Friday, November 29, 2013

Tempahan2 lalu...

Assalamualaikum & salam Jumaat...

Seperti biasa.. hari Jumaat Puan blog kongsi gambar2 tempahan yang diterima beberapa hari yang lalu.  Sebenarnya Puan blog ni bukanlah aktif sangat mengambil tempahan.  Kebiasaannya untuk tempahan yang banyak.. hanya pada hari minggu Sabtu & Ahad saja yang mampu diterima.  Kalau hari bekerja tak dapatlah nak terima tempahan ye sebab bekerja kecuali tempahan2 yang kecil tu... insyaAllah bolehlah dipertimbangkan.

Layan je gambar2 yg ada ni...

Tempahan dari jiran sebelah rumah & juga adik... cream puff & puding roti marble coklat.


Jiran sebelah rumah tempah 100 biji cream puff untuk majlis hari jadi cucu pertamanya.. terima kasih Kak Ina sudi menempah..

Adik kat Klang menempah 3 tray puding roti marble untuk majlis doa selamat berkhatan anak terunanya.  Tapi ini kakaknya sponsor jer.. hehehe.. tak sampai hati la nak ambik duit dengan adik beradik... majlis untuk anak sedara... bukan utk orang lain..

2 tray Puding Sagu Mutiara.. tempahan Puan Ila.. terima kasih Ila kali kedua menempah dengan MaDiHaA... TQ ye..

Ok itu je untuk hari ni... Puan blog kurang sihat ni.. pening kepala.. tapi datang jugak kerja.. Sebabkan kepala ting tong.. sampaikan handphone pun boleh tertinggal kat rumah pagi tadi.  Maaf ye kalau ada yang call atau sms order. Nanti petang akak reply.  Tadi pun husband call bagitau ada orang sms order.. huhu... Sorry... akak lambat reply... 


Thursday, November 28, 2013

Sambal Tumis Sotong Kembang

Assalamualaikum & salam sejahtera...


Entry ringkas je hari ni... tak sempat nak bercerita panjang.  Lama sungguh tak masak sotong kembang ni.  Biasanya suami beli sotong yang dah siap kembang.  Tinggal potong2 & masak je. Sebenarnya.. suami beli sebelum anak bersunat lagi.  Tapi dok tangguh-tangguh.  Baru ni masak lah juga sebab dah jemu dengan lauk ayam & ikan je.  Tapi untuk orang 'dalam pantang' kenalah masak lauk lain juga.  Nasib baik dia tak komplen ibu masak sotong kembang ni.  Tapi dia sebenarnya tak berani juga nak makan seafood sebab selalu sangat dia kena gegata gatal2 atau alergik lepas makan seafood.  Jadi dia macam dah tau... kalau seafood.. baik tak payah makan dari merana badan.. hehe..

Ini resepinya... takpelah walau resepi biasa2 je kan...


 
Sambal Tumis Sotong Kembang
Resepi : MaDiHaA aka Ratna

Bahan2
600 gm sotong kembang (yg dah siap rendam)
3 senduk besar cili + bawang besar + bawang putih blender
1 biji bawang besar ~ potong bulat
1 sudu besar gula
garam secukup rasa
serbuk perasa jika suka
secubit belacan
1 sudu kecil asam jawa berbiji (jadikan jus dengan 1 cwn air kat bawah & campur sekali dengan belacan tadi)
1 cawan air
minyak masak secukupnya


Cara menyediakan
1. Sotong kembang dihiris saiz kesukaan.  Rebus sekejap hingga agak2 lembut.  Angkat & toskan.
2. Panaskan minyak masak anggaran 2 senduk lalu tumiskan cili & bawang kisar.  Tumis sehingga naik minyak.  Masukkan jus asam jawa + belacan.  Masukkan air, gula, garam & serbuk perasa serta sotong yang telah direbus.
3. Biarkan sambal merenih sambil dikacau2 sehingga naik minyak.  Biarkan sambal secukup rasa & tambah jika ada yang kurang.  Akhir sekali masukkan bawang potong & kacau2 hingga bawang layu.  Bolehlah dimatikan api & hidang.

Selamat mencuba!


Wednesday, November 27, 2013

Puding Roti Cheese Chocolate Chips (Tanpa Telur)



Assalamualaikum & selamat pagi..


Minggu ni anak2 semua ada kat rumah sebab minggu ni & minggu depan ayahnya kerja shift malam.  Malasla pulak nak hantar ke rumah pengasuh sebab kalau hantar.. waktu balik kerja MaDiHaA kena jemput diaorang dulu & akibatnya tak sempatlah nak balik masak untuk suami nanti.  Bila balik kerja tak perlu singgah mana2.. perjalanan tu cepatlah sikit.  En. suami tak perlulah bangun awal (orang kerja malam.. siangnya wajiblah kena tidor kan) untuk masak untuk bekalan kat tempat kerjanya sebab MaDiHaA sempatlah masakkan sejenis dua lauk untuk dinner merangkap bekalan en. suami juga.  Harapkan cuti sekolah atau cuti hujung minggu jelah boleh masakkan untuk suami bila dia kerja shift malam, kalau hari persekolahan.. memang tak sempat nak masak.  Sampai rumah pun dah pukul 7... kadang2 kalau jem teruk lagi lewat dari tu.. sedangkan suami dah nak pegi kerja pukul 7.30 pm.



Ok oklah... nak cerita pasal lain dah merapu pasal lain pulak.  Sebenarnya baru2 ni MaDiHaA terima tempahan sandwich telur yang agak banyak jugak.  MaDiHaA terasa sayang nak buang kerak2 roti lebihan buat sandwich tu... tak suka membazir.. jadi kerak2 roti tu dikumpulkan.. maka dapatlah 2 beg plastik roti bonanza tu. Banyak kan? Sekarang ni sibuk dok mencari2 resepi untuk mengolah kerak2 roti tu supaya dapat dijadikan sesuatu.  Boleh juga anak2 kat rumah makan mengulang2 sebab bila dah duduk kat rumah ramai2 tu... asyik lapar jelah kan.  Tapi masalahnya sekarang... MaDiHaA perlukan resepi TANPA TELUR!  Sebabnya.. anak teruna MaDiHaA masih berpantang lagi kan.  Mungkin bagi dia pantang dalam seminggu je lagi. Puaslah fikir & godek2 resepi dari internet... Masalahnya.. resepi yang MaDiHaA jumpa semua menggunakan  telur!  

Semalam sempat luahkan kat FB mohon jasa baik kawan2 yang ada idea nak buat apa dengan kerak2 roti tu & seorang sahabat lama MaDiHaA waktu berFotopages dulu Zakiah Zainuddin berkongsi idea dengan resepi Puding Roti Cheese Chocolate Chips Tanpa Telur ni.  Jadi malam tadi juga MaDiHaA godek2 sebab kebetulan semua bahan2 memang dah tersedia kat dalam peti sejuk tu.. hehe.. jadi laju jelah projek dapat dijalankan.  Walaupun ada beberapa bahan tak berapa lengkap dengan sukatan tertentu... MaDiHaA tawakkal jelah agak2 sendiri sukatannya.  Ada juga yang MaDiHaA tokok tambah sikit.. jangan marah ye Zakiah.  Apa2pun.. MaDiHaA berterima kasih banyak2 pada Zakiah sebab kongsi idea ni.  Memang tersangatlah sedapnya puding roti bila digandingkan dengan cream cheese & choc chips tu.. anak2 pun suka.  MaDiHaA pun pernah sekali dulu buat puding roti bercheese... boleh klik SINI.. tapi resepinya ada sikit kelainan la ye.  Yang kelakarnyakan.. MaDiHaA buat puding roti dulu tu pun guna kerak roti lebihan sandwich juga... hahahaha... adoiiii..

Ok jom cuba resepi ni.  Sapa2 yang rasa mcm teringin tu.. bolehlah cuba ye.. dalam adunan topping tu.. kalau u all takde masalah mkn telur.. menurut Zakiah boleh juga tambahkan 1 biji telur masa memukul.. MaDiHaA ni nak elak telur sebab anak baru lepas bersunat & masih berpantang.. itu je sebabnya.. hehe..


Puding Roti Cheese Chocolate Chips (tanpa telur)
Resepi Idea : Zakiah Zainuddin

Diolah oleh : MaDiHaA aka Ratna
(saiz loyang 9" x 9")
(tulisan warna oren bahan2 yang MaDiHaA tambah)

Bahan lapisan bawah
400 gm roti (dalam kes MaDiHaA ni roti kena timbang sebab menggunakan kerak2 roti lebihan buat sandwich.. jika guna roti kepingan.. anggaran 12 keping kot)
2 1/2 cawan susu segar 
2 sudu besar tepong jagung
2 sudu besar gula perang

3 sudu besar mentega ~ cairkan


Topping
250 gm cream cheese
1/3 cawan gula perang
1/3 cwn susu segar
2 sudu besar tepong jagung
1 sudu besar jus lemon
Choc chips secukupnya (MaDiHaA hanya tabur choc rice & chips dwi warna tu.. lupa lak apa namanya.. chips yg warna putih + coklat tu)



Cara menyediakan
1. Sapukan butter pada dasar & keliling loyang.  Koyak2kan roti (dalam kes MaDiHaA tak perlu nak koyak2 lagi roti sebab memang menggunakan perca kerak2 roti) & masukkan roti ke dalam loyang.  Bancuh tepong jagung bersama dengan susu sehingga rata.  Masukkan gula & kacau sehingga larut.  Campurkan susu serta butter yang dicairkan.  Tuangkan ke atas roti tadi & biarkan sehingga roti kembang.  Tekan2 sikit roti supaya semua roti meresap susu.
2. Sebelum menyediakan topping, bolehlah panaskan oven 170C. Pukul cream cheese, gula perang, susu segar, tepong jagung & jus lemon sehingga rata.  Tuangkan topping di atas lapisan roti tadi.
3. Taburkan pula chocolate chips secukupnya. Bakar puding anggaran 30 - 35 minit mengikut oven masing2.  Tunggu puding sejuk sebelum dipotong & hidangkan.

Selamat mencuba!



Tuesday, November 26, 2013

Acar Timun Bertauchu

Assalamualaikum & selamat pagi...



Kongsi resepi sayur la pulak hari ni... lama tak pos resepi sayur.. hehe.. sayur ni salah satu menu wajib bagi kami.. kalau takde sayur rasa macam ada yang kurang je pulak.  Kalau nak cepat & tak sempat nak masak sayur berasingan.. biasanya MaDiHaA lebur je sayur banyak2 dalam lauk sekali especially dalam kuah kari ke... dalam kuah asam pedas ker atau dalam asam rebus... selalunya sayur bendi yang paling menjadi kegemaran MaDiHaA... kalau takde bendi.. terung pun boleh.  Kadang2 tak rasa nak makan sayur yang dimasak... ulam-ulaman pula jadi penggantinya.. lawan dengan sambal belacan ataupun budu... mak mertu lalu belakang pun tak perasan.. (apa punya menantu makan tak ajak mertua sekali.. heheeee...)



Oklah.. dah mulalah tu nak merapu... cakap pasal mertua.. sayur kali ni resepi yang belajar dari mertua MaDiHaA.  Orang Pahang memang kenal kot lauk ni.  Dengar kata selalu jumpa kat kenduri kendara.  Tapi memang betul pun kalau belah Raub kg mertua.. MaDiHaA memang biasa juga jumpa sayur timun dimasak dengan tauchu macam ni.  Biasanya kenduri2 kecil macam kenduri arwah, kenduri doa selamat dan sebagainya. 

Sebenarnya ada kisah di sebalik kejadian Acar Timun Bertauchu ni.  MaDiHaA dah siap2 potong timun style memanjang gini kononya nak dimasak acar yang kuning2 ada letak biji sawi tu.  Acar yang biasa jumpa kat kenduri2 kawin tu kan.  Teringin bebenor nak mkn acar pesen tu.  Tup2 bila en. suami balik dari kerja... dia suruh MaDiHaA masak acar style yang mak dia selalu masak.. huhu... Rasa macam sedih jugak masa tu sebab masa tu tekak memang dok teringin ala2 mengidam (tp takde isi) sangat2 nak makan acar yg kuning2 tu.  Tapi demi suami tersayang... isteri terpaksalah mengalah & utamakan keinginan suami dahulu.  Sebenarnya sedap juga lauk ni... cuma.. biasalah kan.. bila hajat tak kesampaian tu rasa cam hajat tak lepas jer.. hehe.. Dah tu esoknya.. balas dendamlah weehhh... stok timun pun ada lagi... apalagi.. esok tu masak jugalah acar timun yg diidam2kan.. hahaha... dua hari berturut2 la pulak masak sayur timun.. kekeke... takpelah kan.. janji puas hati... kira adil ler kan.. hehehe.. Ok dah jom kita tengok resepinya yer....


Acar Timun Bertauchu
Resepi : dari mertua MaDiHaA aka Ratna

2 biji timun saiz sederhana ~ dipotong memanjang kasar
4 biji bawang merah ~ dibelah 2
1 biji bawang besar ~ dihiris memanjang
2 ulas bawang putih ~ dihiris
2 biji cili merah / hijau ~ dibelah 2
sejemput ikan bilis (jika suka)
2 sudu besar tauchu (jangan mumbung sangat)
1 sudu besar asam jawa ~ bancuh dengan air jadikan jus
sedikit gula, aji & garam (jika perlu)
sedikit air (tak perlu byk)
sedikit minyak

Cara penyediaan
1. Panaskan minyak lalu tumiskan bawang besar, ikan bilis & bawang putih yang dihiris hingga naik bau.  Masukkan air, tauchu & air asam jawa.
2. Masukkan timun & biarkan mendidih.  Biar timun sedikit layu, kemudian masukkan gula & aji sikit.  Jika kurang masin boleh tambah sikit garam (biasanya tak perlu tambah garam sebab masin tauchu dah mencukupi). Akhir sekali masukkan bawang merah & cili besar yang dibelah dua tadi.  Kacau sebati & biar layu sikit.  Bolehlah matikan api & dihidangkan.

Selamat mencuba!

Friday, November 22, 2013

Ayam Masak Kari Pakistan

Assalamualaikum & salam sejahtera semua...


Keluar lagi menu Pakistan kali ni.. hehe.. hari tu masak jemput2 Pakistan.. kali ni lauk pula.  Tiba-tiba je dalam bulan ni dok cuba resepi dari Pakistan atau ala2 Pakistan.  Nak buat macamana... mudah sangat terpengaruh bila ternampak gambar sedap2 kat blog atau facebook geng masak2.. hehe.. Tapi setakat terpengaruh benda baik & mengikut2 resepi yang kawan2 cuba tak mendatangkan mudarat kan? Malah.. suami & anak2 tambah sayang & memuji2 sebab masakan ibu sedap & berselera mereka makan.  Apa2pun.. nak ucapkan terima kasih pada semua kawan2 yang berkongsi resepi sedap ni terutama empunya resepi Ummi Maria Hakem. Terima kasih tersangat2 pada CT Zaliedana yang sering buat iman tergugat tiap kali nampak masakannya.  Tapi tak semua dapat MaDiHaA 'kejar' maklumlah badan gedempol.. semputtt U! hahaha.. Terima kasih juga pada Amie yang berkongsi di blog tempohari.  Mungkin MaDiHaA terlepas pandang.. CT pun copy resepi olahan Amie & MaDiHaA pula copy dari blog CT..



CT masak menggunakan daging kambing.. tapi untuk percubaan pertama kali ni.. MaDiHaA ikut selera anak2 yang sukakan ayam.  Lagipun kami memang tak pernah beli daging kambing. Kalau ada pun masak kat rumah, daging kambing korban pemberian orang.  Sebenarnya MaDiHaA masak lauk ni minggu lepas sebelum cuti sekolah bermula.  Sekarang ni tak boleh masak ayam lagi kat rumah.. nanti orang 'dalam pantang' melalak pulak nampak lauk ayam tapi tak diberi makan.. heheh... payah kalau ada 'hantu ayam' kat rumah.  Nasib baiklah dia mendengar kata nak juga berpantang bila kita cakap itu tak boleh makan, ini tak boleh makan.. Takpelah Haziq.. tinggal lagi lebih kurang seminggu je lagi kena pantang.. lepas tu mudah2an baiklah luka bersunat tu... dah boleh makan apa2 je kesukaan Haziq..

Ok jom kawan2 cuba resepi ni.  Memang takkan menyesal sebab sangat2 sedap! Berbaloi! Mas pun dah buat juga... rugi sapa yang tak cuba..



Ayam Masak Kari Pakistan
Resepi : Ummi Maria Hakem
Olahan :  Amie
Sumber : CT Zaliedana

Bahan-bahan:
1 ekor ayam - potong 16 bahagian (Aku Guna kambing,nak tukar kpda daging pon sdap gak)
4 biji bawang besar - cincang
4 biji tomato merah - cincang
1 sudu makan halia kisar
1 sudu makan bawang putih kisar

1 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu makan serbuk cili
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh garam masala
2 sudu besar yogurt asli
2 cawan air
garam
1/2 cawan minyak

hirisan cili padi dan daun ketumbar untuk hiasan



Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar cincang hingga kekuningan.
2. Masukkan tomato cincang dan teruskan tumisan hingga sebati.
3. Tambahkan halia dan bawang putih kisar, serbuk cili serta serbuk kunyit.
4. Kacau hingga sebati dan masukkan air. Biarkan bahan tumisan masak sehingga bawang dan tomato hancur. (Menurut Kak Maria, menumis bahan ini boleh memakan masa selama 1 jam!)
5. Masukkan ayam dan gaul rata. 
6. Tidak perlu tambah air kerana daging ayam akan mengeluarkan air.  (MaDiHaA tambah juga air biar ayam betul2 empuk) Perasakan dengan garam.  Tambahkan yogurt.
7. Kacau sebati dan masak sehingga kuah kering. (sebaiknya jangan sampai kering).
8. Hidangkan bersama taburan cili padi hiris dan daun ketumbar.

Selamat mencuba!

Thursday, November 21, 2013

Jemput-Jemput Bilis Air Didih yang terlajak lembut!

Assalamualaikum & salam sejahtera....


Rindu plak lama tak update blog. Baru je masuk kerja semalam sebab menjaga anak teruna MaDiHaA yang baru masuk jawi aka berkhatan pada hari Ahad kelmarin. 


Pagi semalam tak tau nak buat sarapan apa sebab anak teruna ibu banyak benda nak kena pantang terutama tak boleh makan telur atau benda2 yang 'gatal'... Jadi menu Jemput-Jemput Bilis Air Didih jadi pilihan untuk sarapan pagi dimusim cuti sekolah ni....orang sihat boleh makan, orang pantang pun boleh makan juga sebab hanya guna ikan bilis je sebagai perencah.  Buat untuk minum petang pun sesuai juga ni.  

Jemput2 ni sedap & yang penting ia sangat lembut!  Luar biasa lembut!!! Tak perlu guna telur tapi ia tetap lembut hingga ke petang.  MaDiHaA dapat ilmu ni dari kakak ipar... dialah yang beritahu MaDiHaA buat jemput2 guna air didih untuk dapatkan jemput2 yang lembut... so cuba2 alhamdulillah menjadi.  hehe.. Mesti kena teknik menggaul tepong dengan air didih tu.. kalau salah teknik tak menjadi.  Terima kasih long yang sangat rajin & sangat pandai dalam bab masak memasak ni.. kalau lah long pandai berblog.. tentu lebih banyak ilmu yang dapat dikongsinya... MaDiHaA pernah juga masukkan resepi dalam Fotopages MaDiHaA dulu.. tapi resepinya versi lain sikit.. masa tu rajin banyak.. ada guna lesung batu... sekarang ni kira nak cepat jer.. semua main kisar terus.. haha.. boleh tengok perbezaan resepinya kat SINI ye.




Jemput-jemput Bilis Air Didih
Resepi : MaDiHaA aka Ratna

Bahan2
600 gm tepong gandum
1 biji bawang besar ~ didadu
Sedikit hirisan kubis (kalau suka)
Segengam ikan bilis ~ dikopek & dikisar kering
Garam secukup rasa
Air panas mendidih secukupnya (mesti yang baru mendidih!)

Cara menyediakan
1. Gaulkan tepong gandum bersama bawang dadu, hirisan kubis, ikan bilis kisar serta garam hingga rata.
2. Bila tepong bergaul rata, tolakkan sedikit tepong ke tepi bekas/besen yang digunakan & buatkan sedikit ruang kosong  untuk menggaul tepong. Tuangkan air panas sikit demi sedikit di tepi bekas yg 'dikosongkan' tadi.  Gaulkan air panas & tepong dengan cara menggaul sedikit demi sedikit (jangan gaul kesemuanya nanti tepong tak masak). Bila tepong masak & pekat.. tolak ketepi & tuang lagi air panas didih sedikit & gaul lagi bahagian tepong yang belum bergaul.  Buat portion by portion sehingga semua tepong bergaul dengan air panas.  Keadaan tepong akan jadi seakan2 doh ye.. (kalau pernah buat laksa homemade.. lebih kurang begitulah kaedah menggaulnya)
3. Panaskan minyak secukupnya. Basahkan sikit tangan anda dengan air bersih lalu jemput sedikit doh sambil dikepal2 & bulat2kan lalu gorenglah sebiji demi sebiji adunan/doh jemput2 tadi sehingga masak & agak garing. Untuk dapatkan gorengan yang cantik.. kena selalu balikkan jemput2 sehingga garing sekata.
4. Angkat jemput2 & toskan & sedia untuk dihidangkan bersama sos kegemaran anda!

Selamat mencuba!

Friday, November 15, 2013

Tempahan apam & krim paff

Assalamualaikum & salam Jumaat yang mulia....



Di hari Jumaat yang mulia ini.. MaDiHaA nak kongsikan beberapa tempahan di minggu2 yang lepas ye... Syukur ya Allah di atas rezeki dari mu.  Terima kasih pada customer yang masih sudi menempah dengan MaDiHaA.  Segala kekurangan harap dihalalkan dunia & akhirat ye...

Ramai yang tak sanggup nak ambil tempahan apam polkadot atau apam ladybird sebab kerjanya renyah dan mengambil masa yang lama tapi untungnya tak seberapa.   Alhamdulillah.. setakat ni.. MaDiHaA masih mampu melakukannya jika masih ada yang sukakan apam ni.  Biarlah untung tak seberapa asalkan rezeki yang kita buat ini halal dari hasil titik peluh kita sendiri...  Tapi.. apa2pun.. ikut kemampuan diri sendiri jugalah.. banyak juga tempahan yang terpaksa MaDiHaA tolak sebab tempahan yang diminta dalam kuantiti yang agak banyak & tak mampu MaDiHaA nak lakukan.  Tempahan biasanya hanya dibuat untuk hujung minggu sahaja.  Jika hari bekerja.. tengok pada keadaan juga sebab pagi2 MaDiHaA dah perlu keluar hantar anak ke sekolah & ke pejabat.  Jika tempahan yang agak banyak.. tak mampu juga MaDiHaA nak buat sebab biasanya sepulang dari kerja MaDiHaA tak dapat nak mulakan tempahan selagi kerja2 rutin sebagai ibu, isteri & hambaNYA tidak dilunaskan terlebih dahulu seperti hantar anak mengaji, solat, memasak untuk makan malam, siapkan kerja2 rumah seperti selesaikan urusan kain baju kotor dan lain2 serta menggosok pakaian sekolah & pakaian kerja.   Akan tetapi, jika tempahan yang MaDiHaA rasa mampu dibuat & customer boleh ambil di pejabat.. mungkin boleh dipertimbangkan. InsyaAllah...

Oklah.. ni antara tempahan yang buat MaDiHaA tak tidor semalaman.. hehehe.. al-maklumlah buat sorang2 tiada pembantu okey...



Tempahan dari Asnadia... apam ladybird merah & pink serta krim paff.. 
Terima kasih Nadia...


 First time rasanya buat ladybird warna pink... rasa2nya lah.. cute jugak kan..



Kat bawah ni lagi satu tempahan yang buat MaDiHaA tak tidor hingga ke pagi.. hehe...
Tempahan dari dua sahabat satu ofis ni... kak Maz 200 apam polkadot & tempahan dari Hanim 100 apam polkadot & 50 apam ladybird merah.  Terima kasih buat kedua2nya ye...


Thursday, November 14, 2013

Muffin Coklat



Assalamualaikum & salam sejahtera..


Permintaan anak teruna MaDiHaA nak bawa sesuatu ke sekolah untuk jamuan akhir tahun hari ni.  Untuk jamuan sekolah agama hari tu dah buatkan dia apam polkadot.. kali ni buatkan muffin ajelah... senang sikit kerja ibu.. kalau buat apam makan masa lebih lama.. renyah kerjanya... hehehe.. 

Muffin kali ni MaDiHaA cuba resepi yang diambil dari blog Ladyrozmy.  Terima kasih ye puan untuk resepi yang dikongsi.  MaDiHaA mohon kongsi kat blog MaDiHaA pula.  Resepi asal menurut puan Lady memang muffin coklat kosong macam ni aje.. tapi puan Lady ada tambah choc chips untuk tambah kelazatannya.  Oleh sebab MaDiHaA kehabisan stok choc chips.. jadi MaDiHaA ikut saja resepi asalnya tanpa choc chips... sedap jugak.. anak dara bambam habis 2 ketul sekali hadap... abangnya tidor awal.. tak sedar pun ibu buat muffin untuk dia.. hehe..

Sebelah muffin yang kuning bersiorr tu krimpuff... alang2 dah panaskan oven.. 
MaDiHaA bancuh pastri choux juga.. tiba2 teringin plak nak mkn krimpaff hehe..


Muffin Coklat
Sumber : Ladyrozmy
Dicuba oleh : MaDiHaA aka Ratna

Bahan A:
1 cawan butter (cairkan)
2 cawan susu segar

2 biji telur "A" ~ pukulkan sikit kasi bercampur kuning putih aje
1 st esen vanilla


Bahan B:
3 cawan tepung gandum ~ ayak

1/2 cawan serbuk koko Van Houten @ apa2 brand pun xpe ~ ayak 2 kali
2 st baking powder ~ ayak dgn tepung
1/2 st soda bicarbonate ~ ayak dgn tepung
2 cawan gula perang ~ guna soft brown sugar

Muffin cups


1.  Pre-heat oven at 180' C. (ikut oven masing2 MaDiHaA guna 175C je)
2.  Campurkan semua bahan B dalam  mangkuk besar utk adun semua bahan nanti. MaDiHaA kacau sikit tepong bergaul gula perang.
3.  Masukkan semua Bahan A  ke dalam Bahan B dan gaul rata dengan spatula @ whisker @ sudu aje. Masukkan adunan dalam piping bag utk mudahkan kerja.

4. Pipekan setakat 3/4 muffin cups sahaja.*
Kalau takde piping bag, sudukan dengan sudu kecik pun ok MaDiHaA masukkan lebih sikit dari 3/4 muffin cup supaya muffin naik membumbung.
6.  Bakar selama 20-25 minit (ikut pada oven masing-masing) atau cucukkan pencungkil gigi @ lidi satay ke dalam muffin.. Kalau ditarik dan licin sahaja pencungkil gigi @ lidi tu, silalah angkat keluar tray itu. 

Selamat mencuba!

Wednesday, November 13, 2013

Pakora / Jemput-Jemput Pakistan

Assalamualaikum & salam sejahtera...


Alhamdulillah.. baru sempat update blog petang ni.. pagi tadi ke sekolah anak teruna ku Wan Haziq Azhari untuk hadirkan diri di Majlis Anugerah Cemerlang.  Tak sangka anak teruna ibu dapat juga anugerah.  Sebabnya Haziq ni bukanlah rajin sangat ulangkaji pelajaran kalau kat rumah tu.  Taunya bila cuti je main main main..  Tertanya2 anugerah apalah agaknya yang dia dapat bila tengok surat jemputan dari guru kelasnya. Ada dia bawa balik satu kertas soalan pada hari yang sama.  Dapat A iaitu mata pelajaran Sains.  Ingatkan dapat anugerah yang itulah.. rupa2nya dapat anugerah lain.  Alhamdulilalh.. abang Haziq dapat no. 1 dalam kelas & dapat satu lagi anugerah iaitu Anugerah Peningkatan Prestasi Tahap 1.  Tahun depan dapat naik kelas yang lebih baik dari sekarang.  Mudah2an Haziq dapat kekalkan kecemerlangan untuk tahun2 mendatang ye nak.  Ibu tau ibu pun tak boleh nak demand anak2 ibu lebih-lebih untuk buat yang terbaik sebab ibu tak pernah hantar anak2 ibu ke mana2 pusat tuisyen pun... semua anak2 belajar kat rumah sama macam kakaknya dulu memang tak pernah hantar tuisyen berbayar.  Selain kesuntukan masa... kewangan pun suntuk juga.. hehe.. Harapan ibu moga anak2 ibu akan cuba buat yang terbaik demi masa depan kamu semua ya.  Oklah tutup kisah anak2... kita kongsi resepi pulak ye..


Entah kenapa bila nampak je CT Zaliedana pos makanan yang dimasaknya dalam FB.. mudah sangat terdetik di hati untuk mencuba.  Tapi kalau ikut apa yang CT masak ni.. memang tak rugi tau.. sebabnya apa saja yang CT tayang masakan yang dicubanya... semuanya sedap2 belaka.  Rasanya.. sepanjang berblog ni.. MaDiHaA paling banyak mengikut jejak CT masak apa yang dia dah cuba.. hahahaha... walaupun sebenarnya memang tak sempat nak ikut semua resepi yang CT kongsi... tapi alhamdulillah.. setakat ni apa yang dicuba semuanya memuaskan hati.  

Oklah kali ni terliur dengan resepi Pakora yang CT kongsi baru2 ni pulak... Pakora atau katanya Jemput2 Pakistan ni lain rasanya dari jemput2 kita.  Dengan menggunakan tepong kacang kuda & dibancuh dengan sedikit air serta bermacam bahan2 lain.. hasilnya memang sedap..  TQ CT kongsi resepi yang dikongsi oleh Ummi Maria Hakem.. minta izin kongsi kat blog akak pulak ye..



Pakora / Jemput-Jemput Pakistan 
Resepi : Ummi Maria Hakem
Sumber : CT Zaliedana
(tulisan oren yg MaDiHaA buat)

Bahan2

Tepung kacang kuda (lbh kurang 1cawan)

1 Ulas bawang ptih dikisar

Sedikit Halia Dikisar (optional)
1Sdt Serbuk Garam Masala
1 Sdt Serbuk jintan putih

1Sdt Serbuk Ketumbar

1/2Sdt Serbuk Cili (Leh kurangkan @lebihkan)

1/2Sdt Jintan Putih Biji

1Sdb Yogurt

Serbuk Pati Ayam
Garam Secukup Rasa

Udang Fresh ikut suka byk mna..klo xnak letak pon xper.. (MaDiHaA letak udang kering 1 sudu besar ~ garam dikurangkan)
1 -2 Biji cili hijau dihiris nipis, kalau nak pedas ummi kata leh add cili padi
1 biji ubi kentang, kalau kecik letaklah 2..Aku ltak 2bji (MaDiHaA pun letak 2 biji)
Daun bayam Secukup kegunaan..Aku ltak byk juga,xpotong dah sehelai2 tanpa batang (MaDiHaA ganti dengan kacang buncis)
2 Biji bawang besar dihiris kasar (MaDiHaA dadu)
Air Secukupnya..(Adunan xleh pekat n cair sgt)

 
Cara Membuatnya:-

1.Rebuskan ubi kentang sehingga empuk,potong dadu,ketepikan. (MaDiHaA tak rebus terus didadu)
2.Gaul sebati semua bhn,kecuali air.

3.Masukkan air sedikit2 n gaul rata,Kalau dah rasa ok blhlah panaskan minyak..

4.Minyak betul2 panas bolehlah goreng adunan pakora tadi,biar msk kedua2 blah bhagian,toskan mnyak n angkat.
5. Bolehlah dimakan bersama sos cili@chutney pudina

Selamat mencuba..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...