Friday, January 22, 2016

Pulut Kuning Berhias *Tempahan*

Assalamualaikum & salam sejahtera...


Tak sempat nak menaip resepi hari ni.  Jadi MaDiHaA kongsi gambar pulut kuning berhias yang ditempah oleh kak Habsah pada hujung tahun lepas.  Kiranya ini penutup tempahan untuk tahun 2015 la ni. Baru sempat nak update ke blog.  Kak Habsah tempah 2 bekas pulut kuning hantaran dengan deko yang berlainan.  Tapi hari ni MaDiHaA update gambar 1 dulu ye... Yang lagi satu nanti masuk di entry yang lain pulak... hihi..


Terima kasih kak sudi menempah dengan saya. Semoga berpuas hati dengan hasilnya. 
 

Wednesday, January 20, 2016

Kerutup Daging

Assalamualaikum & salam sejahtera....

Satu lagi resepi dari chef tersohor iaitu Chef Wan yang sempat MaDiHaA cuba. Ini pun dah lama juga MaDiHaA cuba... tunggu masa je untuk ditaip ke blog.  Alang2 ada masa sikit ni cepat2 kita share dalam blog.  Resepi terbaik eloklah kita kongsi2kan supaya boleh kawan2 yang lain pula mencubanya. Mungkin ada yang belum sempat membeli buku Chef Wan ni kan.

Resepi kerutup daging ni saling tak tumpah macam resepi rendang daging.  Cuma ada tambahan rempah2 kasar tu.. Sedap hidang dengan nasi berperisa atau nasi putih.  Makan dengan pulut kuning pun sedap.

Silalah mencuba jika berkesempatan ye.. Hari ni MaDiHaA rajinkan diri taip masuk blog untuk perkongsian bersama...




Kerutup Daging
Resepi : Chef Wan (dari buku 400 Resepi Terbaik Chef Wan)
Dicuba & dikongsi oleh MaDiHaA aka Ratna

Bahan2
25 ml minyak masak
3 helai daun pandan, koyak dan simpulkan
1 kg daging tanpa lemak dihiris
750 ml santan dari 1 biji kelapa
2 keping asam keping
1 sudu makan gula
55 g kerisik
1 helai daun kunyit dihiris halus
garam secukup rasa

Bahan Rempah Ratus
2 biji bunga lawang
3 biji buah pelaga
3 biji bunga cengkih
1 inci kulit kayu manis

Bahan Pes Rempah
20 - 30 biji cili kering dibuang biji & direndam (MaDiHaA rebus)
200 gm bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
2 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh jintan putih
15 - 20 biji lada hitam

Cara Menyediakan
  1. Satukan bahan pes rempah ke dalam pengisar dan kisar halus.
  2. panaskan minyak dan tumiskan rempah ratus dan daun pandan hingga naik bau wangi. Masukkan pes rempah kisar dan masak hingga pecah minyak.
  3. Masukkan daging dan masakkan hingga daging mengecut. Masukkan santan dan asam keping. Renehkan hingga kuah pekat.
  4. Masukkan pula garam, gula, kerisik dan daun kunyit. Buang daun pandan dan asam keping tadi. Hidang panas bersama nasi.
 Selamat mencuba!

Tuesday, January 19, 2016

Ayam Sos Hitam Manis

Assalamualaikum & salam sejahtera....


Dah lama rasanya tak berkongsi resepi.  Sejak2 kesibukan melanda ni... macam tak sempat je nak menaip resepi panjang2. Tu yang dok bagi resepi ringkas je tu. Hari ni nampak macam free sikit... cepat2 rajinkan diri menaip resepi yang agak panjang lebar ni.  Resepi ni dah lama dah MaDiHaA cuba. Dok bertapa je gambar dalam folder. Resepi dari Chef Wan yang MaDiHaA ambil dari buku 400 Resepi Terbaik Chef Wan (Meraikan Kegemilangan 40 Tahun Pengalaman Kulinari).  Memang berbaloi memiliki buku resepi chef tersohor ni. Macam2 resepi ada... tinggal lagi antara rajin dengan tidak je nak mencuba... hehe... 

Resepi di bawah ni MaDiHaA taip semula dari buku beliau... cuma ada sikit2 gaya tulisan yang MaDiHaA ringkaskan. Tapi tidak mengubah bahan2 resepi ye.  Untuk peminat2 resepi ayam.. bolehlah mencuba...



Ayam Sos Hitam Manis
Resepi : Chef Wan
Resepi dicuba & dikongsi oleh : MaDiHaA aka Ratna

Bahan2
1 ekor ayam anggaran 1.5kg ~ dipotong 12
1 sudu teh garam 
1 sudu teh serbuk kunyit
85 gm kismis hitam
85 ml kicap pekat
250 ml air 
1 sudu makan asam jawa (jadikan pes bersama 250 ml air di atas)
55 g gula atau ikut selera sendiri
2 helai daun pandan, dikoyak2 dan simpul
280 g nenas di dadu (MaDiHaA ganti dengan cili capsicum kuning)
2 sudu makan daun ketumbar dicincang
Minyak masak untuk menggoreng

Bahan Pes Rempah
15 biji cili kering dibuang biji & rendam (MaDiHaA rebus)
10 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas

Cara menyediakan
  1. Satukan bahan pes rempah ke dalam pengisar dan kisar halus.
  2. Gaul ayam dengan garam & serbuk kunyit. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga keperangan. Angkat, tos dan ketepikan. 
  3. Dalam kuali yang bersih, gunakan minyak menggoreng tadi anggaran cukup untuk menumis & panaskan minyak tersebut. Tumiskan pes rempah dan kismis hingga wangi.  Masukkan kicap pekat, air asam jawa, gula dan daun pandan.
  4. Perisakan dengan garam & biar kuah menjadi pekat. Masukkan ayam goreng tadi serta nenas. Kacau sebati.  Perisakan dengan garam dan gula sekiranya perlu. Taburkan dengan daun ketumbar dan bolehlah dihidang.
Selamat mencuba!

Thursday, January 14, 2016

Air Cincau Jagung... sedapnyerr....

Assalamualaikum & salam sejahtera....



Sekarang ni cuaca agak panas. Tekak ni asyik haus je kan.. En. suami sampai beli cincau 1kg kat pasaraya.  Katanya senang simpan dalam peti sejuk buat stok.  Kot terasa haus sangat nak buat air cincau nanti tinggal sagat je.  Dialah yang rajin menyagat cincau tu... hehe.. cantik je kejadian cincau bila kita sagat berbanding kita potong2 tu saiznya tak sama kan.  Bila sagat tu cincaunya keluar panjang2 dengan saiz yang sama je... Ramai yang mengatakan cincau boleh sejukkan badan...

Bermacam2 jenis air cincau dah yang kami buat.  Paling biasa cincau kosong atau cincau sirap. Kadang2 cincau bandung atau cincau laici. Ada modal lebih sikit beli air soya.. jadilah cincau soya.  Terbaru kami buat cincau jagung sebab kebetulan pes air jagung double lion lebihan kakak buat aiskrim malaysia ada.  Wahh... resepi baru dengan rasa yang sangat sedap!  Nampak rupanya pun menarik dah ala2 green tea gitu.  Jomlah sapa2 yang ada stok cincau & pes air jagung double lion bolehlah mencuba.  

Air Cincau Jagung penghilang dahaga & penyejuk badan dimusim panas...

Kat bawah ni MaDiHaA sertakan bahan2 asas yang digunakan.  Kuantiti tu agak2 sendiri lah ye sebab masa buat tu pun MaDiHaA tak bersukat. Manis & kepekatan pes jagung tu ikut selera masing2lah ye.  Kalau suka nak letak ketulan ais.. boleh lebihkan susu pekat tu sebab nanti bila ais mencair... kemanisan tu jadi ngam2lah kan.  MaDiHaA buat tak letak ais, tapi bancuh dengan air sejuk dalam peti sejuk je. Jadi buat tak manis sangat. Buat sesedap rasa & terus boleh minum.  Segar je rasa air lalu ikut tekak.  Bila cincau masuk sekali masa minum tu.. kita kunyah2 memang syok layan.  hehe..

Jom cuba... memang best ni...

Air Cincau Jagung
Resepi : MaDiHaA aka Ratna

Bahan2
Cincau sagat secukupnya (MaDiHaA suka letak banyak2)
Air masak secukupnya (MaDiHaA guna air dalam peti sejuk)
Susu pekat manis secukupnya
Pes minuman jagung secukupnya (MaDiHaA guna Double Lion)
Ais kiub jika suka

Cara menyediakan
Bancuh air bersama susu pekat secukup manis.  Tambah pes minuman jagung secukupnya.  Masukkan cincau sagat & ais kiub. Kacau rata.  Biarkan jus cincau sebati dengan air & air akan bertukar warna hijau muda. Boleh hidangkan.

Selamat mencuba!



Wednesday, January 13, 2016

Pulut Kuning Berhias *Tempahan*

Assalamualaikum & salam sejahtera...



Lama sungguh menyepikan diri.  Kesibukan melanda sejak sebelum buka sekolah sampailah dah buka sekolah. Berganda2 sibuknya.  Warm up sikit blog kesayangan ni dengan entry Pulut Kuning Tempahan Datin Rosnani tahun lepas yer.  Jangan marah ye, Puan blog posing dengan Pulut Kuning Berhias yang meriah ni ye.  Rasanya... selama menyiapkan tempahan pulut kuning customer, inilah pertama kali puan blog berkesempatan posing dengan pulut kuningnya sendiri... hehe.  Bukan apa, selalu tu pulut kuning diambil customer awal2 pagi. Jadi memang takde siapa yang boleh snapkan gambar.  Kali ni pulut kuning customer nak ambil petang sebab pulutnya nak digunakan sebelah malam... kebetulan en. suami pulak cuti hari tu.. jadi... bolehla puan blog posing2 sikit dengan pulut kuning yang didekonya.  Teringin jugak nak buat kenangan dengan pulut kuning ni sebelum diambil customer. Pulak tu pulut kuning kali ni nampak meriah sangat.  Puan blog tengok pun seronok.  Permintaan customer nak bunga2 memenuhi seluruh permukaan pulut katanya, Puan blog menurut sahaja kehendak customer.  Janji customer berpuas hati.  Itu yang utama...

Oklah... layan gambar2 lagi ye.. mood rajin pulak nak edit gambar kali ni...

Terima kasih banyak2 Datin Rosnani yang sudi menempah pulut kuning berhias ni dengan saya. Pulut kuning ini menggunakan 2 kg beras pulut. Berat selepas pulut dimasak sudah tentulah lebih berat dari 2kg.  Bertambah2 berat jadinya lepas siap dideko bila dah ditambah2 dengan bunga2 dari sayuran tu.. hihi..


Hmm... kalau ada yang berminat nak menempah.. jangan segan2 hubungi MaDiHaA ye... nombor tertera di sebelah kanan blog ini.. Terima kasih..
Jumpa lagi...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...