Assalamualaikum...
Hampir 3 minggu mendiamkan diri dari update sebarang entry di blog kesayangan ini. Bak kata kak PB.. bila dah lama tak update memang payah nak mulakan update. Tiba2 saja mood mengupdate blog merudum. Banyak sebab mengapa tiba2 takde mood untuk update.. Banyak perkara yang harus diberikan keutamaan terutama bila dirumah. Lebih2 semasa anak dlm minggu peperiksaan. Kalau diikutkan belum lagi habis musim peperiksaan kerana hari ni hari pertama exam untuk sekolah agama pula. Disamping tu juga.. kesihatan diri yang kurang memuaskan.. membuatkan diri kurang keinginan untuk mencuba resepi2 baru. Tambahan pula dalam bulan Syawal yang lalu boleh dikatakan setiap minggu menerima undangan open house selain kena balik kampong kerana ada kenduri kahwin sepupu suami.. jadi dapur ku memang tak membuat sebarang eksperimen terbaru. Memasak pun menu2 yang biasa & memang malas nak ambik gambar pun. Jadi.. rumusannya... tiada eksperimen terbaru itulah sebabnya blog tak update. Oleh kerana tiada 'modal' untuk update blog.. maka tuan rumah menyibukkan diri update fotopages pula kerana terlalu banyak gambar2 kenangan yang tak sempat nak update di sana... heee.. Terima kasih kepada Mamasya yang bertanya khabar & menyedari MaDiHaA dah lama tak update blog.. hehe.. Maka hari ni kita update lah juga kot2 ada yang rindu (ada ke?) tapi lepas ni tak tau masih ada kerajinan untuk update atau tak.. kalau ada pun tak sekerap dululah agaknya...
Oklah.. hari ni nak update resepi Gulai Ayam dan Pisang Muda Berempah yang di masak semalam. Dah lama terliur nak masak gulai ni bila nampak Yatie kongsikan resepinya tempohari. Disebabkan cuti hujung minggu semalam kami tak kemana2.. maka dapatlah ku memasaknya. Resepi asalnya adalah dari resepi Mat Gebu iaitu Gulai Pisang Berempah yang mana gulai ini juga dicampurkan dengan ikan kurau kering (kalau tak silap).. akan tetapi telah diubahsuai oleh Yatie dengan mencampurkan pisang muda dengan ayam... memang sedap jadinya gulai 2 in 1 ni.. Terima kasih pada Mat & Yatie untuk resepi & idea resepi ni ye... mohon diizinkan letak resepi kat sini pula dengan sedikit ubah suai dari MaDiHaA pula...
Gulai Ayam dan Pisang Muda Berempah
Resepi asal : Mat Gebu
Olahan : Yatiememories
BAHAN-BAHANNYA :-)
- 1 sisir pisang sayur muda
- 1/2 ekor ayam-potong kecil
- 2 batang serai, dititik
- 2 helai daun kunyit, disiat
- 300 ml pati santan
- 1 liter santan cair
- 2 keping asam gelugor
- Garam dan gula secukup rasa
- 1 camca besar penuh kerisik
- 1 camca teh serbuk lada hitam kasar (MaDiHaA letak setengah camca teh saja)
- 1 biji bawang besar
- 6 biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 1/2 inci lengkuas
- 1 inci kunyit hidup
- 5 tangkai cili merah (MaDiHaA letak 3 biji saja & tambah 15 biji cili padi)
- 2 camca besar udang kering, rendam sekejap dan toskan
- Secubit belacan
- 3 biji buah keras
- 1 camca besar ketumbar biji
- 1 camca teh jintan kasar
- 1 camca teh jintan halus
- Pisang dikupas sedikit kulitnya, hiris sederhana tebal dan rendam dalam air yang di letak 1 keping asam gelugor. Cuci dan toskan.
- Dalam periuk, masukkan pisang tadi dan rebus hingga empuk. Bila dah empuk toskan.
- Sementara itu dlm periuk lain panaskan minyak dan tumiskan bahan2 kisar. Masukkan serai yg dititik.Tumis sehingga terbit minyak.
- Masukkan ayam yg dipotong kecil, santan cair dan masak hingga separuh masak.
- Masukkan pisang yg telah direbus tadi dan gaul rata.
- Masukkan asam keping, daun kunyit, kerisik, gula dan garam. Masukkan santan pekat dan gaul rata. Masak hingga mendidih guna api sederhana.
- Perasakan, jika dah cukup rasa tutup api, angkat dan bolehlah dihidangkan bersama lauk kegemaran.