Friday, August 30, 2013

Cara Berlauk II

Assalamualaikum & salam sejahtera...


Esok cuti hari merdeka.. ramai agaknya yang sudah atau akan balik ke kampong lagi... pagi ni nak keluar hantar anak sekolah & pegi kerja jalan lengang!  Wahh.. bestnyer kalau boleh balik kampong lagi.  Tapi apakan daya... keadaan tak mengizinkan..

Oklah.. jom MaDiHaA kongsi resepi cara berlauk versi II ni.  Tak banyak beza pun sebenarnya.  Yang berbeza cuma warna & bahan taburan saja.  Kebiasaannya cara berlauk berwarna kuning.. tapi kali ni MaDiHaA tak gunakan sebarang warna serta tambah bawang goreng untuk bahan taburan.  Kalau suka boleh juga tabur daun sup atau daun bawang ye.  Tapi MaDiHaA tak letak sebab takde stok.




CARA BERLAUK
Resepi : MaDiHaA aka Ratna


Bahan2 Inti
1 cawan daging kisar
1 labu bwg besar - potong dadu
1 ulas bwg putih - potong dadu
1 s/b rempah kurma
1 s/k serbuk rempah sup
garam secukup rasa
perasa jika suka
1 cawan air
minyak utk menumis

Bahan Hiasan
2 biji cili merah - hiris nipis
bawang goreng secukupnya

Bahan2 Untuk Batter
2 cawan tepung gandum (sukat 2 cwn kemudian keluarkan 1 s/b)
3 cawan santan - dari sebiji kelapa
1 biji telur
garam secukup rasa

Bahan Tambahan
Minyak masak tuang dlm mangkuk kecil
2 helai daun pandan ~ dilipat & diikat kemas utk menyapu minyak pada acuan cara.

Cara Menyediakan Inti
1. Panaskan minyak.. tumis bawang besar & bwg putih hingga wangi. Masukkan rempah kurma & rempah sup & kacau rata.
2. Masukkan daging kisar, garam, perasa dan 1 cawan air. Biarkan mendidih dan kacau2 sehingga inti agak kering.


Cara Menyediakan Batter
1. Campurkan semua bahan2 batter ke dalam bekas dan kacau rata menggunakan whisker.
2. Bila dah sebati.. tapiskan batter dalam bekas yang lain.
3. Untuk memudahkan lagi, tuangkan adunan batter ke dalam jug plastik yang ada muncung supaya mudah kerja memasak kuih cara.
4. Panaskan acuan cara dengan api yg sederhana kecil. Lenserkan minyak menggunakan daun pandan yg diikat kemas tadi pada acuan.
5. Tuangkan adunan batter sehingga agak2 penuh ke dalam semua lubang acuan. Masukkan 1 sudu kecil inti daging ke dalam setiap lubang acuan yang dah dituang batter tadi.
6. Taburkan daun bawang dan juga hirisan cili. Tutup acuan dengan tudung periuk kecil yg sepadan dengan acuan cara dan biarkan beberapa minit. Bila nampak dah masak.. bolehlah angkat menggunakan sudu.

Selamat mencuba!

Thursday, August 29, 2013

Mohon maaf pada customer.. handphone MaDiHaA baru keluar 'hospital'...

Assalamualaikum & salam sejahtera...


Image : Credit to google

MaDiHaA nak mohon maaf banyak2 pada customer yang membuat panggilan maupun sms melalui nombor handphone yang MaDiHaA letakkan dalam minggu lepas & minggu ni kat side bar tu ye.  Sebabnya.. baru2 ni handphone MaDiHaA mengalami sedikit kerosakan. Jadi terpaksalah dihantar ke pusat servis sebab masih under warranty.  Untuk sementara waktu.. MaDiHaA terpaksa tumpang no en. hubby untuk memudahkan customer menghubungi MaDiHaA untuk sebarang pertanyaan. Sebab tu (no. baru) sebelum ni MaDiHaA ada tulis hanya call/sms MALAM SAHAJA.  Jadi pada customer yang ada membuat panggilan atau sms waktu siang tidak mendapat jawapan yang sepatutnya tu... harap dimaafkan ye.  Biasanya en. hubby akan jawap "tunggu 8 malam baru kakak dapat jawap".  Kebetulan dia pun sedang berehat (MC) lagi kat rumah hingga 23/9 depan.. jadi.. takdelah mengganggu kerja dia bila ada org call/sms. Tu yang tumpang hp dia utk sementara.

Alhamdulillah.. malam tadi baru MaDiHaA pegi collect hp tu kat Samsung Service Centre kat Sunway Piramid. Alhamdulillah.. masih boleh diperbaiki & mengikut kata dorang.. software problem.  So sekarang MaDiHaA telah menukar semula nombor handphone sendiri untuk memudahkan customer menghubungi MaDiHaA.  Terima kasih pada en. suami yang membenarkan MaDiHaA pinjam nombor hpnya utk seketika.. harap lps ni takde yang mengurat dia dah la ye... hehe... gurau jer..

Sepatutnya MaDiHaA buat entry ni semasa handphone masuk 'ward' hari tu... tapi tu lah.. tak terfikir la pulak.  Tapi bila ada customer yang sms siang & MaDiHaA jawap malam tapi customer tu terus senyap tak jawap2 tu... terfikir pulak mesti customer kecik hati sebab MaDiHaA jawap lambat (sedangkan MaDiHaA dah tulis call/sms MALAM SAHAJA). Tu yang terus terfikir nak buat entry ni UNTUK MOHON MAAF PADA CUSTOMER JIKA ADA YANG TERASA ye.  Harap semua memahami situasi & masalah MaDiHaA baru2 ni. InsyaAllah lepas ni dah boleh hubungi terus MaDiHaA menggunakan nombor yang tertera untuk sebarang pertanyaan.

Terlanjur cerita pasal handphone ni.. MaDiHaA pun nak ambil kesempatan ni untuk mohon maaf juga pada sesiapa saja terutama customer sebab sebelum2 ni..  banyak kali juga customer menerima sms/mms yang entah apa2.  Tu semua kerja si kecik bambam MaDiHaA yang sukaaaaaaaa sangat menggodek main handphone ibunya ni.  Mula2 katanya nak main games.  Tapi last2 nanti bila MaDiHaA periksa kat sms... adalah yang dia hantar entah apa2 sms/mms/invite/video yang dia rakam sendiri kat nombor sesuka hati dia.  So kalau ada tersesat sms/mms/invite/video dari nombor MaDiHaA tu harap maklumla ye.. tak lain tak bukan kerja anak MaDiHaA la tu.. Ni kes handphone rosak ni pun.. dialah juga punya angkara.. main sampai jem! Sabar jelah.

Oklah.. terima kasih pada semua yang masih sudi menempah kuih muih dengan MaDiHaA. Ada yang terpaksa ditolak tu harap jangan berkecil hati ye.

Tuesday, August 27, 2013

Bubur Candil Dwi Warna

Assalamualaikum & salam sejahtera...


Masih lagi nak masukkan resepi tertunggak iaitu resepi yang dimasak untuk menu berbuka puasa Ramadan yang lalu.  Ini antara pemanis mulut yang digemari en. suami. Kalau buat gerenti tak membazir punya.  Kali ni MaDiHaA buat versi kuah putih sebab guna gula pasir sahaja.  Kalau nak ganti dengan gula merah atau gula melaka pun boleh. Saja kali ni nak buat separuh dari bebolanya ada warna jadi lebih cantik guna gula pasir barulah nampak warna bebola tu kan..
 

Bubur Candil Dwi Warna

Bahan-Bahannya
250 gm tepong pulut
4 ~ 5 sudu besar tepong gandum
1 sudu kecil air kapur
1 cawan air (jangan dihabiskan.. tengok keadaan doh dulu)
1 sudu kecil garam (bancuh dlm air kat atas tu)
Santan sederhana pekat secukupnya utk kuah (agak2lah ye)
Gula pasir (pun agak2 juga manis mana yg anda nak)
2 helai daun pandan ~ disimpulkan

Sedikit pewarna kegemaran

Cara2nya
1. Campurkan tepong pulut dan tepong gandum dlm satu bekas. Masukkan air kapur & tuangkan separuh dari air bancuhan garam tadi lalu diuli sambil ditambahkan sedikit demi sedikit air sehingga mendapat doh yg lembut. (jangan dituangkan semua air tadi takut doh terlembik pulak.. kalau doh terlembik.. boleh tambah sikit tepong pulut atau tepong gandum ye).  Bahagikan doh kepada 2 bahagian. Warnakan salah satu bahagian dengan warna pilihan anda.
2. Jerangkan air dlm periuk & biarkan mendidih. Sediakan pula sebekas air yang bersih dlm bekas yang lain.
3. Bulat2kan doh sebesar biji guli atau ikut saiz yang anda suka. Masukkan dlm air mendidih.. buat sehingga habis. Sambil2 buat tu angkat & toskan guli2 pulut yang dah timbul tu ke dalam air yang disediakan tadi. Tunggu sampai semua dah timbul angkat, tos & masukkan dlm air biasa tadi.
4. Dalam periuk yang lain.. jerangkan santan sederhana pekat bersama gula, secubit garam & daun pandan. Sambil2 tu.. toskan bebola tadi lalu masukkan ke dalam kuah santan & masak sehingga mendidih & gula larut. Sentiasa kacau supaya tak membuak.
5. Bila dah masak tutupkan api & bolehlah dihidangkan. 


Selamat mencuba!

Monday, August 26, 2013

Mee Sup Bebola Ayam

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Kongsi resepi Mee Sup yang ringkas ni ye.  Kalau masak jenis2 sup macam ni.. memang kegemaran MaDiHaA & anak2. Lebih2 bila ditambah cili kicap tu.. memang bertambah2 makan.  Sebenarnya ini menu berbuka kami yang lalu.. tak sempat nak kongsi resepi kat sini lagi..


Mee Sup Bebola Ayam
Resepi : MaDiHaA aka Ratna



Bahan2
2 bungkus mee kuning (450 g x 2)5 ulas bawang merah ~ dihiris
3 ulas bawang putih ~ diketuk & cincang
1 inci halia ~ dihiris halus memanjang
2 keping isi dada ayam (dari seekor ayam) ~ dipotong dadu
500 gm bebola ayam
3.5 liter air
1 kiub ayam knorr
1 kiub sup bunjut knorr
1 sudu besar serbuk lada hitam (yang dikisar/tumbuk sendiri)  1 sudu kecil serbuk lada sulah

1/3 kobis saiz sedang ~ dihiris

4 pokok sawi ~ dipotong
garam secukup rasa 
minyak untuk menumis 
Bahan sampingan
Sambal cili kicap (30 bj cilipadi + 2 ulas bawang putih = tumbuk + kicap manis + 1 s/k gula)
bawang goreng
daun sup (jika suka)



Cara penyediaan
1. Panaskan minyak lalu tumiskan bawang merah, bawang putih & halia sehingga wangi.  Masukkan isi ayam & kacau hingga isi ayam berubah warna. Masukkan air, kiub ayam dan kiub sup bunjut & biarkan sup mendidih.
2. Bila mendidih masukkan bebola ayam, serbuk lada sulah, serbuk lada hitam dan garam secukup rasa. Biarkan sup merenih sebentar.
3. Masukkan kobis & sawi & masak seketika & pastikan kuah sup secukup rasa.  Hidang mee bersama sup serta bahan sampingan.

Selamat mencuba!

Friday, August 23, 2013

Ulang Tahun ke 13 Kakak Dini hari ni..

Assalamualaikum...


23 Ogos 2013 genap 13 tahun usia anak sulung MaDiHaA.  Teringat masa baru kawin.. seboleh2nya nak lahirkan anak sulung pada tahun 2000... kengkonon nanti senang nak kira umur anak.. bila masuk 2010 anak 10 tahun.. bila tahun 2013 anak umur 13 tahun.. hihi.. Yang ye nya.. umur awak tu dah tua.. kawin lambat.. tu yang nak anak cepat2.. Alhamdulillah.. nikah September 1999, dapat anak pertama Ogos 2000.. syukur ada juga zuriat walaupun kawin lambat..

Kakak Dini, 
Sekarang kakak dah 13 tahun... dari tapak kaki sebesar 2 jari semasa baru dilahirkan... sekarang cuba tengok... kakak dah tinggi dari ibu!  Masa ibu anak dara dulu dengan ketinggian ibu 166cm.. ibu rasa diri ibu bukan main tinggi berbanding kawan2 yang lain.  Nak cari pakwe pun susah sebab kenalah cari yang lebih tinggi dari ibu kan.  Syukur dapat juga akhirnya pakwe suami yang lebih tinggi dari ibu. hehe.. Tapikan... bila dua2 tinggi.. sekali dapat anak.. haa kauu.. umur baru 13 tahun dah lebih tinggi dari ibu.. hehe.. Takpela.. dah memang baka besar & tinggi kot.. tu yang anak2 pun semua besar & tinggi.  Tak kisahla tu semua.. yang penting ibu doakan kakak sihat sentiasa.  Juga doa ibu dari kejauhan.. semoga kakak sentiasa dilindungiNYA (dijauhi dari gangguan makhluk halus mahupun makhluk kasar.. hehe) apabila berada jauh dari keluarga mahupun bersama2 kami.  Jaga tingkah laku & peribadi, jaga solat, belajarlah rajin2 demi masa depan kakak.  Ibu rasa apa yang ayah buat pada kakak ni memang tepat sekali.  Hantar kakak ke sekolah agama & berada jauh dari keluarga supaya kakak pandai berdikari. Semuanya demi masa depan kakak sebab kami nampak kemampuan kakak.  Sempena hari lahir kakak hari ni.. Ibu doakan semoga kakak dipanjang umur, diberikan kesihatan yang baik, diterangkan hati agar mudah belajar & menghafaz ayat2 suci Al-Quran.  Ibu doakan kakak berjaya dalam pelajaran & seterusnya berjaya dalam hidup.  Maafkan ibu sebab tak dapat buatkan kakak kek sempena hari lahir kakak hari ni sebab jarak kita yang jauh.. takpela kan.. bukan tak biasa makan kek yang ibu buat.. bila2 kakak balik nanti ibu boleh buatkan.. Syukurlah parcel yang ibu poskan Rabu lepas dah sampai.. itu je yang dapat ibu kirim.. harap kakak suka ye..

 Kakak Dini masa umur 6 tahun & adik Haziq masa berumur beberapa bulan..


Kakak Dini, Haziq & Alin

Gambar2 ni sebenarnya gambar semasa MaDiHaA hantar kakak Dini ke stesyen bas Pekeliling KL untuk balik ke sekolah/asramanya di Raub, Pahang pada 19 Ramadan iaitu sehari sebelum kejadian kemalangan yang menimpa ayahnya.  Ini merupakan kali pertama kakak Dini balik ke asrama tanpa keluarga.  Tak risau sangat sebab bukan dia seorang yang balik dengan bas.. tapi ada ramai lagi rakan2 yang lain yang juga menaiki bas.  Kalau ikutkan memang dia nak minta kami hantarkan.  Tapi keadaan & masa tak mengizinkan.  Biarlah dia belajar naik bas sendiri.. belajar berdikari macam kawan2 & senior2 yang lain. 

Dah berjumpa dah dengan kawan2 yang sama2 akan menaiki bas ke Raub, Pahang.



Selamat jalan kakak.. semoga selamat sampai ke destinasi..

Thursday, August 22, 2013

Kuih Belimbing



Assalamualaikum & salam Syawal....


MaDiHaA kongsikan resepi kuih belimbing yang dibuat untuk berbuka 18 Ramadan yang lalu ye.  Komen dari en. hubby yg bukan penggemar kuih manis.. katanya sedap kuih ni.. tak muak & tak manis sangat.  Hmm.. bagi MaDiHaA.. kuih ni memang sedap juga..  tidaklah selembut cream puff atau segebu donut kentang.. tapi bila makan tu.. memang rasa nak lagi.. Sedap garing2 kat luar & lembut kat dalam, walau rasanya agak 'simple' tapi ada terselit rasa sedapnya tersendiri.. hehe..

Sebenarnya.. kuih ni MaDiHaA dah beberapa kali juga merasa tapi bukan air tangan sendiri.. tapi mak sedara (ma Ida Marlida) yang rajin buat.  Memang sedaplah.. cuma tak berani nak cuba buat bila takde acuan yang sesuai.  Timbul idea nak guna piping bag bila MaDiHaA ada beli nozel bintang saiz besar tak lama dulu.. so.. alhamdulillah walaupun takde acuan yang sesuai.. menjadi gak kuih belimbing ni.. hehe.. kalau nak tengok acuan kuih belimbing ni boleh tengok kat blog Kak Nor Secubit Garam kat SINI ye.

Jika ada yang nak mencuba.. bolehlah salin resepi kat bawah ye.  Resepi MaDiHaA ambil dari blog Tun Telani yang telah dikongsi oleh Hana.  Rasanya dah pernah salin resepi ni dulu dari Hana.. tapi belum sampai seru orang kata.  Bila nampak Tun kongsi kat blognya baru2 ni.. terus rasa nak buat.  Terima kasih ye buat kedua2nya.. akak share resepi kat sini pula..


Kuih Belimbing Resepi: Hana Memories
Sumber: Tun Telani & MaDiHaA aka Ratna

Bahan-bahan

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan air
  • 1 biji telur
  • 1 sudu makan marjerin/butter
  • 1 sudu makan gula
  • esen vanilla

Cara-cara

  • Didihkan air, gula, esen dan juga marjerin. Sementara tuh, dlm mangkuk lain pukul telur kejap.
  • Tutup api. Masukkan tepung. Kacau cepat2 gune senduk kayu. - tun guna mixer mata cangkuk (MaDiHaA guna senduk kayu)
  • Kemudian masukkan telur dan kacau cepat2 hingga sebati dengan tepung td. (MaDiHaA buat 3 adunan, kemudian masukkan adunan dalam mixer & putar menggunakan mixer mata K (K beater) semasa mencampurkan dengan telur.)
  • Panaskan minyak, masukkan adunan ke dalam acuan dan picitkan ke dalam kuali. potong setiap 5cm. - tun picit sampai habis dulu baru goreng (MaDiHaA gunakan 3 lapis piping bag [sebab adunan ni lebih keras berbanding adunan creampuff] dengan nozel bintang saiz besar & picit dulu sampai habis kemudian potong 5 cm & barulah digoreng) 
  • Goreng hingga kekuningan dan angkat.

  • Taburkan gula. Sedia utk dmakan! - tun gaul dlm gula ising (ikut mcm tun gaul gula ising)



Tuesday, August 20, 2013

Sambung sikit lagi ya.. Iftar Day 18 kami yang istimewa... bergathering lagi..

Assalamualaikum & salam Syawal buat semua rakan2 muslimin & muslimat sekalian.....


Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua pengunjung yang beragama Islam yang masih sudi melawat Dapur MaDiHaA yang sunyi sepi ni ye... Mohon maaf zahir & batin jika MaDiHaA pernah melakukan apa juga kesalahan & kesilapan sepanjang berblog maupun di alam nyata.  Lama sungguh mood nak update blog ni nak datang semula setelah lama bercuti raya.  Gitulah sokmo2 pun lepas raya.. mesti malas yang amat nak update cerita.. hehe..

Orang lain meriah bercerita pasal raya.. MaDiHaA masih lagi nak sambung menu iftar.. hehe.. Okay.. maybe ini yang terakhir la kot.. sampai hari ke 18 je.. sebab beberapa hari selepas itu... iftar kami agak kelam kabut disebabkan terjadinya perkara yang tidak disangka2 iaitu pada 20 Ramadan... Ujian dari Allah s.w.t terhadap kami.. tapi kami redha dengan ketentuan ilahi.. Yang tu.. lain kali MaDiHaA cerita jika diizinkan ye... sebab sekarang ni gambar2 masih berada dalam handphone.. handphone pulak sejak pagi tadi bermasalah.. entah apa yang tak kena.. tiba2 hang tak dapat nak on. Jadi terpaksa MaDiHaA tukar ke nombor lain untuk sementara bagi memudahkan customer menghubungi MaDiHaA.  Itupun.. hanya valid untuk selepas waktu kerja iaitu malam ye sebab tumpang no en. suami.. hehe..

Kali ni hanya berkongsi gambar2 Iftar Day 18... resepi-resepi yang lain akan menyusul selepas ini jika diberikan kelapangan.. insyaAllah.  Gambar2 raya pula tak dapat nak janji boleh update ke sini atau tidak sebab semua gambar masih dlm hp & selagi hp tak boleh nak berfungsi normal selagi tu lah gambar2 tak boleh nak transfer ke PC.. hmm... sedih..

Antara menu iftar kami pada 18 Ramadan di rumah makcik..



Kebetulan kakak Dini pulang dari asrama sempena cuti Nuzul Quran.. makcik ambil kesempatan menjemput anak2 sedaranya berbuka kat rumahnya.  Maka berpot luck la kami.. Makcik sediakan menu utama iaitu Nasi Beriani, Kambing Beriani, Ayam Masak Merah & juga pencuci mulut air tangan sepupuku (anak makcik) iaitu Cheese Cracker (ada juga yang panggil Cheesekut hehe..) & Carrot Cake.  Sepupuku Ida Marlida pula masak Pajeri Nenas.. manakala MaDiHaA sendiri sediakan 2 jenis kuih iaitu Cara Berlauk & Kuih Belimbing.  Kejadian kuih belimbing tu gara2 teringin sangat bila Tun Telani berkongsi resepi.  Terima kasih ye Tun.  Untuk resepinya nanti MaDiHaA kongsikan di lain entry.

Nasi Beriani yang sedap... air tangan makcikku Sujah..


Kuih Cara Berlauk & Kuih Belimbing yang ku bawa...

Terima kasih Sujah & anak2.. seronok berbuka beramai2 gini tau... tapi maafla.. hanya snap gambar makanan.. takde gambar orang2 yang menjayakan gathering ni.. hehe... almaklum masing2 free hair.. biasalahkan.. dah rumah makcik sendiri... buat macam rumah sendiri la juga.. hehehe...

Sekian...


Saturday, August 3, 2013

Gulai Lemak Telur Itik Dengan Belimbing Buluh

Assalamualaikum....


Tayang lauk bersahur yang tak ingat bila.. Dah buntu tak tahu nak masak lauk apa dah untuk bersahur.  Padahalnya kat rumah MaDiHaA masak lauk memang untuk sahur je sebab untuk berbuka puasa kami lebih suka berbuka dengan makanan lain selain nasi putih.  Sesekali je berbuka dengan nasi putih.. Entahlah.. tekak lebih suka berbuka dengan yang simple2.. mungkin disebabkan kesuntukan masa untuk masak lauk pauk pada hari bekerja.. & yang kedua.. sebab anak2 & suami pun lebih suka makan makanan macam tu.. sebab tu menu iftar kami dok rotate samada mee, bihun, nasi goreng atau jemput2.. sempoi je kan? 

Sebenarnya dah lama MaDiHaA dapat beberapa biji telur itik pemberian jiran.  Dok simpan dalam peti sejuk sayang nak guna sebab kononya nak simpan untuk buat akok.  Masa balik kg hari tu ingat nak ambik acuan akok tembaga kat rumah ma sebab ma memang tak pernah pakai.  Rupa2nya jiran sebelah rumah ma baru je pinjam acuan tu sebab dia nak buat kuih akok & nekbat.  Abis tu.. takkan la MaDiHaA nak pegi minta dia pulangkan pula sebab dia pun baru je pinjam & belum pun buat lagi kuihnya.. Kesudahannya.. cancel terus projek akok sebab tak dapat acuan.. hehe.. Jadi bila balik PJ.. telur itik ni teruslah jadi lauk nasi.. hehehe.. sukalah en. suami sebab gulai telur itik gini memang feberet dialah ni... MaDiHaA gandingkan dengan belimbing buluh yang dibawa balik dari kampong tempohari..


Gulai Lemak Telur Itik Dengan Belimbing Buluh 
Resepi : MaDiHaA aka Ratna

Bahan2
4 biji telur itik
10 biji belimbing buluh muda ~ dibelah 2
3 cawan santan sederhana pekat
garam & serbuk perasa secukupnya

Bahan tumbuk
8 biji cili padi merah
1 inci kunyit hidup



Cara menyediakan
1. Jerang santan bersama bahan tumbuk hingga mendidih sambil dikacau selalu.
2. Perlahankan sedikit api. Pecahkan telur itik satu persatu kemudian masukkan belimbing buluh, garam & serbuk perasa. 
3. Biarkan hingga telur membeku & gulai secukup rasa. Sedia dihidangkan.

Selamat mencuba!

Friday, August 2, 2013

Iftar Day 17 ~ Kek Batik Beragar-agar

Assalamualaikum & salam sejahtera....


dilapis berselang seli dengan biskut meri original & meri perisa coklat/kopi

MaDiHaA teruskan dengan menu iftar kami hari ke 17 ye..  Hari tu sempat masak menu feberet anak2 terutama buat kakak Dini yang baru balik dari asrama tu kan.  Selama dia kat asrama.. tiap kali tekak teringin nak makan makanan kegemaran dia.. rasa tak sampai hati nak buat sebab dok teringat kat dia yang takde kat rumah.  Jadi bila dia dah balik ni.. inilah waktunya untuk kita masak menu kegemaran dia yang kita sendiri pun dok mengidam.  hehe.. So untuk menu berbuka hari tu.. MaDiHaA masak mee sup ayam (letak sayur banyak2), kek batik beragar-agar (feberet kakak dini kedua2nya) & juga bubur candil warna warni (bubur kesukaan en. suami).


Sebenarnya ini kali kedua MaDiHaA cuba resepi kek batik versi letak agar-agar ni.  Resepinya MaDiHaA ambil dari blog Izah Muffin Lover.  Memang tak rugi mencubanya sebab rasanya teramatlah sedap.  Tekstur kek/kuihnya pula tentulah berlainan dengan kek batik versi tanpa agar2.   Kalau nak tau macamana perbezaannya.. kenalah cuba sendiri ye.  Yang penting.. nak membuatnya tersangatlah mudah.. sekejap je dah siap.  Rasa pulak memang walla.. penuh rasa coklat!

Pertama kali buat dulu MaDiHaA tak sempat nak possingkan cantik2 sebab buat untuk di bawa balik ke kampong.  Waktu tu sempat MaDiHaA berbekal waktu kami berkelah sekeluarga di Air Terjun Lata Lembek, Raub, Pahang.

Kat bawah tu Kek Batik Beragar-agar pertama kali buat menggunakan biskut meri original sepenuhnya.  Gambar di atas sekali tu menggunakan campuran biskut meri original dengan meri perisa coklat.  Terpulanglah pada anda nak guna biskut versi yang mana satu. Yang pasti kedua2nya pun sedap!

Terima kasih kepada semua penyumbang idea & resepi sehingga terolahnya resepi yang sedap ini terutamanya buat Izah yang berkongsi di blog! Akak mohon izin untuk share kat blog akak pula ye..

dilapisi dengan biskut meri original

KEK COKLAT BATIK BERAGAR-AGAR
olahan: izah
Resepi Asal: Mylla@myresipi.com
Idea :nOORHSA
Sumber : Hasue

Bahan-bahan

2/3 cawan air
1 sk serbuk agar-agar
250 gm butter
125 gm milo
3 sb serbuk koko
1/2 sk serbuk nescafe
1/2 tin susu pekat (tin 505g)-hampir 1/2 tin ikut kemanisan masing2
1 kampit biskut merie * tak habis 1 kampit


Cara-cara

Sediakan Loyang yg dialas plastik bersih(tujuannya supaya kek tidak melekat dan senang diangkat dr loyang tanpa mencacatkannya)
Masukkan air ke dalam kuali diikuti serbuk agar2. Kacau sehingga cair.*kacau hingga serbuk agar2 larut dan air mendidih.
Setelah itu masukkan butter dan gunakan api yang kecil sekali...
Apabila sudah cair masukkan susu,milo sedikit demi sedikit gaul sehingga milonya sebati.
Seterusnya masukkan serbuk koko.... gaul tanpa henti sehingga halus dan tidak berketul lagi....
*boleh rasa cicip kemanisan yang disukai.
Setelah pekat(adunan yang mengandungi agar2 ini tidak akan terlalu pekat seperti resepi asal),boleh lah mula menyusun biskut marie di dalam loyang sehingga menutupi permukaan dasar dan ceduk adunan coklat kemudian ratakan.
Susun lagi biskut marie dan lapiskan dengan adunan coklat.
Ulangi langkah 4 dan 5 sehingga adunan habis
Biarkan sejuk dan masukkan ke dalam peti sejuk semalaman.... potong dan siap untuk dihidangkan...
*untuk kek batik coklat beragar2 ni tak perlu semalaman. Jika cukup sejuk dan set di dalam peti es, sudah boleh dinikmati dan dipotong.


Edited:
Nota: Sukatan agar2 boleh dikurangkan untuk tekstur yang kurang pejal..



Ok kawan2.. selamat mencuba!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...