Assalamualaikum & salam sejahtera...
Bersua lagi dengan entry autopublished ye.... Haaa kan... nak buat macamana tuan blog bz sikit lately ni & sewaktu entry ini ke udara kemungkinan tuan blog dalam perjalanan pulang ke kampong di Pahang (sempadan Johor nunn). Sabtu & Ahad semalam kami berada di Pahang juga.. tp kampong en. abang sebab ada kenduri kawin sepupu hubby. Now kami bergerak dari kampong mertua menuju ke kampong sendiri la pulak yang mengambil masa lebih kurang 4 jam perjalanan (sebab Pahang kan luas.. hehehe) & insyaAllah esok kalau tiada aral melintang kami akan berangkat lagi ke Kuala Terengganu buat kesekian kalinya untuk urusan yang belum selesai...
Ok jom nak share masakan yang popular di Kelantan ni... Gulai Kuzi Ayam ni resepi bonda Kak Sha iaitu sahabat cyber MaDiHaA. Kak Sha telah bersusah payah mengirimkan safron kepada MaDiHaA baru2 ni semata2 sebab adiknya ni mengidam takde isi nak masak & merasa gulai kuzi yang sedap ni. Sebenarnya dah lama Kak Sha pelawa nak kirimkan rempah kuzi, tapi adiknya ni malu2 kucing.. konon nak cari sendiri. Alhamdulillah semasa ke Pasar Payang bulan lepas dapatlah ku beli sepeket rempah kuzi & juga rempah cap bunga rose untuk stok sendiri & juga kiriman seorang sahabat. Tapi waktu tu tak ingat rupa2nya resepi memerlukan safron juga... haii.. manalah nak cari.. & akhirnya pasrahlah juga minta tolong dengan kak sha kirim belikan safron di Kelantan. Itu pun kata kak Sha bukan semua kedai ada jual.. kedai2 tertentu je yang ada jual..
Alhamdulillah... akhirnya dapat juga merealisasikan impian bila Kak Sha sudi belikan. Bukan senang nak cari safron ni... tak tau pun kat mana ada jual. Yang tahu harga safron ni sangatlah mahal... terutama bagi safron gred terbaik. Yang MaDiHaA guna ni tak taulah berapa harganya sebab kak Sha bari free je... kata kak Sha.. sepeket kecil safron tu boleh gunakan utk 3 ekor ayam.. Kak Sha kirimkan 3 peket bermakna ku boleh masak 9 ekor ayam! Hai bilalah nak abis tu agaknya ye.. tp alhamdulilah.. MaDiHaA dah pun berikan sepeket safron tu pada ma tersayang sebab ma pun ada beli juga rempah kuzi masa ke Pasar Payang dulu.. hehehe... Bagi seekor ayam hanya gunakan secubittttt jer safron. Tapi memang betul.. kalau takde safron tu kata Kak Sha tak sedaplah jadinya Gulai Kuzi kita sebab safron memberikan aromanya yang tersendiri....
hanya 1/3 dari kuantiti safron ini digunakan dalam masakan gulai kuzi ini
Ok kepada yang nak mencuba.. sila2lah ye.. memang sedap gulai ni.. sesuai utk hidangan bagi nasi berperisa atau nasi putih & yang paling popular dicicah dengan roti jala menurut kata Kak Sha... Terima kasih kak... mintak izin ye letak resepi kat sini & terima kasih tak terhingga dengan pemberian kak Sha tu..
Gulai Kuzi Ayam Bonda (Kak Sha)
Resepi : Kak Shapurah
Sumber : MaDiHaA aka Ratna
Bahan untuk gulai:
1 ekor ayam - potong saiz kecil/sederhana
1 ekor ayam - potong saiz kecil/sederhana
5 biji ubi kentang - potong kiub sederhana & goreng
6 biji bawang besar - mayang nipis dan goreng garing & ditumbuk lumat (MaDiHaA guna 5 biji saja)
1/2 botol sos tomato Del Monte
10 biji bawang merah*
5 biji bawang putih*
1/2 inci halia*
1/2 botol sos tomato Del Monte
10 biji bawang merah*
5 biji bawang putih*
1/2 inci halia*
Sedikit safron*
1/2 tin susu cair atau lebih (MaDiHaA guna 1 tin)
Minyak sapi untuk menumis
1/2 tin susu cair atau lebih (MaDiHaA guna 1 tin)
Minyak sapi untuk menumis
Sedikit minyak masak
2 camca besar rempah kuzi
3 cawan air (atau lebih kalau nak kuah lebih) MaDiHaA lebihkan lagi
Buah kismis - goreng sekejap
Buah badam- goreng garing - takde stok so tak bubuh
2 camca besar rempah kuzi
3 cawan air (atau lebih kalau nak kuah lebih) MaDiHaA lebihkan lagi
Buah kismis - goreng sekejap
Buah badam- goreng garing - takde stok so tak bubuh
Garam & gula secukup rasa
(Tumbuk bahan bertanda*)
Bahan untuk perap ayam :
5 biji bawang merah*
5 biji bawang merah*
2 biji bawang putih*
1/4 inci halia*
Sedikit Safron*
2 camca besar cuka
Sedikit garam
Cara:
1/4 inci halia*
Sedikit Safron*
2 camca besar cuka
Sedikit garam
Cara:
1. Tumbuk bahan perapan ayam yang bertanda* dan perap ayam bersama bahan tumbuk, cuka & sedikit garam selama 30 minit. Kemudian goreng ayam setengah
masak. Toskan.
2. Panaskan minyak sapi dan sedikit minyak masak, tumiskan bahan tumbuk, biar naik bau masukkan rempah kuzi biarkan rempah betul-betul masak naik minyak baru masukkan sos tomato di ikuti susu cair & air.
2. Panaskan minyak sapi dan sedikit minyak masak, tumiskan bahan tumbuk, biar naik bau masukkan rempah kuzi biarkan rempah betul-betul masak naik minyak baru masukkan sos tomato di ikuti susu cair & air.
3. Kacau biar sebati masukkan ayam yang
telah di goreng tadi. Masukkan bawang besar yang telah ditumbuk. Masukkan air tambahan jika perlu,
garam serta gula secukupnya. Masak sehingga kuah sedikit pekat. Akhir sekali masukkan
buah kismis, badam dan ubi kentang kiub tadi. Tutup api bila sudah secukup rasa. Angkat & hidangkan bersama nasi atau roti jala.
Selamat mencuba!