Thursday, November 30, 2017

Beignet

Assalamualaikum & salam sejahtera...


Owhh... betapa tuan tanah kesibukan nampaknya di bulan November. Baru perasan bulan ini hanya ada satu entry sahaja! Ahh... tak boleh jadi... kesian pulak 'dia' terkonteng2... hehehe... Jadi kita bagi dia kawanlah satu entry lagi untuk November ini.

Gigih jugalah update hari ni hari terakhir November dengan resepi sajian yang enak dinikmati di musim hujan ni. Betul... memang sedap layan petang2 musim hujan ni. Kita gu kan ia dengan secangkir minuman panas kegemaran anda. Barulah perut tak berkeriuk... hihi...



Resepi ini sangat-sangat jarang tular di FB maupun blog. Padahal ianya sangat mudah disediakan lebih kurang resepi donut, churros, creampuff dan yang seangkatan dengannya.  Mengikut tulisan Sariyusa dalam blognya, BEIGNET disebut Bei-nei adalah sejenis dessert yang enak dimakan ketika masih panas dan terkenal di kalangan penduduk di New Orleans.  MaDiHaA terpandang Sariyusa pos sajian ini di blog terus jatuh hati nak mencuba. Sebabnya resepinya ringkas & mudah disediakan. Suami & anak2 pun suka... makan panas2 memang syok...

Jom kita lihat resepinya! Sebelum tu terima kasih buat Sariyusa yang berkongsi resepi ini. Mohon halal ye akak share kat blog akak pula.



Beignet
Sumber : Sariyusa

Bahan2
1 1/4 tsp yis kering
175 ml air suam
1/2 cwn gula kastor
1/2 tsp garam
1 biji telur (A @ B) 
1/2 cwn susu cair
500 gm tepung gandum ayak bersama 1/2 tsp baking powder
30 gm mentega / margerin dilembutkan

Cara-cara :

1. Dalam mangkuk yang besar,  satukan yis kering bersama air suam,  kacau sebentar. 
2. Masukkan gula kastor,  garam dan telur,  pukul sedikit. 
3. Masukkan susu cair,  kacau sebati. 
4. Masukkan 300 gm tepung yang dah diayak tadi.  Gaul sebati. 
5. Masukkan mentega atau margerin,  gaul sampai sebati. 
6. Masukkan baki 200 gm tepung,  gaul sebati guna jari sehingga menjadi doh. 
Nota : Doh agak melekat dan basah,  jangan risau ya. 

7. Tabur tepung yang banyak di atas meja canai. 
8. Panaskan minyak di kuali sedalam 2".
9. Canai doh sehingga nipis anggaran 5 mm. 
10. Potong segiempat dengan ukuran 2" x 2" (kalau nak besar lagi pun boleh) (MaDiHaA biarkan dalam setengah jam sebelum digoreng)
11. Goreng dalam minyak yang cukup panas,  jaga api kerana beignet cepat hangus. 
12. Apabila bahagian atas beignet sudah menggelembung, cepat-cepat terbalikkan. 
13. Golekkan beignet dalam icing sugar.

Selamat mencuba!


Thursday, November 2, 2017

Nasi Tomato

Assalamualaikum & salam sejahtera...


Apa khabar semua? Semoga semua yang mengunjungi blog MaDiHaA hari ini semuanya sihat2 sahaja.  MaDiHaA sendiri pun sebenarnya kesihatan tidaklah begitu baik. Tetapi alhamdulillah masih mampu melaksanakan kerja harian seperti biasa. Biasalahkan bila sudah berusia kesihatan merosot & stamina pun tak sama macam masa muda2 dulu. Maka... jagalah kesihatan & pemakanan kita dari usia muda. Bak kata orang tu nak makan apa pun biar berpada2.

Diam tak diam hanya tinggal tak sampai sebulan dah nak masuk cuti sekolah. Cepat betul masa berlalu. Dari setahun ke setahun rasanya masa berlalu begitu pantas. Kalau dulu MaDiHaA kelam kabut dengan anak kecil dengan setiap hari pegi kerja kena hantar baby ke pengasuh, tapi sekarang ni sibuk dengan persekolahan mereka pula. Semuanya berlalu pantas. Usia pun dah semakin bertambah nak masuk setengah abad. Apa pun syukur alhamduillah kerana diberi peluang menikmati pengalaman hidup yang akan menjadi kenangan manis di hari tua nanti. Mudah2an anak2 kita semua akan menjadi anak2 yang berjaya dunia & akhirat. Tak lupakan tanggungjawabnya pada ayah & ibu. Aamin..



Cerita pasal anak2, inilah dia nasi tomato yang MaDiHaA masak waktu kakak Dini balik dari asrama. Bila anak balik dari asrama barulah masak yang agak istimewa sikit. Yelah, bila tak cukup sorang ahli keluarga dalam rumah memang rasa tak sampai hati nak masak... hati tu dok ingat je kat anak yang kat asrama. Begitulah naluri seorang ibu. Padahal bukanlah masak yang grand-grand sangat pun. Nasi tomato je pun.... hehehe...

Jom MaDiHaA kongsi resepi nasi tomato yang mudah ni... Lauknya MaDiHaA gandingkan dengan acar timun campur nenas serta ayam masak merah kegemaran anak2. Bertambah2 mereka makan.




Nasi Tomato
Resepi : MaDiHaA aka Ratna

Bahan2
5 pot beras basmathi (pot rice cooker) ~ cuci & rendam 30 minit
6 pot air
1 pot susu cair
3 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar marjerin/butter
4 sudu besar tomato puri
2 sudu besar oren sunquick
2 sudu kecil garam atau secukupnya

Bahan menumis
5 ulas bawang merah ~ dimayang
2 ulas bawang putih ~ dimayang
1 inci halia ~ dihiris batang mancis halus
2 batang serai ~ dititik
2 helai daun pandan ~ disimpul
rempah 4 sekawan

Cara menyediakan
1. Toskan beras yang direndam. Panaskan minyak sapi dan butter di dalam periuk rice cooker di atas dapur. Tumiskan bahan2 menumis hingga wangi & layu.
2. Masukkan beras yang telah ditoskan tadi lalu dikacau rata.
3. Campurkan tomato puri & oren sunquick di dalam air yang telah disukat & kacau sehingga rata. Tuangkan ke dalam periuk beserta susu cair & garam. Kacau rata2.
4. Pindahkan periuk tadi ke dalam periuk rice cooker & tekan cook/on.
5. Tunggu sehingga nasi masak sepenuhnya. Jangan buka periuk sehingga mahu dihidangkan. Sebelum hidang, karih nasi menggunakan chopstick supaya ianya sekata.

Selamat mencuba!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...