi tepung. Masa ni uli dengan tangan sebab belum ada BM lagi masa ni.. kalau uli guna BM sure kena uli balik sebab kena tambah tepong tuh..

Sumber : Majalah Sedap (Bil. 1, Vol 1)

Bahan2 Inti (Harap maklum.. MaDiHa guna inti red bean paste ready made )
125 ml air
50 gram gula pasir
⅛ sudu teh garam
15 gram susu tepung
15 gram serbuk koko/coklat
25 gram tepung gandum
½ sudu makan marjerin
40 gram coklat masak hitam ~ dipotong2

Bahan2 Doh/ Roti
500 gram tepung gandum (MaDiHa tambah lagi lebih kurang 130-140 gram sbb adunan TERLALU lembik!!)
1 bungkus yis segera (mauripan 11g)
1 sudu kecil bread improver (MaDiHa tambah)
1 sudu kecil bread softener (MaDiHa tambah)
15 gram susu tepung
75 gram gula pasir
50 gram madu
1 biji telur
275 ml air sejuk (MaDiHa guna air dari paip je)
1 sudu teh garam
50 gram marjerin

Bahan Sapuan
100 gram krim mentega untuk sapuan (MaDiHa guna butter ajer utk mkn sendiri tu.. yg tempahan tu baru sapu butter krim)

Cara2 Membuat Inti
Masak semua bahan inti, kecuali coklat masak hitam. Sambil dikacau2 hingga meletup2, masukkan potongan coklat. Kacau sehingga coklat larut dan padamkan api.

Cara2 Menyediakan Doh
1. Dalam bekas yg sesuai.. masukkan tepung gandum, yis segera, susu tepung, gula pasir, bread improver & bread softener. Kacau rata.
2. Bancuh madu & garam di dalam 275 ml air hingga rata. Masukkan telur ke dalam tepung tadi dan tuangkan air + madu tadi sedikit demi sedikit sambil di uli rata & tidak melekat pada tangan. (masa ni la MaDiHa dapati adunan terlalu lembik.. jadi MaDiHa terpaksa tambah sukatan tepung gandum lagi )
3. Uli hingga adunan licin. Masukkan pula marjerin dah diuli hingga kental, rata & licin. Biarkan doh selama 30 minit.

4. (SILA LIHAT GAMBAR SEBAGAI RUJUKAN) Tumbuk doh untuk membuang angin. Canai nipis doh setebal 1 cm. Masukkan inti. Lipat bahagian tepi ke tengah. Lipat lagi bahagian tepi yang sebelah lagi ke arah tengah juga.
5. Canai nipis lagi adunan sehingga 1 cm. Lakukan lipatan seperti cara di atas.
6. Canai nipis lagi adunan sehingga 1 cm. Potong-potong adunan dengan lebar 1 cm kemudian putarkan adunan.
7. Susun di dalam dua buah loyang bersaiz 26cm x 26 cm x 4 cm yang disapu marjerin dan dialas kertas kalis minyak. (MaDiHa guna loyang bersaiz 12 inci x 12 inci.. dpt satu loyang sahaja)
8. Biarkan selama 60 minit. Sementara itu.. panaskan ketuhar suhu 190C. Sapu dengan susu segar (ini MaDiha skip). Bakar di dalam ketuhar selama 16 minit dengan suhu 190C. (MaDiHa bakar dlm 18 minit ~ lepas 12 minit pertama.. MaDiHa tukar/terbalikkan kedudukan loyang supaya roti masak rata.. biasanya kalau tak tukar/alih.. roti akan hangus sebelah.. ).
9. Keluarkan roti dengan berhati2 ke atas redai kuih. (MaDiHa gunakan 2 spatula panjang utk keluarkan roti dari loyang agar roti tak terburai. (Semasa roti masih panas.. sapukan butter di permukaan roti ~ ini MaDiHa tambah.. ikut cara MamaFaMi selalu buat thanks mama!)
10. Setelah roti benar2 sejuk, terbalikkan roti diatas kertas kuih dengan berhati2. Buangkan kertas alas/lapik yg melekat pd roti & sapu nipis krim mentega. (MaDiHa sapu dengan butter jer sebab takmau roti terlalu manis).
11. Gulung roti dengan berhati2 dan padatkan. (Ikut cara gulung swiss roll yer puan2 ) Kemudian bolehlah dipotong & dihidangkan sebagai sarapan pagi maupun minum petang

PESAN MAJALAH SEDAP:
*Mencanai adunan haruslah satu arah sahaja supaya adunan lebih licin.
*Memutar setiap adunan roti sebaiknya rata putarannya hingga menghasilkan bentuk roti yang cantik coraknya.
*Mengisi inti/krim mentega jangan sampai ke tepi adunan supaya inti tidak akan keluar ketika digulung.

Ini Marble Twist Roll yang ditempah oleh Aliza.. satu inti coklat & satu lagi plain cuma buat belang2 campur warna hijau utk menaikkan corak..


Selamat mencuba..

Tuesday, May 25, 2010

Kek Butter Kelapa Pandan



Masih lagi update resepi & gambar2 lama dari FP... layankan ajelah daripada tak berupdate.. kan?

Kek ni wangi & sedappp... TQ pd penyumbang resepi..

Sumber : http://resipinoraini.blogspot.com - copy dari fp maklang courtesy by Maisya

Bahan-bahan :
270 gm mentega
230 gm gula kastor
5 biji telur B
60 ml santan segar @kotak
1 sudu besar pes pandan
240 gm tepung kek@ tepung gandum
30 gm kelapa kering
1/2 sudu teh serbuk penaik

Bahagian atas (topping):
40 gm mentega
35 gm gula aising
55 gm kelapa kering

Cara Membuatnya :
1. Putar mentega dan gula hingga gebu dan putih selama 10 minit.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul hingga sebati.
3. Masukkan santan dan pes pandan sedikit-sedikit hingga sebati dalam adunan.
4. Tepung diayak bersama serbuk penaik dan masukkan sedikit2 ke dalam adunan diatas.Diikuti dengan kelapa dan gaul
5. Griskan tin pembakar empat segi atau bulat berukuran 9 inci dan lapik kertas serap minyak.
6. Tuangkan adunan kek kedalamnya.
7. Untuk topping, pukul mentega & gula hingga sebati, masukkan kelapa dan gaul lagi.Taburkan topping diatas adunan.
8. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan ke suhu 180 darjah celcius selama 45 minit.

Monday, May 24, 2010

Ayam Percik Kelantan



Sedih sangat2 sekarang nih tauu... memang rasa kecewa, sedih bercampur geram dibuatnya.. huhuhu.. mesti u all tertanya2 & nak tau kenapa kan?? Sebenarnya.. aku sedih sebab kamera dapur aku dah rosakkkkkk... uwwaaaaa.... mana nak cekau duit nak beli yg baru nihh??? sob sob sob... Alkisah.. hari sabtu bebaru nih.. aku sibuk siapkan order roti jala & kari ayam yg jiran depan rumah order. Tak sedar tah masa bila anak bujang aku si Haziq tu dah selongkar beg tangan aku lalu ambik kamera dapur aku buat main. Tau2 dia bagi kamera tu kat aku then dia cakap kamera ibu dah abis bateri.. boleh gitu?? Aku ingatkan betul ler kamera tu abis bateri.. rupa2nya.. kamera tu dah rosak tak boleh nak off/on dengan betul. Sebab benda yg kat depan yg boleh kuar masuk tuh (apa ke namanya aku mmg tak tau nak nyebutnya) dah semacam senget kedudukannya.. mungkin kamera tu terjatuh atau dia sesaja main ketuk2 ke tak taulah.. bila tekan on lampu masih nyala.. tp jem tak mau gerak2 benda tu.. sedih sesangat nih.. kecewa pun ada.. tak bolehlah nak ambik gambar cantik2 lagi segala eksperimen aku.. ada gak ambik gambar guna handphone.. tapi henpon murah.. kualiti gambar takdelah elok.. pulak tu.. mcm bermasalah pulak nak transfer ke PC.. Aduhaii.. Haziq Haziqq....

Buat sementara ni.. aku paparkanlah dulu gambar2 lama & resepi yang aku cilok dari FP aku untuk koleksi dlm blog ni pulak. Sebenarnya ada lagi beberapa gambar & resepi yg baru yg belum update dlm FP/blog ni.. tapi aku cari resepinya pulak entah kemana aku simpan.. so.. resepi takde tak syok ler nak letak gambar aje ye dak..? Jadi baik aku masukkan gambar2 lama aku ajelah buat sementara ni.. tak tau bilalah nak dpt kamera baru.. tak pasti kamera tu boleh dibaiki atau tak.. Atau.. nak pinjam dari adik aku?? hehehehe... byk cantikk!! kekeke..

Layan...

Ni resepi Ayam Percik Kelantan yang sememangnya marbeles.. resepi pior Kelantan yang aku ambil dari FP Kak Jie Jie.. Nak tau pior ke tak resepi percik Kelantan.. lihat pada kuahnya.. kalau kuah warna merah... tu dah tak pior ler tuh.. sebab percik Kelantan kuahnya tak merah.. putih2 gitu aje.. Thanks ye kak Jie resepinya.. memang best!!

Bahan2
½ ekor ayam ~ potong 2 bahagian (taknak potong pun boleh.. ikut suka)
Sedikit kunyit serbuk
Sedikit garam

Bahan Kuah
1 biji kelapa ambil 4 ~ 5 cawan santan (MadihaA guna santan kotak cap ayam 200 ml + 2 cawan air)
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3 batang serai
1 ½ inci halia
1 keping asam gelugur
garam secukup rasa
2 sudu kecil gula

CARA-CARANYA:

1. Ayam dibersihkan, dikelar dan lumur dengan garam dan kunyit.
2. Bakar ayam dlm oven dengan suhu 200C (api atas bawah) sehingga ayam masak. Dalam 15 minit balikkan ayam supaya garing rata. (Sori tak tengok masa.. so agak2lah yer hingga ayam masak). Sementara ayam masak.. sediakan kuah percik (Caranya ada dibawah)
2. Bila ayam sudah masak, lumur/ curahkan dengan kuah percik. Dibakar lagi sebentar dan dibalik-balikkan & curah pula kuah dibahagian satu lagi dan bakar lagi agar kuah meresap ke dalam isi ayam tadi.
3. Sedia utk dihidangkan. Hidangkan / curahkan sekali lagi ayam dengan kuah percik lebihan tadi. (Step ni Madiha tak curah pun.. terlupa.. tapi kuah tu terus ku sudukan dlm pinggan nasi )

Cara Menyediakan Kuah Percik
1. Kisar halus bawang merah, bawang putih, serai & halia.
2. Panaskan santan dan masukkan bahan blender, garam dan asam keping. (untuk step no. 2 ni.. Madiha tumiskan bahan2 blender tu sehingga agak garing pastu baru masukkan santan. Ni sebab Madiha guna santan kotak so kalau tak tumis nanti jawabnya tak naik minyak ler kuah percik ku ittew )
3. Kacau sentiasa sehingga naik minyak dan pekat. Masukkan sedikit gula dan masak sekejap lagi. Rasakan biar secukup rasa.

Selamat Mencuba!!

Friday, May 21, 2010

Bingka Durian / Kuih Bakar Durian Bonda Diana



Buat bingka durian ni sebenarnya sebab nak clearkan stok durian frozen dalam freezer. Dah berzaman durian tu membeku dlm freezer tu.. belum sampai seru lg nak di apa2kan.. Tiba2 jer rajin nak buat bingka kenapa ehh? Sebabnya masa tu aku nak buat karipap frozen yang diorder oleh Kak Yati dlm n3 yg lalu. kalau aku tak clearkan barang2 dlm freezer tu... alamat takde ruang pulak nak susun karipap frozen tu.. Rasanya.. peti ais aku dah cukup besar dah.. tp tetap penuh sokmo.. kekeke.. lauk2 basah sekali hubby beli mmg cukup untuk seminggu.. tu yg wife dia terpaksa rajin masak hari2... huhu.. Belum lagi ngan bahan2 bakeri lagi tu.. atas bawah semua ada... sampai hubby komplen.. peti ais kat rumah ni.. lagi besar... lagi byk benda yang nak disimpan.. hehehe.. sabor jelah abang... nak buat macamana... sejak azali lagi isteri abang ni memang suka memasakk membesarkan badan.. heheh..

Ok melalut lak.. cerita pasal kuih Bingka Durian ni aku buat ikut resepi bonda Diana yang aku ambil dari Majalah Sedap. Satu adunan ni dapat byk sangat tauu.. ehh.. memang byklah.. sampai aku kena bakar dlm 3 loyang..!! (lain2 saiz) iaitu 1 loyang bulat berlubang, 1 loyang bunga pecah 8 & 1 loyang loaf.. Yang loyang loaf tu.. aku bagi kat Laily jiran ku.. yang lain2 tu.. dpt gak bagi kat makcik aku.. selebihnya untuk makan sendiri.. itupun berulang2 dpt mkn.. Jadi aku sarankan kalau tak ramai yg nak mkn.. elok buat suku atau setengah adunan aje.. hehehe..

Jom tengok resepi! Sebelum tu.. thanks pada Diana untuk resepi ni yer.. Memang terasa duriannya.. mintak halal resepinya di tepek kat sini yer..

Sumber : Resepi Bonda Diana

Bahan-bahannya
1800 ml santan (dari 1 1/2 biji kelapa parut)
6 biji telur
3 cawan tepung gandum
1 3/4 cawan gula pasir (aku kurangkan ke 1 1/2 cwn)
180 gram isi durian
secubit garam
sedikit pewarna kuning
secukupnya mentega SCS/ Golden Churn (ini yang buat kuih wangi & sedap)

Cara-caranya
1. Dengan menggunakan food processor/ blender, blender semua bahan-bahan diatas (didahului dengan bahan cairan) dan tuang kedalam bekas yang besar. Ini yang paling mudah supaya adunan tidak bergentel. Kemudian gunakan senduk dan kacau adunan tepung supaya sebati.
2. Panaskan acuan kuih bakar/ loyang dalam oven dan bila telah panas keluarkan dan letakkan 1 sudu besar mentega dalam acuan Kuih Bakar dan jika gunakan loyang mentega lebihkan (ini yang buat tepi Kuih Bakar garing dan baunya harum. Jika guna acuan dan keluarkan kuih boleh terus letak mentega pusing-pusing sikit kasi cair (sebab acuan panas) dan boleh tuang adunan tepung.
3. Kemudian bakar pada suhu 200 darjah C selama 45 - 60 minit dan resipi diatas dapat menghasilkan 7 keping kuih bakar pecah 8.

Nota PENTING: Jika anda menggunakan loyang sila tambahkan 1/4 cawan tepung kepada resipi diatas, jika tidak kuih agak terlalu lembut untuk dipotong. Kalau guna acuan kuih bakar pecah 8 boleh gunakan resipi seperti diatas.

Jika menggunakan loyang, selepas selesai bakar, hendaklah sejukkan kuih terlebih dahulu sebelum keluarkannya dari loyang. Kalau guna acuan kuih bakar pecah 8, selepas bakar boleh terus keluarkan kuih dari acuan.

Untuk Kuih Bakar tahan lama, masak air sehingga mendidih dan masukkan kelapa parut. Bila menggunakan santan yang telah dimasak, kuih bakar lebih tahan lama, tidak cepat bertali, ini petua dari bonda.

Thursday, May 20, 2010

Nasi Ayam Ipoh



Semakin famous Nasi Ayam Ipoh (N.A.I) ni nampaknya... dah ramai yg mencuba.. aku pun takmau ketinggalan walaupun aku tak punya set pinggan yg cun2 mcm org lain.. hehe!! Lagipun nasi ayam memang feberet anak2.. Aku tergoda bila tengok gambar Nasi Ayam Ipoh dari blog Ayu http://curlybabesatisfaction.blogspot.com terus print resepi & terus mencubanya minggu lepas ke bila (dah lupa dah..) Hari ni baru berkesempatan update di sini sebabnya.. aku tak sempat nak edit gambar.. hehehe...

Nasi Ayam Ipoh ni memang sedap! Tak rugi mencuba.. kelainan ramuan yang ada dalam setiap set hidangan membuatkan rasanya begitu enak!! Bau wangi minyak bijan & rasa sos tiram dlm nasi ayamnya memang satu kelainan.. supnya pun bersertakan sayur iaitu ubi sengkuang.. kuah kicapnya pula lain dari yg biasa.. itulah dia keunikan N.A.I ini... tak perlu pegi Ipoh... kat rumah anda pun boleh merasainya sendiri... terima kasih kepada penyumbang resepi Quinnie@my resepi & juga Ayu yg rajin mencuba & memperkenalkan pada kami... Kita C & P resepinya kat sini pulak yek!! TQ!!

Sources:- From quinnie@myresip.com
Copy dari blog Ayu http://curlybabesatisfaction.blogspot.com/

Bahan Untuk Nasi:-


4 mug beras (MaDiHaA masak 3 mug aje & bahan2 lain tu pun dah direduce ikut kesesuaian.. tp resepi ni utk 4 mug beras ye!)
4 1/2 mug air rebusan ayam
2 inci halia*
3 biji bawang putih*
3 helai batang daun bawang (ambik bhgn bawah dia...yg ada buah dia tu sekali)
1 sudu besar minyak bijan
2 sudu besar sos tiram
2 helai daun pandan
4 sudu mentega

Bahan Untuk Ayam:-

1 ekor ayam (MaDiHaA buang kulit.. itu pasal kurang cun ayam ku.. huhu)
3 biji bawang putih*
1 inci halia*
3 sudu besar kicap lemak manis
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar cuka
1 sudu besar madu

Bahan Untuk Sup:-

air secukupnya
4 bawang putih diketuk
3 inci halia di hiris
3 helai batang bawang
1 biji sengkuang dipotong dadu
1 sudu besar serbuk lada sulah

Bahan Untuk Cili:-
10/15 biji cili burung
6 biji cili merah
sedikit halia (ambik dari rebusan)
5/6 biji bawang putih
1 biji limau kasturi/nipis
sedikit air dari air rebusan ayam
garam n gula secukupnya
(Masukkan semua bahan didalam blender dan blend hingga hancur-


Bahan Untuk Kicap:-
5 biji cili burung
sedikit halia (ambik dari rebusan)
4/5 biji bawang putih
kicap secukupnya
air rebusan ayam secukupnya

Tepung jagung di campur dgn air secukupnya (utk pekatkan)
(Blend semua bahan kecuali tepung jagung. selepas blend isi dalam periuk dan panas kan atas dapur. agak2 dah panas..boleh la di masukkan tepung jagung dicampur air secukupnya utk memekatkan kuah)

Bahan Hiasan:-
tomato, salad, daun sup dan bawang, timun-(tomatoes, chicnese celery, spring onions and cucumber)

Method:-
Mula2 buat air rebusan ayam...(bahan2 dalam sup) masukkan semua bahan...kecuali sengkuang dan serbuk lada sulah. tutup periuk dan masak hingga didih.Selepas air mendidih, masukkan ayam. biar ia masak selama 20 minit. selepas 20 minit, angkat ayam tadi dan toskan.

Method Untuk Nasi:-
Mula2 masukkan majerin dalam periuk elektrik, biar ia mencair, kemudian masukkan bahan* yg telah di blend. biar naik bau. kemudian masukkan batang bawang dan daun pandan. bila dah layu sikit masukkan sos tiram dan minyak bijan. kacau2 sekejap,kemudian masukkan beras, sedikit garam dan air rebusan ayam. biarkan hingga nasik masak.

Method Untuk Ayam:-
Ayam yg telah di toskan tadi di masukkan kedalam satu magkok besar. masukkan bahan* yg telah di blend dan semua bahan2 lain...kacau2 rata dan biarkan 1/2 jam. selepas ayam diperap, boleh lah digoring atau di bakar dalam oven. kalau nak goring jgn goring terlalu lama...agak2 kaler dia dah bertukar kehitaman boleh diangkat terus.

Method Untuk Sup:-
Baki air rebusan tadi didihkan kembali bersama sengkuang dan serbuk lada sulah. kalau air rebusan dah berkurangan boleh lah di campur dengan air biasa. masak hingga didih. perasakan sup. (Saya masukkan 1 kuib ayam, garam dan serbuk perasa untuk ini)
selepas semua dah masak, boleh la di makan...cara penyediaan...timun, tomato dipotong nipis2. daun sup dan bawang di potong halus dan di masukkan kedalam sup tadi.





Jemput tengok yer.. nak ajak makan pun dah abis.. hehe..

Wednesday, May 19, 2010

Syaksyukka / Syabsyukka / Daging Arab



Nih sambung balik cerita lepas buat muffin pandan tuh.. sebenarnya buat muffin pandan malam2 tu bukan apa.. esok pepagi senang.. buleh wt sarapan kan..? tapi tu ler.. kat rumah aku ni.. kalau setakat sarapan kuih-muih manis tu tak berapa laju sangat... mesti nak kena ada gak yg tak manis a.k.a sarapan savoury. Makanya.. malam lepas buat muffin tu.. aku rajinkan diri memerap daging kisar ni utk buat sarapan yg agak special sikit iaitu Syaksyukka namanya.. (sorry pd gambar silap tulis nama) Ada pernah dengar? Aku pun baru first time dengar & tengok dalam blog LeeLin ataupun Kucing Oren Gemok (KOG) http://kucingorengemok.blogspot.com yang memang selalu makan kat restoren pak arab nih. Bila aku tengok resepi macam sedap & menarik jer.. aku pun apa lagi.. terus le pi cari bahan2nya balik dari kerja hari tu.. lagipun bahan2nya tak susah nak dpt.. laju je ler eksperimen aku..hehe.. Bila dah perap mlm tu (perap & simpan peti ais bahagian bawah) Pagi2 tu tinggal tumis & bakar je.. siap!! Makan dengan roti sandwich. Senang! Ringkas! & yang penting meeeeeemanggg.. sedappp!!! Tak SYAK lagi.. kami semua SYUKA dengan SYAKSYUKKA ni tambah2 bila digandingkan dengan tomato tu... hehehehe....

Leelin.. TQ very much kerana sudi share resepi yg best nih yer.. akak mintak izin copy & paste resepi mu yg marbeles ni kat blog (& FP) akak.. akak tak edit pun nih.. cuma ada tukar sikit tang daging tu jer.. hehe... so kawan2.. tu resepi bahasa dak Leelin/KOG yer.. dia memang kelakar orgnya.. blog dia best.. unik.. pi ler jenguk kalau korang lom pernah masuk.. sure terpikat..

SYAKSYUKKA
Ada orang panggil syabsyukka. Nak senang panggil je daging arab.
Sumber : http://kucingorengemok.blogspot.com/Lee Lin (kucingorengemok)

Masaknya:

2 paket daging cincang (MaDiHaA guna daging kisar ramlee je)
2 biji bawang bombay - hiris
5 ulas bawang putih - hiris
lada sulah yang banyak [sampai kau tak percaya kau letak banyak tu, baru berhenti curah]
- heheh, saya guna 1/2 botol, rasanya dalam 25g - rajin ke pulak nak timbang lada sulah?
minyak sapi
kacang pis
tomato
telur
hiasan- bawang goreng dan daun saderi

Cara2
1- Perap daging, bawang dan lada sulah sekurang²nya 1-2 jam. (MaDiHaA perap semalaman dlm peti ais rak tengah)
2- Panaskan minyak sapi dan [kutip bawang besar dalam daging tadi dan] tumis bawang, kemudian masukkan daging. Kacau² hingga 3/4 masak. Jangan lupa letak garam.
3- Toskan ala kadar, pindahkan ke bekas pyrex (loyang pun boleh).
4- Buat lubang dan pecahkan telur ke dalamnya.
5- Susun tomato dan tabur kacang pis.
6- Bakar hingga telur masak. Tabur bawang goreng dan hirisan daun saderi.
7- Sedap hidangkan panas², makan dengan roti atau nasi putih.

Gambar sebelum masuk oven..


Yg ni baru keluar dari oven..


Dah kena touch up sikit.. kekekeke.. tak sabar nak mkn nih.. haha..


Jom makan!! Bismillahhirrohmanirrohim.....


Memang syedappp!! Try ler...!!

Tuesday, May 18, 2010

Muffin Pandan



Dah lama rasanya tak menggodek muffin kat dapur aku ni..... Jumaat malam yang lalu.. selepas selesai makan malam.. rajinkan diri membancuh muffin pandan yang memang dah lama teringin nak buat. Hasilnya...... emmmm... memang sedapppp!! Resepi ambil dari FP Kak Rinnchan...asal dari Cari.com.. memang dah lama print resepinya.. Terima kasih kak Rinnchan & empunya asal resepi untuk resepi muffin ni yer... bila hampir masak.. harum semerbak bau pandan seluruh dapur ku... hehee... Alhamdulillah.. suami & anak2 kata sedap.. lain kali bolehlah buat lagi...

Izinkan sy C&P resepinya kat sini ye kak Rinn..




Sumber : Cari.com (copy FP Rinnchan)

Bahan-bahan:
200gm tepung gandum
1 1/2 tsp baking powder
1/2 tsp soda bikabonat
1/2 tsp garam halus
120gm gula castor (MaDiHaA kurangkan ke 100 gm)
200ml santan kelapa (dalam kotak)
100ml minyak jagung
2 biji telur
*1 tsp pandan paste (Boleh bubuh extra kalau nak lebih hijau)
*1/2 tsp pandan essence
Bahan topping ikut selera - Almond slices, kismis, ceri etc.

Nota :
*Sekiranya tiada pandan paste atau pandan essence, boleh blend 5-7 helai daun pandan bersama 200ml santan di atas dan tapis ya .

Cara-cara:
1. Panaskan oven pada suhu 190 darj cel. Sediakan loyang muffin dan paperliners.
2. Ayak tepung, baking powder, soda bikabonat dan garam halus. Masukkan ke dalam
sebuah mangkuk besar. Campurkan gula halus dan kacau rata menggunakan whisker.
3. Campurkan ke semua bahan basah ke bahan kering. Kaup balikkan sekadar kesemua
bahan bercampur. Adunan akan kelihatan seakan berketul2 sedikit (lumpy).
4. Isikan adunan ke dalam paperliners dan taburkan kepingan almond di atasnya.
5. Bakar selama 20minit.

Tempahan dari Cik Ani & Kak Yati, Puchong

Pagi ni aku nak masukkan tempahan yang aku buat minggu lepas.

1 loyang puding Marble Pelangi


Puding Marble Pelangi ni.. tempahan dari Cik Ani iaitu baby sitter anak2 aku untuk majlis bertunang anak sedaranya. Serba salah nak ambik duit sebenarnya.. sebab Cik Ani ni tak berkira dengan anak2 aku. Tapi aku teringat pesan arwah ayah.. kata arwah.. kalau kita meniaga.. jual tetap jual.. yang kita nak sedekahkan kita bagilah yang lain.. Jadi.. aku ambik jugalah duit untuk puding tu.. & aku sedekahkan Cik Ani seloyang Bingka Pandan.



Ini puding yang dah siap dipotong.. Cik Ani pesan mintak potongkan sekali...


Tak tau kenapa kuih bingka tak berapa cantik jadiknya.. mula2 naik cantik masa bakar.. bila dah sejuk turun pulakk... ikut resepi yang sama jugak.. tapi dari segi rasa memang marbelesss...


Puding & bingka yang telah siap dipotong..



Kat bawah ni pulak.. karipap frozen tempahan dari Kak Yati yang dok kat Puchong tu.. Kak Yati order 100 biji karipap & dia bagitahu suruh aku buat bila2 rasa senang... sian kak Yati kena tunggu lama karipap frozen ni.. almaklum.. aku buat time cuti jer.. harapkan hari kerja tak berapa sempat sangat.. Terima kasih Kak Yati kerana sudi order kuih dengan MaDiHaA yer.. Kalau rasa sedap.. bolehlah order lagi lain kali.. hehe..

Baru siap kelim..


9 peket = 108 biji karipap sedang difrozenkan..


Ambik gambar dulu sebelum Kak Yati datang ambil..


Terima kasih kepada Cik Ani & Kak Yati yang sudi order..

Monday, May 17, 2010

Sup Ayam Hadnyai

Rasanya.. dah ramai kawan2 yang dah mencuba sup ayam Hadnyai ni kan..? Pada aku.. oklah jugak.. layankan selera anak2 dengan sup ni.. dorang tu memang suka jenis2 sup ni.. cuma hubby jer tanya.. kalau Hadnyai.. ngapa tak pedas?? Ewahh.. nak pedas picit2 ler cili padi lagi... hehehe.. Resepi ni aku ambil dari blog Mat Gebu.. thanks ye Mat.. akak C & P kat blog akak plak resepinya.. halal ye..




Bahan-bahan
800 g ayam, dipotong sederhana besar
5 batang serai, dititik
7 cm lengkuas, diketuk
2 batang saleri, dikerat2
2 biji lobak merah, kerat2 & potong memanjang (MaDiHaA tambah)
2 biji tomato, belah 4 setiap satu (resipi asal tak letak)
5 - 6 cawan air (atau secukupnya)
Garam dan gula secukup rasa
2 kuntum bunga lawang#
5 biji buah pelaga#
3 kuntum bunga cengkih#
1 batang kayu manis#(#rempah tumis)
5 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
3-4 biji cili padi*
4 cm halia*
2 camca besar ketumbar*
1 camca teh jintan kasar*
1 camca teh jintan halus*(*dikisar halus)
Hirisan daun sup/daun bawang, untuk hiasan
Bawang goreng, untuk hiasan

Cara-cara
1. Ayam dibuang kulit, cuci bersih dan toskan. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis rempah tumis, serai, lengkuas dan bahan kisar halus hingga harum. Masukkan ayam tadi dan gaul rata. Masak hingga ayam kecut kurang lebih 5 minit.
2. Tuang air dan masukkan lobak merah & saleri. Gaul rata dan renih hingga ayam masak. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula sebagai pemangkin. Akhir sekali masukkan tomato dan masak 1 - 2 minit lagi.
3. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan. Sedap juga dihirup begitu saja. Jika suka boleh perahkan limau nipis.

Selamat mencuba!

Sunshine Award

Pagi ni aku nak tepek award yang aku dapat dari Tie http://watiyusof.blogspot.com yang memang aku suka sangat masuk & baca segala coretan & tulisannya di dalam blog beliau. Sebelum itu.. aku selalu masuk di Fotopagesnya.. Tetapi kini Tie lebih aktif di blog berbanding FP. Yang paling mengkagumkan ialah setiap saat & minit T dapat mengingati apa yang dia buat sepanjang hari walaupun kadang kala Tie mengupdate blognya seminggu sekali. Tapi daya ingatan Tie sangat bagus!! Tie juga seorang sahabat yang sangat baik & pemurah. Aku sempat bertemu dengannya sekali dlm bulan puasa tahun lepas.. tapi hanya seketika. Tie sangat2 peramah orangnya. Seperti dah kenal lama. TQ Tie sudi kenal dengan akak & TQ juga sudi bagi award ni..



"The Sunshine Award is awarded to bloggers whose positivity and creativity inspire others in the blogging world." Sangat berbesar hati nak memanjangkan award ini kepada kawan2 yang banyak memberi inspirasi kepada ku untuk membuat blog sendiri. Ada yang beri inspirasi secara verbal kepada ku.. & ada juga yg tak berkata apa2.. tapi blog mereka sangat2 cantik dan membuatkan ku tertarik & berminat untuk berblog seperti mereka.. Sudi-sudikanlah untuk menerima award ini dari MaDiHaA kerana anda memang layak menerima award ini...

Friends, when you write about this award, you may follow these rules:

i. Nominate 12 more bloggers.

1. Kak Zai Teratak Impian
2. Kak Ummi Zaihadi
3. Midza
4. Ida Marlida
5. Mat Gebu
6. Zaiy
7. Jasmeen
8. Kak Jie Jie
9. Ijan Blogresepi
10.Alongroz
11.Nurfikas
12.Alona CintaManisLite

ii. Put the logo onto your sidebar or within a post.
iii. Link the nominees within your post.
iv. Let the nominees know they have received this award by commenting on their respective blogs.
v. Share the love and link to the person from whom you have received the award

Friday, May 14, 2010

Kuih Buah Peria



Salam Jumaat buat semua..

Hari ni.. aku nak kongsikan kuih minum petang yang aku buat beberapa minggu yang lepas. Terpikat dengan rupa buah peria ni semetelah kat rumah ada sikit keledek pemberian makcik.. maka teruslah projek kuih ni dijayakan.. hehe..

Kalau kawan2 nak tau.. sebenarnya resepi kuih ini sama dengan resepi kuih masyarakat Cina iaitu Kuih Angku. Bezanya disini cuma penggunaan warna & bentuknya sahaja. Walaupun aku dah lama teringin nak buat kuih angku yang warna merah/oren tu.. tapi niat tu masih tersimpan lagi sebabnya aku takde acuan angku tu.. Bila aku terpandang dalam fotopages Wila Chin tempohari masa dia buat kuih angku dengan berbagai bentuk.. aku tertarik dengan bentuk buah peria yang dia buat.. terus berkobar2 nak mencuba. Aku fikir rasanya tetap sama dengan kuih angku yang original sebab bahan2 nya semua sama.. Cuma kuih aku bentuk buah peria & gunakan warna hijau itu saja.. Lain kali bila dah ada acuan angku.. aku buat pulak versi warna merah/oren.. hehehe..

Jom intai resepinya.. TQ Wila sudi kongsi resepinya.. akak tepek resepi yang akak dah taip balik ni kat sini ye..

Sumber : Wila Chin

Bahan2 Untuk Doh
300 gm tepung pulut
150 gm keledek (timbang setelah dikupas kulit) (sebaiknya guna keledek isi putih agar warna yang kita gunakan lebih menyerlah ~ kalau kita guna keledek purple ker.. sure warna lari..)
240 ml air + pewarna hijau
4 s/b gula kaster
40 ml minyak

Bahan2 Inti
250 gm kacang hijau tanpa kulit
10 s/b gula
1 s/k garam
2 cawan air (boleh tambah or kurangkan ikut kesesuaian)

Bahan2 tambahan
daun pisang atau plastik secukupnya
minyak masak

Cara-cara masak inti:
1. Kacang hijau dicuci bersih kemudian direndam 4 jam atau 1 malam.
2. Toskan kacang & jirus air paip. Masukkan dalam periuk bersama air dan masak seperti kita masak nasi.
3. Apabila ia menggelegak dan airnya hampir kering kecilkan api (seperti kita tanak nasi) lalu tutupkan tudung periuk.
4. Agak2 kacang dah empuk (hendak tahu masaknya cuba picit biji kacang itu) & bila dah lembut maka bolehlah dimasukkan gula & garam. Kacau2 hingga gula larut dan sebati & inti agak kering.
5. Biarkan inti sejuk terlebih dahulu sebelum dibulat-bulatkan ke beberapa bahagian kecil.

Cara-cara buat kulit:
1. Rebus keledek hingga empuk. Bila dah empuk masukkan dalam blender & campurkan dengan air.
2. Dalam sebuah bekas, masukkan tepong pulut, gula & garam. Lalu tuangkan keledek yang telah diblender tadi ke dalam tepong.
3. Uli bahan2 tadi sehingga sebati. Akhir sekali masukkan minyak dan uli hingga menjadi doh yang lembut.
4. Bahagikan doh ke beberapa bahagian (menyamai jumlah bebola inti tadi) lalu bulat2kan.
5. Untuk membentuk buah peria (sila rujuk gambar di bawah), sediakan plastik yang bersih. Masukkan inti ke dalam doh lalu tutupkan inti. Bentukkan doh menjadi bentuk lonjong sikit. Letakkan di atas plastik tadi lalu digulungkan seperti gulungan gula2. Kemaskan kiri & kanan lalu tarik kuat2 kedua2 hujung plastik agak terbentuk garis2 pada doh & seakan2 menyerupai buah peria (takde 100% macam buah peria.. hehe). Buka gulungan dan susun dulu dlm pinggan bersih. Buatlah doh selebihnya sehingga habis.

6. Panaskan periuk pengukus dengan air yang mencukupi. Sediakan daun pisang atau plastik alas berukuran 4cm x 8 cm atau agak2 muat untuk letak 'buah peria' tadi. Sapukan sedikit minyak pada daun pisang / plastik tadi lalu letakkan buah peria di atasnya dan susun dalam pengukus. Buat hingga habis.

7. Bila air dah mendidih.. kukuskan kuih selama 8 minit atau sehingga masak bergantung saiz kuih anda. (jika kuih lebih besar, lebihkan sedikit masa mengukus TAPI jangan terlalu lama nanti kuih terlalu kembang & hilang pulak rupa paras buah peria tadi)
8. Bila dah masak.. hidang kuih sebagai minum petang. Memang sedap!





Selamat mencuba!

Thursday, May 13, 2010

Cencaru Masak Jintan



Lama tak tempek resepi lauk... aritu masak ikan cencaru ni.. sekor jer sebab besar sangat ikan nih.. Resepi mcm ni selalunya aku masak dengan ayam.. (hubby yg ajor) memang sedappp.. Kali ni tukar ke ikan plak.. test tengok ok dak.. hehe.. rasanya lagi sedap masak dengan ayam.. atau.. mungkin juga sebab aku dah tukar ke rempah kari ikan tu yg rasa dia lain sikit.. tapi tetap habis licin penyudahnya.. hehe...

Ni resepinya kalau ada yg nak menerai..

Bahan2
1 ekor ikan (aku guna cencaru saiz besar.. aku kerat 4 sebab nak terkeluar kuali kalau goreng sekor2)
garam & serbuk kunyit secukupnya
3 ulas bawang merah ~ hiris nipis
2 ulas bawang putih ~ hiris nipis
1 inci halia ~ hiris nipis & halus memanjang
1 s/b serbuk cili*
1 s/b serbuk jintan putih*
1 s/b serbuk kari ikan*
1 biji tomato ~ didadu halus
minyak secukupnya (aku guna sikit jek.. pasal tu sambal tak naik minyak)
sedikit air
garam, aji & gula secukup rasa

Cara2
1. Ikan dibersihkan lalu digaram kunyit hingga rata. Goreng hingga garing. Angkat & ketepikan.
2. Bahan2 bertanda* dibancuh dengan sedikit air hingga menjadi pes. Dalam kuali yang lain. Panaskan minyak lalu tumiskan bahan2 hiris hingga layu. Masukkan bahan2 pes rempah kalu tumis hingga wangi & naik minyak.
3. Masukkan sikit air, tomato dadu dan perisakan dengan garam, aji & gula secukupnya. Biar merenih seketika.
4. Bila dah secukup rasa.. masukkan ikan yang digoreng tadi lalu dibalik2kan. Kalau suka berkuah sikit.. jangan biar kering sangat. Kalau suka kering2 boleh biar sampai agak kering.
5. Angkat & hidang.

Selamat mencuba!

Savoury Rice Porridge



Ini dia resepi bubur nasi yang aku masak utk anak2 masa dorang demam.. resepi adaptasi dari resepi bubur oat pedas hari tu.. memang sedap!! Thanks to empunya asal resepi.. untuk bubur nasi ni.. aku ada tambah sikit bahan lain..

Bahan2
2 pot beras ~ cuci bersih & rebus dengan air secukupnya hingga kembang.
1 biji bawang besar ~ hiris memanjang
1 cawan isi ayam ~ dipotong kiub
1 batang carrot ~ dipotong kiub
1 inci halia ~ hiris nipis & memanjang halus
1 1/2 sudu besar serbuk rempah sup
1 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
1 inci kayu manis
2 cawan santan
1 s/k lada hitam ~ ditumbuk halus
1 s/k halba
1 kiub ayam
garam secukup rasa
sedikit gula
sikit minyak zaitun

Bahan2 Tambahan
daun bawang ~ dihiris
bawang goreng secukupnya
ikan bilis goreng secukupnya

Cara2:
1. Sementara beras kembang. Dalam periuk yang lain tuang sikit minyak zaitun dalam periuk.
2. Tumis bahan2 rempah spt kayu manis, bunga lawang, cengkih & halba sebentar.
3. Kemudian masukkan bawang & halia. Tumis hingga bawang layu.
4. Tambahkan rempah sup yang telah dibancuh dengan sikit air. Masukkan lada hitam tumbuk. Tambahkan sedikit sahaja air.
5. Masukkan ayam, lobak merah & kiub ayam. Renihkan hingga ayam masak. Bila ayam nampak dah masak segera tuangkan ke dalam periuk berisi beras yang dah kembang tadi. Tambahkan santan, garam & gula secukup rasa.
6. Biarkan mendidih. Jika bubur nampak pekat boleh tambahkan air & biar merenih. Rasakan apa yang kurang bolehlah ditambah biar secukup rasa.
7. Waktu menghidang taburkan dengan ikan bilis goreng, daun bawang & bawang goreng.

Wednesday, May 12, 2010

Custard Raisin Rolls



Terus ke resepi untuk hari ni.. maaf la tak sempat nak celoteh panjang sebab bz... tapi nak komen juga sikit pasal roti ni... Memang sedappp!!! Thanks Noreen & Kak Ummi untuk resepinya.


Adaptasi dari resepi Red Bean Sweet Bun (Noreen & Ummi)
Bahan:-
75 gm tepung roti
75 gm tepung kek (guna tepong gandum aje)
1 camca teh yis
60 gm susu segar
1/2 biji telor
30 gm gula pasir
25 gm mentega

Bahan Kastad:-
1 cam. besar tepung kastad
1/2 cam. besar gula pasir
85 gm susu segar
10 gm mentega
1 cam. teh esen vanila

20 gm raisins/mixed fruits
1/2 biji telor untuk sapuan

Cara-Cara:-
Untuk Kastad:-

Masukkan kesemua bahan kastad ke dalam mangkuk tahan panas dan kacau dengan api perlahan sehingga pekat sedikit. Tutup api dan biarkan sejuk. Cover dengan cling film.



Untuk Bun:-
Masukkan kesemua bahan-bahan roti di dalam mixing bowl dan kacau sebati. Uli sehingga menjadi doh, elastik dan tidak melekat di tangan. (Atau kaedah lain, masukkan ke dalam bread machine, tekan setting doh, biarkan doh siap.) Setelah siap diuli, biarkan doh naik sehingga 2 kali ganda dalam masa 45 minit - 1 jam. Kemudian tumbuk2 kan doh untuk keluarkan angin dan rehatkan doh 15 minit lagi. Kemudian canaikan doh menjadi bentuk "oblong" dan sapukan kastad, taburkan raisins. Gulungkan seperti swiss roll dan potong... (anggaran 1 inci atau suka hati nak tebal mana) Susun atas pan yang telah digris dan biarkan doh naik sekali lagi. (MaDiHaA masukkan dlm paper liner) Sapukan bun dengan telor dan bakar pada suhu 180 deg. celcius selama 15 minit/hingga masak. Setelah masak, sapukan mentega agar bun kelihatan berkilat.

Selamat mencuba!

Tuesday, May 11, 2010

Savoury Oat Porridge



Masa ketiga2 anak demam hari tu.. rasa risau kerana diaorang semua tak selera nak makan nasi. So.. nak bagi diaorang makan selalunya aku masak bubur nasi. Selain bubur nasi.. masak juga bubur oat ni. Memang sedap!! Tapi kalau nak masak bubur oat ni.. lepas masak.. terus segera makan ye.. kalau makan lambat ia akan jadi pekat (macam bubur aku tu) tapi still rasanya enak banget!! Bukan orang demam je yg berselera... ibunya pun sama berselera.. hehehe...

Jom lihat resepi.. nanti aku masukkan versi bubur nasi pulak.. aku masih ikut resepi asas yang sama jugak sebab aku rasa resepi bubur ni ada kelainannya dari yang biasa aku buat.. sebab ada campuran rempah & halba tu.. memang best!! Terima kasih kepada tuan empunya resepi yer.. saya copy & paste resepinya kat sini...

Bubur ni sedap dimakan bersama ikan bilis goreng garing, keropok keping goreng atau taburan lobak asin serta hirisan daun bawang.. yummy!!



Savoury Oat Porridge
http://cheritakucheritamu.blogspot.com/search/label/Porridge

Ingredients
1 cup of oat
half onion - sliced
some chicken / beef / lamb - small diced (MaDiHaA guna ayam)
sliced ginger
1 tbsp of soup / korma powder (guna rempah sup)
1 star anise
2 cloves
1 cinnamon stick
1-2 coconut milk/fresh milk
whole black pepper
fenugreek seeds (halba)
salt
half teaspoon of Maggie chicken stock
scallion (daun bawang) - for garnish

Methods:
1. Drizzle some olive oil in a hot pot.
2. Fry the cinnamon stick, star anise, cloves, black pepper and the fenugreek seeds for a while.
3. Then add the onion and ginger. Fry until the onion soft.
4. Add the soup / korma powder. Stir.
5. Add the chicken and the chicken stock.
6. Fry until the chicken is slightly brown, pour some water.
7. Bring to boil and simmer until the chicken is cook.
8. Add the oat. Stir and pour the coconut milk.
9. Add some seasoning; salt, ground black pepper and sugar.
10. Pour some water if the porridge is too thick.
11. Bring to simmer until the oat are ready.
12. Served. Garnish with some scallion.
13. You can serve this with fried anchovies or sambal tumis ikan bilis and fish /prawn crackers.

Selamat mencuba!

Kad Hari Ibu Dari Kawan2

Selamat Hari Ibu buat semua kawan2.. Semoga kita semua akan dpt menjadi ibu yang terbaik buat anak2 kita insyaAllah.. Maaf ye agak terlambat wish kat kawan2.. almaklum.. kat rumah takde tenet..

Terima kasih pada kawan2 yang sudi bagi kad sempena hari ibu.. MaDiHaA mohon maaf kerana tak sempat nak create kad buat ibu2 yang dtg sini.. minta maaf byk2 yer.. Harap tahun depan sempat ler buat... hehehe..


Ini kad dari Along.. thanks Alongroz sudi bagi kat MaDiHaA & semua kawan2..
Greetings

Ini pula kad pemberian Izah Muffin Lover.. TQ Izah.. lawa kad nya...


Terima kasih buat semua ye..

Friday, May 7, 2010

Tempahan Tat Telur & Chicken Luncheon Rolls

Bertemu kembali...

Macam biskut aku ni kan.. kejap ada.. kejap ilang.. ni ada balik.. kekekeke... biasalah.. kejap ngulor.. kejap wat kije.. kejap lagi ngulor balik.. nak pulak time ngantuk2 mcm ni.. layan blog hilang jap segala ngantuk2 tu.. betul takk??

So.. sementara ada masa sikit ni.. aku nak masukkan gambar2 tempahan yang aku buat untuk hari Selasa baru2 ni (4/5/2010). Tempahan dari Kak Hamsiah dari Cheras.. tapi opis dia dekat dengan rumah aku kat Bandar Sunway. Memula.. kazen aku Ida ckp ada orang mintak nombor telefon aku dari dia nak tempah kuih katanya.. aku ingat nak tempat sikit2 jekk.. ambik kauuu.. terkejut jap aku sebab Kak Ham dok sebut seratus.. hehehee.. macam byk sangat kan?? Tapi bagi aku yang baru berjinak2 dengan bisnes kecil2an ni... terasa mcm byk gak laa.. Yelahh.. aku buat sorang2 takde sapa tolong.. Siang kerja.. mlm baru ada masa buat.. dah tu.. ada baby lagikk.. Tapi bila dah Kak Ham memberi kepercayaan pada aku.. aku beranikan diri gaklah mencuba.. Lagipun.. kuih yang Kak Ham tempah seperti tat telur tu.. dulu aku memang pernah buat utk niaga.. skrg jer aku takde masa nak anto ke kedai2. Apa2pun.. MaDiHaA ucapkan berbanyak terima kasih buat Kak Ham yang sudi menempah dengan MaDiHaA. Segala kekurangan dari segi rasa maupun rupa paras kuih2 tu.. MaDiHaA mohon maaf byk2 yer kak..

Terasa kembang hati bila selepas 5 minit hubby deliver kuih2 tu sumer.. Kak Ham telefon cakap "Akak dah rasa dah dua2 kuih Ratna buat tu... meeeemanggg sedappp..!! tip top!!" amboi kak Ham.. hidung saya yang sedia kembang ni bertambah kembang bila kena puji ngan akak.. kekekeke...

Kat bawah ni order2nya..

50 biji Chicken Luncheon Rolls


100 biji Tat Telur



Chicken Luncheon Rolls & Tat Telur


Thanks ye Kak Ham.. lenkali kalau sudi order la lagi.. hehe..

Award Pro Memasak Dari Alongroz



Pagi ni dengan bangganya aku nak gantung apron yang kiut miut ni kat 'umah baru' aku ni... walaupun bukanlah pro sangat memasak.. tiru meniru boleh laa.. tapi aku seronok sangat sebab apron tu sweeettttt sesangat..... memang aku takkan pakai punya sebab lawa sangat.. sayang!! Lagipun.. bukan saiz aku.. so kita simpan ajelah elok2.. kekekekee...


Apron ni hadiah dari Alongroz.... terima kasih banyak2 sebab sudi bagi award ni yer..

Hadiah ni ada soklan kena jawab:

1=>3 jenis lauk pauk yang suka dimasak
* Sup ayam (ikut selera anak2)
* Gulai asrong/asamrong ~ masakan tradisi negeri Pahang)
* Gulai lemak cili padi

2=>3 jenis pencuci mulut yang paling best pernah buat
* Triffle
* Puding Karamel Lapis
* Tapai Pulut

3=>3 jenis biskut kegemaran time raya
* Almond London
* Suji Cookies
* Cornflakes Madu

4=>Bagi Award ni pada 3 orang rakan anda yg juga rajin memasak
* Ida Marlida
* Midza (Mizwa)
*

Tak tau nak bagi kat sapa lagi.. jap lagi nak pi intai sapa yang belum dpt apron ni.. hehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...