Assalamualaikum...
Tak tau kenapa setiap kali lepas bercuti lama balik kampong.. bila balik semula ke PJ... kemalasan nak mengupdate blog menjadi-jadi pula! Entah apa penyakit aku sendiri pun tak faham... Hari ni aku paksa-paksa & gagahkan juga diri untuk update blog sebagai entry penutup bulan Januari... hehe.. Harap2 bermula esok atau bulan baru... kerajinan berblog tu datanglah semula... Sebenarnya... yang malas tu cuma nak update blog sendiri.. tapi berblog walking tu rajin pulak.. ada yang sempat ku tinggalkan komen.. & ada juga yg masuk senyap2 jer.. kekekeke... Apa2pun.. terima kasih tak terhingga kepada semua visitor yang masih sudi masuk ke sini walaupun tiada entry terbaru.. TQ muahh muahhh!
Oklah.. takmolah cerita panjang2.. hari ni sekadar nak masukkan beberapa gambar yang sempat dirakam bersempena majlis bacaan Yasin & juga marhaban a.k.a potong jambul anak2 saudara masa kat kampong baru2 ni. Sibuk yang teramat membuat persiapan & memang tak banyak pun ambil gambar. Takde masa sangat nak klik2. Yang ada ni mana yg sempat aje daripada takde langsung kata orang.. Terima kasih buat semua yang bertungkus lumus bekerjasama menyiapkan hidangan pada hari tu. Nasib baik tahun ni mak saudara & anak2nya ada sama jadi ringanlah sikit kerja. Tapi jangan tak percaya.. semua persiapan kami orang2 perempuan (ma, adik beradik & menantu, makcik & anak2nya) aje yang buat semua sebab pada hari yang sama.. kaum2 lelaki ada program dorang sendiri iaitu memancing udang galah di Rompin.. hehe.. Tapi itu semua di atas restu dari ma ku sendiri sebab ma kata takpelah dorang nak pegi memancing sebab nak masak pun tak banyak sangat.. Dalam 15 ekor ayam aje. Biarlah sesekali pakcik ngan anak2 buahnya (anak menantu ma) nak melayan hobi dorang tu. (Gambar2 mancing udang galah hanya dimasukkan dlm FB aje.. hehe) Tapikan.. sebelum dorang semua pergi awal2 pagi tu aku dah dera dorang suruh ambik serai kat pokok utk perap ayam sebab nak guna serai yg banyak.. pastu suruh pula ambil buah kelapa muda untuk guna masa majlis potong jambul tu.. hihi... Kalau idak karang.. sapa pula nak jolok buah kelapa kat pokok tengah2 sibuk tu kan...
Kat sini jiran2 terdekat kebanyakan pun dah veteren.. kudrat pun tidaklah macam dulu2 masa dorang muda2.. Ada juga yang tak berapa sihat.. Jadi takmaulah menyusahkan jiran2 untuk datang merewang.. lagipun hanya majlis kecil-kecilan saja.. jadi kami usahakan untuk memasak anak beranak saja.. Mujurlah ma masih tangkas di dapur walaupun dlm sakit2 lutut siap juga menu utama nasi ayam dengan dibantu oleh mak sedara & anak-anak.. hehe.. Bila dah siap masak memasak barulah datang jiran2.. so dorang tolonglah apa2 yang patut.. packing2 nasi ayam untuk berkat. Ada yang tolong hiriskan bunga rampai.. Hidangan untuk makan pula semua kami hidang cara buffet.. jadi takdelah perlukan pinggan mangkuk yang banyak.
Meja kuih-muih & pencuci mulut... alhamdulillah.. tercapai juga hajat mengedot apam..
6 adunan kalau tak silap.. nasib baik ada pembantu..
Menu utama nasi ayam... berkat untuk tetamu bawa pulang pun nasi ayam juga..
Menu iringan spagetti bolognese.. ini saja ma nak test market.. hehehe.. habis juga spagetti 3 peket dengan kuah seperiuk... alhamdulillah...
Dua anak sedara ku Qaseh Dania & Adriana Delisya sedang dipotong 'jambul'nya..
Kelam kabut masa ambik gambar ni... kelabu asaplah jadinya sebab ambik pun guna handphone jer... Kali ni memang betul2 majlis orang perempuan daripada memasak semua perempuan... yang dipotong jambul perempuan... tetamu yang hadir pun semua perempuan.. hihi..
Kandid gambar tetamu yang hadir.. buah tangan tu cucu2 tokma (anak & anak2 saudara) yang packing malam sebelumnya termasuk mengikat bunga telurnya... untuk buah tangan tu ma & adik sempat buat tapai pulut & dadih selain bunga telur & limau mandarin.. musim raya Cina lah katakan.. kekeke... TQ anak2 semua rajin membantu...
Selepas majlis marhaban selesai.... petangnya terus sambut sekali belated birthday anak saudara Aina Batriesyia (kakak si Adriana Delisya yang dipotong jambul tadi..)
yang ke 5 tahun..
Birthday cake yang ditempah...
Yang berdiri tu semua cucu-cucu tokma yang kecik2... 3 orang lagi cucu2 tokma yang besar semua takmau bergambar.. hehe.. Eh ehh... nampak macam abang Haziq pula yang terlebih excited ni.. birthday girl si Betty (yg baju biru) malu2 pula... hehe..
Betty terpaksa potong kek sekali dengan abg Haziq.. Actually masa ni birthday abang Haziq ke 6 tahun tinggal lagi seminggu je dari tarikh kejadian hari tu.. jadi ni kira tumpang sambut in advanced ler nih.. hahaha.. yg sorang belated yg sorang advanced.. tokma kata takperlah takde nama Haziq pada kek tu..(sebab masa tempah kek tu tokma lupa besday Haziq pun dah dekat) tp kira sambut sekali jelah.. ala.. budak2.. asalkan dorang gembira..
Oklah.. tamat sudah kisah family kami... sehingga berjumpa lagi... terima kasih!