Lama sungguh tak bersiaran. Hajat di hati nak update banyak2. Tapi apa boleh buat. Sibuk sangat sekarang ni. Tak sempat nak edit2 gambar & tak sempat nak menaip banyak2. Hari ni agak free sikit jadi MaDiHaA kongsi resepi orang lama ni. Tak tau kenapa MaDiHaA ni memang suka dengan makanan orang2 tua. Maklumlakan faktor umur pun ye juga. Tapi kalau nak ikutkan dari dulu pun memang rajin cuba resepi2 lama kan. Kalau yang dah lama ikut blog MaDiHaA ni mesti perasan banyak juga kuih2 tradisional yang MaDiHaA pernah buat. Maksudnya memang sejak azali kut memang jenis suka kuih2 orang tua. Mungkin sebab pernah bermanja dengan arwah nenek. Nenek rajin buat kuih2 lama. Cucu dia pun jenis pemakan.. apa nenek buat semua makan. Jadi terbawa2 sampai sekarang... tolak batu dengan kayu je... Bukan macam budak2 sekarang. Mana nak layan kuih2 macam ni. Mujurlah suami pun suka kuih2 lama macam ni. Ada juga geng ibu!
Kalau ada banyak stok pisang bolehlah cuba. MaDiHaA guna pisang berangan. Kebetulan kawan pejabat bagi pisang berangan yang belum masak ni teruslah teringat kat ghetuk pisang. Sebab agak susah nak jumpa pisang yang masih warna hijau. Selalunya yang dijual pisang yang dah masak. Lainlah kalau ada kebun sendiri kan. Okla merapu2 dah menaip.. moh ke dapur!
Ini pisang berangan yang MaDiHaA gunakan
Ghetuk Pisang
Resepi : MaDiHaA aka Ratna
Bahan2
10 biji pisang berangan tua berkulit hijau (belum masak)
1 biji kelapa parut putih (dari kelapa yg agak muda sedang2 elok untuk buat inti bersaiz sedang)
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa
Cara Menyediakan
1. Pisang dipotong dari sisirnya & cuci bersih kemudian direbus hingga lembut. Angkat dan toskan.
2. Semasa pisang masih suam2, buang kulitnya & lenyek pisang hingga hancur.
3. Campurkan kelapa parut ke dalam pisang lenyek tadi. Masukkan sedikit garam & gula ikut sesuai selera anda. Jika suka manis boleh letak lebih. Boleh rasa untuk suaikan rasa. Gaul sebati adunan pisang tadi dan bolehlah dibulat2kan atau ditekan2 padat dalam loyang & potong2. MaDiHaA bulat2kan gunakan penceduk aiskrim je.
4. Siap untuk dihidangkan sebagai minum petang atau sarapan pagi.
Selamat mencuba!