Tuesday, July 28, 2015

Ayam Kalio lagi....


Assalamualaikum & salam sejahtera...




Sekadar update resepi ulangan je hari ni... guna gambar yang lama tersimpan dalam folder dari handphone yang dah rosak tu.. sob sob sob....  Resepi ulangan.. tapi gambar tu gambar yang dimasak di masa yang berlainan ye.  Almaklumlah... bila satu2 resepi tu kena dengan selera tentulah ada ulangannya... 

Memang tak rugi mencuba resepi Ayam Kalio ni sebab masakan ni memang sedap.  Rasa ala2 rendang... tapi tak guna kerisik. Yang penting suami & anak2 suka... Terima kasih pada tuan punya resepi, Lina PG serta Wana Potret Kasih yang berkongsi resepi marbeles ni... Nak tengok yang MaDiHaA masak dulu boleh klik SINI.


AYAM KALIO
By : LiNa Pg
Sumber : Wana Potret Kasih

Bahan-Bahan
400g ayam ( anggaran dalam 1/2 ekor ayam saiz kecil )
4-5 ulas bawang merah ( kisar )
3 ulas bawang putih ( kisar )
2-3 sudu makan cili kisar ( boleh tambah jika suka pedas )
4 biji cili merah (kisar)LiNa Pg tambah rcp asal xde (MaDiHaA tambah 2 biji je + 6 biji cili padi
1 inci halia ( kisar )
1 inci lengkuas ( kisar )
2 batang serai ( kisar )
2 cm kunyit hidup ( kisar )
250 ml santan atau susu cair
3 -5 helai daun limau purut (hiris nipis)
1 batang karot (potong baji)
1 biji tomato (belah 4)
2 keping asam keping
garam secukup rasa
gula secukup rasa
Air dan minyak


Cara penyediaan
1.     Tumis bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak.
2.     Kemudian masukkan ayam dan asam keping. Masak hingga ayam kecut.
3.     Kacau dan balikkan selalu agar ayam yang di masak sekata masaknya.Tambah sedikit air
4.     Masukkan santan atau susu cair serta daun limau purut dan juga karot. Jika mahu kuah lebih boleh di tambah sedikit air lagi.
5.     Masakklah hingga kuah agak pekat.Masukkan tomato, sesuaikan rasa…. bolehlah diangkat. 

Selamat mencuba!

Monday, July 27, 2015

Berehat seketika dari sebarang tempahan...

Assalamualaikum & salam sejahtera....

Salam Syawal buat semua... semoga semua pengunjung blog MaDiHaA semuanya sihat sejahtera dan sedang berbahagia disamping insan2 tersayang.

MaDiHaA umumkan di sini bahawa buat masa ini MaDiHaA tidak dapat menerima sebarang tempahan disebabkan ketiadaan handphone.  Hanphone MaDiHaA tiba2 je rosak sejak beberapa hari sebelum raya tempohari.  Bila on masih hidup.. tapi berhenti kat logo samsung.  Pinjam telefon kakak Dini yang dia tinggalkan kat rumah sebab tak boleh bawak smart phone kat asrama... dapatlah guna sehari dua.. lepas tu tak boleh pakai pula disebabkan ada tangan2 yang pandai sangat pegi set password bagai. Bila tanya sorang pun tak mengaku... tapi MaDiHaA syak si adik yang pandai2 buat password tu tapi terlupa design apa yang dia buat. Dah cuba macam2 design.. bila terlalu banyak cubaan.. terus kena blok. Aduhaiii... nak nangis rasanya.  Handphone tu hanya boleh terima panggilan (itupun kalau dengar ringtonenya sebab volumenya rendah sangat & nak kuatkan volume pun dah tak boleh sebab dah kena block) seandainya ada yang hantar sms tu mintak maaflah memang tak boleh nak baca & reply.  WhatssApp apatah lagi dah lebih sebulan tak buka wassap sejak handphone rosak.  Hp kakak Dini memang takde WA.  Jadi buat masa sekarang ni.. sebarang sms, WA tak dapat MaDiHaA baca.. call pun ikut nasib juga kalau terdengar dapatlah bercakap dgn MaDiHaA.. kalau tak dengar tu.. memang tak berjawaplah panggilan.

InsyaAllah moga ada rezeki untuk beli hp yang baru nanti.  Oleh itu.. buat sementara ni tempahan terpaksa ditutup untuk sementara waktu.  Susah bila takde alat telekomunikasi yang satu ni.. nak buat apa pun tak boleh.  Hinggakan raya tahun ni takde satu pun gambar raya family.  Yang sempat MaDiHaA ambik gambar hanya gambar rendang tok yang MaDiHaA masak.. itupun pinjam handphone en. suami.  Pagi raya tu.. masing2 sibuk & takde sorang pun yang berminat atau teringat nak bergambar. Yelah.. selama ni pun MaDiHaA sorang je yang suka snap2 gambar ni.. en. suami memang kurang minat ambik gambar.. adik2 suami pun sama kot.  Sorang pun takde yang nak snap gambar. hihi.. Bila hanphone sendiri rosak.. terus lupa nak snap2 gambar.  Terkilan la jugak.. takde kenangan raya tahun ni..  kenangan tersimpan disanubari ajelah.. hehe...

Oklah semoga bersua lagi.. nak update pun takde gambar2 terbaru maklumlah... hanphone rosak.  Tengoklah kalau rajin update gambar2 lama yang tersimpan dlm folder tu. 

Thursday, July 16, 2015

Biskut Nestum Coffee Chips



Assalamualaikum & salam sejahtera...

Jika dizinNYA... insyaAllah esok kita semua akan menyambut 1 Syawal bersama2.  Oleh itu MaDiHaA ambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat hari raya aidilfitri serta maaf zahir & batin sekiranya ada salah & silap atau terkasar bahasa selama berblog ni ye.  Moga kita semua dapat sama2 meraikannya dengan gembira bersama keluarga tersayang.

Oklah untuk yang terakhir nak kongsi juga resepi biskut raya yang sedap ni sebagai koleksi biskut raya di blog MaDiHaA ni.  Tak sempat nak cuba sekarang.. mungkin anda boleh simpan resepi ni & cuba untuk raya akan datang pula.  MaDiHaA buat biskut ni pun sebabkan ada banyak lebihan nestum dalam simpanan.  Ni kes beli nestum masa en. suami operation tonsil bulan Mac tempohari. Waktu tu dia tak boleh nak makan nasi.. Jadi ada nestum ni bolehlah gilir2 ambil selain makanan2 lembut yang lain.  Kalau asyik makan bubur pun jemu juga katanya.  Tapi dek kerana terbeli 2 pek... nampaknya berlebih2lah pulak.  Ada baiknya dibuat sesuatu dan alhamdulillah... bila buat biskut ni.. takdelah membazir nestum tu.  Biskut ni pun sedap sangat.. rangup2 terasa chips kopi dalamnya.  Kalau takde coffee chips boleh aje ganti dengan choc chips. MaDiHaA guna chips kopi disebabkan ada stok yang tu je kat rumah.  Memang buat biskut raya kali ni langsung tak pegi kedai bakeri.  Hanya guna bahan2 yang sedia ada kat rumah je.  Kan kena berjimat cermat.. guna bahan yg ada kat rumah.. insyaAllah takdelah membazir.


 
BISKUT NESTUM COFFEE CHIPS
Resepi : MaDiHaA aka Ratna
 
Bahan2
250 gm mentega
1 cawan gula kastor
2 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanila
80 gm coffee chips
1 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan tepung jagung
3 cawan nestum

Cara menyediakan
1. Pukul mentega dengan gula kastor hingga hampir putih.
2. Masukkan telur dan esen vanila dan pukul lagi.
3. Masukkan tepung, nestum & coffee chips dan uli dengan tangan hingga menjadi doh.
4. Bentukkan biskut ikut citarasa masing2 dan susun atas dulang pembakar yang digris. Biskut ni tidak berubah bentuk atau mengembang ketika membakar, jadi waktu susun tu tak perlu jarak2 terlalu jauh. Bentukkan biskut & leperkan sikit ye.
5. Bakar dalam oven selama 15 minit dengan suhu 165C ikut oven masing2. Sejukkan biskut atas redai sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

Selamat mencuba!

Wednesday, July 15, 2015

Biskut Samprit Dahlia

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Tinggal 2 hari je lagi kita semua akan menyambut hari lebaran.  Dah ramai yang dah sampai ke kampong halaman masing2 kan? Seronoknya... jeles I tau! hihi... Jalanraya kat bandar ni pun dah lengang... cepat je sampai ke opis pagi tadi.  Anak dara MaDiHaA yang kecik bambam tu masih lagi bersekolah hari ni tapi abangnya dah pun mula cuti... MaDiHaA pun masih lagi kerja hari ni & esok baru dapat pulang ke kampong itupun selepas selesai dating dengan doktor kat PPUM.  Apalah malang nasib dapat temujanji follow up checkup sehari sebelum raya... Nak tukar tarikh temujanji pun dah terlambat sebab baru perasan yang 16hb Julai tu sehari sebelum raya maklumlah.. temujanjinya setahun sekali.. hihi...  Ni kes lambat tengok kad hospital ler ni.. hehe...  Tak mengapalah balik lambat sikit...  senarai barang2 nak dibawa dah siap.  Tinggal hari ni en. suami nak beli 3 kg daging selain ayam yang dah difrozenkan semalam.  Barang2 dapur yang lain seperti bawang, cili dan lain2 pun en. suami akan lengkapkan hari ni sebab dia dah mula cuti hari ni... bolehlah dia pegi beli mana2 yang belum sempat dibeli tu.  Sampai rumah mertua petang esok.. barulah kami sama2 kerjakan masak rendang dan sebagainya. 



Oklah MaDiHaA nak update resepi biskut samprit dahlia yang MaDiHaA buat baru2 ni.  Buat 2 adunan terus jadi bolehlah bawak balik rumah mertua sekali. Ini biskut permintaan anak bujang MaDiHaA yang sorang tu.. tiba2 pulak teringin nak makan biskut samprit.  Nasib baik mintak biskut mudah & murah. Zaman GST ni kena berjimat cermat sikitlah.. buat kuih raya pun guna bahan2 yang murah & yang sedia ada kat rumah je... Oklah resepi ni MaDiHaA ambil dari FB tapi tak ingat la pulak siapa empunya resepi asal.  Mohon kongsi kat blog pada empunya resepi ye. Terima kasih.

BISKUT SAMPRIT DAHLIA
Sumber : FB

Bahan2
250 g mentega
50 g gula kastor
120 g susu pekat manis
400 g tepong jagung (MaDiHaA guna 200 g tepong jagung + 200 g tepong ubi kayu)
30 g tepung kastard
1 sudu teh esen vanila

(MaDiHaA guna ceri merah sebagai hiasan)

Cara2
1. Masukkan mentega dan gula kastor ke dalam mangkuk mixer. Pukul sebati.
2. Masukkan susu dan esen vanila. Pukul lagi.
3. Ayak tepong jagung bersama tepong kastard dan masukkan ke dalam adunan. Gaul dengan tangan hingga jadi doh dan doh ini sangat lembut. 
4. Bahagikan doh kepada 2 bahagian. Biar 1 bahagian dengan warna asal dan satu bahagian lagi dengan warna kesukaan. (MaDiHaA buat warna asal je) Sentiasa tutup doh dengan kain lembab supaya doh tak keras.
5. Bolehlah di tekan doh menggunakan acuan samprit pilihan ke atas dulang pembakar yang telah digris terlebih dulu.
6. Bakar selama 15 - 20 minit menggunakan suhu 160C api atas bawah mengikut oven masing2.

Selamat mencuba!

Tuesday, July 14, 2015

Biskut Coklat Badam Coffee Chips


Assalamualaikum & salam sejahtera..


Raya kian mendekat hanya beberapa hari saja lagi.  Tentu semuanya sedang sibuk membuat persiapan menyambut raya.  Bagi MaDiHaA sekeluarga persediaan hanya sederhana saja.  Kuih raya pun hanya sempat buat 3 jenis cookies saja.  Buat ni pun mengenangkan anak2 & anak kat asrama yang akan bawak ke asrama nanti.  Kalau ikutkan MaDiHaA memang kurang rajin nak buat cookies2 ni semua.  Takut nanti sendiri makan banyak, badan naik bagai dipam2.. hehehe... Yelah.. kalau dah mengadap tu nanti tak cukup sekeping dua... sedar tak sedar lepas raya baju2 semua ketat.. 

Oklah jom MaDiHaA kongsi resepi biskut raya pertama yang MaDiHaA buat ni...


BISKUT COKLAT BADAM COFFEE CHIPS
Bahan²
1 1/2 cawan gula perang/soft brown sugar
1 cawan mentega
1 cawan minyak masak
2 biji kuning telur
1 sudu kecil esen vanila
4 cawan + 4 sudu besar tepong gandum*
3 sudu besar serbuk coklat*
1 sudu kecil cream of tartar*
1 sudu kecil soda bikarbonat*
2 sudu besar susu tepong
secubit garam
1 cawan badam cincang (bakar biji badam dalam 8-10 minit kemudian sejukkan & cincang kasar2. Jika nak guna badam cincang dari bakeri pun boleh juga.. bakar kejap. MaDiHaA suka badam cincang kasar sebab masa makan terasa bila tergigit badam tu)
1 3/4 cawan coffee chips


Cara menyediakan
1. Ayak bahan2 bertanda*. Ketepikan dahulu.
2. Pukul mentega, gula perang, minyak masak, kuning telur, susu, garam dan vanila hingga sebati dengan kelajuan sederhana sehingga gula perang agak larut.
2. Masukkan tepung gandum yang diayak tadi sikit demi sikit & putar sebati. Jangan putar terlalu lama.
3. Masukkan badam cincang & coffee chips dan gaul sebati menggunakan spatula. 
4. Sudukan satu sudu kecil diatas dulang pembakar (tanpa gris) dengan menjarakkan sikit untuk ruang cookies mengembang semasa dibakar. 
5. Bakar pada suhu (165C-175C) selama 13-15 minit atau sehingga masak bergantung pada jenis oven anda.  Bila cookies masak, sejukkan sekejap sebelum dialihkan di atas redai kerana semasa keluar dari oven cookies masih lembut.  Bila cookies dah betul2 sejuk bolehlah masukkan dalam bekas kedap udara.

Selamat mencuba!

Monday, July 13, 2015

Pulut Mangga Thai



Assalamualaikum & salam sejahtera...


Hari ni MaDiHaA kongsi juadah pemanis mulut yang begitu sesuai untuk dihidangkan sebagai juadah berbuka puasa.  Memang sedap & berbaloi2 buat sendiri.  Kalau beli.. harganya boleh tahan juga.  Kalau beli satu gerenti tak cukup... hihi...

Jom kita buat sendiri... paling penting.. mesti dapatkan mangga yang betul2 ranum & manis.

PULUT MANGGA THAI
Resepi : MaDiHaA aka Ratna

Bahan-bahan

250gm Beras Pulut

300ml santan

Buah mangga ranum

Bahan2 Kuah Santan

200ml Santan 

2 sudu kecil rata tepung jagung

1 susu kecil tepung beras

1 sudu kecil garam

1 sudu besar gula

1 helai daun pandan



Cara menyediakan

1.  Cuci beras pulut kemudian masukkan dalam loyang saiz kecil. Tuang santan & ratakan. Kukus sehingga pulut masak. Kaup balikkan pulut supaya elok sebati. Jika perlu.. boleh sambung kukus sebentar lagi supaya pulut masak rata.
2.  Satukan santan dan semua tepong, garam & gula kacau sebati & tiada bintil2. Masukkan daun pandan.. Didihkan guna api kecil sehingga kuahnya pekat. Pastikan sentiasa dikacau supaya kuah elok sebati.
3. Untuk menghidang, ambil pulut & letakkan dalam mangkuk hidangan. Susunkan hirisan mangga & tuang kuah santan di atas pulut. Sedia untuk dinikmati atau sebagai juadah pemanis mulut ketika berbuka puasa.

Selamat mencuba!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...