Thursday, August 26, 2010

Bebola Roti Goreng



Satu lagi menu mudah untuk dibuat & sedap pula disantap.. Masa tengok Lizahanum buat tu memang dah berkira2 nak buat. Sebab bahan2nya mudah & nak buat pun senang. Tapi tertunda2 jugak membuatnya sebab sampai rumah selalu aje lewat.. Pastu.. aku tengok kawan2 yang lain lepas sorang sorang dok mencuba.. aihhh.. takleh jadi nak kena wat jugaklah sbb makin teringin aku jadinya tengok dorang tu buat.. hehe.. akhirnya menjadi gaklah bebola roti aku ni dibuat untuk berbuka beberapa hari lepas.. T.kasih ye Liza sebab sudi berkongsi resepi mak Liza ni.. anak2 akak suka sebab walaupun boh cili merah tu tp tak pedas.. sampai anak2 dok order mintak wat lagi.. akak share resepi kat sini tau.. halal ye..

Bahan-Bahan
14 keping roti ( plain white bread) ~ potong menjadi kepingan kecil
2 biji telur (saiz besar)

3 batang cili merah ~ dihiris
1 biji bawang besar ~ didadu halus2
sedikit daun sup/bawang ~ dihiris halus (guna daun sup lebih bangkit baunya)
2 sudu teh serbuk lada putih
garam secukup rasa
perasa ikan bilis (guna 1/2 kiub)
minyak utk menggoreng

Cara menyediakan

Masukkan roti ke dalam mangkuk yg besar. Kemudian pecahkan telur ke dalamnya.. masukkan cili merah, bawang, perasa ikan bilis yang diperoikan dan daun sup/bawang. Gaul rata-rata. Akhir sekali, masukkan garam dan lada putih serbuk. Gaul rata2 dan kepal2kan menjadi bebola. Buat bebola roti hingga habis. Gorenglah seperti anda menggoreng jemput-jemput biasa. Hidangkan bersama sos cili yg anda gemari.

Wednesday, August 25, 2010

Sup Ekor


Teringin nak hirup kuah sup panas2 waktu berbuka.... so hari cuti buatlah sup ekor nih.. kalau hari bekerja memang tak sempat la nak merebus tu bukan main lama lagi.. kalau ada pressure cooker alangkah senangnya kerja... hehe.. Sup ni sedap di makan bersama nasi putih atau roti putih... mmg layan...

Bahan2
1 kg ekor lembu
2 batang celery ~ potong ikut suka
2 biji kentang (jika suka) ~ potong ikut suka
1 biji carrot (jika suka) ~ potong ikut suka
1 rempah sup bunjut
1/2 sudu kecil lada hitam ~ ditumbuk lumat
1 peket kecil rempah sup adabi(serbuk) ~ bancuh dengan sikit air jadikan pes
air utk merebus secukupnya hingga ekor lembut
garam, perasa
1/2 biji jus limau nipis
daun sup utk hiasan (terlupa beli)
Minyak untuk menumis


Bahan Tumisan
2 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
1 sudu kecil ketumbar biji (optional)
4 kuntum cengkih
2 biji buah pelaga
2 labu bawang besar ~ dikisar halus
6 ulas bawang putih ~ dikisar halus
2 inci halia ~ dikisar halus
2 batang serai ~ dititik

Cara menyediakan
1. Ekor lembu dibersihkan & rebus sehingga lembut lebih kurang hampir 3 jam (jika guna pressure cooker lebih cepat lembutnya). Setengah jam terakhir masa merebus.. campakkan rempah sup bunjut dan campurkan pes rempah sup ke dalam periuk rebusan dan teruskan merebus sampai ekor lembut.
2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali lalu tumiskan rempah kasar hingga wangi. Masukkan bahan2 kisar serta serai dan tumis sehingga naik bau.
3. Tuangkan bahan2 tumisan tadi ke dalam periuk rebusan ekor dan teruskan merenih. Masukkan kentang dan biarkan setengah masak. Masukkan pula carrot & celery. Perisakan dengan garam, serbuk perasa & serbuk lada hitam. Bila kentang & carrot lembut.. perahkan air limau nipis & pastikan sup secukup rasa. Akhir sekali semasa menghidang.. taburkan dengan hirisan daun sup.

Tuesday, August 24, 2010

Muffin Epal



Hah.. ni satu lagi kuih ala2 nak buat jemput2.. cuma cara memasak je lain sikit.. cara membancuh tu mmg sebijik mcm nak buat jemput2.. hehehe... Nilah dia.. muffin epal permintaan anak yg sedang berpuasa. Layanlah jugak walaupun kurang rajin nak membaking skrg nih.. tapi disebabkan nak latih anak berpuasa.. rajin2kan jugak buat sebab anak2 pun ada keinginan macam kita jugak..

Resepi asal sebenarnya resepi muffin kiwi yang aku ambil dari blog MamaFaMi yang beliau ambil dari All Recipes dot com.. Walaupun buah kiwi dok ada tergolek2 2 biji dlam peti ais tu.. ibunya kena mengalah sebab anak mintak muffin epal.. nasib epal hijau pun ada lagi 2 biji lebihan buat acar epal tempohari.. Sedap muffin ni makan panas2.. sebenarnya aku buat muffin ni dah pukul 10.30 mlm... godek2 kejap je dah pun siap.. ala2 jemput2 ler katakan..hehe so.. bila masak aje.. terus ler boleh dimakan.. nak buat sebelum berbuka memang tak sempat lor... TQ Tim Fink & MamaFaMi untuk resepinya yer.. mmg sedap.. maaf sbb ada tambah/tukar sikit bahan dlm muffin nih..

Source : Tim Fink of AllRecipes dot Com
Copy dari mamafami fp

Ingredients :

1 cup all-purpose flour
1/2 cup sugar
1/2 teaspoon baking soda
1/2 teaspoon baking powder (MaDiHaA tambah)
1/2 teaspoon ground cinnamon
1/4 teaspoon ground allspice (tak letak)
Dash salt
1 egg
1/2 cup milk
2 tablespoons butter or margarine, melted
2 kiwifruit, peeled and chopped (tukar ke 2 biji epal hijau)
1/2 cup raisins (tak letak)

Method :

1. In a bowl, combine the dry ingredients.
2. In another bowl, beat the egg, milk and butter. Stir into dry ingredients just until moistened.
3. Fold in kiwi and raisins.
4. Fill paper-lined muffin cups three-fourths full.
5. Bake at 425 degrees F for 15-18 minutes or until a toothpick comes out clean.
6. Cool for 5 minutes before removing from pan to a wire rack.

Tengok ni... anak dara ku yg kecik berselera sungguh mkn muffin nih... hampir habis sebiji dia makan..(tp bukan anak dara ni yg mintak muffin ni ye.. hehehe) ada video yg ku ambil masa dia makan muffin ni........ tapi tak reti nak letak kat sini lor...

Jemput-Jemput Bilis



Aku tak kira orang nak ckp apa.. nak masukkan juga resepi jemput-jemput bilis versi aku nih walaupun ni kuih yg paling mudah kat dlm dunia nih.. Bak kata Kak Su Mersing.. ini adalah antara kuih teknologi rendah.. hehehe... Tak kisahlah tu.. bukan apa.. anak2 suka sangat makan jemput2 ni... so.. biarlah aku masukkan resepi sini senang diaorang buat rujukan di masa2 akan datang.. lagipun.. lain orang lain cara membancuh jemput2 ni walaupun namanya sama... betul tak? Kami satu family memang suka jemput2 ni sebab lembut.. tambah2 bila dpt cicah ngan kuah gulai lebihan semalam.. tak kisahlah kuah gulai apa pun.. kalau takde sangat.. cili sos ler pilihan terakhir.. aku buat ni utk berbuka beberapa hari yg lepas.. mmg layan.. jom intai2 resepi.. sama tak ngan resepi u all?

Bahan2
500 gm tepong gandum
Segengam ikan bilis kopek (angaran 3/4 cawan) ~ dimesin kering hingga halus
1 biji telur (gred A)
2 labu bawang besar ~ didadu
10 tangkai daun kuchai ~ potong 1 inci
2 gengam taugeh/kobis yg dihiris halus
1 sudu kecil garam
3 cawan air (agak2 le sendiri)
Minyak yang banyak untuk menggoreng

Cara2
Campurkan ke semua bahan2 di atas.. dan bolehlah digoreng hingga garing. Angkat toskan & hidang dengan pencicah kegemaran.

Sempoi tp sedap!

Monday, August 23, 2010

Gulai Kunyit Lengkuas Ikan



Lama sungguh tak masak gulai kunyit lengkuas ni... Tak silap aku.. gulai ni femes kat belah2 pantai timur aje.. kalau belah2 Trengganu.. sebutannya ialah "gulaa kunyik kuah".. hehhe...Masuk bulan puasa ni.. tiba2 teringin.. so masaklah jugak ritu utk berbuka sekali sahur.. hehe... ada kuah berbaki.. simpan peti ais & esoknya buat jemput2 ikan bilis & cicah ngan kuah gulai yg dah dipanaskan untuk berbuka.. huishhh.. walaupun sempoi.. tp sedapp ko.. hehehe...

Bahan2
3 ~ 4 ekor ikan kembong (apa2 ikan pun buleh)
10 urat kacang panjang ~ kerat 2 inci panjang
Santan dari sebiji kelapa (MaDiHa guna santan kotak aje)
1 hiris lengkuas yg lebar
1 batang serai ~ diketuk
1 keping asam gelugur
1/2 sudu kecil kunyit serbuk (jika perlu ~ aku punya gulai dah terlebih kunyit plak.. hehe)
garam secukup rasa
aji sikit

Bahan2 kisar
7 ~ 8 biji cili kering ~ rebus sampai kembang
1 biji bawang besar
1 inci kunyit hidup
2 ulas bawang putih

Cara Memasak
1. Masukkan santan, bahan2 kisar, kunyit serbuk, lengkuas, serai & garam dalam periuk lalu masak sambil dikacau2 sentiasa.
2. Bila mendidih, masukkan kacang panjang, Ikan & asam gelugur. Kacau lagi jgn berhenti.
3. Masak hingga ikan masak. Biar secukup rasa dan bolehlah ditutupkan api.

Friday, August 20, 2010

Kue Teow Goreng



Masa melawat rumah cyber si Nuanza (Mrs. Garpil) tak lama dulu.. tiba2 terpandang kue teow yang dia goreng.. fullamakk... punyalah nampak sodapp.. hehehe... masa tu sebenornya belum lagi masuk bulan puasa... aku ni memang 'hantu' kue teow goreng tambah2 kalau ada kerang.. cuma masalahnya.. aku selalu sgt fail kalau goreng kue teow ni.. selalu je tak sedap kat tekak aku.. mmg tak pandai betul aku ngan kue teow nih!! Kalau mee atau bihun tu pejam mata pun boleh goreng.. hehehe... so berbuka puasa hari bila aku pun dah lupa dah.. maka tertunailah impian nak menggoreng kue teow resepi nuanza nih... hishh.. walaupun puasa & tak boleh merasa.. tp alhamdulillah.. secukup rasa & memang sedapppp!! Husband pun puji ckp sedap.. Kakak Dini pun ckp mcm tu jugak.. alhamdulilah.. Terima kasih byk yer Nuanza/Shalieda untuk resepi yang dikongsikan.. akak goreng 1 kg kue teow so.. akak dah edit ikut resepi yg akak buat.. hehehe.. yelah.. akak ramai kan... kenalah goreng lebih...

Jom tengok resepinya... maaf akak dah edit & ada tokok tambah sikit resepinya..

Bahan2
1 kg kue teow
4 sudu rata serbuk cili ~ bancuh ngan air (nak pedas sikit leh lebihkan)
10 ulas bwg putih ~ tumbuk
1 kg kerang ~ rebus & ambil isinya
400 gm udang ~ buang kepala & bersihkan
4 biji telur
2 ~ 3 genggam tauge (letak lebih)
10 pokok kucai
1/2 sudu teh minyak bijan
5 sudu kicap pekat
7 sudu kicap masin
3 sudu kicap manis
Minyak utk menumis (dlm 2/3 cawan ~ agak2 je nih)

Cara Menyediakan

1. Panaskan minyak lalu tumis bwg putih hingga wangi. Masukkan pes cili
kacau hingga wangi.
2. Masukkan minyak bijan dan semua jenis kicap. Kacau2.
3. Masukkan telur yg dipukul sedikit & biarkan telur membeku sedikit sblm dikacau hancur. Pastu masuk udang & kerang.. biar kejap dalam 2 ~ 3 minit.
4. Masukkan kue teow yang dilerai2kan, tauge dan kucai & kacau biar sebati.

Nota: Kalau rasa2 kurang masin tambah kicap lg.. tapi resepi ni MaDiHaA dah siap tulis yg MaDiHaA tambahkan kicap2 tu.. so kalau anda seorang yg pemasin bolehlah tambah lg kicap.. Nak sedap lagi, tumbuk cili api + kicap.. atau boleh jugak dimakan dengan jeruk cili hijau... yummy...)

Selamat Mencuba!

Thursday, August 19, 2010

Sotong Sambal Kari



Hari ni masukkan resepi sambal sotong yg agak lain sikit dari sambal tumis. Sebabnya sambal ni dicampur dengan kari.. ni gara2 dah rasa jemu ngan sambal tumis sotong yg biasa buat tu.. so cari kelainan sikit.. menu ni sebenarnya menu yg dah lama dibuat.. cuma baru je nak pos ke sini.. meh tengok bahan2nya..

1 kg sotong saiz sedang/kecik (bersihkan & tak perlu kerat biar sekor2)
1 senduk besar bawang besar + bwg putih kisar
1 biji bawang besar ~ hiris bulat
5 sudu besar rempah kari ikan (campur sikit air jdkan pes bersama serbuk cili)
1 sudu besar serbuk cili babas
1 tangkai daun kari
1 keping asam keping
minyak untuk menumis
garam, gula & serbuk perasa secukupnya
air (jika perlu)

Cara2 Menyediakan
1. Masukkan sotong dlm kuali tanpa minyak.. & masak kejap biar air sotong terbit. Angkat sotong, tos dan ketepikan.
2. Dalam kuali lain.. (atau basuh kuali tadi) panaskan minyak secukupnya lalu tumiskan bawang2 kisar hingga wangi. Masukkan daun kari, pes rempah kari & serbuk cili lalu tumiskan hingga wangi & agak garing.
3. Masukkan sotong & semua bahan2 lain dan kacau sebati. Jika terlalu kering boleh tambah sikit air jika suka berkuah.. rasakanlah apa yg kurang.. Sedia dihidangkan.

Kad Ucapan dari AlongRoz

Salam...

1st of all.. nak mintak maaf sangat2 pada AlongRoz sebab terlewat nak gantung kad ucapan dari Along ni.. Bukan sengaja tp dek sibuk2 tu sampai lupa nak gi ambik kad ni kat blog Along.. MaDiHaA ucapkan berbanyak terima kasih pada along sebab sudi bagi kad ucapan yg sangat sweet ni... Selamat berpuasa jugak buat along sekeluarga..



Terima kasih..

Tuesday, August 17, 2010

Pajeri Terung



Ada orang panggil pajeri.. ada juga yang panggil paceri.. aku selalu panggil paceri.. tapi hari ni teringin nak guna nama pajeri pulak.. hehehe... salah satu lauk feberet & yang membuka selera tak kisah bila2 pun.. terutama bila tiba Ramadhan.. Tak kira apa2 jenis pajeri pun semua aku suka... tapi yang ini aku masak sehari sebelum Ramadhan sebab teringin sangat2 masa tu... Resepi semasa aku masak pajeri ni main campak2 aje... tapi resepi yg aku pos ni aku copy resepi Chef Hanieliza sebab resepi aku pun lebih kurang gini gak... cuma ada sedikit penambahan bahan2 lain yg aku tulis kat situ.. aku malas nak taip so copy ler senang...kena tambah sikit2 tu takpelah kan.. hehe.. Terima kasih ye Kak Liza.. halalkan saya C&P resepi akak yer...

Bahan2
7 ~ 8 biji terung panjang saiz sederhana/kecil [buang tangkai & belah dua tapi jangan putus ~ sila check juga kalau2 isi terung diserang ulat yer.. silalah buang bahagian tersebut ~ cuci bersih]
3 cawan santan pekat [1 biji kelapa] (tambah lg kalau rasa tak cukup)
1 inci halia ]
5 ulas bawang merah ] tumbuk (nak hiris pun buleh)
2 ulas bawang putih ]
1 sudu besar udang kering [tumbuk] (tak letak pun masih sedap jugak)
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang (aku tambah)
1 biji buah pelaga (aku tambah)
3 kuntum bunga cengkih (tambah ini juga)
6 sudu besar rempah kari ikan [bancuh ngan air]
4 sudu besar minyak (aku lebihkan sikit)
2 sudu besar gula merah
2 sudu besar kerisik (guna yg goreng sendiri lebih sedap!)
Garam secukup rasa
serbuk perasa (aku tambah)
sedikit air asam jawa (aku tambah gak.. sikit je.. kalau buat pajeri nenas, kedondong atau mangga muda tak perlu letak dah asam jawa)

Cara membuat
1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bahan tumbuk, kulit kayu
manis & kawan2nya (4 sekawan) dan rempah kari yang digaul dengan air.
2. Masukkan kerisik dan kacau supaya rempah tidak melekat pada
periuk.
3. Masukkan santan, air asam jawa dan garam serta gula merah. Bila dah mendidih masukkan terung. Sentiasa dikacau2 supaya tak membuak.
4. Masak hingga kuah pekat dan naik minyak serta terung agak lembut.
5. Sedia dihidangkan.

Terima kasih..

Monday, August 16, 2010

Telur Bungkus



Salam semua..

Nak masukkan salah satu menu berbuka 1st Ramadhan tempohari.. sempoi aje.. iaitu telur bungkus..

Bahan2
3 biji telur
1 ketul dada ayam - didadu isinya saja
1/2 batang carrot - potong dadu
1/2 biji cili capsicum - potong dadu
3 helai daun kobis - racik halus
(sayuran boleh digantikan dgn apa2 jenis sayur yg anda suka.. spt kubis bunga, brokoli, buncis atau apa2 sj. kali ni MaDiHaA hanya ada stok carrot & kacang peas dlm tin.. so guna 1 btg carrot & 1 tin kcg peas kecil)
1/2 biji bawang besar - potong dadu
1 ulas bawang putih - cincang
1 sudu besar cili kisar
sos cili
sos tiram
garam sket
perasa
air sikit
minyak

Cara2
-Panaskan minyak, tumiskan bwg putih, bwg besar & cili kisar hingga wangi.
-Masukkan isi ayam, kacau2.. tambah air sikit jer.. kacau kejap biar ayam masak.
-Masukkan sayuran semua kacau lagi.
-Masukkan sos tiram, sos cili.. agak2 yer.. ikut byk mana suka.
-Masukkan serbuk perasa. Masukkan garam jika perlu. Biar kering sket.
-Bila sayuran dah masak.. bolehlah di tutup apinya.

Cara Menyediakan Telur Bungkus
-Pecahkan telur, campur 1 sudu besar air dalam telur, garam.. kacau2 bagi rata.
-Sediakan kuali.. lebih bagus non stick pan. Kalau kuali biasa.. bubuh minyak sikit sapu dengan daun pandan.. jangan byk nanti tak boleh nak dadar nipis.
-Bila kuali dah panas.. tuangkan telur dlm kuali.. kemudian angkat kuali dan pusing/lenggang kuali bagi telur jadi nipis dan lebar. macam kita buat kuih dadar. (guna kain pengalas yerrrr puan2.. panas telinga kuali tu )
-Bila dah masak.. guna sudip terbalikkan telur.. hati2 nanti telur pecah..
-Bila dua2 belah telur dah masak.. tutupkan api.
-Ambil sayuran yg dimasak tadi dan tuangkan atas telur tadi (telur dadar masih dlm kuali yer puan2)
-Lipatkan kiri kanan, atas bawah telur supaya jadi telur bungkus 4 segi.
-Ambil pinggan hidangan dan tekapkan pd telur tadi. Maksudnya terbalikkan pinggan tu atas telur/dlm kuali.
-Kemudian tangan kanan pegang tangkai kuali (bagi non stick pan) sambil tangan kiri pegang pinggan tadi (pegang kuat2 yer nanti jatuh tak tauuuu ) Bagi kuali biasa pun boleh buat gak.. tapi kena pegang kuat2 telinga kuali tu.. dan hati2 jangan terkena tangan anda... kuali tu masih panas.
-Dengan kadar cepat.. terbalikkan kuali tersebut.. maksudnya pinggan dah berada di atas tapak tangan kiri kita dan kuali pulak dah jadi terbalik.. angkat kuali pelan2.. and.. taraaaaaaaaa... jadilah telur bungkus...



Thanks to my mum yg ajar cara2 'membungkus' ni.. cara ni jugak yg dia selalu buat masa dia buka kedai mkn tak lama dulu.. (skrg dah pencen.. hehe)

Thursday, August 12, 2010

Kuih Lipat / Kuih Tangkup


Salam semua..

Sebenarnya tuan punya resepi bagi nama kuih tangkup.. tapi aku dah pepandai edit kepada nama kuih lipat kat gambar tu.. hehe.. takpelah ye Mariam sebabnya menurut Mariam dia pun tak tau apa nama sebenar kuih ni.. dia main taruk jekk.. yang akak pulak dah lupa nama yang Mariam taruk tu tp dlm kepala ni dok ingat kat nama kuih lipat.. hehehe... belasah jelah ye... apa2pun.. tq ye Mariam sebab berkongsi resepi kuih2 lama ni.. & mintak maaf di atas perubahan pd nama kuih tu... Kalau tak silap.. dlm FP Kak Rus ada gak kuih yg serupa ini dan dinamakan dengan apam perlis... Jom tengok resepinya.. tapi ada ubah suai sikit kat resepi ikut cara Wila.. harap Mariam tak kecik ati yekk..

Sebenarnya kuih ni bukan buat utk berbuka puasa semalam.. tp kuih ni dah lama dah pun buatnya.. tu yg masa edit nama tu dah tersilap tu.. hehe..


Sumber : mariam FP

Bahan Kulitnya:
2 cwn tepung gandum
2 1/2 cwn air
sedikit garam
1 s/k baking powder (ku memandai tambah)
1/2 s/k soda bikarbonat (tambah gak)
1 biji telur (ini pun sama pepandai tambah)
sedikit pewarna kuning (ku tambah jugak)

Cara2 menyediakan:
Campur kesemua bahan mesin n tapis kemudian masak seperti kita masak kuih dadar
tapi buat kepingan kecil2 je.. masak sebelah je..tak perlu terbalikkan. MaDiHaA guna kuali non stick yg bersaiz kecil.
setelah masak angkat kedlm pinggan letak inti di tengah dan tangkupkan dengan menekan sikit di tepi2nya.

Bahan inti:
2 biji telur
2 cwn santan
3/4 cwn gula
2 camb tep kastard
2 camb tep jagung (Tambah sendiri)
daun pandan
secubit garam
sedikit pewarna hijau (Tambah gak ni)

Cara2 menyediakannya
Campur kesemua bahan kecuali daun pandan hingga rata. Tapiskan ke dalam kuali & masukkan daun pandan. Kacau dengan api sederhana hingga pekat angkat n sejuk sebelum d masukan kedlm kuih tangkup.



Selamat berpuasa...

Monday, August 9, 2010

Chiffon Pisang



Salam buat semua...

Dikesempatan ini aku nak ucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak & selamat berpuasa kepada semua kawan2.. kalau nampak anak bulan insyaAllah hari Rabu ni sama2lah kita berpuasa yer...

Oklah.. kali ni sekadar masukkan resepi yg dah lama dicuba ni.. sememangnya tip top.. sedappp sangat2... u all di luar sana terutama penggemar pisang yang belum pernah mencuba chiffon pisang ni memang patut mencuba.. tak rugi tau!! Sedap!!

Sumber : Yullina (Thanks Ina)

Bahan A
7 biji putih telur (MaDiHa guna gred A)
3 oz gula halus (MaDiHaA blend sendiri jer gula pasir tu.. tak ayak pun)
1 sudu teh cream of tartar (boleh ganti dgn 1 s/k jus lemon)

Bahan B
7 biji Kuning telur
4 oz gula halus
3 oz minyak masak
3 oz Air
7 oz tepung naik sendiri (MaDiHa guna tepung gandum + 2 cubit soda bikarbonat ~ diayak bersama baking powder)
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam (MaDiHa bubuh ½ sudu kecil je)
2 sudu besar serbuk santan (MaDiHa ganti dengan susu tepung)
2 bijik pisang yg BESAR ~ dilecek halus (MaDiHa guna 3 ½ biji pisang putar/ pisang masam sbb saiznya sedang2 je)

Caranya:
1) Pukul bahan A sampai bertanduk/ mengeras. Ketepikan.
2) Pukul semua bahan B kecuali tepung naik sendiri.
3) Selepas semua sebati masukkan tepung sikit demi sikit dan pukul lagi.
4) Masukkan kedalam adunan A sedikit demi sedikit sambil dikacau perlahan guna spatula satu arah sahaja.
5) Masukan dalam loyang berlubang dan bakar 140'c sampai masak.

Nota: semasa mengacau pastikan
1) Kacau perlahan dengan satu arah
2) Pastikan semua putih telur tergaul kalau tidak bila kita masak ada ketulan putih jadi bila kita potong kek tu jadi tak halus dan tak cantik

CARA MADIHA
1) Gaulkan bahan2 B (kecuali tepung gandum) sehingga rata menggunakan whisker. Ketepikan.
2) Pukul semua bahan A sehingga putih telur mengeras. (diterbalikkan tak tumpah).
3) Gunakan mixer dan pukul sebentar bahan2 B yg diadun mula2 tadi. Campurkan tepung sikit demi sikit sehingga rata & pekat.
4) Panaskan oven suhu 150C. Masukkan adunan A (adunan telur) sikit demi sikit ke dalam adunan tepung tadi dan kacau rata menggunakan whisker (kacau satu arah saja).
5) Tuangkan adunan ke dalam loyang chiffon dan bakar kek sehingga masak. MaDiHa bakar guna suhu 150C selama 30 minit kemudian diturunkan suhu ke 140C sehingga genap menjadi 55 minit masa membakar.
6) Bila dah masak.. keluarkan kek dari oven dan terus terbalikkan loyang sehingga kek benar2 sejuk.
7) Keluarkan kek dari loyang dan bolehlah dipotong.


MaDiHaA gunakan loyang yg agak besar.. so kek nampak rendah sikit.

Selamat mencuba!

Thursday, August 5, 2010

Nasi Ayam Goreng


Salam semua...

Pagi tadi sangat2lah sibuk... ni dah nak masuk kul 4 petang.. barulah rasa lega sikit.. bolehlah nak rehat2kan otak kejap sambil layan blog ni... tp takleh gak nak cerita panjang.. cuma nak cakap.. aku masak nasi ni sebab tengok dalam blog si Midza tu.. then dengar pujiannya yang melambong2 tu.. terus rasa teringin. Sebenarnya malam sebelumnya tu.. aku ada bercadang nak buat acar epal hijau memandangkan ada banyak epal hijau yang hubby beli tapi belum berusik pun lagi.. maka sedang elok ler.. bolehlah aku gandingkan acar epal tu dengan nasi yang memang sedap ni. Terus pesan kat hubby suruh beli beras basmathi.. hehehe.. Terima kasih Mek Jah & Midza berkongsi resepi ni yer... halal ye saya tepek resepi kat sini pula.. tapi maaf sebab ada tokok tambah sikit pada resepi ikut cara saya..

Sumber : meh jah (copy dari midza)

Bahan-bahannya:

Bahan untuk ayam :
* 1 ekor ayam- di potong 12 ketul (tak kira pun potong berapa.. belasah jek)
* 2 sudu kecil garam*
* 1 sudu besar serbuk kunyit*
* 1 sudu besar rempah kari*

Caranya=
> ayam di potong 12, bersihkan dan toskan....gaulkan bersama garam, serbuk kunyit dan serbuk kari....perap sebentar dan goreng seperti biasa...(jngn garing sangat)
* Setelah siap, angkat ayam dan ketepikan dahulu.

Bahan Utk Masak Nasi
1 sudu rempah kari
1 inci halia-tumbuk kasar
4 ulas bawang merah-tumbuk kasar
2 ulas bawang putih-tumbuk kasar
1/2 labu bawang besar-potong dadu
2 inci kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
3 kuntum bunga lawang
sedikit kiub ayam
sedikit garam dan sedikit serbuk lada hitam
2 bay leaves/ daun ketumbar
4 cawan beras basmathi-cuci toskan
4 1/2 cwn air
1/2 cwn susu cair
sedikit minyak
& sedikit marjerin (MaDiHaA tambah)


Cara-Caranya:
1. Panaskan minyak & sedikit marjerin, tumiskan bunga lawang, kayu manis dan buah pelaga serta bahan bahan yang ditumbuk, serbuk lada hitam dan rempah kari hingga wangi.
2. Masukkan beras dan kacau hingga sebati atau mesra rempah2 tadi. Tuangkan 1/2 susu cair dan 4 1/2 cawan air.
3. Susunkan ayam goreng diatasnya dan masukkan garam, kiub ayam dan daun ketumbar. (ayam tu MaDiHaA masukkan sikit jer sbb hubby suka mkn ayam yg garing2..) Masak nasi hingga masak. (MaDiHaA masak guna periuk biasa & masak atas dapur gas jer.. ikut cara2 masak nasi putih.. iaitu tutupkan tudung periuk apabila nasi dah kering & perlahankan api yg paling kecil sekali lebih kurang 5 ~ 7 minit.. jangan buka tutup periuk sehingga nasi benar2 masak. Buka tutup periuk bila sedia nak hidang.. barulah buka & karihkan nasi tersebut.)



Aku pun sama gak macam Midza.. malas nak buat kuah.. so makan jer nasi tu kering2 macam tu dengan acar epal & carrot, daun salad, ayamnya & juga acar buah yang kazenku Ida dok bagi aritu... memang sedap sangat2.. bertambah2 anak2 & hubby makan.. Tak rugi mencuba... thanks sangat2 pada penyumbang resepi ni..

Wednesday, August 4, 2010

Update Order Jap

Malas betul nak update order.. bukan apa.. sebab dok ambik gambor benda yg sama aje.. sure org tengok pun boring.. hehehe.. tp takperlah.. sekadar utk record..

Sebelum tu.. nak umumkan order tempeyek untuk raya telah ditutup. Terima kasih kepada semua teman2 yang sudi order. Tiba masanya nanti.. jangan pula lupa ambil tempeyek yang dah dibooking yer...

Ni antara order sepanjang 2 minggu lepas..
24/7/2010
Repeat order dari Kak Dasila, Taman Sri Manja
7 peket tempeyek kacang tanah & 3 peket tempeyek kacang dal.. Tq kak.. ulang order lg dengan saya..


25/7/2010
Order dari Ida Marlida & Friend
10 peket tempeyek kacang tanah. Ida cakap.. kejap jer tempeyek dibawak ke opis licin.. hehehe... TQ Ida sebab promote tempeyek tu..


26/7/2010
Repeat order dari Kak Yati, Puchong.. dulu dah order 9 pek karipap frozen ni.. katanya dah lama abis... so order lagi 10 peket. Harap2 bolehlah digunakan utk stok bulan puasa ye kak Yati... so nice borak2 ngan kak Yati.. peramah orangnya.. Thanks kak repeat order ngan saya..


27/7/2010
Order dari jiranku yang setia.. Laily.. hehe.. 2 peket karipap untuk digoreng & dibawa ke opis.. ada meeting kalau tak silap. Makanan lain pun ada.. tp karipap takde org yg nak buat.. so dia beli karipap frozen aku & goreng sendiri. Thanks ye Laily..


1/8/2010
Repeat order lagi dari Ida Marlida & kawan2nya... tak cukup gamaknya 10 peket aritu..
so ulang order lagi 20 peket ko... dah macam nak raya aje... hehe.. tapi kata ida.. kawan2 Chinese yang banyak order ni.. thanks ye Ida & kawan2..


2/8 & 3/8/2010
Order ni dari 4 sekawan (kwn2 yg asalnya dari alam cyber) yang sangat rapat.. sempat lagi ditubuhkan kumpulan yg digelar Team Ketupat Bawang yang begitu aktif berfotopages & bergathering seketika dulu.. sampai skrg mereka2 ini masih rapat.. Mereka ialah Wati, Mira, Iezah & Ila.. Masing2 order karipap frozen 4 peket, 5 peket, 3 peket & sepeket untuk Ila.. Thanks you all.. sanggup datang jauh2 utk ambik karipap frozen ni..


Sempat jugak bergambar dengan mereka ini.. cuma Iezah takde dalam gambar sebab dia tak datang malam tu.. sebab Iezah minta aku hantar karipapnya melalui suaminya yang kerja di KWSP sebab dah tak jauh dengan sekolah anak aku coz petang pulang dari kerja aku memang ada kat area2 situ. Thanks ye buat semua..

3/8/2010
Dan terakhir.. order dari Suhaila Zakaria iaitu 2 peket tempeyek bilis & 1 peket tempeyek kacang. Thanks Sue.. semoga Sue selamat melahirkan baby nanti ye..


Terima kasih tak terhingga kepada semua teman2 yang order produk MaDiHaA...

Monday, August 2, 2010

Acar Epal Hijau & Carrot


Hari ni agak sibuk sikitlah kat ofis ni... so sempat update menu yg paling simple ni ajer... layan jelah.. nak cerita panjang pun tak sempat..

Bahan2
4 biji epal hijau ~ cuci bersih & sagat kasar (bahagian biji jangan ambik lak)
1 biji lobak merah ~ kupas kulit, cuci & sagat kasar
1 biji bwg besar ~ belah dua & hiris nipis
1 biji cili merah/3 bj cili padi ~ hiris halus
5 sudu besar cuka/jus limau
garam & gula secukup rasa (agak byk gak sehingga secukup rasa)

Cara2
Gaulkan kesemua bahan2 di atas sehingga secukup rasa. Hidang terus selepas digaulkan. Memang best!!

Selamat Mencuba...!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...