Friday, April 30, 2010

Sotong Oriental



Hari ni aku pos entry lauk jelah.. tak sempat nak bercerita panjang.. Resepi ni aku dapat dari sahabat fotopages iaitu Aliza Mansur.. Dah banyak kali gak buat sebab sedapp... kena dengan selera aku.. Terima kasih Aliza untuk resepi ni.. akak C&P resepi ni dlm blog akak pula yer.. (dulu dah pos kat FP.. kali ni pos kat blog pulak.. cuma bezanya.. yang ini gambar terbaru.. hehe.. halal ye!)

Bahan2
500 gm sotong ~ bersihkan & potong kemudian dicelur sebentar & tos
1 tangkai daun kari
5 ulas bwg merah ~ hiris
3 ulas bwh putih ~ cincang
garam & gula secukup rasa
1 biji cili hijau ~ hiris (MaDiHaA tambah)

Bahan2 ini dicampur jadikan pes
2 s/b pes tom yam
2 s/k rempah kari ikan
1 1/2 s/b sos tiram
2 s/k sos ikan
6 s/b air panas

Cara Menyediakan
1. Panaskan minyak dan masukkan daun kari, bawang merah, bwg putih dan tumis hingga kekuningan.
2. Campurkan bahan2 pes tadi dan gaul rata & biar lebih kurang 3 minit.
3. Masukkan sotong dan cili hijau.. kacau rata. Masukkan garam (jika perlu) & gula & masak selama 5 minit. Sedia utk dihidangkan.

Selamat Mencuba!

Award dari Sue (Soulha, Cairo)

Salam..

Agak terlambat sikit aku masukkan award dari Sue (Soulha, Cairo) ni.. Bukan apa.. aritu tak jumpa cari kat mana nak ambik award ni kat blog Sue.. cari punya cari tak jumpa2.. almaklum.. mata kita ni rabun sikit.. hehe.. TQ Sue sudi bg kita award beatiful blogger ni..





Tapi.. sebelum layak ambil award tu.. ada syarat2 lain juga ni...

1. Think and link the person that give you the award.
- sue (dulu kadang2 aku panggil dia soulha... hehe.. )

2. Pass the award onto 15 bloggers you've recently discovered & think are fantastic
3. Contact said blogs & left them know they've won the award
- yang ni.. rasanya tak dapat nak tunaikan permintaan.. tapi MaDiHaA tujukan buat semua teman2 blogger yang masuk dlm blog MaDiHaA pada hari ni.. sila2lah ambil award ni yer. Khas untuk hari ni saja tau.. (30.4.2010)

4. State 7 thing about your self
- Seorang isteri & ibu kepada 3 orang cahaya mata.
- Isteri yang bekerja di pejabat.. malam kerja kat rumah pulak.. hehehe..
- Suka mencuba pelbagai resepi2 baru asalkan dpat mencari bahan2 keperluannya.
- Suka masak, makan, tidor dll.. hehehe..
- Tak pandai menghias rumah.. apa yang ada semuanya yg basic2 aje..
- Suka bercucuk tanam tapi malang nyer sekarang dok apartment...
- Suka pada haiwan terutama kucing apalagi kalau kucing tu comell & gebuss..

Wednesday, April 28, 2010

Hakka Cheen Loong Pau



Resepi kuih ni terjumpa kat blog autie Yochana bebaru ni.. Dah lama mencari2 resepi kuih ni sebenarnya. Pada mulanya memang tak tau apa nama kuih ni.. tapi aku memang pernah nampak bila ada opismate (salesman) yang bawa balik berplastik2 ke opis kerana ramai staff2 Cina kat opis ni yang mengirim (beli) kuih ni setiap kali dia (salesman) outstation ke Sungai Buluh.. Dorang kata.. kat PJ ni takde orang jual kuih ni... cuma kat Sungai Buluh je yang ada agaknya.. itupun.. semestinya 'Chinese Hawker' ajelah.. bukan gerai Melayu. Oleh kerana kepingin nak tau macamana rasa kuih ni.. bila dah dpt resepinya.. teruslah aku mencubanya.. Boleh dikategorikan dlm keluarga roti atau pau.. sedap dimakan panas2 bila baru masak.. sedaplah juga.. mcm makan roti gitu.. Untuk pengetahuan kawan-kawan.. Hakka Cheen Loong Pau ni boleh diintikan dengan pelbagai jenis inti seperti kacang merah (mcm yang aku buat ni), kelapa, kacang tanah, kaya dll.. (aku tau ni mengikut apa yang aku tengok ofismate aku beli tu la)

Jom tengok resepi! Thanks to aunty Yochana for sharing this recipe... I share your recipe in my blog for my own references & for other friends if they have interest to try..



Source : Aunty Yochana
http://auntyyochana.blogspot.com/2006/08/hakka-cheen-loong-pau.html

Ingredients for the skin:

200 gm. Hong Kong flour (I used all purpose flour)
1/2 tsp. baking powder
1 tsp. Instant Yeast
35 gm. castor sugar
40 gm. shortening
100 ml. water (if dough is too dry, add a little bit more water)

Ingredients for fillings:

Mix all together:

100 gm. roasted groundnuts - blend
1 Tbsp. sesame seeds - roasted
30 gm. castor sugar
a pinch of salt
some water

I used Red bean paste (25 gm each & make a round ball)

Method:

(1) Mix all the skin pau ingredients into a mixer and beat till you get a smooth pliable dough. If it's too dry, add in a little bit water.
(2) Scale into a round ball and let it rest for 1 hour.
(3) Scale proved dough into 40 gm. portions and then wrap with fillings of your choice. You can either wrap with peanut fillings or red bean paste. Press lightly to flatten the surface.
(4) Leave to proof for another 45 mins.

(5) Heat up frying pan with some oil (not too much) and fry the paus until golden brown on both sides.

Selamat Mencuba!

Award & Tag dari Kak Su

Friendship Award dan Tag Dari Kak Su Mersing

Dah lama tak menjawab TAG macam ni... dulu selalu gak kawan2 maya menTAG aku dlm FP dulu... hehehe.. okeh.. sementara rajin & ada masa sikit ni.. meh la saya jawab TAG dari Kak Su ni yer... TQ kak sudi kenal2 ngan saya & sudi bagi award beruang yg comel ni...



1) COPY AWARD INI MACAM DAPAT GRAMMY AWARD....
~ Ok dah buat seperti yg di minta...

2)BERI TAU SAPA DAN LINK PEMBERI AWARD INI....
~ Dari sahabat maya yang baru dikenali berada nun di selatan tanah air iaitu Kak Su yang berada di Mersing...
(Kak Su.. saya tak reti nak buat link blog akak.. tolong ajarkan boleh tak? hehe.. almaklum.. saya budak baru belajar berblog)

3)TAJUK POS KORANG MESTI ADA 5-FIVE...
KENA JAWAB 10 SOALAN DAN SETIAP 1, DENGAN 5 JAWAPAN...WOWWW!!!!!)....
~ Ok saya cuba jawab sebaik mungkin...

4)FIVE NAME THAT PEOPLE CALL YOU.... (bagi 6 jawapan boleh?? hehehe....)
i) MaDiHaA atau Kak Ma (panggilan di alam maya samada di Fotopages atau Blog)
ii) Ibu (panggilan dari Mr. Hubby)
iii)Ratna (panggilan masa sekolah dulu atau di tempat kerja)
iv) Kaklong (panggilan dari adik-adik, ma & sepupu2 ku)
v) Kakngah (panggilan dari adik2 ipar & sepupu2 belah Mr. Hubby ku..)
vi) Kak Na, Ratna atau Ana (panggilan dari kawan-kawan sekampong & housemate masa anak dara dulu)

5)FIVE IMPORTANT DATES IN YOUR LIFE....
i) 30 April 197x (lusa tau.. hehe) ~ aku dilahirkan ke dunia ini.. syukur Alhamdulillah..
ii) 7 September 197x (hari lahir Mr. Hubby)
iii) 11 September 1999 (aku memegang status ISTERI)
iv) 23 Ogos 2000(kelahiran anak sulung & sekaligus aku mendapat status IBU...gembira sangat!)
v) 1 Disember 2002 (tarikh pemergian ayahanda tersayang ~ Al~Fatihah)


6)FIVE THING YOU DONE YESTERDAY....
i) Pagi2.. tunaikan kewajipan.. kejutkan kakak untuk ke sekolah, siapkan sarapan utk suami & anak2 ala kadar & bersiap2 diri utk hantar kakak ke sekolah, abang & adik ke rumah baby sitter.. terus ku ke pejabat.
ii) Di pejabat.. baru amik sarapan, buat kerja ofis macam biasa.. tp semalam sibuk sket lengkapkan document2 ISO 9001~2008 yg belum siap sebab boss ada meeting semalam.. bila boss meeting.. aku mengulor kejap utk update blog.. kekekeke...
iii) Dah update blog.. per lagi.. blog walking la sesambil wt keje ofis..
iv) Habis waktu pejabat.. singgah kedai jap beli santan & sikit barang dapur.. pastu mcm biasa.. jemput anak2 kat rumah baby sitter.. kemudian ke sekolah jemput kakak terus balik umah.. federal highway jemmmmmmmm (perkara biasa dah ni...)
v)Sampai rumah.. mcam biasa ler.. buat kerja rumah.. bersilat kat dapur.. memasak, mendobi (mesin basuh yg buat kerja), sidai baju, kemas2 sikit apa yg patut sambil2 layan anak.. seterika baju dll... (tak abis2 keje org pompuan kann...)


7)FIVE WAYS TO BE HAPPY....
i) Boleh bereksperimen dengan resepi2 baru.. pastu family puji lak sedap.
ii) Dapat hadiah di hari istimewa.
iii)Dapat berkumpul dengan adik beradik & bersembang sambil gelak ketawa sampai ke pagi.. hehehe
iv) Dapat update FP atau blog.
v)Dapat bersembang dengan rakan blogger atau FP.


8)FIVE FAVOURITE MOVIES...
i) Titanic (kisah kapal besar yg karam... penuh suspen & sedih giler citer ni..)
ii) The God Must Be Crazy... (kisah org asli Afrika yg ala2 bendul sikit.. kelakar giler cerita ni....!!)
iii) Pendekar Bujang Lapok (sebenarnya.. semua cerita Allahyarham P. Ramlee aku suka..)
iv) Armageddon... (cerita pasal NASA & asteroid yg bakal memusnahkan bumi... lebih kurang gitu ler best citer ni...)
v) The Lion King & Finding Nemo (citer katun haiwan yg best...)


6 FIVE FAVOURITE HOBBIES....
i) Mencuba (memasak & merasa) resepi2 baru
ii) Mengumpul resepi samada dari Majalah atau internet (walaupun tak semua yg sempat dicuba)
iii)Berblogging & BerFP
iv) Jalan2 dengan family
v) Dengar radio KLFM sambil memandu


7 FIVE FAVOURITE PEOPLE....
i) Suami
ii) Anak2
iii)Ma & ayah
iv) Saudara mara & kaum keluarga
v) Teman2 yg nyata ataupun di alam maya


8 FIVE FAVOURITE PLACES FOR VACATION....
i) Mana2 pantai yang indah.. Pangkor, PD, Redang, Tioman, Mabul, Langkawi, Penyabong dll
ii) Tempat yang sejuk2.. Cameron Highland, Fraser Hill, Bukit Tinggi
iii)Tempat shopping yg best.. Langkawi, Sabah, Pasar Payang, Rantau Panjang dll..
iv) Tempat yang boleh mandi manda.. samada pantai atau air terjun
v) Tempat2 bersejarah & zoo (suka tengok binatang)


9 FIVE REASON YOU ANSWER THE SURVEY....
i) Sebab dah kena Tag oleh Kak Su.. hehehe..
ii) Saja suka2 sambil2 mengasah otak supaya berfikir.
iii)Sekurang-kurangnya.. tahu ada juga kawan2 yang sudi mengenali diri dengan lebih jauh lagi.
iv) Mungkin kawan2 yang lain dpt kenali diri ku yg tak seberapa ini..
v) Kenalah tunjuk sporting pada kawan2... barulah ramai org suka..


10 FIVE PERSON TO TAG....PASTINYA AKAN ADA PENYAMBUNGNYEEE...hihi...
Mari kita tengok sapa yg kena..... hehehe.. (jangan maree MaDiHaA.. ni kita ikut syarat2 TAG ni tauu..!)
i) Mizwa
ii) Izah Daut
iii)Ayu
iv) Ena
v) Abbot

Selesai sudah 'kerja sekolah' yang Kak Su bagi ni.. harap dapat markah tinggi ye Kak Su.. & semoga Kak Su akan lebih mengenali saya... walaupun kita berada jauh di mata.. tapi semakin lama semakin dekat di hati.. TQ Kak sudi kenal dengan saya.. Kepada yang kena TAG tu.. jangan marah.. sudi2kanlah siapkan TAG anda..TQ!

Tuesday, April 27, 2010

Chicken Luncheon Rolls



Lama jugak tak menguli roti.. walaupun dah ada BM.. tp mood nak meroti tak berapa nak hinggap. Harap2 bila dah mulakan ni.. lepas ni biarlah rajin sikit buat roti... kalau tak.. tak berbaloi ler beli BM mahal2.. hehee...

Roti kali ni resepinya aku ambil dari blog MamaFaMi. Mama pulak.. mengubah suai resepi asal Roti Ham Keju dari Ayin menjadi Roti Gulung Luncheon Ayam atau dlm bahasa omputehnya.. Chicken Luncheon Rolls... cuma gantikan isi dalamnya aje.. rasa memang sedap.. lembut & gebuss... semua anak2 suka termasuk ayahnya... alhamdulillah... baru lepas bakar masing2 dah rasa seketul dua.. pastu selebihnya dibuat sarapan keesokan paginya.. still lembut.. tapi harus ingat.. roti mesti disejukkan & disimpan dlm bekas bertutup ataupun dlm plastik. Kalau tak.. permukaan roti jd keras. (pasal tu kat kedai2 roti.. roti diletak dlm plastik..)

Jom tengok resepi.. mintak halal ye ma saya C&P resepi dari blog mama ni.. Thanks!



Adapted from Ayin's Roti Ham Keju
(Copy & Paste from MamaFaMi’s blog ~ thanks both of u!)

Ingredients :

250 g high protein flour (MamaFaMi add a little bit more.. but I don't cause I only used 1 egg yolk)
30 g sugar
20 g milk powder
6 g instant dried yeast (1 1/2 teaspoons)
1/2 teaspoon salt
1/2 teaspoon bread softener
2 egg yolks (used 1 only A grade)
130 ml fresh milk
30 g butter
3 pieces Chicken Luncheon ~ cut to small pieces
Mozzarella cheese ~ grated (MaDiHaA used sliced cheese)

Method : (Breadmaker method)

1. Pour fresh milk into the breadmaker pan. Add in salt, sugar and egg yolks
2. Top it with sifted flour, dry yeast, milk powder and dough softener.
3. Set the Breadmaker to Dough function.
4. Once the dough is just combined, add in butter and leave the Breadmaker to continue doing it's job. This process will take about 1 1/2 hour including prooving.
5. Remove dough from BM and punch down to release the air. Cut the dough to 2portions.

6. Roll the dough flat. Sprinkle with cheese and chicken luncheon. Then roll like swiss roll. Slice to the thickness of 1/2 inch. Arrange on the baking tray sprinkled with a bit of flour. Repeat the same procedure with the other portion. (MaDiHaA put sliced dough in paper liner)
7. Leave to proof till double the size.
8. Bake in a preheated oven at 180 C for 30 minutes or so. (MaDiHaA baked only 14 ~ 15 minutes @ 170C)
9. Once out of the oven, brush with butter.

Monday, April 26, 2010

Sambal Tumis Udang Petai



Lauk ni dah biasa sangat dah kan... tapi aku pasti jadi kesukaan ramai.. aku masukkan juga resepinya untuk rujukan anak2 aku nanti.. ni resepi ikut cara aku ler..

Bahan2
700 gm udang ~ buang kepala & kulit tinggalkan ekor, buang urat & cuci bersih
3 papan petai ~ ambil isinya
3 senduk sedang cili kering + bawang besar + bawang putih kisar
Garam & aji secukupnya
1 s/b gula
1/2 s/k belacan ~ hancurkan sekali dengan asam jawa
1 s/k asam jawa ~ bancuh dengan air kat bwh
sedikit air
minyak masak untuk menumis

Cara2
1. Panaskan minyak (lebih sikit) lalu tumiskan cili bawang kisar hingga garing.
2. Masukkan petai, air asam jawa + belacan, gula, garam & aji.
3. Bila petai dah layu.. masukkan udang dan masak sekejap.
4. Rasakan garam & gula.. tambah apa yang kurang. Bila agak2 udang dah masak terus tutupkan api.

Friday, April 23, 2010

Sup Kentang & Brokoli Berkrim



Selain Garlic Bread kat bawah tu.. aku buat juga Sup Kentang & Brokoli Berkrim ni. (ehh.. yg ni taknak sebut dlm bahasa omputeh ker?? kekekeke..). Mula2 ingat nak masak Sup Brokoli resepi Kak Amal gak.. tp aku takde Italian Herb.. so tak dapek ler nak ikut resepi Kak Amal. Last2.. aku buat je sup ikut resepi Chef Sabri. Alhamdulillah.. semua ahli keluarga suka dari yang tua sampai ler ke anak dara ku yang kecik tu.. bukan main berselera mkn roti bawang putih cicah ngan sup ni.. Walaupun dalam sup ni ada bahan yang anak2 memang tak suka iaitu celeri.. tapi bila dah dikisar halus gitu campur dalam sup... dorang tak perasan pun kehadiran celeri tu.. bagus gak hidang sup2 mcm ni.. kalau ada anak2 yang tak suka sayur pun still boleh makan.. hehe.. Sebenarnya aku masak ni untuk dinner kami anak beranak pada malam bila entahlah dah lupa.. punyalah lama nak masuk n3 sampai tarikh kejadian pun dah lupa... hehe..

Jom tengok resepi.. leceh sket nih sebab kena taip balik.. takleh nak copy & paste mcm selalu.. hehehe..


Sumber : Chef Sabri
Bahan2
300 g kentang ~ buang kulit dan dipotong dadu
200 g brokoli (MaDiHaA letak double quantity) ~ dipotong
60 g Bawang besar holland (letak 1 biji besar)~ dihiris
80 g celeri (letak dlm 2 tangkai je)~ dihiris
1 kiub ayam
1 tin susu sejat penuh krim
2 liter air
1 biji air limau nipis (letak setengah biji je)
2 sm garam (letak secukup rasa)
1 sm gula

Hiasan : Daun bawang dihiris dan bawang goreng (tak letak pun)

Cara:
1. Dalam satu periuk masukkan air, kentang, brokoli, bawang besar, celeri, kiub ayam dan masak hingga mendidih selama 20 minit.
2. Padamkan api dan masukkan susu, kacau hingga rata.
3. Biar sup menjadi suam dan masukkan ke dalam bekas pengisar.
4. Kisar hingga halus kesemuanya dan masukkan semula ke dalam periuk.
5. Panaskan semula bahan2 yang dikisar lalu masukkan garam, gula & jus limau.
6. Hias dengan daun bawang & bawang goreng. Siap untuk dihidangkan bersama roti bawang putih.



Selamat mencuba!

Roti Bawang Putih / Garlic Bread


Hari ni bukan nak masukkan resepi buat roti... tapi nak masukkan resepi buat roti bawang putih aje.. (pening baca statement tu kan?.. hehe.. tp korang mesti fahamlah apa maksud aku..) Rasanya.. kita lebih suka panggil Garlic Bread daripada Roti Bawang Putih kan.. bukan sebab nak berlagak speaking London.. cumanya.. dah memang roti ni asalnya makanan orang putih.. jadi.. garlic bread lebih mudah disebut & sedap didengar berbanding sebutan roti bawang putih.. hehehe.. hentam sajalah labu.. hehehe.. aku buat garlic bread ni guna roti perancis yang mamak roti dok jual dengan motor tu jer.. sebab dok cari2 roti perancis / baguette kat kedai roti/kek kat kedai2 dekat ngan opis ni takde ler pulak.. hentam jelah.. janji boleh makan..

Meh tengok camner nak buat garlic bread cara home made.. tak perlu beli garlic butter kat pasaraya yg mahal2 tu.. boleh buat sendiri jer kat rumah.. resepinya aku ambil dari FP Kak Amal tauke western food kat Utara nun... t.kasih ye kak sebab byk berkongsi ilmu masakan western dengan kami semua..

Sumber : Kak Amal
Bahan2
Roti Perancis / Baguette
100 gm butter
50 gm marjerin (dorina/planta)
sedikit serbuk lada sulah
4 ulas bwg putih ~ dicincang halus

Cara2 Menyediakan
1. Gaul sebati butter, marjerin, serbuk lada sulah & bawang putih cincang.
2. Roti Perancis di potong serong setebal 1 inci (atau terpulang anda nak tebal mana) Part ni.. aku potong pepat je sebab roti perancis mamak tu agak 'gemok'
.. kalau aku potong serong sure lagi besor nampak..
3. Sapukan roti dengan garlic butter tadi di permukaan roti. Sapu sebelah je.. sebelah lagi biarkan. Susun di atas baking tray dengan permukaan yg disapu garlic butter di sebelah atas.
4. Panaskan oven 160C selama 5 minit. Bakar dlm oven guna function grill selama 8-10 minit atau sehingga nampak agak garing. Sedia dihidangkan bersama dengan sup kegemaran anda.

Thursday, April 22, 2010

Rojak Buah


Inilah dia rojak buah yang aku buat aritu gara2 nak menghabiskan sebiji lagi mangga muda yang abang ku beli. Kebetulan buah2 lain seperti nenas & timun memang dah ada.. cuma beli sengkuang je sebiji. Sebelum ambil dinner malam tu.. aku balun rojak buah ni dulu ala2 appetizer ler kunun... wahh.. ruangan untuk nasi malam tu dah dipenuhi oleh rojak.. kekekeke...

Jom tengok resepi...

Buah-buahan yang digunakan
Nenas
Sengkuang
Mangga Muda
Timun
(boleh guna buah kesukaan anda.. spt belimbing besi, epal hijau dan apa saja yang anda sukai)

Bahan2 Kuah Rojak

10 ~ 15 biji cili padi - mesin halus (guna mesin kering)
2 s/b penuh asam jawa - campur dgn 1 1/2 cawan air masak ambil patinya.
1/2 peket kecil belacan dlm kotak - hancurkan dengan sedikit air
3 sudu besar petis
2 s/b gula atau secukup rasa
8 ~ 9 s/b kicap manis kipas udang atau secukupnya
2 s/k tepung jagung - bancuh dgn sedikit air

Bahan2 Lain
1/2 cawan kacang tanah- goreng tanpa minyak dan mesin kasar
sedikit bijan - sangai hingga kekuningan

Cara2 Menyediakan Buah
Kopek kulit nenas, sengkuang serta mangga muda. Bersihkan buah2an & timun lalu dipotong mengikut saiz & bentuk yang anda sukai. Ketepikan dahulu.

Cara2 Menyediakan Kuah Rojak
Masukkan semua bahan2 kecuali bancuhan tepung jagung ke dalam periuk dan masak di atas api sederhana sehingga mendidih. Masukkan air tepung jagung dan masak sehingga agak2 pekat. Jika terlalu pekat boleh tambah air. Rasakan kuahnya mengikut citarasa anda.. kuah hendaklah ada rasa masam, manis dan masin. Tidak perlu tambah garam kerana dalam belacan, petis & kicap sudah mempunyai rasa masin yg mencukupi.

Cara Menghidang
Ambil sebahagian buah2 pilihan anda dan masukkan sesenduk kuah, 1 sudu besar kacang tanah & sedikit bijan lalu digaul rata. Tambah apa yg kurang mengikut citarasa anda jika mau kuah lebih tambahkan kuah, jika mau kacang lebih tambah lagi.. Gaul sebati lalu masukkan ke dalam pinggan. Taburkan sedikit kacang tanah mesin & bijan sebagai hiasan.. siap!!

Selamat mencuba!

Award Dari E-Na



Terima kasih pada sahabat blogger E-Na yang sudi bagi award special ni pada akak.. Akak ucapkan semoga E-Na dan yang tersayang sentiasa berbahagia selamanya. Menurut E-na.. award ni dibuat sempena nak mengingati ulangtahun pertunangannya iaitu pada 30.4.2000 yg lalu. Ni baru 1st time akak dengar org sambut ulangtahun pertunangan.. selalunya lepas kawin ramai yg lupa nak sambut ulangtahun pertunangan kan? Baguslah E-na sebab sentiasa ingat tarikh2 istimewa.. Sebenarnya.. akak pun sambut hari istimewa juga pada 30.4 ni tau E-na... so sama2lah kita sambut pada tarikh tersebut ye...!

Wednesday, April 21, 2010

Prosperity Burger



Salah satu feberet aku kat Mc.D tu semestinya Prosperity Burger.. Tapi macam yang u all semua tahu.. prosperity burger ni bermusim kat Mc. D tu... time dekat2 nak raya Cina barulah ada jual.. Time tu memang tak lepaskan peluang.. sure pegi pekena punya.. kalau habis musim... jarang benor teringin nak masuk Mc. D.. hehehe.. Tapikan.. sekarang dah tak perlu nak gi Mc. D lagi dah.. sebabnya dah ada resepi sos yang menyerupai sos lada hitam yang digunakan dalam burger prosperity tu.. aku rasa dah ramai yang mencuba kot.. aku jer yang sokmo ketinggalan.. hehehe.. Jom intai resepi..

Resepi ni aku copy dari blog Midza.. resepi asalnya dari Hana yang diinspirasi dari blog Jeni & Kak Ina KL.. anyway.. thanks pada semua yang menyumbangkan idea... akak C&P resepinya kat sini yer..

Bahan2nya
1. Roti Burger
2. Burger Daging
3. Bawang Holland ~ di hiris
4. Salad & Tomato (jika suka)

Bahan Sos Lada Hitam
Sumber : Hana

1. 2 cawan stok ayam (MaDiHaA guna 1 cawan air + 1 kiub ayam)
2. 1/2 cawan susu segar (MaDiHaA guna 1 cawan)
3. 1-2 sudu besar lada hitam ~ di tumbuk kasar..agak-agaklah ..kalau nak pedas tambahlah byk sikit
4. 1/2 biji bawang besar - cincang
5. 2 sudu besar kicap manis - bergantung kehitaman yg dkehendaki (MaDiHaA boh lebih sikit)
6. 1 sudu sos tiram
7. 1 sudu mentega/ marjerin
8. 2 sudu besar tepung jagung ~ dibancuh dengan sedikit air
9. garam dan gula - jika perlu

Cara-cara
1. Tumiskan bawang besar hingga naik bau. Masukkan pula stok ayam & susu segar. Didihkan.
2. Masukkan lada hitam, kicap manis, mentega/marjerin, sos tiram dan gula jika perlu.
3. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung sedikit demi sedikit untuk mendapatkan kepekatan yang dkehendaki.
4. Goreng daging (tak yah letak minyak) dan lepas tu celupkan ke dalam sos lada hitam.
5. Belah 2 roti dan letak marjerin dan bakar sekejap. (MaDiHaA tekap kejap kat kuali panas)
6. Letakkan sayuran kegemaran pada roti.. Letakkan daging yang telah di celup sos lada hitam dan taburkan bawang besar yang di hiris & tutup dengan bahagian atas roti. Sedia dihidang.



Ini pula resepi sos lada hitam dari Jeni.. bahan2nya lebih mudah..
Sos Lada Hitam
Sumber : Jeni

Bahan2
1 1/2 cawan air
3 sudu besar serbuk brown sauce (Brown sauce boleh diperolehi dari pasaraya. Selalu dalam peket besar. Sesuai untuk kuah steak juga.)
2 sudu besar lada hitam biji ditumbuk halus (kalau tak cukup pedas tambah lah lagi)

Cara
1. Masuk semuanya ke dalam periuk.
2. Masak atas api sederhana.
3. Kacau dengan whisker sampai pekat. Tutup api.
4. Grillkan daging burger sehingga masak.
5. Celupkan daging burger ke dalam sos lada hitam tadi.
6. Letakkan dalam roti burger, taburkan bawang dadu.
7. Siap untuk dimakan.


Sedap tau.. selamat mencuba!

Tuesday, April 20, 2010

Cara Berlauk



Masa buat kuih untuk tempahan tu.. kuih cara berlauk tu aku sengaja buat lebih sikit sekali untuk makan sendiri juga.. So aku masukkan sekali resepi cara berlauk untuk koleksi di blog aku ni.. kuih serimuka tu pulak.. resepinya lain kali ajelah sebab takde gambar kuih yang siap potong. Actually dalam 'rumah lama' (fotopages) memang ada gambar2 serta resepinya.. tapi gambarnya tak berapa cun.. so tunggu ler sampai aku buat lagi sekali serimuka untuk makan2 sendiri so bolehlah aku posingkan kuih tu lawa2 sikit.. tapi tahun bila tu takleh janji ler.. hehehe..



CARA BERLAUK
Bahan2 Inti

1 cawan daging kisar
1 labu bwg besar - potong dadu
1 ulas bwg putih - potong dadu
1 s/b rempah kurma
1 s/k serbuk rempah sup
garam secukup rasa
perasa jika suka
1 cawan air
minyak utk menumis

Bahan Hiasan
2 biji cili merah - hiris nipis
1 tangkai daun bawang - hiris halus

Bahan2 Untuk Batter
2 cawan tepung gandum (sukat 2 cwn kemudian keluarkan 1 s/b)
3 cawan santan - dari sebiji kelapa
1 biji telur
garam secukup rasa
pewarna kuning secukupnya

Bahan Tambahan
Minyak masak tuang dlm mangkuk kecil
2 helai daun pandan ~ dilipat & diikat kemas utk menyapu minyak pada acuan cara.

Cara Menyediakan Inti
1. Panaskan minyak.. tumis bawang besar & bwg putih hingga wangi. Masukkan rempah kurma & rempah sup & kacau rata.
2. Masukkan daging kisar, garam, perasa dan 1 cawan air. Biarkan mendidih dan kacau2 sehingga inti agak kering.


Cara Menyediakan Batter
1. Campurkan semua bahan2 batter ke dalam bekas dan kacau rata menggunakan whisker.
2. Bila dah sebati.. tapiskan batter dalam bekas yang lain.
3. Untuk memudahkan lagi, tuangkan adunan batter ke dalam jug plastik yang ada muncung supaya mudah kerja memasak kuih cara.
4. Panaskan acuan cara dengan api yg sederhana kecil. Lenserkan minyak menggunakan daun pandan yg diikat kemas tadi pada acuan.
5. Tuangkan adunan batter sehingga agak2 penuh ke dalam semua lubang acuan. Masukkan 1 sudu kecil inti daging ke dalam setiap lubang acuan yang dah dituang batter tadi.
6. Taburkan daun bawang dan juga hirisan cili. Tutup acuan dengan tudung periuk kecil yg sepadan dengan acuan cara dan biarkan beberapa minit. Bila nampak dah masak.. bolehlah angkat menggunakan sudu.

Selamat mencuba!

Tempahan Cara Berlauk & Serimuka



Ahad bebaru ni.. jiran depan rumah menempah 2 jenis kuih untuk minum petang dari aku. Katanya adik beradik & parentsnya nak datang bertandang. Dia tak sempat nak buat kuih minum petang sebab dia sendiri sibuk memasak untuk lunch.. sebab tu dia tempah kuih dengan aku. Terima kasih ye Laily sebab sudi tempah kuih dengan kita.. dan kalau ada yg kurang kita mintak maaflah yer.. Lebih kurang mintak dihalalkan tau..

Inilah kuih yang Laily tempah.. iaitu Cara Berlauk 50 biji & serimuka 1 loyang.

Monday, April 19, 2010

Air Lemon Barli


Dah makan yang pedas2... kita minum pulak air lemon barli ni.. kalau nak sedap lagi boleh tambah air batu.. tapi aku minum tak boh air batu.. minum suam2 gitu... orang kata air barli boleh menyejukkan badan... betul ke? Apa2pun.. bila air barli dicampur dengan lemon... semakin sedap rasanya.. Jom minum!!

Bahan2
1 cawan barli
2 biji lemon ~ digolek2 sambil menekan buah lemon dengan tapak tangan ke atas meja beberapa minit (petua ini agar semasa memerah jusnya.. jusnya mudah keluar)
gula secukup rasa
1.5 liter air (atau secukupnya)

Cara2 Menyediakkannya
1. Cuci bersih barli & rebus barli bersama dengan air sehingga barli kembang & lembut.
2. Masukkan gula secukup manis.
3. Tunggu agak suam2 sikit barulah diperahkan dengan lemon & hidangkan segera atau boleh juga dicampurkan dengan ais. Minum airnya & barlinya juga boleh dimakan.. sedapp..!

(Nota MaDiHaA : Perlu tunggu sehingga air rebusan barli menjadi suam atau sejuk sedikit baru diperahkan jus lemon supaya kandungan vitamin C dalam lemon tidak musnah & merugikan anda.)

Honey BBQ Chicken Wings


Lama dah sebenarnya aku masak kepak ayam bbq bermadu ni.. resepi ambil dari Gert. Thanks Gert! We ate them on its own.. & it's really delicious!! Bagi kami.. kalau masak ayam jenis manis2 gini.. sedap makan mcm tu aje.. serupa macam mkn kepak ayam madu tu juga.. kalau makan dengan nasi tak syok.. makan ratah macam tu yang buat sedap.. Ok Gert.. let me share your recipe here.. hope you don't mind.. thanks again..!

HONEY BBQ CHICKEN WINGS
SOURCE : MY KITCHEN SNIPPETS

Ingredients:

20 chicken wings- clean, cut and tips removed
1 tsp salt
1 tsp pepper
½ garlic powder
1 tsp paprika
1 cup flour

Sauce:

1 cup of barbecue sauce of your choice (MaDiHaA used Life brand)
2 tbsp Sriracha chili sauce or any kind of chili sauce (optional)
3 tbsp honey (more if you like it sweater)

1. Marinate the wings with salt, pepper, garlic powder and paprika for an hour.
2. Heat up the oil to about 350 degree F in a deep fryer, or you can use a deep heavy skillet with enough oil to fry the wings.
3. Lightly coat it with the flour. Fry the wings in batches until they’re golden brown and crispy.
4. In a small saucepan, heat up the BBQ sauce, chili sauce and honey. Once the wings is done toss it with some BBQ sauce. Serve warm or at room temperature.

Selamat mencuba!

Friday, April 16, 2010

Kerabu Sotong Mangga



Hari tu.. hubby ada beli 3 biji mangga muda yg jenis agak bulat sikit2 nak serupa mangga epal tu.. Tanya dia nak buat apa.. katanya saja aje nak mkn gitu. Ada ler nampak dia buat collek.. tp luaknya sebiji jer. Aku tak join sekali sebab masa tu belum lagi terasa nak mkn asam2 ni.. Selalunya kalau dalam seminggu nak period barulah tekak aku terasa nak makan asam.. kalau tak.. tengok orang makan asam takde rasa terliur pun.. hehe.. Dua biji lagi aku tengok dok tergolek2 dalam peti ais tak terusik dah lepas tu. Selang beberapa ari ada pulak hubby beli sotong. Aku pun teringat ler kat kerabu sotong mangga resepi Mat Gebu yang dah lama aku print. Aku pun buat ler sebab bahan2 lain pun semua ada.. Dah siap buat tu.. rasa macam tak sabar2 dah nak rasa kerabu tu.. heheh.. memang sedap ler kerabu cik Mat ni.. aku lagi suka ratah dari makan dengan nasi.. huishhh.. cerita ni pun aku dah mula terliur balik.. kekekeke.. Sepinggan tu aku balun sorang jer.. hubby ada ler rasa sejemput jer sebab dia jenis tak reti makan benda2 masam dengan nasi. Kalau jenis2 collek buah2 masam dia suka.. tp kalau lawan dengan nasi dia memang kureng.. anak2 pun tak reti mkn.. aku ler yang untung.. hehehe... Ada sebiji lagi mangga tu.. tengok ler kalau rajin kot jadi rojak buah pulak Sabtu or Ahad ni.. nenas pun ada tu...

Ok jom tengok resepinya. Terima kasih byk2 pada Mat Gebu untuk resepi yang menyelerakan lagi menggiurkan ni... mana2 yang belum pernah cuba.. harus kena cuba sebab sedap woo...

Sumber : Mat Gebu
Bahan-Bahannya :-)
1 biji mangga mengkal
300 g sotong
1 biji bawang besar, hiris halus
1 camca besar kerisik
1 biji lemon, perah jusnya (MaDiHaA guna 2 biji limau kasturi)
1 camca besar sos ikan
1/2 camca teh serbuk lada hitam
2 biji cili merah*
2 batang serai, hiris halus*
1/2 inci belacan, dibakar*
Sedikit garam*
1 camca teh gula*(*ditumbuk hingga lumat)

Cara membuatnya :-)
1. Cuci buah mangga, kupas kulit, racik sederhana halus, ketepikan. Sotong dipotong ikut suka, cuci dan toskan. Kemudian celur dalam air mendidih bercampur 1/2 camca teh garam selama 5 minit. Tos dan ketepikan.
2. Dalam satu bekas, masukkan bahan2 tumbuk lumat, bawang besar hiris, kerisik, serbuk lada hitam, sos ikan dan jus lemon. Kacau rata
3. Masukkan sotong dan mangga, gaul rata. Sesuaikan rasa dan jika ok, boleh dihidangkan segera bersama nasi hangat....

Selamat Mencuba!

Thursday, April 15, 2010

Roti Saj & Kari Dhal



Sejak tengok Kak Rusnah buat roti saj ni dulu kat dlm FP dia.. rasa macam teringin pulak nak cuba. Bukan kata sebab nampak sedap ke apa... tapi sebab sesaja nak rasa sebab aku ni memang peminat roti. Roti Saj ni menurut Kak Rus.. sama lebih kurang macam roti arab juga.. bezanya cuma roti arab tu digoreng dlm minyak yang banyak.. & roti saj ni digoreng tohor sama mcm nak goreng capati gitu.. Kiranya penggunaan minyak tu memang tersangatlah sedikit.. sesuai ler untuk orang diet.. hehehe.. Lagipun.. makan roti saj ni seketul pun dah kenyang. Selain dari makan dengan kuah dhal ataupun kari... boleh jugak disapu dengan kaya atau jem kat tengah2 roti saj yang telah dibelah dua. Kalau nak sedap lagi.. panaskan kejap dlm toaster sekadar nak melembutkan semula roti saj tu. Itu yang kami buat sebab roti saj untuk sarapan berlebih hingga ke petang.. so petang tu.. kami makan pulak dengan kaya... anak2 pun suka samada makan dengan dhal atau kaya... berbaloi buat walaupun roti nampak padat tp oklah bagi mereka yg nak mencuba kelainan & sarapan sihat..

Ni resepinya kalau ada yang nak mencuba.. satu adunan ni dapat agak byk juga lebih kurang 9 ~ 10 ketul ikut saiz yg aku buat tu.. (bergantung berapa besar saiz yg kita nak ler) T.kasih Kak Rus.. saya C&P resepinya kat sini halalkan yer..

ROTI SAJ
Sumber : KAK RUSNAH FP

1 sb yis mauripan
1 sb gula (kak rus ganti ngan susu pekat kacau dalam air suam ~ MaDiHaA pun ikut sama)
1 1/2 cwn air suam
3 1/2 cwn tepung (MaDiHaA tambah lagi sebab adunan agak lembik.. tak taulah kot tersilap sukat bahan coz menguli subuh2 hari.. hehe)
1/2 st garam
sedikit minyak
Cara membuatnya:

1.Campurkan yis, gula, air suam dan garam sebatikan lalu masukkan tepung dan diuli.
2.Selesai diuli, ketepikan 1 jam...tutup kejap dgn plastik.
3.Uli lagi dan ketul-ketulkan kpd 7- 8 bahagian (MaDiHaA bahagikan kepada 9 - 10 ketul)...dibulat-bulatkan dan disalut minyak/tepung. (MaDiHaA salut minyak spt gambar kat bwh)

4.Ambil seketul dan ditekan-tekan dlm pinggan bulat bagi elok bulatnya dan digoreng tohor mcm goreng capati.......bila masak angkat.... (MaDiHaA masak lebih kurang 3 ~ 4 minit bagi setiap belah roti saj & terbalikkan masak lagi) mmmm makan ngan kuah....sedap dan kenyang....

PETUA MaDiHaA : Semasa menggoreng gunakan api yang perlahan. Minyak hanya gunakan beberapa titis jer semasa menggoreng. Tutup kuali dengan penutup pengukus supaya wap panas tak keluar & roti saj cepat masak.

Ini Kari Dhal yang MaDiHaA masak untuk dimakan bersama dengan Roti Saj.. ini resepi dhal yang hubby ku belajar dari aci India kat pasar beberapa tahun lepas... sempat lagi tu sambil beli dhal sambil mintak resepi.. hehehe.. tapi aci tu cuma bgtau bahan2 jer.. sukatannya tu.. hubby ku yg pandai2 ejas sendiri..


KARI DHAL
Sumber : Hubbyku..
Bahan2
1 cawan kacang dhal (khas utk buat kuah dhal) ~ cuci bersih & rendam dalam 1 - 2 jam (lagi lama rendam lagi cepat kacang empuk)
1 cawan ayam ~ dipotong kecik2 (bahagian tulang2 pun takpe just utk maniskan kuah aje.. kalu nak masukkan isi2 pun tak salah)
6 urat kacang panjang ~ potong 1 inci
1 batang carrot ~ potong ikut suka
2 ulas bawang merah ~ hiris nipis
2 ulas bawang putih ~ hiris nipis
1 inci halia ~ hiris nipis & potong memanjang halus
1 tangkai daun kari
3 biji cili kering ~ digoreng sebentar & ketepikan
1 sudu kecil serbuk kunyit*
1 sudu besar serbuk kari daging*
1 sudu besar serbuk jintan putih*
1 sudu besar serbuk cili* (boleh kurangkan jika takmau pedas)
garam & perasa secukupnya
minyak utk menumis
air secukupnya utk kuah
(bahan2 bertanda * campurkan sikit air jadikan pes)

Cara2 Memasak
1. Rebuskan kacang dhal yg direndam tadi hingga kembang & agak2 nampak nak pecah sikit.
2. Dalam periuk lain atau kuali.. panaskan minyak lalu tumiskan bahan2 hiris hingga terbit aromanya. Masukkan daun kari serta pes rempah2 tadi. Kacau rata dan biar wangi.
3. Masukkan ayam dan kacau kejap pastu masukkan air. Biar ayam masak sekejap.
4. Biar mendidih & last sekali masukkan bahan2 ini dalam periuk kacang dhal yg direbus tadi, cili kering goreng, lobak merah & juga kacang panjang. Masukkan garam & perasa secukupnya & biar mereneh ikut kepekatan yg anda suka. (boleh tambah air jika kuah terlalu pekat)
5. Siap utk dihidangkan dengan puri, chapati, roti saj ataupun roti canai what ever u like...


Jemput tengok jelah yer... sebab nak pelawa pun dah abis... hehe..


Selamat mencuba..

Wednesday, April 14, 2010

Sup Lobak Putih & Bebola Ayam



Lobak putih ni bertapa dlm peti ais bukan main lama.. mentang2lah lobak putih tu sayur jenis tahan lama... tu yg dok terbiar tu. Bukannya apa.. kdg tu stok sayur yang hubby beli tak sempat habis dah dibeli sayur yg lain. Disebabkan nak selamatkan sayur yg tak tahan lama daripada rosak.. kenalah masak sayur2 tu dulu.. makanya lobak putih jadi mangsa terbiar.. hehe.. Sebenarnya hubby beli 2.. satu dah selamat digoreng dengan telur.. yang satu lagi ni baru ler sempat aku masak. Mula2 ingat nak buat kuih dari lobak putih resepi ambil dari Cik Manggis tapi tak jadi sebab stok udang kering pulak tak cukup.. KIV ler dulu.. huhu..

Ni resepi sempoi main campak2 jer kot ler ada yg nak cuba.. lobak putih ni elok untuk perempuan.. boleh perbanyakkan susu badan bagi ibu2 yang menyusukan bayi & dapat jugak melawaskan sistem perkumuhan especially bagi mereka yang ada masalah kencing kotor. Seeloknya.. lobak putih dikisar bersama air & sedikit garam & minum dalam 2 teguk setiap pagi sebelum sarapan. Jika taknak buat jus macam tu.. dijadikan sayur seperti sup ini pun dah memadai..

Bahan2
1 batang lobak putih ~ kopek kulit & potong ikut suka & cuci
400 gm bebola ayam (aku guna yg bersayur)
3 ulas bawang putih*
5 ulas bawang merah*
1 hiris halia*
(tumbuk lumat bahan2 bertanda*)
5 cawan air
1 kiub ayam
garam secukup rasa
minyak untuk menumis
daun sup & daun bawang dihiris utk hiasa (optional)

Cara menyediakan
1. Panaskan minyak masak lalu tumiskan bahan2 tumbuk hingga wangi. Masukkan air serta kiub ayam. Bila mendidih masukkan bebola ayam.
2. Bila bebola ayam dah agak masak.. masukkan lobak putih dan garam secukup rasa.
3. Kacau2 kejap bolehlah ditutupkan api.
4. Masa menghidang.. taburkan dengan daun sup & daun bawang.

Daging Masak Hitam Kashmir



Masak daging ni dah agak lama gak ni.. kutip dari dapur lama.. masukkan resepinya kat rumah baru ni pulak.. saja nak mencuba rempah keluaran syarikat Iman yang hubby beli.. actually sepeket rempah tu just untuk 200 gm or 250 gm daging(dah lupa)Harganya rm2.50 sepeket.. oooo makk aiihhh..!! Kalau aku nak masak sekilo daging mau kena beli 4 or 5 peket rempah.. rege rempah saja dah rm10 plus2... mana tehenn... akhirnya aku memandai ler ejas2 masuk rempah2 lain lagi...

Ini rempah yang aku gunakan..


Ini resepi yg telah aku ejas2 sendiri kot ada yg nak mencuba..

700 gm daging ~ potong nipis
1 paket rempah masak hitam kashmir (spt dlm gambar)
2 sudu besar rempah gulai cap bunga rose
1 sudu besar rempah masak cap bunga rose
1 sudu besar serbuk cili
6 ~ 7 sudu besar kicap manis
1 biji bawang besar*
2 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1 keping asam gelugur
(kisar bahan2 bertanda *)
minyak utk menumis
garam & aji secukupnya

Cara2 menyediakan
1. Panaskan minyak lalu tumiskan bahan2 kisar hingga wangi. Masukkan rempah dlm paket rempah masak hitam kashmir, rempah gulai & rempah masak cap bunga rose dan serbuk cili. Biarkan hingga naik minyak.
2. Masukkan daging dan kacau rata. Masukkan air secukupnya utk mengempukkan daging. Biarkan hingga daging empuk. Jika daging belum empuk.. boleh tambah lg air & masak lagi.
3. Masukkan asam keping, garam, perasa dan kicap. Biar secukup rasa.
4. Biarkan agak kering sebelum boleh dihidang dengan nasi putih atau nasi kegemaran yg lain.

Tuesday, April 13, 2010

Bubur Candil



Permintaan dari hubby weekend yg lepas.. actually dia minta buatkan bubur tepong atau kalau kat kampongnya dikenali sebagai bubur teran. Dorang panggil 'teran' tu sebab bancuhan tepong tu diteran dalam acuan yang dikhaskan utk buat bubur tu.. lebih kurang macam acuan orang buat cendol ler gitu.. cuma lubang2nya tu agak kasar sikit jer lagi.. Sebelah keluarga aku pulak.. bubur tepong tu lebih dikenali sebagai bubur chacha.. ni memang feberet arwah ayah aku ni.. nostalgia..! (bukan bubur chacha warna warni tu yer). Disebabkan aku takde acuan yang sesuai utk 'meneran' tepong tu.. maka aku decide untuk buat bubur candil aje utk dessert kami pada hari tu dengan persetujuan hubby ler jugak.. hehe..

Jom tengok resepi Bubur Candil style aku ni.. simple jer..

(ni bubur candil sebelum dituangkan santan pekat..)

Bahan-Bahannya
250 gm tepong pulut
4 ~ 5 sudu besar tepong gandum
1 sudu kecil air kapur
1 cawan air (jangan dihabiskan.. tengok keadaan doh dulu)
1 sudu kecil garam (bancuh dlm air kat atas tu)
Santan sederhana pekat secukupnya utk kuah (agak2lah ye)
Gula nisan (pun agak2 juga manis mana yg anda nak)
2 helai daun pandan ~ disimpulkan

Bahan Tambahan
Santan pekat yg dicampurkan dengan sedikit garam

Cara2nya
1. Campurkan tepong pulut dan tepong gandum dlm satu bekas. Masukkan air kapur & tuangkan separuh dari air bancuhan garam tadi lalu diuli sambil ditambahkan sedikit demi sedikit air sehingga mendapat doh yg lembut. (jangan dituangkan semua air tadi takut doh terlembik pulak.. kalau doh terlembik.. boleh tambah sikit tepong pulut atau tepong gandum ye).
2. Jerangkan air dlm periuk & biarkan mendidih. Sediakan pula sebekas air yang bersih dlm bekas yang lain.
3. Bulat2kan doh sebesar biji guli atau ikut saiz yang anda suka. Masukkan dlm air mendidih.. buat sehingga habis. Sambil2 buat tu angkat & toskan guli2 pulut yang dah timbul tu ke dalam air yang disediakan tadi. Tunggu sampai semua dah timbul angkat, tos & masukkan dlm air biasa tadi.
4. Dalam periuk yang lain.. jerangkan santan sederhana pekat bersama gula nisan & daun pandan. Sambil2 tu.. toskan bebola tadi lalu masukkan ke dalam kuah santan & masak sehingga mendidih & gula larut. Sentiasa kacau supaya tak membuak.
5. Bila dah masak tutupkan api & bolehlah dihidangkan. Jangan lupa semasa menghidang.. tuangkan sedikit santan pekat bergaram di atas bubur candil untuk menaikkan rasa lemak bubur candil tadi.

Simple jer.. tapi sedapppp...! Selamat mencuba..

Kerapu Masak Kerabu


Memang sedap sangat resepi ikan masak kerabu ni.. aku suka, suami suka & anak2 pun suka. Bahan2 yang dihiris tu habis semua disapu bersih.. hehe.. cuba ye.. memang takkan menyesal.. itupun kalau selera kita sama ler.. hehe.. resepi asal dari Aishah yg dulu dok kat Jepun.. tapi sekarang dah balik semula ke tanah air & stay kat Kuantan.. Terima kasih untuk resepi yg menyelerakan ni yer.. halalkan akak tepek resepi kat sini ye Aishah.. thanks dear!

Sumber : Aishah http://shshada.blogspot.com/search/label/Ikan

Bahannya
(note : bahan2 lain MaDiHaA gandakan dua kali dari resepi asal (kecuali daun limau purut) sebab ikan agak besar)
1 ekor ikan aji saiz besar (MaDiHaA guna ikan kerapu yg besar)
sedikit garam
sedikit kunyit
sedikit serbuk bwg putih (guna bwg putih segar ditumbuk)

Bahan dimayam/hiris halus
1 btg bunga kantan]*
1 btg serai]*
6-7 helai daun limau purut]* (letak 3 helai tanpa hiris coz hubby tak suka baunya)
2-3 tangkai daun kesum]*

Bahan lain
1 inci halia ]dimayam halus
3 ulas bwg putih ]dicincang halus
1 labu bwg besar ] 1/2 didadu 1/2 dipotong bulat
1 s/b sos tiram
2 s/b cili kisar
3 s/b sos tomato
2 s/b kicap manis
3 s/b sos ikan
1 s/k sos lea perrins
3 s/b minyak masak
1 s/b minyak bijan
garam
Caranya
1. Gaul ikan bersama garam serbuk bwg putih dan kunyit. Goreng hingga garing. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dan minyak bijan, tumis halia, bwg putih dan bawang besar dadu hingga naik bau.
3. Masukkan cili kisar, goreng hingga naik minyak, masuk semua jenis sos, dan goreng rata.
4. Masuk pula bahan dimayam halus. Masak sehingga semua layu. Sekiranya terlalu kering tambah sedikit air.
5. Masuk bawang yg dipotong bulat dan perasa masam, masin dan manis nyer.
6. Siap dan boleh disiram di atas ikan yg telah digoreng tadi.


Selamat Mencuba!

Friday, April 9, 2010

Rice Bitterballen & Cheesy Rice Bitterballen



Berkali-kali juga dok menelek resepi Bitterballen Nasi ni dalam Majalah Sedap. Berkenan jugak nak mencuba sebab resepinya unik menggunakan nasi tapi lain dari yang lain.. Rasanya ramai juga yang dah mencuba resepi ni kan? Aku agak ketinggalan sebab baru sekarang berkesempatan mencuba.. hehe..

Tamak sikit sebab baru pertama kali mencuba terus buat 2 adunan resepi.. so dapatlah byk... almaklum.. anak2 kaki makan.. hehehe.. Dapat juga bg pada jiran sebab nak pulangkan pinggannya yg dah lama bertapa kat dapur aku tu..



BITTERBALLEN NASI
Sumber : Majalah Sedap (mls nak taip.. aku copy dari Ida.. TQ Ida Marlida!)

BAHAN-BAHAN:
2 ulas bawang putih - dicincang
2 sudu makan tepung gandum
150 ml air
1 ketul kiub ayam (boleh kurangkan kpd ½ kiub jika tak nak rasa masin)
3/4 sudu teh garam
¼ sudu teh serbuk lada sulah
300 gm nasi putih (dari 1 pot beras)
25 gm lobak merah - dipotong dadu dan direbus (anggaran suku carrot yg besar)
25 gm sayur buncis (5 batang) - direbus dan dihiris halus
30 gm keju parut (ni aku lebihkan sikit)
2 sudu makan marjerin untuk menumis
Minyak untuk menggoreng

BAHAN SALUT:
1 biji telur
75 gm tepung goreng serbaguna (takde.. aku ganti dengan tepong jagung yg aku perisakan dengan ajishio)

CARA-CARA:
1. Tumis bawang putih sehingga naik bau. Masukkan tepung gandum. Kacau sehingga berketul²..
2. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga licin..
3. Masukkan kiub ayam dan lada sulah.. Kacau lagi..
4. Masukkan nasi, lobak merah, buncis dan keju.. Kacau sehingga bergumpal..
5. Bentukkan bulat2 sehingga habis semasa nasi masih panas dan celupkan di dalam telur yang telah dipukul terlebih dulu kemudian guling2kan di atas tepung goreng.. Lakukan sekali lagi.. (MaDiHaA buat sekali je..)
6. Goreng sehingga kuning keemasan..

Boleh makan dengan cili sos macam ni... atau boleh makan dengan cili sos & mayonis spt gambar kat atas tu..



Nak sedap lagi.. boleh paipkan mayonis & cheesy sauce mcm ni.. huhuhu.. yummy!! Sos cheese ni sebenarnya lebihan yang aku buat untuk kentang wedges tu.. esoknya aku buat bitterballen nasi ni..


Selamat berhujung minggu...

Award Dari Kak Sue




Sejak2 berblogging ni.. inilah pertama kali aku dapat award dari rakan blog. Masa berfotopages dulu memang kerap jugak dapat award.. hehe.. Award pertama ni aku terima dari Kak Sue yang berada di Mersing tu... terima kasih ye Kak Sue.. ingat juga akak nak bagi award kat saya yg baru bertatih dlm dunia blog ni..

Thursday, April 8, 2010

Nasi Goreng Cina & Set Ala2 Nandos



Sebenarnya.. selain ayam panggang peri-peri rosmary & cheesy wedges.. aku masak jugak nasi goreng cina ni sebagai makan malam kami sekeluarga. Resepi nasi goreng cina ni pun aku ambil dari FP Kak Amal... Terima kasih kak.. byk resepi akak yg jd ikutan sy.. thanks again & mintak halal sy C&P kat blog sy pulak yer..

NASI GORENG CINA
Sumber : Kak Amal

Bahan2nya:
3 cawan nasi
isi ayam, udang, sotong ( ikut suka nak letak banyak mana.. MaDiHaA letak isi ayam jer dlm 1/2 cwn )
Telur 2 biji
1 sb sos tiram
1 sb kicap cair
Lada putih ikut pedas (kmal letak dlm 1sk je MaDiHaA pun sama )
3 ulas bwg Putih ~ cincang
minyak (utk tumis)
1/2 cwn mixed vege

Caranya:
Panas minyak..tumis bwg putih..masukkan isi ayam, udang, sotong--masa ni api kena besar, masak cepat2 mcm kat kedai duk masak tu...gaul sebati..pecahkan telur dan digaul lagi..slow sikit api masukkan nasi yg telah dileraikan terlebih dahulu...masukkan sos tiram, kicap cair, lada putih dan garam secukup rasa..last sekali masukkan sayur..siap. (MaDiHaA masukkan sayur dulu sebelum nasi)

Tip dari kak amal - nak lagi cepat masak dan jimat masa, masa leraikan nasi yg baru masak tu...gaulkan siap2 dgn garam dan lada putih..nanti campak je nasi tu...siap.. (Mertua MaDiHaA pun selalu buat macam ni & sekarang jadi ikutan MaDiHaA pula


Siaplah sudah hidangan kami malam tu.. set gabungan ala2 Nandos & KFC.. mana nak carikk kan?? Kat dapur MaDiHaA aje yang ado.. hehehe...



Selamat mencuba..

Wednesday, April 7, 2010

Ayam Panggang Peri-Peri Rosmary



Disebabkan kazenku Ida dok promote kata sedap bebenor ayam ni sampai dah berkali2 dia buat.. maka aku pun gigihkanlah diri masak ayam ni.. alahaii.. bukan susah sangat nak membuatnya.. cuma nak mencari segala makneka sosnya tu yg susah hehehe... Ini ayam panggang ala2 ayam panggang kat Nandos tu ler... resepi asalnya dari Shima mama si Myra yg dok jauh nun di UK.. tp resepi ni aku taip balik sebab dak Shima ni bg resepi main agak2... ada yg dia tulis "sedikit sos bla bla".. ada yg dia tulis "byk2 sos bla bla"... so aku tolong ler bg resepi lengkap ikut anggaran aku sendiri jer.. pepandai ler u all ejas ikut keperluan u all itupun kalau teringin nak buat ler... hehe.. Anyway.. TQ Shima utk resepi ni yer..

Bahan2
Setengah ekor ayam (potong 2 & cuci bersih)
1 sudu kecil garam (boleh lebihkan kalu nak masin2 sikit.. aku takut darah tinggi!)
1 sudu besar sos tobasco - nak kasi pedas2 skit
2 sudu besar sos peri-peri extra hot nandos (haaaa nilah bhn utama dier!! )
1 sudu besar sos BBQ
1 sudu besar madu
1 sudu besar olive oil
1 sudu kecil dried rosmary ~ tumbuk2 sikit kasi hancur.. tak lumat sgt pun takpe
sedikit fresh rosmary (ini MaDiHaA tak letak none stock!)

Cara Penyediaan:

1. Ayam dikelar2 sedikit & diperap bersama2 semua bhn2 di atas selama 30 min - sejam. (lg lama lg sedap sebab sos akan meresap dlm ayam)
2. Panaskan oven suhu 200C selama 5 minit.
3. Bakar ayam selama lebih kurang 30 - 35 minit bergantung oven & saiz ayam yg anda gunakan. Semasa sesi pembakaran pastikan setiap 8 - 10 minit anda balik2kan ayam supaya masak rata & garing sekata.

Selamat mencuba.

Tuesday, April 6, 2010

Cheesy Wedges



Masa mula2 tengok Kak Amal tayangkan gambar cheesy wedges tu dlm FP dia memang dah terliur.. tapi dok delay2 lagi nak buat sebab tak sempat nak pergi cari bahan2. Tapi lepas Kak Rinnchan tayang yang dia buat pulak.. terus aku takleh tahan.. hehehe.. makanya.. jadi gak cheesy wedges aku. Terima kasih pada kak Amal sebab sudi berkongsi resepi rahsia cheesy wedges yang ala2 KFC ni.. memang sebijik mcm KFC punya... puas makan.. resepi yg kak Amal share ni actually dpt byk.. tak habis pun guna utk sekali.. boleh guna lagi esoknya.. cukup rasanya kalau nak guna untuk 1kg wedges.. TQ Kak Amal.. & TQ gak pada kak Rinn sebab sy copy & ikut resepi yg Kak Rinn taip sebab ada bahan2 yg sy takde spt cheese emborg & sour cream tu.. hehe..

CHEESY WEDGES
Sumber : Kak Amal Copy dari FP Kak Rinnchan (thanks both of u!)

BAHAN-BAHAN:
500gm frozen wedges
200gm shredded cheddar cheese "Emborg" brand-yg warna oren (MaDiHaA ganti dengan cheese slices..yang warna oren jugak guna 10 keping )
1 sudu besar mentega
1 sudu besar tepung gandum
1/2 cawan (125ml) susu segar (MaDiHaA tambah lagi sebab agak pekat)
2 sudu besar sour cream (ganti dengan yogurt perisa asli)
Mayonis secukupnya untuk dihidang bersama sos ini.

CARA-CARA:
1. Goreng wedges hingga masak. Ketepikan.
2. Panaskan non-stick pan. (MaDiHaA guna kuali biasa jer). Cairkan butter dan masukkan tepung. Gaul sebati.
3. Masukkan susu dan kacau hingga pekat .
4. Masukkan cheese dan kacau hingga cheese mencair.
5. Masukkan sour cream dan kacau sebati hingga elok kepekatannya. (Masa ni MaDiHaA tambah lg susu segar sebab nampak agak pekat)
6. Paipkan sos cheese dan mayonis ke atas wedges yg telah digoreng tadi.

Selamat mencuba!

Monday, April 5, 2010

Bihun Goreng Taucu & Pau Kacang Merah



Masak bihun ni untuk sarapan bila pun dah tak ingat.. dlm minggu lepas juga ni.. ringkas tapi sedap..!

Bahan2
1 paket bihun (400 gm) ~ rendam sehingga lembut dan toskan
150 gm udang ~ buang kepala & kulit
150 gm sotong ~ dihiris
1 mangkuk sawi
1/2 tin cendawan butang dlm tin ~ hiris nipis (ni sebenarnya lebihan buat chicken golden bleu tempohari)
1/2 cawan taucu masin
1 cawan air
minyak secukupnya
3 s/b cili kisar
3 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
tumbuk bahan2 bertanda*

Bahan Hiasan
1 keping tahu goreng ~ dihiris
daun sup & daun bawang ~ dihiris
1 biji cili merah ~ dihiris

Cara.
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
2. Masukkan udang & sotong. Masukkan sedikit air dan kacau rata.
3. Masukkan taucu & sayuran kacau & biar sayur layu. Masukkan bihun dan kacau rata.
4. Bila bihun dah lembut bolehlah diangkat dan taburkan dengan daun sup, daun bawang, hirisan cili & juga tauhu goreng.


Selain bihun.. buat juga pau kacang merah resepi SueJoshua yg letak cuka tu.. dapat juga bawak ke rumah angah di Klang kebetulan nak pegi Klang dengan Ida amik baju yang ditempah dengannya.. tapi bukan baju aku.. baju kazenku Ida & baju makcikku Sujah.. Pau ku tak berapa menjadi mungkin kerana masalah yis.. nanti kena buat lagi lepas ni..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...