Friday, December 31, 2010

Kacang Botor Goreng Belacan

Assalamualaikum buat semua... 

Ramai yang santai2 kat rumah hari ni kan...?  Yela... hari ni kan Jumaat & cuti pulak tu.. kalau nak bawak anak2 keluar berjalan pun... rasanya.. lepas2 solat Jumaat tu oklah kot...  Ibu2 bekerja semua.. hari ni mesti dah plan nak masak sedap2 untuk keluarga.... hmm.. masak apalah agaknya yer...

Oklah.. untuk resepi hari ni.. resepi ringkas saja.  Sayur kegemaran ku.. tak kisah dimasak bagaimana cara sekali pun semua pun aku suka.  Dibuat ulam pun sedap jugak.. cicah sambal belacan atau pun budu.. hmmm... makan tak pandang kiri kananlah jawapnya.. Kali ni aku goreng berperencah belacan.. Buat pedas2 memang sedap.  Kali ni tumbuk lah juga cili padi. Lagipun.. Haziq & Alin memang tak suka sayur ni.. Kakaknya sorang je yg suka.. kakaknya tak kisah pedas pun dia balun jugak... 




Kacang Botor Goreng Belacan by MaDiHaA
(ni resepi agak2 aje ni sebab tak catit pun masa masak...)


Bahan2
20 - 25 biji kacang botor/botol/kelisa (semua tu kacang yg sama) ~ hiris serong
10 - 15 biji cili padi* (ikut pedas masing2 ye)
7 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 inci belacan*
1 inci kunyit hidup* (kalau kunyit tua.. letak 1/2 inci je)
minyak utk menumis
garam jika perlu
aji jika suka
1/2 cawan air

Cara2
Tumbuk semua bahan2 bertanda *.  Panaskan minyak lalu tumiskan bahan2 yang ditumbuk hingga wangi.  Masukkan kacang yang dihiris & sedikit air.  Masukkan semua bahan perasa (garam tak perlu byk sbb belacan dah masin) dan kacau rata.  Bila nampak kacang layu sedikit bolehlah ditutupkan api & hidang.

Selamat memasak!

Thursday, December 30, 2010

Kue Tiaw Sup Cendawan


Salam & selamat pagi semua...
Hari ni seronok & gembira sungguh.....  tau sebab apa?  Hai... takkan tak tau... semua rakyat Malaysia mesti tau punya... hehe... yelah betullah tu sebab esokkan cuti... terima kasih PM yg telah mengumumkan cuti & tahniah pasukan bola sepak Malaysia yang telah menjuarai AFF Suzuki Cup 2010 dengan agregat 4 ~ 2 melawan pasukan Indonesia... Tahniah sekali lagi!!  Hehe... rasa janggal pulak bercerita pasal bola sepak ni... selalu tu dok bercerita pasal masakan aje.. ahakkss..!

Oklah... meh tengok apa yang aku masak bebaru ni... baru tak barulah jugak.. agak lama jugak.. ni sebenarnya kes nak perabiskan kue tiaw yang berlebih masa famili aku & makcik buat steamboat hari tu.... (gambar2 masa majlis insyaAllah akan update ke FP... cuma tak tau bila.. hehe).  Daripada membazir.. baik buat sesuatu.  Makcik dah buat laksam dengan kue tiaw tu... & aku pulak buatlah sup ni untuk dinner aku & anak2 masa hubby kerja shift malam tempohari.
Resepi ringkas aje... kalau nak cuba kat bawah ni resepinya ya...


Kue Tiaw Sup Cendawan by MaDiHaA

Bahan2
10 batang kue tiaw ~ dicelur sebentar, angkat & tos
7 ulas bawang merah ~ 2 ulas dihiris, 5 ulas ditumbuk halus
3 ulas bawang putih ~ ditumbuk halus
1/2 inci halia ~ diketuk
1 s/k lada hitam yg ditumbuk halus
1 ketul dada ayam (dari sekor ayam) ~ dihiris nipis
2 peket kecil fish ball (135 gm x 2)
5 keping puff tofu ~ dipotong empat ATAU 10 ketul tauhu pok ~ dipotong 2 (tauhu pok tu tauhu yg orang guna utk buat tauhu teratai mkn beradap tu)
250 gm cendawan tiram ~ dibelah kecil
3 pokok sawi ~ dipotong 
1 kiub ayam
1.5 liter air
minyak untuk menumis
garam & perasa (jika suka)

Bahan Sampingan
Kicap manis
Kicap cair
Cili padi 

~ cili dihiris halus & campurkan dgn kicap ~

Cara2 Menyediakan
1. Panaskan minyak lalu tumiskan bawang hiris hingga wangi.  Bila nampak agak kekuningan terus masukkan bahan2 tumbuk serta halia.  Kacau2 hingga naik minyak & berbau harum.  Masukkan air, kiub ayam serta lada hitam.  Biarkan mendidih.
2. Masukkan isi ayam & fish ball & biarkan hingga ayam masak.
3. Masukkan puff tofu/tauhu pok, sawi, cendawan, garam & serbuk perasa jika suka.  Biarkan sayur layu & kuah secukup rasa.  
4. Hidangkan bersama kue tiaw yang telah dicelur & digunting pendek2 serta cili kicap.

Selamat mencuba!

Wednesday, December 29, 2010

Kacau Goreng Tofu & Leek

Salam semua...

Hari ni tak dapat nak celoteh lebey2... agak kebizian.. so.. terus ke resepi utk hari ni... rindu nak masak tofu kegemaran ku... Jom tengok resepi...


Kacau Goreng Tofu & Leek by MaDiHaA 
Bahan2

3 silinder tofu (MaDiHaA guna tofu udang) ~ potong 6 setiap silinder & lalukan dengan air sebelum digoreng
2 batang leek ~ potong 1 inci
1 batang carrot saiz kecil ~ potong ikut suka
4 ulas bawang putih ~ diketuk & cincang
1/2 biji cili merah ~ dihiris
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap cair
sedikit serbuk lada sulah
1 sudu kecil tepong jagung ~ bancuh sikit dengan air
minyak utk menumis
garam (jika perlu)
air untuk kuah

Cara2
1. Panaskan minyak untuk menggoreng tofu.  Tofu yg dah dilalukan air (kalau MaDiHaA panggil cucur air lalu) digoreng kedua2 belah hingga kekuningan. Angkat & ketepikan.
2. Kurangkan minyak dalam kuali tadi lalu tumiskan bawang putih hingga wangi. Masukkan lobak merah & cili merah & kacau.  Tambahkan sedikit air & biar mendidih.
3. Masukan sos tiram & kicap cair. Masukkan leek & tofu dan kacau perlahan.  Renjiskan dengan sedikit serbuk lada putih. Tambah garam jika perlu & akhir sekali masukkan air tepong jagung yang dibancuh & biarkan hingga pekat sambil dikacau perlahan.  Jika terlalu pekat boleh tambah lagi sedikit air ikut kesesuaian.


Selamat mencuba!

Tuesday, December 28, 2010

Kek Epal Dari Syurga


Salam & selamat pagi semua... 

Sihat ke semua?  Harap2 macam tulah yekk... Bagi keluarga kami pulak.. nampaknya virus sakit mata sedang menjadi2 kat rumah tu.. lepas Alin sembuh dari sakit mata tempohari... abangnya Haziq pulak sambung.. selang 4 hari.. kakak Dini & ayahnya pulak diserang virus yang sama.  Nampaknya sekarang ni.. aku sorang je yang belum kena lagi... harap2.. daya ketahanan aku masih kuatlah hendaknya... kalau boleh taknaklah dpt penyakit tu.. & harap2 juga.. suami & anak2 yang sedang sakit mata tu cepat2lah sembuhnya... amin..

Oklah.. berbalik pada entry hari ni... cuba tengok pada tajuk tu...!  Rasa macam seram juga nak letak kat entry pada mulanya.. yelah.. manalah kita tau kek dari syurga tu macamana rupanya kan? Tak tercapai dek akal & fikiran kita untuk menyamakan kek dari syurga (kalaulah ada) dengan kek kat dunia yg kita buat ni... hehehe.. Tapi nak buat macamana kan dah nama resepi asalnya macam tu.. jadi aku tuliskan jugalah... Resepi asal kek ni dari Alex Goh.. tapi resepi ni aku ambil dari blog Kak Zai dapurcomelku dah laaaamaaaa dah dulu... Terima kasih kak Zai sebab sudi berkongsi resepi kek yang sedap ni ye... halal ye saya c&p resepi kat blog saya pulak..














KEK EPAL DARI SYURGA by Alex Goh


Bahan-bahannya

Bahan A
250 g butter
230 g gula halus

Bahan B
5 biji telur (MaDiHaA guna gred A)

Bahan C
120 ml yogurt (MaDiHaA guna yogurt asli)

Bahan D
315 g tepung gandum
1 tsp baking powder
1/4 sodium bikarbonat

Bahan E
3 biji epal - potong kiub (seeloknya guna epal hijau.. MaDiHaA guna 2 biji epal fuji & tambah 1 sudu kecil lemon semasa memasak ~ sila lihat nota di bawah)
50 g sultana (MaDiHaA guna raisin aje)
1/2 tsp serbuk kayu manis

Cara Membuatnya
1. Pukul A sampai kembang.
2. Tambah B dan pukul lagi sampai kembang dan ringan (saya pukul sekejap sahaja).
3. Kemudian masukkan C dan D secara berselang-seli.
4. Jerang bahan E sampai empok. Tapis lebihan airnya. Ketepikan. Bila dah betul-betul sejuk, baru masukkan dalam adunan kek tadi. Gaul sebati dengan sudip kayu saja.
5. Panaskan oven.
6. Ambil loyang kek 9", sapu minyak dan lapisi dengan kertas minyak.
7. Tuang adunan kek tadi dan bakar pada suhu 175 darjah selsius untuk 60 minit (atau sampai masak).
8. Kemudian sejukkan kek sebelum dihidangkan.



Nota MaDiHaA: Untuk tidak membuang masa menunggu bahan E sejuk.. MaDiHaA mulakan dengan memasak dahulu bahan E. Kemudian barulah dimulakan dengan nombor 1 & seterusnya.  Bahan E tadi MaDiHaA tambahkan dengan 1 sudu kecil jus lemon kerana fuji epal tidak masam & 1 sudu kecil air semasa di masak. Tiada air lebihan pun.. jadi lepas epal lembut terus sejukkan.

Selamat Mencuba!

Monday, December 27, 2010

Sosej Kacang Panggang


Salam & selamat pagi...
Sekejap je dah masuk minggu akhir dalam bulan Disember ni ye.. nampaknya.. cuti sekolah pun dah nak menghampiri penghujung... haii.. kejap aje.. lepas ni.. tak bolehlah nak keluar kerja lambat2 macam sekarang.. Dah mula sekolah nanti kenalah keluar cepat. Kalau lambat.. jawapnya.. tersangkutlah dengan 'jem' ditengah jalan.. Kalau jem boleh sapu kat roti okay jugak.. hihihihi....  Lagilah tahun depan anak bujang ku pun aku dah nak hantar ke sekolah tadika... jadi.. bertambah sibuklah aku pagi2 nak siapkan anak2 & sarapan untuk mereka... beginilah kan rutin seorang ibu.. tambah2 ibu bekerja macam aku ni.. tapi tak mengapa.. demi anak2.. ibu2 semua rela berkorban apa saja..

Hmm.. cerita pasal sarapan pagi.. rasanya.. menu hari ni sangat sesuai untuk anak2... Bolehlah masak lagi untuk mereka bersarapan bila sekolah dah buka  nanti.. Terima kasih pada kak Liza a.k.a Chef Hanieliza yang menulis resepi dalam buku Senangnya Memasak Makanan Barat.. ternyata memang senang & sangat sedap...  Terima kasih juga Kak Ummi yang rajin menaip resepi ke blognya.. saya tinggal c&p aje ni.. halal ye kak!  Sebenarnya resepi sosej ni ku masak sama hari dengan kuih Apam Gula Melaka kat bawah tu.  Sosej ni di makan dengan roti bakar aje.  Faham2lah kan.. kat rumah tu kalau sarapan manis mesti nak ada juga sarapan savoury...

Ini resepinya jika ada yang ingin mencuba...

SOSEJ KACANG PANGGANG by Kak Hanieliza
Buku Senangnya Memasak Makanan Barat
Bersama Chef Hanieliza
 
Copy from : Kak Ummi

Bahan:-

    * 1 tin kacang panggang (MaDiHaA guna tin besar)
    * 10 batang sosej dipotong pendek (MaDiHaA rebus dulu sebelum digoreng)
    * 1 sudu makan minyak masak
    * 1/2 cawan sos tomato
    * 1 tin cendawan butang - dihiris nipis
    * 1 biji capsicum merah -> ) (MaDiHaA tak letak)
    * 1 biji capsicum hijau -> ) dipotong dadu
    * 1 labu bawang besar )
    * Garam secukup rasa

Cara Memasak:-

   1. Panaskan minyak, tumiskan bawang besar hingga wangi.
   2. Masukkan sosej dan gorengkan hingga garing.
   3. Masukkan sos tomato dan cendawan butang. Kacau rata.
   4. Kemudian masukkan kacang panggang, semua capsicum dan gaul rata.
   5. Hidangkan bersama roti bakar atau garlic bread.





Selamat mencuba!

Sunday, December 26, 2010

Sambal Mackerel Berkentang

Salam & selamat tengahari semua.. 


Menu ringkas aje kali ni... selalunya kalau dulu2 kat kampong orang masak ikan kurung ni time musim2 banjir.. biasanya waktu musim tengkujuh atau musim banjir.. susah nak beli lauk2 bagai sebab nelayan pun tak turun ke laut sebab ombak besar.. jadi selain ikan masin atau ikan kering.. ikan kurunglah yang jadi pilihan..

Resepi ni asal dari cik abang ku.. kalau dulu aku masak sardin / mackerel a.k.a ikan kurung guna cili kering kisar.  Tapi sekarang.. dah ganti dengan cili padi & tak lupa kunyit hidup, asam gelugur & serai sebagai pelengkap.. Ada lagi syaratnya! Bahan2 tumbuk tu semua mestilah ditumbuk ya.. kalau kisar tak sedap.. memang berbeza dari segi rasa & yang penting.. tak terasa hanyir kerana kunyit, asam & serai yang membantu hilangkan rasa hanyir ikan kurung nih.. Jomlah cuba sendiri & rasakan kelainannya..!

Sambal Mackerel Berkentang by MaDiHaA

Bahan2
1 tin besar ikan mackerel bersos tomato dlm tin (nak guna sardin pun ok)
2 biji kentang ~ kupas kulit & potong baji (boleh juga nak ganti dgn sayur lain.. kdg2 MaDiHaA guna buncis, bendi atau kacang panjang)
7 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
8 biji cili padi*
1 inci kunyit hidup*
1 - 2 batang serai ~ diketuk
1 keping asam gelugur
garam secukup rasa
aji jika suka
sedikit air
Minyak masak secukupnya

Cara2 memasak
1. Panaskan minyak & goreng kentang yg dipotong baji hingga empuk.  Angkat & ketepikan dahulu.
2. Tumbuk bahan2 yang bertanda * hingga lumat.  (MaDiHaA tak tumbuk cili padi sebab baby nak makan sama.. so cili padi letak sebiji2 & kami gigit je cili2 tu masa makan utk rasa pedas)
3. Tumiskan bahan2 tumbuk & serai hingga wangi & garing.  Masukkan sedikit air untuk kuah. (terpulang nak kuah cair atau pekat ikut selera masing2). Masukkan ikan mackerel berserta sosnya. Biarkan mendidih.
4. Bila dah mendidih.. masukkan kentang yg digoreng, asam gelugur, garam & aji secukup rasa. Biarkan kuah agak pekat & secukup rasa.  Buangkan asam gelugur sebelum ditutupkan api. Siap untuk dihidangkan.
Selamat mencuba!

Saturday, December 25, 2010

Award dari Kak Ummi & Izah

Salam & selamat pagi semua...

Seronok ehh hari ni semua orang bercuti.. mesti ada yang dah plan nak pegi ke mana2 agaknya hari ni.. Aku macam biasa aje.. tak ke mana2.. lagipun cik abang kena OT hari ni.. so.. aku & anak2 kat rumah ajelah.. Cik abang kerja.. aku pulak sibuk sikit sebab siapkan kuih tempahan dari customer ku Along Ayu.. (tq Along dok jauh2 pun sanggup tempah kuih dengan saya) sibuk2 pun sempat gak nak update blog? heheh.. sebenarnya ni autopublish punya entry.. hehe..
Dah lama dapat award ni.. tapi hari ni baru berkesempatan nak amik award dan jawab tag yang dihulurkan oleh Kak Ummi dan Izah.  Maaf ye sebab lambat sikit.. maklumlah kann.. kalau ambik award saja mungkin laju ajelah aku pegi ambik.. tapi bila kena jawab TAG sekali.. jadi kena tunggu free sikitlah baru boleh buat.. hehe.. apa2pun.. terima kasih pada Kak Ummi & Izah yang sudi bagi award ni ye... tapi rasa macam segan pulak nak terima award tu.. yelah.. belum lagi layak jadi chef.. setakat chef untuk anak2 tu bolehlah kot..


Ok.. ni soalannya yang kena jawab..

1. Sejak bila anda mula memasak dan apakah masakan pertama anda...
  • Rasa2 kalau tanya sejak bila mula masak tu.. masa sekolah rendah dah mula nak mencuba2 memasak dah.  Tak silap.. masa tu darjah 3 kot.  Rasanya masa tu kat rumah guna dapur minyak tanah cap butterfly bentuk 4 segi tuh.. ada gak dapur minyak tanah yg bentuk bulat warna biru.. tapi dua2 dapur tu boleh ejas nak besar atau kecilkan api.. canggih gak tuh... hehehe.. Mula2 masak rasanya goreng telur kot.. betul ler.. lepas goreng telur.. makan dengan nasi yang mak masak + kicap.. hehehe.. Ni bukan kes mak tak masak.. tapi sebab petang rasa lapor.. so makan le nasi sejuk dengan telur & kicap.. hehehe..
2. Sapa yang menggalakkan anda masak...
  • Rasa2... kalau bab memasak.. takde sapa yang menggalakkan.  Semua atas dasar minat diri sendiri.  Pantang tengok mak & tok masak atau buat kuih kat dapur.. mesti aku pun sibuk jugak dok kat dapur tu sampailah kuih siap dimasak.  Bila siap masak & dapat makan kuih yg dah siap.. dari situ lagilah timbul rasa minat nak buat sendiri.  Pokoknya.. minat tu memang dah ada dalam diri sendiri.  Sekarang ni... semakin minat memasak bila suami & anak2 enjoy makanan yang aku masak.. dulu sebelum kawin pun sama... seronok tengok ayah, ma & adik2 makan apa2 yang kita masak.  Galakan tu mungkin sebab seronok tengok diaorang enjoy the food... kiranya.. galakan secara 'verbal' yang bersungguh2 suruh kita masak itu & ini tu memang takde.. tapi galakan dari reaksi & sambutan  terhadap apa yang kita masak dari hubby & anak2 itulah yang buat kita rajin memasak..
3. Masakan yang paling anda suka masak dan digemari orang2 kesayangan anda....
  • Apa ye? Rasanya.. apa aje yang aku masak.. semua orang dlm rumah suka.. hehehe... Kalau ikut yang aku suka masak... aku suka masak yang simple2 aje.  Kalau lauk untuk hubby yang aku suka masak.. mestilah Gulai Asrong Ayam (gulai asamrong). Sebabnya.. nak masaknya senang & yang seronoknya... hubby aku & kakak Dini memang suka gila2 dengan gulai ni.  Gulai ni aku belajar dari mertua... Cuma buat masa ni Haziq & Alin yang tak boleh makan lagi sebab lauk tu pedas berdesip!  Menu lain yang jadi kegemaran keluarga ialah Nasi ayam & aneka sup.  Sebarang sup.. ayam, daging atau sayur semua ahli keluarga suka... memang habis sampai ke kuah pun dorang hirup habis... Nasi ayam pulak kalau masak sure lariss.. hehehe..
4. Tag 5 orang blogger masak yang sering berkunjung ke blog anda..

Ni yang payah sikit nih.. bukan apa... takut pulak yang tak terpilih kecik hati...  so.. sapa2 yang rasa dirinya rajin datang sini & yang penting rajin memasak.. silalah tinggalkan komen  anda di enty ini ye.. (komen di chat box tidak diambil kira).   5 komen yang terawal.. andalah orangnya... boleh gitu?? hehehe


Friday, December 24, 2010

Apam Gula Melaka

Salam & selamat pagi semua...


Ini kuih yang ku buat untuk sarapan & merangkap minum petang.. hehe.. Kuih yang dalam gambar ni adalah kali ke dua yg ku buat... Kali pertama buat guna gula merah.  Cantik kejadiannya.. warna agak gelap sikit.. tapi.. silap satu je sebab aku buat satu adunan tu & guna loyang yang agak besar jadi kuihnya agak nipis sikit.  Tak berapa comey untuk dipaparkan.. tapi rasa tetap sedap! Cik abang & anak2 suka kuih ni.. tapi dengan syarat.. kelapa musti lebeyy... hehe.. Oleh kerana cik abang suka.. aku pun buatlah lagi utk kali kedua & kali ni guna gula melaka sebab gula merah dah kehabisan.  Buat kali ni aku gandakan resepi di bawah & menggunakan loyang yg sama so barulah nampak tinggi kuihnya.. puas makan.. kebetulan ada tamu datang petang tu.. dptlah hidang untuk tetamu juga.  Terima kasih Che' Iza untuk resepi yang dikongsikan ye.. Boleh juga tengok versi Kak Nor & Hana.  Gambar2 dorang lagi mantap!  Mana boleh lawan kan.. dorang 'tembak' pakai 'senapang gajah' aku pakai 'pistol air' aje... hehehe..

 

Ini resepinya jika nak mencuba..

 

Apam Gula Melaka by Che' Iza

Sumber : MaDiHaA

 

Bahan-bahan

* 1 cwn air
* 1/2 cwn gula melaka yg telah diracik halus
* sehelai daun pandan
2 cwn tepung
1 sk dry yeast
3/4 cwn air
3 sb gula pasir ( boleh kurang atau tambah ikut suka nak manis mcmmana ~ MaDiHaA tak tambah )
secubit garam

Cara-cara

  1. Masak bahan bertanda* hingga gula melaka larut dan dibiarkan sejuk.
  2. Campurkan semua bahan dan air gula yg telah sejuk dan gaul rata.
  3. Seeloknya campuran tadi di masukkan didalam bekas besar. Tutup dan bibiarkan selama 40min atau sehingga adunan naik hingga 3x ganda.
  4. Tuangkan adunan kedalam loyang yg telah dilengserkan minyak. Biar sekejap dlm 5 min.
  5. Kukus adunan selama 30-35 min atau bila dicucukkan lidi, lidi keluar bersih.
  6. Sedap dimakan dgn kelapa parut yg digaul dgn sedikit garam. 

Selamat Mencuba !

Thursday, December 23, 2010

Bendi Goreng Bertelur


Salam & selamat pagi semua...

Pagi ni masuk menu sayurlah pulak.. sayur bendi sempoi jer... tapi sayur ni kesukaan kami semua.. tambah2 bila dicampur telur mcm tu... Buat masa sekarang ni... kalau masak.. jarang aku tumbuk atau hiriskan cili padi dlm masakan.  (Kecuali kalau rajin atau ada byk masa nak masak lauk lain utk anak2.)   Sebabnya.. kalau hiris cili padi jawapnya si kecik dengan abangnya sure tak dpt nak mkn sayur/ lauk yg ada cili api tu... jadi.. semasa memasak aku masukkan je cili padi sebiji2.  Bila kami nak mkn.. cili padi tu akan digigit sikit2 utk dptkan rasa pedas.  So.. ibu & ayah boleh makan.. anak2 yg tak tahan pedas pun boleh tumpang rasa jugak lauk yang dimasak... Senang & jimat masa tak perlu susah2 msk byk2 jenis lauk... hehe..

Layan jelah menu sempoi ni yer.. 

Bendi Goreng Bertelur by MaDiHaA

Bahan2
20 biji kacang bendi ~ dicuci bersih & tos biar kering.
1 biji bawang besar ~ mayang
2 ulas bawang putih ~ dicincang
5 biji cili padi ~ dihiris halus (MaDiHaA tak hiris sebab takut si kecik pedas pulak.. dia suka mkn sayur)
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 kiub pati ikan bilis/ayam
garam secukup rasa (sikit je sbb kiub ayam dh masin)
2 biji telur ayam
minyak utk menumis

Cara2nya
1. Panaskan minyak lalu tumiskan bahan2 hiris hingga layu.  Masukkan serbuk kunyit & kiub ayam/bilis yg diperoikan sikit. Kacau2 sebati lalu kecilkan api.  Sementara tu.. kacang bendi bolehlah dipotong ikut kesesuaian.  Jangan basuh dah lepas potong sebab awal2 tadi kita dh basuh. Ini untuk mengelakkan kacang bendi dari mengeluarkan lendir.
2. Masukkan kacang bendi ke dalam bahan tumis tadi & kacau rata.  Tambah garam ikut masin yg diperlukan.  
3. Pecahkan telur ke dalam sayur tadi lalu kacau2 sebati hingga telur masak.  Siap untuk dihidangkan.

Selamat memasak!


Wednesday, December 22, 2010

Kambing Kandar

Salam semua...

Hari ni nak share resepi yang sangat sedap nih! Mula2 tengok kat blog kazenku Ida Marlida.  Aku pun tanya dia sedap ke lauk tu? Siap dia rekemenkan suruh aku cuba sebab sedap katanya.  Aku ni mcm biasalah.. dok tunda2 jugak sebab belum datang seru lagi.  Lagipun.. ada bahan yang takde kat rumah tu yang dok delay tuh.. Pastu.. beberapa hari lepas tu.. nampak Kak Nor Secubit Garam pulak tayang menu yang serupa.. cuma Kak Nur masak gunakan daging lembu.  Menurut Kak Nur.. itu menu ulangan.  Disebabkan sedap sangat tu pasal menu di masak lagi.. Jadi kalau dah ramai yang kata sedap.. aku pun teringin juga nak mencuba.  Lagipun.. nak masak daging kambing ni.. kena cari resepi yang betul2 sesuai.. kalau tidak takut jugak kalau2 lepas masak ada bau hamis ke apa kan? Lagipun.. ini pertama kali nak masak daging kambing.. kalau nak harap beli sendiri rasanya memang tidaklah.. daging ni adalah daging korban jiran sebelah rumah makcik yang bagi..

Ok.. thanks pada Ida sebab kaklong copy resepi ni dari blog Ida.. Ida pula copy dari Maz ilhamdapur .  Resepi asalnya dari Kak Asma... Terima kasih kak..!  Thanks juga pada Kak Nur yg dok tayang masakan daging kandar akak tu ye.. menambahkan semangat saya untuk mencuba.. hehe.. Hasilnya.. betullah kata mereka semua.. memang sedap masakan nih.  Hubby pun puji sedap!!



Jom tengok resepi!


Kambing Kandar  by Kak Asma 
(resepi asal Daging Kandar)


Source : MaDiHaA 
Bahan-bahan
1/2 kg daging (MaDiHaA guna daging kambing bertulang) (potong, rebus, simpan air rebusan)
6 ulas bwg putih dan 1 inci halia (blend)
2 sudu besar kicap pekat*
2 sudu besar sos tomato*
2 sudu besar sos cili*
2 paket serbuk kari daging babas (1 1/2pn boleh)* (MaDiHaA letak 4 sudu besar sebab rempah kari kat rumah paket besar yg 500 gm!)
(semua bahan yang bertanda * gaulkan bersama)
1 labu bawang besar mayang
1 ulas bawang putih mayang
kulit kayu manis (MaDiHaA letak 3 inci)
bunga lawang (MaDiHaA letak 3 kuntum)
daun kari
gula karek/gula melaka sebesar ibu jari - maz tambah sendiri (MaDiHaA pun letak gak)
1 biji tomato (ini MaDiHaA tambah)

Caranya:
1. Tumiskan bawang besar, kayu manis, dan bunga lawang serta daun kari.
2. Masukkan bwg putih dan halia yang telah dikisar lumat.
3. Masukkan campuran rempah.
4. Masukkan daging dan airnya.
5. Masukkan garam, perasa dan masak hingga pekat. Sebelum di angkat masukkan tomato yang dibelah empat.

Selamat mencuba!

Tuesday, December 21, 2010

Pai Ayam 'Melbourne'



















Salam & selamat petang semua...

Aduhh.. hari ni bz banget lah pulak.. tak sempat langsung nak update pagi tadi.. dah petang baru sempat mencelah.. itupun update gambar lama je nih sebab memang tak sempat nak edit2 gambar baru... kira okeylah kot ye daripada tak update langsung.. hehe...

Resepi pai ni ambil dari dapur lama Kak Zai Dapur Impian.. tapi sekarang ni kak Zai dah tutup dapur lama tu.. jadi boleh tengok kat dapur baru Kak Zai di SINI yek!  Memang sedap pai nih.. anak2 semua suka.. mak budak lagilah kan.... hehe.. terima kasih Kak Zai sudi berkongsi resepi yg  sedap & diambil dari buku resepi Secukup Rasa penyanyi Nora. Izinkan saya c&p resepinya kat blog pulak ye kak... tapi ada edit2 sikit dah tu.. halal ye..

PAI AYAM 'MELBOURNE'
Sumber resepi - Nora (koleksi resepi "secukup rasa")
Copy dari : Kak Zai

BAHAN2 
Untuk inti pai (filling)
1 cawan isi ayam- dihiris nipis
1 cawan cendawan butang- dipotong nipis (MaDiHa bubuh setin)
1 tin cendawan butang sup Campbell
1 tin(kecil) kacang pis (sekiranya suka) (MaDiHa masukkan frozen mixed vege)
1 biji bawang besar- dipotong dadu
1 biji kentang- dipotong dadu dan direbus
1 cmb lada sulah
2 cmb mentega/minyak
1 biji kuning telur (mengilatkan pastri)
sedikit air (sekiranya terlalu pekat)

UNTUK KULIT PAI (PASTRI) - MaDiHa guna roti pratha jenama "kawan"
100g tepung gandum
50g mentega
secubit garam
2 cmb air
atau
KULIT PASTRI SEGERA

CARA MEMBUATNYA 

1.Panaskan mentega. Tumis bawang besar hingga kekuningan. Masukan isi ayam dan biarkan seketika.
2.Masukan cendawan butang sup Campbell, ubi kentang, kacang pis, air dan lada sulah. Kacau hingga sebati & agak pekat.
3.Setelah masak, angkat dan ketepikan seketika.
4.Canai kulit pai dan letakan ia sebagai lapisan bawah(base) dan bakar selama 5-6 minit. (MaDiHa guna roti phrata jenama Kawan. Guna kaedah cut & paste utk memenuhkan sekeliling base kaserol pai)
5.Tuangkan isi pai yg dimasak tadi keatas base pai.
6.Canai kulit pai lagi setebal 2 cm dan letakan diatas isi pai tadi sebagai lapisan atas. (Guna kaedah cut & paste juga utk menutup inti pai sehingga habis tertutup). Bahagian tepi pai ditekan2 guna garfu utk melekatkan bahagian base dengan bahagian atas. Cucuk2 sedikit dipermukaan pastri agar pai tidak menggelembung ketika membakar.
7.Sapukan sedikit kuning telur yg dicampur dgn 2 cmt air utk mengilatkannya.
8.Bakar selama lebih kurang 12-20 minit atau sehingga pastri masak di dlm ketuhar yg telah dipanaskan pada suhu 200'c.  

SELAMAT MENCUBA

Monday, December 20, 2010

Kek Alunan Kasih


Salam & selamat pagi...

Apa khabar semua? Harap2 semuanya berada dlm keadaan sihat walafiat ye.  Bagi kami pula.. si kecikku Alin baru saja baik dari sakit mata.. seminggu lamanya.. rasanya sakit mata ni sebab berjangkit dari sepupunya kat kampong masa kami balik kampong tempohari.. ibu pun kenalah berkorban terpaksa ambil cuti 'half day' tiap2 hari dari Isnin sampai Jumaat minggu lepas. Takkan nak hantar juga Alin yang sedang sakit mata tu kat baby sitter.  Nanti berjangkit pula kat anak orang lain.  Nasib baiklah ayahnya kerja shift malam.. jadi seawal pagi ku bangun sediakan sarapan untuk anak2 & suami terlebih dulu.  Bila nak pergi kerja.. ku tinggalkan saja anak2 dirumah semasa mereka semua masih tidor. Bila ayahnya balik dari kerja pagi tu (aku & suami tak sempat jumpa pun tiap2 pagi) ayahnya lah yg jaga anak2 sepanjang pagi sebelum aku balik kerja waktu makan tengahari.  Bila aku dah ada kat rumah.. bolehlah ayahnya tidor untuk cover tidornya waktu kerja malam nanti. 

Bila ada banyak masa kat rumah disebabkan tiap2 hari aku ambil cuti 'half day' jadi.. dapatlah aku bereksperimen sikit kat rumah.. anak2 pun seronok sebab tak perlu tinggal kat baby sitter sebab ibu ada kat rumah tiap2 petang.. hehe.. tambah seronok bila ibu sempat masak kuih muih utk minum petang... antara yang sempat aku buat ialah.. Kek Alunan Kasih yang ku jatuh cinta pandang pertama bila lihat dari Dapur Mamasya.  Masa tengok tu terus berkenan & cepat2 salin resepi.  Sebenarnya aku memang jarang buat kek kat rumah.  Tak tau kenapa.. rasa malas nak buat kek sebab kalau dulu buat kek.. anak2 & suami kurang suka makan mengulang. Mereka makan sekali masa panas2 tu aje & kek lebihannya takde sapa nak usik.. Tapi hari tu dek kerana berkenankan kek yg Mamasya tunjukkan walaupun kat rumah mixer dah rosak.. sanggup buat kek godek2 guna senduk aje.. hehehe... Hasilnya sangatlah memuaskan.. rasa sedap & yang penting kek ni sangat cantik!! Yang paling menggembirakan.. anak2 sekarang dah suka makan kek!! Err... ni suka makan kek atau sebab kemaruk ibu dah lama tak buat kek? Muahahahaha....

Terima kasih pada empunya asal resepi ini iaitu Puan Mastura Yasak (FB Kongsi Resepi) & juga Kak Am & Mamasya yang berkongsi idea..


KEK ALUNAN KASIH
Dari Puan Mastura Yasak - FB (Kongsi Resepi)
Copy dari Mamasya
Sumber : MaDiHaA

BAHANNYA

* 5 Biji Telur
*1 ½ cwn Planta atau 250g butter
* 2 ½ cwn tepung gandum (ayak sekali dgn baking powder)
*2 cwn gula halus (MaDiHaA guna kastor & hanya letak 1 ½ cwn je)
*1 sudu kecil baking powder atau 3 sk (sudu kfc)
* ½ cwn susu cair**
*1 sudu kecil esen vanilla (bole guna perasa lain juga)
* *Serbuk koko (secukupnya)
*Pewarna ( ikut citarasa masing2.. MaDiHaA guna hijau & merah terang)
*sediakan tapis teh yg halus..utk ayak serbuk koko.

Cara2:

*Pukul planta dan gula smpai kembang...
*Masukan telur satu persatu..pukul lg smpai kembang
*Masukan *esen vanilla, susu cair…gaul hingga sebati dan masukan tepung sedikit demi sedikit..
*Bahagikan dua bahagian..campurkan pewarna pilihan bagi tiap2 bahagian.
*Griskan loyang dan tabur sikit tepung..masukan adunan warna yg pertama (merah).. (MaDiHaA letak setengah dari setiap warna.. bermakna kek hanya ada 4 lapisan) ratakan dlm loyang dan
*ayak *serbuk koko menutupi lapisan pertama…ayak nipis2 jer..
*Then masukan lapisan kedua.. (letak setengah) warna hijau..ratakan perlahan2.. (jgn smpai serbuk koko di lapisan pertama td terangkat)…ayak serbuk koko di atas lapisan kedua..
* Mcm tu lah seterusnya..smpai adunan abis…
* Bakar lebih kurang 45min..160 Degree ikut oven masing2…

Tips :
Utk membuat lapisan kaler2 tu biar tebal sbb bila kita melapis & meratakan adunan tersebut
serbuk koko tak akan terikut sama. Tapi bila adunan yg nak kita lapiskan itu agak nipis/sikit
bila nak meratakan lapisan tu, serbuk koko akak tertarik sama - nanti corak tak akan jadi cantik.





















Selamat Mencuba!

Sunday, December 19, 2010

Lempeng Kelapa


Salam semua...

Dah sarapan belum? Kalau belum.. jom layan lempeng kelapa! Sedap dimakan panas2.. cicah sambal tumis bilis ataupun sambal sardin memang syok! Menu ringkas sarapan orang dulu2... tapi sampai sekarang masih femes.. hehe... Aku hidangkan lempeng kelapa ni dengan sambal mackerel yg biasa ku buat tula... resepi sambalnya boleh klik sini ye..

Resepi lempeng yg ringkas & main agak2 je...

Bahan2
2 cawan kelapa parut yg agak muda
3 cawan tepong gandum
1 3/4 cawan air
1 s/k garam (larutkan dlm air)
sediki minyak masak

Cara2 membuat
Campurkan kesemua bahan2 & kacau rata2.  Panaskan kuali dengan sedikit sapuan minyak.  Atau boleh juga gunakan non stick pan.  Sendukkan sesenduk adunan dlm kuali & ratakan menggunakan belakang permukaan senduk.  Biarkan hingga masak & nampak garing, semasa menggoreng boleh titiskan sedikit minyak jika perlu.  Terbalikkan lempeng & biar masak ke dua2 belah. Angkat & hidangkan panas2 dengan sambal tumis, sambal sardin ataupun kari lebihan semalam. 



Selamat bersarapan!

Saturday, December 18, 2010

Petola Tumis Air


Salam...

Resepi mudah, ringkas & menyihatkan... Layan jelah yer.. tapi anak2 suka hirup kuahnya kalau masak tumis2 air mcm ni... mak & ayahnya pulak.. kalau tumis2 air mcm ni.. kenalah ada sambal belacan pastu lawan pulak dengan ikan goreng & ikan masin.. perrghhh... habis nasi 2 pinggan tak sedar.. hehehe...

Resepi ringkas...

2 biji / 700 gm petola segi
2 keping fucuk ~ rendam & potong kecil2
1/2 gengam su'un ~ rendam & potong sikit
6 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
sedikit serbuk lada sulah
1 kiub ayam
air secukupnya untuk kuah
garam & perasa secukupnya
minyak utk menumis

Cara2 memasak
1. Petola dibuang segi & kulitnya yang keras.  Ada orang suka buang semua kulit. Tapi aku tinggalkan sikit kulit sebab cik abang suka berkulit. Potong ikut saiz kesukaan & cuci bersih.
2. Tumbuk bahan2 bertanda*. Panaskan sikit minyak dalam periuk lalu tumiskan bahan2 tumbuk hingga wangi.
3. Masukkan air & kiub ayam. Biar mendidih. Masukkan petola, fucuk & su'un & masak hingga semua bahan tadi lembuk. Perasakan dengan lada sulah, garam & serbuk perasa secukupnya. Siap untuk dihidangkan.

Jemput makan semua.. hehe..

Friday, December 17, 2010

Daging Goreng Sawi Asin


Salam Jumaat penghulu segala hari... Semoga kita semua berada dlm lindungan Allah S.W.T sentiasa.. amin...

Untuk menu hari ni.. masakan yang dimasak beberapa minggu yang lalu.. sungguh lama menunggu giliran untuk masuk blog.. almaklum.. tuan blog ni update slow & steady... tak kisahlah kan.. yang penting semua resepi yg pernah dicuba mesti diabadikan dalam blog ini sebagai rujukan di masa akan datang & juga rujukan anak2 kelak... kalau ada antara pengunjung yang ingin mencuba pun sangat2 dialu2kan.. itulah tujuan kita berkongsi resepi betul tak?

Resepi Daging Goreng Sawi Asin ini dikongsikan oleh Ayu Singapore.  Bila tengok bahan tambahannya sawi asin.. terus rasa kecur air liur.. Biasanya aku campurkan sawi asin dalam kuah asam pedas.. Kali ni ada kelainan sikit sebab campur dalam lauk bergoreng.  Kebetulan nak habiskan daging korban yg masih berbaki.. (sekarang daging korban hanya tinggal daging kambing saja yg belum dimasak) jadi aku pun cubalah resepi ini.  Alhamdulillah.. sedap & kena dengan selera aku & suami.. anak2 pula. hanya makan daging sahaja.. maklumlah... ibunya ini jarang sangat masak gunakan sawi asin tu.. sebab tu anak2 tak pandai nak makan...

Terima kasih pada Ayu yang sudi berkongsi resepi keluarga Ayu ni ye.  Minta izin MaDiHaA letak resepi di blog MaDiHaA pula ye...tapi lauk MaDiHaA tu nampak macam pucat sikit  warnanya agaknya terlebih letak daging kot... maklum tak timbang pun daging.. main agak2 aje nak habiskan daging yg ada... walaupun warnanya tak sama mcm yang Ayu masak tu.... rasanya tetap sedap!

Sumber : Ayu

Bahan2
500g  daging  dihiris tipis- direbus dengan sedikit air & sedikit halia kisar hingga empuk.
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis
sedikit garam & perasa
(Campurkan bahan2 atas lepas daging direbus dan perap sekejap)

350g sawi asin-(pickled mustard leaves) -bilas beberapa kali supaya tak masin dan hiris
1 biji bawang besar dihiris bulat
2-3 biji bawang putih dihiris tipis
1 inci halia dihiris tipis
10-15 biji cili api dihiris atau ketuk -(ikut kepedasan)-(Ayu suka lagi pedas)
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis
2 biji limau sambal diambil jusnya
sedikit air
garam & perasa secukupnya - gunakan sedikit, kalau perlu

Method:-
Gaul daging yang telah direbus hingga empuk tadi bersama sos tiram, kicap manis, garam & perasa dan perap sekejap. Panaskan minyak, dan goreng daging yang telah diperap tadi hingga agak garing.
Bila sudah masak, ketepikan ditepi kuali. Masukkan bahan2 hiris- bawang besar, bawang putih, halia & cili padi dan gaul hingga layu. Satukan daging dengan bahan2 tadi hingga rata.
Masukkan sawi asin yang telah dibasuh dan hiris, gaul lagi. Masukkan 1 sudu besar sos tiram, 1 sudu besar kicap manis, sedikit air & jus limau sambal, gaul rata. Rasakan kalau needs to tambah garam & perasa tambahlah ya ikut keperluan masing2. Bila semuanya dah secukup rasa, matikan api, siap untuk dihidang.

Selamat mencuba!

Thursday, December 16, 2010

Ayam Goreng Oats


Salam semua...

Hari ni nak kongsi resepi ayam goreng yang sedapp!! Sedap sangat ke? Anak2 yg puji sedap... bila ibunya mencuba.. ehh!! memang sedap pun.. sebijik macam ayam goreng KFC original!!! Patutlah anak2 kata sedap..  sebab KFC tu mmg feberet dorang.. Dan2 tu.. berkali2lah menggorengnya sebab anak2 dok order lagi.... hehe... Resepi asalnya.. aku ambil dari blog Mariam.. cuma.. adalah aku buat sikit ubaisuai ikut bahan apa yg ada kat dapur aku.. apa2pun.. tak banyak beza sangat.. terima kasih ya Mariam..  lepas ni.. kalau teringin nak makan KFC boleh goreng sendiri aje... jimat pun jimat.. hehe...

Resepinya kalau nak mencuba.. memang best!

Sumber asal :Mariam
Diubahsuai oleh MaDiHaA

Bahan2
1/2 ekor ayam ~ potong saiz sederhana (MaDiHaA buang kulit!)
2 sudu besar serbuk rempah sup (MaDiHaA guna Adabi) (resepi Mariam guna rempah kurma)
sedikit garam (agak2 sendiri mcm nak goreng ayam yg biasa)
sedikit gula anggaran 1 sudu kecil
1/2 cawan tepong beras
1/2 cawan tepong jagung (resepi Mariam guna tepong tempura/tepong beras & dibancuh dgn air, MaDiHaA guna serbuk gitu je)
1 ~ 2 biji telur ~ pukul sedikit (resepi Mariam tak letak)
Oats segera secukupnya 
Minyak masak untuk deep fry

Cara2 menyediakan
1. Ayam dicuci bersih & tos kering. Gaul rata & perapkan ayam dengan rempah sup, garam & gula anggaran setengah jam.
2. Panaskan minyak secukupnya.  Campurkan kedua2 jenis tepong dalam satu bekas. Gaul rata.
3. Ambil seketul isi ayam & lumurkan/balik2kan ayam di dalam campuran tepong jagung & tepong beras sehingga semua bahagian bersalut tepong.
4. Celupkan ayam tadi ke dalam telur yg dipukul sedikit. Angkat lalu salutkan pula dengan oat sehingga seluruh ayam disaluti oat.
5. Goreng ayam tadi di dalam minyak yg penuh. Ulangi proses yang sama & gorenglah ayam sehingga garing ke dua2 belah. 
6. Nikmati ayam begitu sahaja ataupun dicicah sos cili pilihan berserta 'side dishes' seperti coleslaw & kentang putar.  (MaDiHaA hidang dengan coleslaw & sosej aje)



Selamat mencuba!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...