Assalamualaikum...
Salam Jumaat buat semua...
Hari ni takmau bebel panjang2.. ada lagi sikit tugasan yang perlu disiapkan.. jadi kita ringkaskan ajelah entry hari ni ye... Terus dengan tujuan asal untuk berkongsi resepi Bingka Crackers yang sedap ni.
Bukan main lama simpan resepi ambil dari blog Kak Ummi Zaihadi tapi baru kali ni dapat dicuba. Sampai Kak Ummi dah 2 kali buat (sebab sedap sangatlah tu kot.. hehe) barulah aku mencuba.. Terima kasih Kak Ummi & terima kasih penyumbang resepi yang asal Kh267tm@MyR.. mohon dikongsi resepi kat blog ini pula ye.. ada edit2 sikit ikut apa yang MaDiHaA buat tempohari...
Bingka Crackers
Resepi: Kh267tm @ MyR
Sumber : Jun-Yummylicious, Kak Ummi Zaihadi, MaDiHaA
Resepi: Kh267tm @ MyR
Sumber : Jun-Yummylicious, Kak Ummi Zaihadi, MaDiHaA
Bahan:-
- 6 biji telur
- 450 gram gula (akak letak 410 gram je, guna gula castor) MaDiHaA letak 400 gm gula pasir)
- 170 gram tepung gandum
- 2 sudu teh pandan paste (yang ni MaDiHaA tak letak tapi ganti dgn jus daun pandan spt sukatan di bawah)
- 285 gram tepung cream crackers (kisar biskut cream cracker)
- 1420 ml santan (MaDiHaA guna 800 ml santan pekat + 420ml air + 200 ml jus daun pandan)
- 2 sudu besar minyak sapi
- 1 sudu teh garam
- bijan (Jun tambah)
Cara-Cara:-
1. Kacau gula n telur hingga gula
larut. masukkan tepung gandum, gaul sebati.
2. Masukkan santan sedikit-sedikit
dan kacau hingga santan habis. Tapis. (MaDiHaA tak tapis)
3. Masukkan tepung biskut cracker,
kacau sebati.
4. Masukkan garam, minyak sapi dan
pes pandan. gaul sebati. (Step terakhir MaDiHaA masukkan batter ke dalam blender (sebahagian demi sebahagian) & kisar hingga batter halus & sebati.. cara ni dapat menghaluskan batter sekiranya ada biskut yg kurang hancur atau tepong2 yang bergentel)
5. Masukkan ke dalam loyang yg
bergris, masak sekejap atas dapur hingga pekat sikit (jun skip yg ni) - jun
tabur bijan..(kebetulan bijan biasa habis..yg ade bijan hitam, bantai
ajelah..tp cun plak eh? hihi..) - akak pun x masak, terus jek tuang dlm loyang
bergris yang dipanaskan dulu selama 3 minit gitu... (MaDiHaA panaskan acuan bingka pecah 8 atas dapur sekejap bersama2 sedikit butter. Kemudian tuang batter & masak sekejap dengan api kecil hingga nampak kuih bahagian keliling (tepi) acuan nampak berubah warna lepas tu baru tabur bijan & masukkan ke dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dulu.. hasilnya.. bahagian bawah bingka pun cantik garing.. cara ni mungkin sesuai untuk acuan bingka pecah lapan je kot...)
6. Masukkan ke dalam oven n bakar
hingga masak pada 160'c selama 1- 1 1/2 jam, keluarkan dan biar sejuk baru
potong. (masa membakar bergantung saiz loyang yang digunakan)
Selamat mencuba!