Salam pagi Jumaat..
Hari ni 29 Januari 2010 (opss.. macamana tarikh kat blog hari ni jadi Khamis 28hb yer sepatutnya Jumaat 29hb??)genap 4 tahun umur anak bujangku Haziq. Hari Haziq dilahirkan pada waktu itu bersamaan dengan hari sambutan Tahun Baru Cina dalam tahun 2006.. tapi kira dah hujung2 hari dah sebab Haziq lahir tepat pukul 11.59 malam. Tinggal seminit jer lagi nak masuk 30hb. Kalau diikutkan waktu tu Haziq belum cukup 40 minggu dalam kandungan. Tapi oleh kerana ibu ada masalah kesihatan.. terpaksalah ibu di'induce' awal 2 minggu dari tarikh due yang sebenar. Setelah ibunya berhempas pulas menahan kesakitan yang amat sangat.. akhirnya.. dapat juga Haziq melihat dunia pada tarikh 29hb Januari 2006. Syukur alhamdulillah kerana semuanya selamat..
Bila dah lahir.. sekarang barulah tau rupanya Haziq berkongsi tarikh istimewa ini dengan 2 orang lagi yg dekat dengan kami iaitu anak sulung jiranku iaitu Zetty & juga kawan sekolah ku yang kini berada di Kota Tinggi Johor iaitu Norlela Ithnin.. Happy birthday buat Zetty & Ella... Kami doakan yang terbaik buat Zetty & Ella yang jauh di sana..
Buat anak ibu Haziq... ibu ucapkan selamat hari lahir buatmu sayang.. Semoga Haziq akan menjadi anak yang soleh, baik budi pekerti dan berjaya dalam hidup... Aminn...
Kali ni.. aku nak masukkan gambar & resepi Kek Mentega Pelangi yang resepinya diambil dari FP MamaFaMi..Kalau tak silap.. menurut mama beliau ambil resepi ni dari blog Bro Rozzan iaitu resepi butter cake.. MamaFaMi yang terlalu fanatik & sukakan warna-warna itu telah mengubah resepi kek butter yang plain menjadi kek butter pelangi yang indah lagi menawan. Sekarang.. giliran MaDiHaA pulak meniru mama kerana terpesona dengan kek pelangi mama yg indah itu walaupun kek yang aku buat ini tidak seindah air tangan Mama.... So untuk kedua2 pakar memasak ini MaDiHaA ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi berkongsi resepi ini. Macam biasa.. resepi ini aku kopipes terus dari FP mama.. Thanks to mama & juga bro Rozzan..
KEK MENTEGA PELANGI
Bahan-bahan :
250g mentega
200g gula halus
5 biji telur
210g tepung gandum
1/2 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil esen vanilla
* 1/2 sudu kecil esen ros (MaDiHaA tak letak ni)
* pewarna makanan : merah jambu, kuning, hijau, biru
Kaedah penyediaan :
1. Ayakkan tepung dan serbuk penaik sebanyak 3 kali. Ketepikan.
2. Krimkan mentega dan gula hingga kembang dan ringan.
3. Masukkan telur satu per satu dan kacau sebati.
4 Tuangkan esen vanila dan esen ros. Kacau lagi supaya adunan menjadi licin dan ringan.
5. Kaupbalikkan tepung ke dalam adunan hingga sebati.
6. Bahagikan bater kepada 4 mangkuk kecil.
7. Tuangkan beberapa titik pewarna makanan ke dalam mangkuk tersebut dan kaupbalikkan supaya warna sebati dengan bater.
8. Sudukan 2 sudu besar bater kuning ke tengah-tengah loyang pembakar yang telah dialas dengan kertas.
9. Sudukan 2 sudu besar bater merah jambu di atas bater kuning.
10. Lakukan yang sama kepada bater hijau dan biru. Ulangi proses ini sehingga semua bater telah habis digunakan.
11. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180 C selama 45 hingga 50 minit (bergantung oven masing2).
Friday, January 29, 2010
Thursday, January 28, 2010
Chewy Gooey Yummy Brownies
Ambil dari 'rumah lama' sekadar untuk koleksi di dapur baru ku ini...
Brownies ni sememangnya sedap!! Makan sekali pasti mau lagi dan lagi.. Mohon maaf kerana tak tau siapa empunya sebenar resepi asalnya. Walau apapun.. terima kasih banyak2 pada yg mencipta resepi brownies yang sedap ni.
CHEWY GOOEY YUMMY BROWNIES
Bahan:
250 g butter - potong kecik
400 g coklat masakan - potong kecik
6 biji telur
340 g brown sugar (Madiha kurangkan sehingga 300 gm ~ masih manis lagikk )
2 s/k esen vanilla
20 g chocolate emulco (anggaran 1 sudu besar)
80 g tepung gandum (ayak bersama coco powder)
60 g cocoa powder
140g kacang walnut/pecan/ macadamia (optional)-toastkan (Madiha guna almond yg dipotong 4 ~ rasanya guna walnut lagi best sbb almond agak keras sket.. )
Cara:
1) Panaskan oven suhu 160C. Sediakan dan alas tray 11X11. (Madiha guna tray shortbread 12" x 12")
2) Double boil butter dan chocolate hingga cair, ketepikan biar suam sikit.
3) Masukkan telur, gula, esen vanila dan chocolate emulco dalam satu mangkuk yg lain, guna hand whisk , kacau hingga gula cair.
4) Tuang butter dan coklat cair tadi kedalam mangkuk adunan telur tadi dan gaul rata.
5) Masukkan tepung & coco yg diayak sikit demi sikit dan gaul rata. Jangan gaul terlalu lama.
6) Tuang dalam tray dan bakar 160C/50 minit-1jam (bergantung pd oven).
7) Bila masak, biarkan dalam tray hingga sejuk. Lebih sedap kalau disimpan semalaman. Sedap dimakan sama ada begitu shj atau bubuh ganache atau dgn icecream atau dgn sos kastad. (Madiha bubuh coklat topping)
Coklat Topping
Bahan2
250 g coklat masakan
1sudu besar susu pekat manis
3 sudu besar shortening
Cara
Cairkan semua bahan2 cara double boiler sehingga coklat masakan benar2 cair. Tuangkan di atas brownies dan hiaslah ikut suka hati anda

Wednesday, January 27, 2010
Pasta Tuna Tomato
Sebenarnya dah agak lama dah masak pasta ni.. asyik tertunda2 nak update.
Jomlah layan pasta pulak.. asyik layan menu org kampong... sesekali jd orang Itali apa salahnya kan?
Resepi ni ambil dari FP Kak Rinnchan kita yg terer masak2 tuh.... setiap kali tengok gambar2 masakan Kak Rinn.. setiap kali itulah rasa nak follow atau mencuba... hehehe.. tp takdelah boleh follow semuanya.. tak terkejar.. hehehe.. kita follow mana2 rasa yg betul2 buat kita tak tahan iman ajelahh.. hehe..
Pada Kak Rinn.. TQ share resepi ni... macam biasalah saya kopipes.. mintak halal yer
PASTA TUNA TOMATO
BAHAN-BAHAN:
250gm pasta (Kak Rinn guna penne, MaDiHaA guna spiral )
2 biji tomato segar yang ranum, dadukan
120ml tuna chunk in olive oil
1 ketul kecil brokoli ~ potong florets (yg ni MaDiHaA tambah.. boleh juga tambah cili capsicum 3 warna kata Kak Rinn)
1 biji bawang besar, dicincang
3 biji bawang putih, dicincang
2 tsp lada hitam kisar
2 tangkai daun ketumbar, dicincang
1 tsp oregano
1 tsp parsley
1 tsp basil
1 tbs sos tiram
Garam & gula secukup rasa
Sedikit Minyak Zaitun untuk menumis
CARA-CARA:
1. Rebus pasta sehingga lembut. Toskan.
2. Tumiskan bawang besar dan bawang putih.
3. Masukkan tomato segar. Kacau hingga layu dan lembut.
4. Masukkan tuna chunks dan bahan-bahan yang lain. (rasanya boleh tambah sedikit air jika terlalu kering.. aku punya tu agak kering sikit daa... )
5. Setelah semuanya sebati, masukkan pasta.
6. Kacau sekadar rata. Hidangkan.
Jemput makan!

Labu Air Goreng Pedas
Biasanya kalau beli labu air mak2 kita dulu dok masak bening ataupun tumis air jer. Kali ni kita try goreng plak... kita tengok macamana rasanya. Dah siap tu.. try rasa sikit.. eehhh.. sedap ler pulak..! hehe.. Yang sebenarnya kalau masak secukup rasa tu mestilah sedap kan....? kalau masak tawar heber (kata org Trengganu) umpama lauk hospital tu.. sure ler kata tak sedap.. hehehe..
LABU AIR GORENG PEDAS
Bahan2
1 biji labu air (saiz sedang)
1 keping dada ayam ~ potong dadu
Minyak utk menumis
garam & perasa (jika suka)
air secukupnya utk melembutkan labu
Bahan2 Tumbuk
1 sudu besar udang kering
1 biji cili merah
5 biji cili padi
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
Cara2 Menyediakan
1. Kupas kulit labu, cuci getahnya & potong saiz kesukaan anda.
2. Panaskan minyak lalu tumiskan bahan2 tumbuk hingga wangi & agak garing. Masukkan ayam & kacau rata.
3. Masukkan labu & juga air biarkan hingga labu lembut sambil sesekali dibalik2kan. Elok ditutupkan kuali dengan penutup periuk agar labu cepat lembut.
4. Perasakan dgn garam & penambah perisa. Sedia dihidangkan.

Sambal Tumis Belacan Bilis & Petai
Selalunya hubby yang masak sambal ni.. aku tak ambik kisah pun tiap kali dia masak sebab dok sibuk buat kerja lain.. Tapi bebaru ni teringin pulak nak makan.. jadi aku pun kecek2lah ngan hubby resepi sambal ni.. Memang kuat rasa belacannya.. tapi yang itulah yang buat selera makan.. haha.. memang pedas menyengat!! Tapi sekali cuba gerenti mau lagi.. kalau yang tak tahan pedas tu bolehlah dikurangkan cilipadinya & boleh tambah cili merah...
SAMBAL TUMIS BELACAN BILIS & PETAI
Bahan2
1 mangkuk sedang ikan bilis siap kopek
2 - 3 papan petai ~ kopek & belah 2
2 biji bawang besar ~ mayang bulat
2 ulas bawang putih ~ hiris
20 - 40 biji cili padi (bergantung saiz cili padi & bergantung pedas yg anda suka ~ sila lihat gambar)
1 peket belacan (spt dlm gambar)
1 sudu besar asam jawa
1 cawan air (bancuh asam jawa dengan air ini)
aji secukup rasa
1 sudu besar gula
*tak perlu tambah garam*
minyak masak secukupnya anggaran setengah cwn
Cara2
1. Tumbuk cilipadi hingga lumat. Campurkan belacan dan tumbuk hingga sebati cilipadi & belacan.
2. Panaskan minyak, gorengkan ikan bilis sekadar lembut (tak perlu garing). Masukkan petai dan goreng lagi hingga petai nampak layu.
3. Masukkan bawang putih & bawang besar mayang. kacau2 hingga nampak bawang layu.
4. Masukkan cili & belacan tumbuk tadi dan goreng lagi hingga naik bau.
5. Tambahkan air asam jawa, gula & aji. Kacau2 hingga sebati. Biar seketika & bolehlah ditutupkan api dan hidang dengan nasi panas2 bersama ulaman & ayam goreng rangup kat bawah tu pun dah memadai.. hehe..

Friday, January 22, 2010
Ayam Goreng Rangup
Senang banget nak menyediakan ayam goreng rangup ni.. tapi ayam ni ternyata lebih 'berasa' daripada digoreng garam kunyit mcm tu ajer..
AYAM GORENG RANGUP
Bahan2
½ ekor ayam ~ potong saiz kesukaan, cuci bersih & tos
minyak masak utk goreng terendam
Bahan perap
garam secukupnya (jgn byk sgt sebab ada sos tiram)
2 s/k serbuk kunyit
2 s/k serbuk kari ayam
2 ulas bawang putih ~ ditumbuk halus
1 inci halia ~ ditumbuk halus
2 biji cili padi ~ ditumbuk halus
1 sudu besar sos tiram
Bahan Salut
Tepong jagung secukupnya
Cara Menyediakan
1. Gaulkan ayam bersama bahan2 perap sehingga rata. Perapkan anggaran 20 minit.
2. Panaskan minyak dengan api sederhana. Bila minyak cukup panas. Ambil seketul ayam lalu dibalik2kan ke dalam tepong jagung agar seluruh ayam dilitupi tepong. Terus masukkan ke dalam minyak yg panas. Ulangi proses yg sama.
3. Bila ayam garing kedua2 belah, angkat & toskan.
4. Ulangi menggoreng ayam sehingga habis.
Selamat mencuba!

Wednesday, January 20, 2010
Mentarang Tumis Pedas
Pernah tengok mentarang? Tak silap aku.. mentarang ni hanya boleh diperolehi di sekitar Sabak Bernam, Pantai Remis Kuala Selangor & juga Perlis.. di tempat2 lain memang tak nampak kewujudannya.. bagi aku.. ini merupakan kali ke dua dpt makan mentarang ni.. dulu pernah makan mentarang yg diberi oleh kawan makcikku. Disebabkan rasanya yang sedap & hubby ku pun suka.. sebab tulah aku beria2 nak mencari mentarang ni bila aku pergi ke Kuala Selangor bertandang ke rumah kawan cyber baru2 ni. Mentarang ni pun.. beliau yang belanja aku.. hehe.. TQ Hanaz.. Kiranya inilah kali pertama aku masak sendiri mentarang ni.. guna resepi olahan sendiri aje.. nasib baik hubby cakap sedap.. haha..
Bahan2
1 kg mentarang ~ dicuci bersih2 kulitnya (jika perlu guna berus yg sesuai), rendam & tos beberapa kali utk buang lumpurnya
1 helai daun kunyit ~ disiat2 (boleh ganti dengan beberapa helai daun limau purut)
2 batang serai ~ di ketuk
minyak masak secukupnya
1 s/b sos nampla (sos ikan)
2 s/b sos cili
2 s/b sos tiram
2 s/b kicap cair
1 s/k gula
garam & aji secukup rasa
1 s/k asam jawa ~ diramas dengan air kat bwh tu
1 ~ 2 cawan air (bergantung keperluan)
Bahan2 Kisar
1 biji bwg besar
3 ulas bwg merah
3 ulas bwg putih
1 inci halia
2 batang serai ~ dihiris dulu
10 biji cili kering ~ potong2 & rebus kejap
6 biji cili padi
Cara2 Menyediakan
1. Panaskan minyak lalu tumiskan bahan2 kisar & serai yg diketuk. Tumis hingga garing & wangi.
2. Masukkan segala jenis sos & air asam jawa. Biar mendidih kejap.
3. Masukkan mentarang & daun kunyit. Kacau2 biar sebati. Masukkan gula, perasa & garam (rasa dulu takut termasin coz dlm sos pun ada garam).
4. Kacau2 biar kuah agak pekat bolehlah matikan api & hidang panas2
Bolehlah cuba ya...! tapi kalau tak berani nak mencuba makan mentarang ni.. resepi ni pun sedap sekiranya digantikan dengan lala. Lala & mentarang ni rasanya seakan2.. pasal tu aku kata sedap. Jauh lebih sedap daripada kupang!
Tuesday, January 19, 2010
Apam Kentang
Resepi apam kentang ni dpt dari Fotopages sepupuku Normariah.. sememangnya sedap!!
TQ Nor sebab kongsi resepi ni yer..
APAM KENTANGSumber : Nor Mariah FP
Bahan-bahan
200 g gula pasir
200 ml air
1 helai daun pandan, disimpul
200 g tepung beras
150 g kentang yang telah dikupas kulitnya
100 g tepung gandum
1 camca teh instant yeast
1 camca teh baking powder
1/2 camca teh garam
1 camca teh pandan paste
1 sudu teh pewarna hijau
250 ml santan dari 1/2 biji kelapa
Bahan-bahan tambahan
Kelapa parut putih
Secubit garam
CARA MEMBUATNYA
1.Kentang dipotong kecil dan rebus hingga lembut dan dikisar bersama santan, ketepikan.
2.Satukan gula pasir, air dan daun pandan, masak hingga gula larut dan sukat 300 ml, biar suam.
3.Dalam satu bekas, satukan kentang yg dikisar bersama santan dan semua bahan gaul rata. Tuang air gula suam dan kacau hingga sebati. Rehatkan adunan 30 - 40 minit.
4.Panaskan kukusan, sapu sedikit minyak pada acuan apam, dan panaskan 2 minit dalam kukusan. Tuang 3/4 penuh pada setiap acuan dan kukus dengan api besar selama 30 minit. Biarkan sejuk sebelum dikeluarkan dari acuan dan hidangkan bersama kelapa, jika suka..
Selamat mencuba!
Labels:
Apam,
Kentang,
Kuih Muih,
Kuih Muih Manis
Ayam Cendawan Sos Tiram
Ini salah satu menu kegemaran kami sekeluarga. Bahan2nya mudah didapati & yang penting sedapp!! Cuba tau jangan tak cuba.... sapa tak cuba pasti rugi.. hehe..
AYAM CENDAWAN SOS TIRAM
Bahan2
8 - 10 ketul ayam (setengah ekor) - dipotong kecil2 - bersihkan dan tos
1 tin cendawan butang saiz besar dalam tin - potong 4
1 btg carrot - potong memanjang
1 biji capsicum - didadu kasar
5 biji cili kering - bersihkan potong 1 inci dan digoreng
Bahan2 Ditumbuk Lumat
8 - 10 ulas bawang putih
5 inci halia - hiris nipis dan tumbuk halus
Cara2 Memasak
1. Ayam di gaul dengan 1 s/b bwg putih+halia tumbuk tadi. Masukkan 5 s/b tepung jagung, 3 s/b tepung gandum, lada sulah, sos tiram & kicap pekat sket. Gaul rata dan perap sebentar.
2. Goreng ayam hingga masak. Jangan panik yer.. ayam bila dah kena goreng warnanya bertukar agak gelap. Tapi tu tak beerti ayam tu hangus. Sebenarnya itu adalah tindak balas warna tepung yg dah digaul sos tiram & kicap pekat tadi .
3. Dalam kuali lain panaskan minyak dan tumiskan bwg putih + halia tumbuk tadi hingga berbau wangi. Masukkan air tepung jagung tadi. Biarkan mendidih. Masukkan juga lada sulah, 1 s/b kicap pekat, 1 sudu besar kicap manis & 5 s/b sos tiram. (atau secukupnya)
4. Kacau rata kemudian masukkan carrot & cendawan butang. Biar kejap hingga carrot agak2 lembut.
5. Masukkan capsicum. Perlahankan api.
6. Last sekali masukkan ayam goreng dan cili kering goreng tadi sambil digaul rata dengan sos tadi hingga agak kering.
7. Rasakan masinnya.. biasanya tak perlu tambah garam sebab memadai dengan sos tiram & kicap2 tadi.
Selamat Mencuba..

5 s/b tepung jagung
3 s/b tepung gandum
1 s/b tepung jagung + 2 cwn air - dibancuh
5 s/b sos tiram
1 s/b kicap pekat
1 s/b kicap manis
lada sulah
Bahan2 Ditumbuk Lumat
8 - 10 ulas bawang putih
5 inci halia - hiris nipis dan tumbuk halus
Cara2 Memasak
1. Ayam di gaul dengan 1 s/b bwg putih+halia tumbuk tadi. Masukkan 5 s/b tepung jagung, 3 s/b tepung gandum, lada sulah, sos tiram & kicap pekat sket. Gaul rata dan perap sebentar.
2. Goreng ayam hingga masak. Jangan panik yer.. ayam bila dah kena goreng warnanya bertukar agak gelap. Tapi tu tak beerti ayam tu hangus. Sebenarnya itu adalah tindak balas warna tepung yg dah digaul sos tiram & kicap pekat tadi .
3. Dalam kuali lain panaskan minyak dan tumiskan bwg putih + halia tumbuk tadi hingga berbau wangi. Masukkan air tepung jagung tadi. Biarkan mendidih. Masukkan juga lada sulah, 1 s/b kicap pekat, 1 sudu besar kicap manis & 5 s/b sos tiram. (atau secukupnya)
4. Kacau rata kemudian masukkan carrot & cendawan butang. Biar kejap hingga carrot agak2 lembut.
5. Masukkan capsicum. Perlahankan api.
6. Last sekali masukkan ayam goreng dan cili kering goreng tadi sambil digaul rata dengan sos tadi hingga agak kering.
7. Rasakan masinnya.. biasanya tak perlu tambah garam sebab memadai dengan sos tiram & kicap2 tadi.
Selamat Mencuba..
Asam Rebus Ikan Kembung
Masakan yang paling mudah.. tapi menyelerakan apalagi jika ada ulam & sambal belacan. Kalau malas nak tumbuk sambal belacan.. ada budu pun sedapp.. hehe..
ASAM REBUS IKAN KEMBUNG
Bahan2
2 ekor ikan kembong (hok besor) ~ bersihkan
3 - 4 keping asam gelugur (sukahati nak boh byk mana.. ikut masam yg anda suka)
1 kuntum bunga kantan atau 1 helai kecil daun kunyit
air secukupnya (ku bubuh dlm 3 cawan jer)
bendi atau terung (suka hati nak masukkan sayur apa)
garam, serbuk perasa & sikit gula dlm setengah sudu kecik jer
Bahan2 Kisar
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
25 biji cili padi (ikut suka ler nak pedas macamana )
1 biji cili merah
1 cm kunyit hidup
Cara Memasak (senang banget.. campak2 jekk)
1. Jerang air dan masukkan semua bahan2 kecuali sayur pilihan anda.
2. Bila ikan dah setengah masak baru masukkan sayur dan sesuaikanlah rasanya. Dah siap!!

Monday, January 18, 2010
Hati Masak Kicap Berempah
Selalunya bila beli hati lembu... aku akan masak macam ni jer.. memang sedap!! Hati ni tak boleh masak lebih kurang.. sebab ia ada satu bau yang kuat gitu.. kalau masak nak kena byk rempah2nya.. barulah lalu nak makan.. Jom tengok resepi!
HATI MASAK KICAP BEREMPAH
Bahan2
1/2 kg hati lembu - dipotong kecil
1 s/b ketumbar - disangai (boleh ganti dengan serbuk tak perlu sangai)
½ s/b jintan manis - disangai bersama ketumbar tadi dan ditumbuk halus (boleh ganti dengan serbuk tak perlu sangai)
1 biji bawang besar ~ hiris bulat
1 cawan air sedikit
serbuk kunyit
garam secukupnya
serbuk perasa (jika suka)
gula (jika suka)
kicap manis secukupnya
1 keping asam gelugur
daun sup utk hiasan
minyak utk menumis
Bahan2 kisar
1 biji bwg besar
2 ulas bwg putih
1 inci halia
8 biji cili kering - rebus dan tos
Cara2
1. Hati digaul dgn sedikit serbuk kunyit dan garam. Masukkan dlm kuali tanpa minyak dan masak sambil dibalik2kan hingga air yg terbit jadi kering . Bila dah kering (hati masih dlm kuali yg sama) masukkan 1 senduk besar minyak masak dan goreng hati agak2 setengah garing dan angkat lalu ketepikan dahulu.
2. Masukkan minyak secukupnya dlm kuali yang lain (nak guna kuali sama pun boleh.. tambah sedikit sj minyak ). Lalu tumiskan bahan2 kisar dan juga rempah yang ditumbuk hingga garing dan wangi.
3. Masukkan kicap secukupnya, asam keping dan air. Biarkan mendidih lalu masukkan hati yg digoreng tadi, gula & serbuk perasa. Masukkan bwg besar hiris.
4. Biarkan agak kering sedikit sambil dikacau2. Rasakan garamnya.. jika tak cukup masin bolehlah ditambah garam.
5. Hidangkan dan hias dengan hirisan daun sup / daun bawang jika suka.
Selamat Mencuba!

Friday, January 15, 2010
Roti Nasi
Saja nak mencuba buat roti nasi ni sebab rasa sangat2 unik kerana menggunakan nasi. Resepi dari Onigiri Myresepi.. terima kasih kepada tuan punya resepi.. izinkan MaDiHaA abadikan dlm blog ini yer..
ROTI NASI
Sumber : Onigiri MyResepi
BAHAN-BAHANNYA :-)
ROTI NASI
Sumber : Onigiri MyResepi
BAHAN-BAHANNYA :-)
250 g tepung roti (high protein flour)
80 g nasi, sejukkan*
100 ml air*
60 ml susu segar*(*dikisar halus)
2 camca besar gula halus
4 g instant yeast
20 g mentega
1 camca teh garam halus
1 camca besar air suam
CARA MEMBUATNYA :-)
Satukan air suam dengan instant yeast dan 1/2 camca teh gula (dambil dari 2 camca besar gula halus tadi). Biar sehingga yeast aktif, nampak berbuih2...
Letak tepung dalan bekas besar, masukkan garam dan gaul rata. Buat lubang dibahagian tengah tepung dan tuang nasi yang dikisar dan juga yeast tadi. Gaul rata hingga menjadi doh, masukkan mentega dan uli hingga menjadi doh yang lembut dan anjal. Bulat2 kan dan tutup dengan kitchen towel bersih dan biar 1 jam hingga doh naik.

KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan diatas ke dalam bread maker dan pilih setting untuk doh, tekan "on" dan tunggu hingga siap.
Tumbuk doh untuk membuang udara dan leperkan, gulung seperti swiss roll, kemudian gulung sekali lagi sehingga menjadi bentuk loaf. Masukkan dalam tin dan biar naik sekali lagi
Bakar pada suhu 190C selama 20- 25 minit mengikut oven masing2. Sapu mentega atas permukaan roti sejurus dikeluarkan dari oven.

Jeneket
Resepi unik & tak pernah diketahui kewujudannya. Teringin untuk mencuba.. resepi ini di ambil dari blog Rozzan.. TQ bro kerana rajin berkongsi resepi2 org lama..
JENEKET
Sumber : Bro Rozzan
Bahan-Bahan
100 gm tapai ubi
1 biji telur (saiz besar, kalau kecil gunakan 2)
200 gm gula pasir (boleh kurangkan sbb agak manis)
1 sudu teh garam
¼ sudu teh yis segera
1 sudu teh baking powdersedikit pewarna kuning
600 gm tpg gandum1 sudu teh potas (atau bic.of soda)
½ cawan air
secukup minyak utk menggoreng
Cara :
Satukan tapai, telur, gula, potas, yis segera dan baking powder lalu dikisar hingga gula larut. Tuang ke dalam bekas besar. Setelah itu, masukkan air, pewarna kuning & garam. Akhir sekali masukkan tepung dan uli hingga rata. Perap selama 8 jam.Panaskan minyak dalam kuali . Ambil sedikit adunan, lalu dileperkan ditapak tangan (biar tipis sedikit) atau dicanai leper. Kemudian, masukkan ke dlm minyak yang banyak dan goreng dgn api sederhana sehingga masak.
Nota: Jika hendak mencanai adunan, taburkan sedikit tepung pada papan dan kayu penggelek. Anda bolehlah membuat bebola-bebola daripada adunan tadi. Kemudian ambil satu bebola lalu dicanai / gelek nipis2 lalu digoreng. Perlu diingat jika anda canai tebal kemungkinan kuih mentah di dalam.
Popia Kentang
Resepi diambil dari FP Mummy Jam... Tq mummy.. memang sedap sangat2..
POPIA KENTANG
Sumber : MummyJam
Bahan-bahan inti :
5 biji ubi kentang, direbus empuk, dibuang kulit dan dilecek
1 biji bawang besar, dicincang
2 biji bawang putih, dicincang
1/2 tsp serbuk lada putih
Secubit serbuk lada hitam kasar
5 tbs daging cincang
1/2 cwn bawang goreng
Sepokok daun saderi, dicincang
Sepokok daun bawang, dicincang
Garam secukup rasa
Sedikit minyak masak utk menumis
Kulit popia secukupnya
Minyak untuk menggoreng
Cara-cara:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga layu. Masukkan lada putih dan lada hitam. Kacau seketika.
2. Masukkan daging cincang. Masak sehingga air daging kering. Perasakan dengan sedikit garam.
3. Masukkan kentang lecek. Kecilkan api. Gaul rata semua dan tutup api.
4. Akhir sekali masukkan bawang goreng, daun saderi dan daun bawang. Gaul rata. Sejukkan seketika.
5. Sediakan kulit popia, isikan inti, gulung dan goreng. Boleh dimakan begitu sahaja atau dicicah bersama sos cili pilihan.

Kuih Muih Pedas / Savoury
Thursday, January 14, 2010
Kuih Dadar a.k.a Ketayap
Kuih yang mudah disediakan tetapi enak dinikmati samada sebagai juadah sarapan pagi ataupun minum petang... Kuih ini salah satu kuih kegemaran anakku Haziq..
½ biji kelapa parut putih (kalau dapat yg agak muda lagi sedap)
Gula merah/ gula nisan secukupnya (ikut manis yg puan2 mahukan)
1 cawan air
1 sudu besar tepong pulut / tepong jagung
2 helai daun pandan ~ basuh & simpulkan
Bahan2 Dadar
3 cawan tepong gandum*
3 ~ 3 ¼ cawan santan* (bergantung pada jenis tepong) (kalau nak guna air biasa pun boleh gak.. tp kuranglah lemaknya)
½ sudu kecil garam*
pewarna hijau secukupnya*
1 biji telur*
1 sudu besar marjerin* ~ cairkan sedikit minyak
2 helai daun pandan ~ dilipat2 & ikat dengan getah jadikan penyapu minyak
Cara Menyediakan Inti
1. Masak air bersama gula merah / gula nisan hingga larut. Tapiskan ke dalam kuali.
2. Masukkan kelapa parut & daun pandan ke dalam air gula dan masaklah hingga inti menjadi agak pekat.
3. Bancuhkan tepong pulut / tepong jagung dengan 2 sudu air kemudian masukkan ke dalam inti tadi. Kacau2 rata & sehingga inti kering. (tujuan masukkan tepong tu utk dapatkan inti yg lebih lekit gituu.. kalau taknak masukkan pun takper.. )
Cara Menyediakan Kuih Dadar
1. Bancuhkan kesemua bahan2 bertanda * sehingga rata menggunakan whisker.
2. Tapiskan bancuhan.
3. Panaskan kuali dengan api sederhana lalu lengserkan sedikit minyak dengan daun pandan.
4. Masukkan sesenduk adunan ke dalam kuali. Lenggangkan kuali hingga menjadi dadar yg agak nipis.
5. Biarkan kuih dadar masak. Tak perlu balikkan kuih. Angkat & letak dalam pinggan. Ulangi proses no. 4.
6. Sementara menunggu dadar ke 2 masak segera intikan kuih dadar yang pertama td dan gulunglah kuih seperti dalam gambar. Habiskan kesemua bahan2 & lepas tu bolehlah dingapp
KUIH DADAR / KETAYAP
Bahan2 Inti ½ biji kelapa parut putih (kalau dapat yg agak muda lagi sedap)

Wednesday, January 13, 2010
Ayam Goreng Halia Biji Sawi
Resepi ni sememangnya sedap ditekak ku.... resepi yang diambil dari majalah RASA Edisi 91. Tak rugi mencuba... walaupun ringkas tetapi rasanya sedap!! Anak2 pun suka...
AYAM GORENG HALIA BIJI SAWI
Sumber : RASA Edisi 91
Bahan2
400 gm isi ayam ~ potong kecil & goreng separuh masak lalu ketepikan (resepi asal tak goreng) 3 ulas bawang merah ~ Dihiris
2 ulas bawang putih ~ Dihiris
30 gm halia (ku bubuh dlm 1½ inci) ~ Dihiris & racik halus
5 biji cili kering (MaDiHa tambah sebab suka bila terkunyah cili kering masa mkn nasi ) ~ potong
1 inci & goreng sekejap
2 biji ubi kentang ~ kopek & belah 8 & goreng setengah masak & ketepikan
1 sudu besar kicap cair
1 sudu kecil serbuk lada sulah
1 sudu kecil biji sawi 1 sudu kecil tepung jagung (bancuh dgn ½ cawan air)
1 cawan air
½ sudu kecil cuka
garam
gula
perasa
minyak untuk menumis
Cara2 Memasak
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan2 hiris hingga wangi. Masukkan biji sawi & ayam lalu kacau rata.
2. Tambahkan 1 cawan air dan biar ayam agak masak. Masukkan semua bahan2 lain (kecuali cili kering goreng & air tepong jagung).
3. Masukkan air tepong jagung & sesuaikan rasanya. (kalau nampak kering sgt boleh tambah air lagi.. ikut selera suka kering atau berkuah)
4. Akhir sekali masukkan cili kering goreng, kacau2 kejap & siap utk dihidangkan.
Selamat mencuba!
Bingka Kacang Soya Berkismis
Buat bingka ni disebabkan sayang nak buang hampas kacang soya yg dibuat air. Daripada membazir dibuang begitu saja kerana hampas tersebut pasti masih byk kandungan protein & seratnya sudah tentu.... jadi ku fikir lebih baik reka sesuatu.. so inilah hasilnya... memang sedap...
BINGKA KACANG SOYA BERKISMIS
Sumber : MaDiHaA
Bahan2
2 cawan kacang soya kisar (kacang soya lebihan dibuat air)
3 ½ cawan tepong gandum
2 cawan santan
3 biji telur (gred A)
1 cawan gula pasir
2 sudu besar marjerin ~ cairkan
secubit garam
1 sudu teh esen vanilla
½ cawan kismis hitam
Cara2 Membuatnya
1. Campurkan kesemua bahan2 di atas (kecuali kismis hitam) sehingga rata dengan menggunakan whisker.
2. Panaskan oven suhu 175ºC.
3. Sediakan loyang bingka dengan menyapu dasar & tepinya dengan sedikit marjerin.
4. Tuangkan adunan bingka ke dalam loyang. Taburkan kismis sehingga rata (mungkin kismisnya akan mendap ke bawah nanti.. takper biarkan je..)
5. Bakarlah bingka selama 45 minit atau sehingga kuih masak (bergantung bentuk loyang yang digunakan.. untuk tau kuih dah masak.. boleh uji dengan lidi penguji kuih.. jika ia keluar bersih.. maknanya kuih dah masak)
6. Sejukkan bingka sebelum dipotong.
Tuesday, January 12, 2010
Mee Udang
Entry masakan pertama dari ku...
Resepi dari Che'Iza Myresepi yang di 'copy' & 'paste' dari blog Zaiy, Dubai. Thanks to both of u..
MEE UDANG
Bahan-bahan ( 3-4 org )
1 kg mee kuning
300 gm udang saiz L (belasah jerlah saiz apapun eh) (kalu suka udang banjir boleh lebihkan.. )
4 sb lada boh / lada blender *
4 ulas bawang merah *
3 ulas bawang putih *
1 sb udang kering *
1/2 inci halia
1 sb petis
3 sb sos tomato
1 sb sos cili
keledek / kentang yg tlh direbus n di lenyek (optional- utk pekatkan kuah)
(MaDiHaA guna 2 ketul kentang sederhana besar utk 1 ½ resepi kuah ini ~ diblend)
gula n garam
taugeh n sawi
daun bawang n bawang goreng
Cara-cara
1.Bersihkan udang. Potong sikit muncung udang tu & cuci bersih. Rebus udang hingga masak... tapis keluar udang n asingkan.. Air rebusan jgn buang....
2.Tumis lada boh hingga garing... Kisar bahan bertanda *... Tumis lak bahan kisar.... hingga betul garing n naik bau....
3.Masukkan air rebusan udang.. biar kuah mendidih... Masukkan sos tomato, sos cili n petis... Renehkan kuah
4.Masukkan garam n gula... bergantung pada citarasa masing.... Adalah lebih baik kalau kuah ni direneh lebih lama.... Lagi lama sedap....
5.Letak keledek/kentang yg tlh dilenyek (diblend) utk memekatkan kuah... Tapi kuah ni dah cukup pekat sbb ada letak sos... so depend masing2lah eh...
6.Celur mee, taugeh n sawi.... Bila menghidang ambil mee, taugeh, sawi & udang yg telah direbus tadi... tuang kuah n taburlah dgn daun bawang n bawang goreng sedia dimakan.
NOTA DARI MADIHA: Resepi kuah ni rasanya perlu dimasak ikut sukatan 1 1/2 resepi jika nak guna utk 1 kg mee kuning.... MaDiHaA sendiri buat 1 1/2 resepi & ngam2 utk 900 gm mee (450 gm x 2)... Terpulang pd masing2 jika jenis tak suka kuah banjir may be cukup ler kot ikut resepi asal... Anyway.. thanks to Che'Iza kerana share resepi sedap nih..
Pengenalan Dari Dapur MaDiHaA...
Assalamualaikum...
Tidak tahu bagaimana ingin memulakan karya pertamaku dalam blog ini kerana aku terlalu baru dalam dunia blogging... justeru.. aku hanya masukkan entry pengenalan sahaja buat kali pertama ini...
Terima kasih kepada rakan2 yang pernah memberi inspirasi kepada ku supaya membuat blog masakan sendiri kerana selama ini aku hanya aktif berfotopages. Suatu waktu dulu.. ramai rakan2 ku yang lain berpindah dari FP ke blog.. namun hatiku belum terbuka lagi pada waktu itu... mungkin kerana aku bimbang tidak dapat menjaga kedua2 'rumah maya' ini jika aku punya lebih dari satu 'rumah'. Siapa tahu ye.. rupa2nya setelah bertahun2 berFP akhirnya hatiku terbuka juga untuk berblog spt kawan2 yang lain. Apalagi bila melihat blog rakan2 yang lain begitu indah dihiasi dekorasi yang begitu menawan.. akhirnya terbinalah juga 'rumah baru' aku sebagai warisan buat anak2 bila aku sudah tiada lagi.. Namun.. insyaAllah.. selagi ada nyawa, selagi ada kudrat aku tidak akan sekali2 menutup FP ku itu kerana terlalu banyak kenangan indah di sana... aku akan cuba untuk menjaga kedua2 'rumah maya' ku ini sebaik2nya.
Sekian buat kali ini...

Subscribe to:
Posts (Atom)