Thursday, December 25, 2014

Daging Tumis Asam



Assalamualaikum & salam sejahtera semua...


Cuti krismas kali ni takde ke mana2 pun. Hanya rehat2 kat rumah sambil bereskan kerja2 rumah yang ada.  Kerja rumah ni manalah pernah habisnya kan?  Lagi2lah bagi ibu2 bekerja macam MaDiHaA ni.. kadang2 ada yang tak sempat nak siapkan pada hari bekerja.  Maka... hari cuti macam nilah masanya nak dibereskan semuanya.  Biasalah tu kerja orang perempuan memang tak pernah habisnya.

Oklah kita terus ke resepi untuk hari ni pulak ye.  Macam biasa jugalah yer.. resepi mudah.com juga untuk hari ni... hahaha... Tak suka nak merumitkan keadaan.  Bila balik dari kerja tu.. fikir nak yang mudah je.  Kadang2 masak tak dirancang pun, bila balik rumah tengok apa yang ada dalam peti sejuk, masa tulah baru dapat idea nak masak apa.  Jadi tak perlu nak susah2 kena pegi kedai beli itu ini..kita masak guna apa yang ada kat dapur & peti sejuk kita tu jer... jangan nak susahkan diri.. yang penting makan sedap siap bertambah2 lagi.. hehe..

Ini antara menu tertunda yang tak tau entah bulan bila MaDiHaA masak ni... sebab resepi mudah... bahan2 tu memang tersimpan dalam kepala aje...

 
Daging Tumis Asam
Resepi : Ratna aka MaDiHaA

Bahan-Bahan
1/2 kg daging lembu ~ dihiris
1 sudu besar asam jawa ~ dicampur air & ambil jusnya
2 batang serai - dititik
garam secukup rasa
sedikit gula
1/2 cawan minyak masak
Air secukupnya untuk empukkan daging

Bahan dikisar halus
20 tangkai cili kering ~ direbus
1 biji bawang besar
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia

Cara menyediakan
1  1. Panaskan minyak masak lalu tumiskan bahan kisar serta serai ketuk sehingga wangi & terbit minyak.
2  2. Masukkan hirisan daging & kacau sebati biarkan daging agak kecut. Tambahkan air & masak daging hingga hampir empuk.
3  3. Masukkan air asam jawa, garam serta sedikit gula.  Masak lagi hingga daging benar2 empuk. Sekiranya guna daging yang keras, boleh tambah lagi air & renihkan sehingga kuah pekat & daging benar2 lembut. Bila dapat kepekatan kuah yang disukai & cukup garam gulanya, bolehlah matikan api & hidang dengan nasi putih atau nasi berperisa.

Selamat mencuba!

Wednesday, December 24, 2014

Bihun Sup MaDiHaA's Style

Assalamualaikum & salam sejahtera...



Mood update blog nampaknya dah semakin pulih.  Nak memulakan & meluahkan je yang agak susah.  Bila dah mula & dah kongsikan segala yang terbuku dalam hati.. barulah ada semangat nak update semula. Syukur alhamdulillah. Harap2 mood baik ni akan berterusanlah sementara kurang sibuk ni.  Nanti bila dah sibuk... faham2 sendirilah ye...

Masih lagi dengan menu mudah.  Biasalah kan MaDiHaA memang sinonim dengan menu2 mudah & ringkas aje.  Asalkan kenyang perut suami & anak2. Yang penting kita masak apa yang mereka suka.  Syukur juga suami & anak2 tidaklah cerewet sangat bab2 makan ni.    

Sebenarnya dalam menu harian kerap juga masak Bihun Sup macam ni.  Cuma kadang kala malas betul nak snap gambar.  MaDiHaA suka campurkan kuah sup dengan pelbagai sayur. Sengaja lebihkan sayur dalam kuahnya tu.  Tak kisahlah apa jenis sayur sekalipun.  Asalkan ianya dirasakan sesuai.  Antara sayur yang biasa MaDiHaA campur (ikut kegemaran anak2 juga) dalam sup untuk dimakan dengan bihun atau mee ialah carrot, sawi, kobis, cendawan tiram, putik jagung, brokoli atau cauliflower.  Bukanlah campurkan semuanya.. pilihlah dua atau tia jenis saja bila kita masak tu. Baru2 ni nampak brokoli murah sangat kat pasaraya Matahari.. terus grap 4 ketul... itu yg keluar resepi Sup Brokoli Berkrim Simple semalam & ini pula masak semalam... keluar resepi untuk hari ni.. hihi.. Dah.. jom tengok resepi pulak ye...

Nampak banyak kan? Sebab MaDiHaA buat double dari resepi yang diberikan tu.. hehe..
 


Bihun Sup MaDiHaA's Style
Resepi : MaDiHaA

Bahan2
1 bungkus bihun ~ direndam ~ celur ~ tos ~ cuci dengan aliran air paip ~ tos
Bawang goreng & daun sup untuk hiasan (jika suka)

Bahan Sup
1/4 ekor ayam ~ potong saiz kecil & cuci bersih
1.5 liter air
400 gm bebola ikan
1 ketul brokoli ~ potong floret
250 gm cendawan tiram ~ siat & cuci bersih ~ tos
1 kiub ayam
garam secukup rasa
2 ulas bawang merah ~ dihiris nipis
3 ulas bawang putih ~ tumbuk halus
3 ulas bawang merah ~ tumbuk halus
1/2 inci halia ~ tumbuk halus
minyak masak secukupnya

Rempah tumis
2 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
1 inci kayu manis

Cara menyediakan
1. Dalam periuk panaskan minyak lalu tumiskan rempah tumis & bawang merah hiris hingga wangi. Masukkan pula bahan yang ditumbuk & tumis hingga naik minyak. Masukkan ayam & kacau rata.  Masukkan air & biarkan mendidih.
2. Masukkan kiub ayam, bebola ikan, cendawan tiram & garam secukup rasa. Biar seketika. Akhir sekali masukkan brokoli & masak sekejap kemudian tutupkan api bila sup dah secukup rasa.  Hidang bihun yang dicelur dengan kuah sup & sambal kicap.



Sambal Kicap

Bahan2
20 ~ 25 biji cili padi
2 ulas bawang putih
2 sudu kecil gula
Kicap manis secukupnya

Cara menyediakan
Tumbuk cili padi & bawang putih hingga lumat. Masukkan dalam mangkuk. Campurkan dengan gula & kicap secukupnya.  Siap untuk digunakan.

Selamat mencuba!

Tuesday, December 23, 2014

Sup Brokoli Berkrim Simple

Assalamualaikum & salam sejahtera....


Alhamdulillah terasa lega bila dah luahkan segalanya semalam.  Sebenarnya dah lama pendam rasa sedih akan kehilangan kenangan kat fotopages tu.  Bila dah luahkan tu... rasa macam segala masalah dah selesai biarpun sebenarnya ianya tak mungkin dapat dikutip semula kan.  Takpelah MaDiHaA redhokan jelah...  

Hari ni pun MaDiHaA nak kongsi resepi mudah je.  Memang resepi paling mudah.. takyah tumis2 bagai, tak perlu banyak2 bahan.  Semuanya simple semudah ABC nak menyediakan.  Jom sesekali layan western... hari2 makan nasi untuk dinner pun jemu juga kan....  Kali ni hidangan memang zero oil/fat.... bahkan.. roti pun takde sapu garlic butter... hehehe... kengkonon menu sihat.. padahalnya malas.... nak bakar roti pun malas.. jadi makan dengan roti sandwich kosong jelah ye suami & anak2....kikikikii....

 
Sup Brokoli Berkrim Simple
Resepi : MaDiHaA
 
Bahan2
2 biji kentang biasa saiz besar
2 biji bawang besar saiz sedang ~ potong dadu kasar
2 ketul brokoli
2 ketul kiub ayam
1 tin susu cair
garam jika perlu
air secukupnya
1 sudu kecil serbuk oregano kering

Cara menyediakan
1. Kentang dikopek & dibersihkan. Potong kiub kasar. Rebus kentang & bawang besar bersama air secukupnya. Biarkan mendidih sambil2 tu potong2 kecil brokoli. Cuci bersih & masukkan dalam rebusan kentang tadi. Tambah air sehingga brokoli tenggelam. Rebus hingga kentang & brokoli empuk. Padamkan api & sejukkan rebusan.
2. Bila rebusan dah sejuk atau suam2 kuku, masukkan sedikit ke dalam blender & kisar hingga halus. Tuang dalam periuk lain yang agak besar. Kisarkan kesemua bahan2 rebusan tadi.
3. Panaskan bahan kisar, campakkan kiub ayam, oregano & masukkan juga susu cair.  Sentiasa kacau supaya sup tak berkerak. Jika terlalu pekat tambah sedikit air. Masak sehingga mendidih & ikut kepekatan yang disukai. Tambah garam jika perlu ye. Kemudian bolehlah padamkan api & hidang bersama roti bakar, roti kosong atau roti bawang putih.

Selamat mencuba!

Monday, December 22, 2014

Masak Lemak Cili Padi Ikan Keli Salai.... first time masak nih....!

Assalamualaikum & salam sejahtera buat semua pengunjung...


Ya Allah... kenapalah mood untuk update blog ni makin suam2 kuku ni..? Tak macam dulu boleh katakan hari2 update.  Sebenarnya.. MaDiHaA rasa begitu sedih... rasa down sangat sejak2 Fotopages hilang, lesap & tak dapat dibuka sejak lebih sebulan lalu.  Sedihnya rasa nukilan sejak 7 tahun yang lalu hilang sekelip mata.  Begitu banyak cerita & gambar2 kenangan keluarga dalam tu hilang sekelip mata!  Hati manalah yang tak sedih kan?  Segala resepi yang pernah dicuba & gambar2 pun banyak juga yang hilang tak sempat diselamatkan atau dipindahkan ke blog.  Semuanya lesap!  Hanya gambar2 aktiviti family sebahagiannya masih ada dalam photobucket.  Tapi hati ni tetap rasa sedih... hinggakan nak update blog pun rasa hambar je.  Haishh... musnah sudah semua kenangan yg ku nukilkan di situ.... Sedang berfikir samada patut atau tidak nak buat blog untuk aktiviti family atau masukkan semuanya dalam blog ni.  Tapi rasa macam tak best pulak nak campur blog resepi dengan aktiviti family kan..  Sekarang ni.. hanya kat FB jelah tempat nak simpan semua gambar2 aktiviti family... sob sob sob.. Harap2 blog ni tak terima nasib yang sama macam fotopages tu.  Kalaulah blog pun boleh hilang lesap macam FP... menangis tak berlagulah jawapnya...

Oklah.. hari ni nak warm up sikit.. mana tau lepas ni datang rajin sikit nak update lagi & lagi.. Banyak gambar2 terbengkalai ni....

Untuk hari ni... update resepi biasa2 je.  Resepi yang tak pernah MaDiHaA masak sebelum ni tapi tiba2 rasa teringin nak mencuba bila en. suami tiba2 beli ikan keli 5 ekor.  Ikutkan tekak MaDiHaA tak berapa suka sangat dengan ikan keli atau sebarang ikan air tawar ni.. hehehe... Tapi dek kerana ingin merasa.. makan jugalah sebab MaDiHaA bukan kategori yang tak mau mencuba langsung.  Still boleh cuba.. cuma kurang gemar atau kata orang.. tak boleh nak makan banyak la.. hahaha...

Inilah dia masakan yang pertama kali MaDiHaA masak ni.. dah 43 tahun hidup.. first time masak ikan keli salai masak lemak.. Jom tengok resepi ni...


Masak Lemak Cili Padi Ikan Keli Salai
Resepi : MaDiHaA

Bahan2
3 - 4 ekor ikan keli saiz kecil
3 1/2 cawan santan sederhana pekat dari 1 biji kelapa
25 biji cili padi
2 inci kunyit hidup
2 batang serai ~ dititik
garam secukup rasa
1 keping asam gelugur

Cara menyediakan
1. Ikan keli dibersihkan, rendam air asam jawa 30 minit. Cuci bersih, kelar2, potong 2 atau 3.  Salai ikan keli sehingga kulit luarnya nampak kering. MaDiHaA masak atas pemanggang ajaib je.. tanpa ditutup.. balik2kan ikan keli & bila nampak ok angkat.
2. Tumbuk halus cili padi & kunyit hidup. Jerang santan, serai, garam & bahan tumbuk hingga mendidih. Masukkan asam gelugur. Sentiasa dikacau kuahnya & masak hingga nampak agak pekat.  Masukkan ikan keli salai & masak sambil dikacau perlahan2.  Biar kuah pekat & rasa garamnya.
3. Bila dah cukup rasa bolehlan matikan api.

Selamat mencuba!

Monday, December 8, 2014

Pandan Soft Buns



Assalamualaikum & salam sejahtera...


Dah 2 minggu cuti sekolah berlalu.  Bila semua anak2 berkumpul kat rumah tu... maka kenalah sediakan makanan kudap2 untuk mereka.  Bila dah ada makanan kat rumah barulah senang hati nak pegi kerja.  Antara yang senang nak sediakan.. roti bun pandan yang gebus gebas ni... sangat berpuas hati dengan kelembutan roti bun ni.  Makan cicah dengan teh o pun dah sedap.

Terima kasih pada MamaFaMi berkongsi resepinya ye... MaDiHaA buat uli dengan mixer heavy duty.. kalau suruh uli guna tangan memang awal2 surrender.. hehe...

Ok jom tengok resepi kat bawah tu ye... maaflah tak sempat nak alih ke bahasa... copy & paste resepi dari blog MamaFaMi terus  je tu... sapa2 yang nak mencuba bolehlah cuba ye... pasti berpuas hati.. yang penting uli sehingga betul2 elastik.. Bak kata mama... bila tarik doh sehingga senipis kulit bawang ia tak pecah itu baru pas!

 
PANDAN SOFT BUNS Posted by MamaFaMi
Tried by : MaDiHaA aka Ratna  
Ingredients :
500g high protein flour
50g milk powder
250ml chilled water
1/2 teaspoon pandan paste
green food coloring
11g instant dried yeast (I used Mauripan)
150g castor sugar
100g margarine (I used Planta margarine)

Topping :
sliced almonds (MaDiHaA tak letak.. no stock)
Method :
1. Grease all 4 baking tins (6 inch tins) thoroughly. I used Planta margarine. Keep aside.
2. Place all ingredients for dough except margarine in a mixing bowl.
3. Fasten the dough hook onto the mixer and start kneading.
4. Once the ingrediets have just combined, add in the margarine. Knead till a soft, elastic and shiny dough is formed.
5. Remove from the bowl and rest the dough for about 10 minutes.
6. Divide the dough into a 30g balls. Shape it nicely and arrange in the prepared tins.
7. Cover the tins and leave the dough to rise till almost double the size.
8. Mix a bit of milk powder with a bit of water and brush lightly on top of the dough. Sprinkle with sliced almonds.
9. Bake in a preheated oven at 170 C for 20 to 25 minutes. Oven temperature and baking time may vary, depending on your oven.
10. Once baked, remove from the oven and onto a wire rack to cool. 

Selamat mencuba!

Friday, December 5, 2014

Gulai Ayam (Gaya Terengganu)

Assalamualaikum & salam Jumaat...



Masih dengan menu dari Terengganu yang MaDiHaA ubah suai dari resepi gulai ikan aye atau gulai nasi dagang yang dikongsi oleh kak Nor Secubit Garam.  Dah lama kak Nor bagi rempah gulai ni iaitu masa kami gathering awal tahun aritu.  Elok lagi sebab simpan dalam peti sejuk... hehe... Semua jenis rempah2 serbuk MaDiHaA memang simpan dalam peti sejuk.  Rempah2 penumis pula simpan dalam laci kat dapur.  Kalau beli memang dalam peket besar.  Kalau ma datang rumah MaDiHaA dia kata rumah kaklong ni rempah2 boleh masak lembu sekor... hehehehe...

Oklah terus ke resepi ye.  Terasa rindu sangat nak makan gulai ayam style Terengganu ni.  Dah lama tak makan.  Nak makan kenalah masak sendiri kan.  Kalau kawan2 ada stok rempah nasi dagang atau rempah gulai beli dari Terengganu bolehlah cuba resepi ni ye.  InsyaAllah sedap!  Nampak sama macam kari... tapi rasanya sangat berbeza tau... 




GULAI AYAM (GAYA TERENGGANU) 
Adaptasi dari resipi gulai ikan aye : K.Nor@SecubitGaram
Diubah suai oleh MaDiHaA

Bahan:
1/2 ekor ayam ~ dipotong sederhana besar (MaDiHaA buang kulit ayam)
2 biji kentang saiz besar ~ dipotong 4
Bahan2 kuah:
4 sudu besar cili mesin
1 biji bawang besar*
2 ulas bawang merah *
3 ulas bawang putih *
1in halia *
1in lengkuas *
1in kunyit hidup * ( * diblend )
3 sudu besar rempah gulai nasi dagang (MaDiHaA guna rempah Dayang Suri pemberiaan dr Kak Nor.. kat Tganu je ada kot)~ boleh guna rempah cap bunga ros kalau tak ada rempah khas utk gulai nasi dagang
2/3 cawan santan fresh/pekat
3-4 cawan air
air asam jawa
nisan/gula melaka
garam
8 bj cili padi
3 biji cili hijau
minyak


 Bahan penumis:
1 btg kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 bj buah pelaga
1 kuntum bunga lawang


Cara menyediakan
Panaskan minyak dalam periuk dan masukkan bahan penumis.
Biarkan hingga wangi dan masukkan cili mesin.
Goreng hingga cili menjadi garing dan masukkan bahan2 yg diblend.
Masak hingga sedikit kering dan masukkan rempah gulai.
Masukkan 1/2 cawan air dan masak lagi hingga garing dan pecah minyak.
Masukkan ayam & kacau rata biar sampai berubah warna. Masukkan lebihan air dan masak hingga mendidih.
Masukkan santan dan renihkan hingga kuah mendidih sambil sesekali mengacau.
Masukkan kentang, jus asam jawa, nisan/gula melaka, garam dan gula & biarkan mendidih & sesekali dikacau.
Sekiranya kuah terlalu pekat dan tak pecah minyak bolehlah ditambah air panas dan masak semula hingga keluar minyak.
Masukkan cili hijau & cili padi dan masak lagi sekejap dan baru lah dipadamkan api.

Sesuai dimakan dengan nasi putih, nasi kuning, nasi dagang atau dijadikan gulai nasi berlauk.

Selamat mencuba!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...