Assalamualaikum...
Bertemu lagi... sana sini rata-rata dah ramai kawan2 yang siarkan gambar raya di blog & FB masing2 kan? Semuanya meriah dengan pelbagai cerita2 & kenangan raya yang indah2 belaka untuk dikenang... Pun begitu, bagi kami Aidilfitri 2012 kali ini amat terkesan di hati lantaran rentetan peristiwa Julai 2012. Walaupun ada sedikit perkembangan yang baik (mungkin) kerana Allah S.W.T mendengar rintihan & doa kami semua.. tapi hati tetap terpalit rasa sedih kerana famili kami tidak lengkap berkumpul pada raya tahun ini. Mungkin benar kata kawan2... apa pun yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya... Waktu susah beginilah kita akan tersedar & Allah S.W.T tunjukkan kepada kita siapa sebenarnya kawan kita sewaktu menangis & kawan sewaktu ketawa & waktu susah beginilah juga kita akan kenal yang mana satukah saudara kita yang benar2 mengambil berat terhadap kita sewaktu kita dalam kepayahan. Hanya Allah S.W.T jua yang dapat membalasnya kepada mereka yang banyak membantu & mengambil berat di kala kami memerlukan. Sebenarnya.. bukan wang ringgit yang kami dambakan.. sokongan moral pun dah memadai... Tambah2 lagi buat ma tersayang yang sudah tiada bersuami.. Kami adik beradik sedaya upaya cuba membantu agar ma sentiasa berasa kami berada disisinya walau dalam apa keadaan pun. Satu lagi keajaiban & pengajaran yg kami perolehi... orang yang disangka menyusahkan suatu ketika dulu... rupa2nya dialah orangnya yang paling rapat dengan kami & paling banyak membantu semasa kami diuji walau (bukan wang ringgit) sekadar kudrat & masanya tapi itu adalah satu pengorbanannya yang sangat besar kepada kami. Hampir sebulan mereka bersama2 menguruskan pelbagai urusan semasa di K.T merapatkan lagi hubungan sesama mereka. Itulah antara hikmahNya... Syukur ya Allah dengan perkembangan ini sesungguhnya Kau Maha Mendengar lagi Maha Mengasihani hambaMu yang lemah ini! Syukur terhadapMu Ya Rabb..!
Kami sekeluarga... kain yang dibeli & ditempah setelah seminggu berpuasa.. Walaupun tiada mood nak berbaju raya baru.. mengenangkan anak-anak yang dah mula bertanya.. buatlah juga... hanya baju je yang baru.. tudung kami semua recycle! Takde mood nak cari tudung raya..
Exclusive dari kami... heee... (nampak lain muka bila ku tak pakai spek! heee..)
2 minggu lagi genaplah 13 tahun kami sebagai suami isteri... Alhamdulillah...
Moga jodoh kami berpanjangan hingga ke syurga.. amin...
Tak dapat berposing 4 beradik... hanya kami bertiga sebagai kenangan...
Keluarga kecil kami... tak lengkap famili kami bergambar kali ni..
bergambar mana yang ada jelah...
(kualiti gambar memang out!)
Cucu2 tokma di hari raya... 3 orang cucu takde dalam gambar... yang sorang dah tidor rasanya (baby lagi) & lagi 2 orang beraya di rumah nenek belah satu lagi...
Punyalah susah nak ambik gambar deme ni semua... yang duduk depan tu semua takleh dok diam.. dahlah maklong ambik gambar pakai handphone je! Ni je sekeping yg elok sikit.. hee...
En. hubby nak bergambar dengan anak & anak2 saudaranya.. tu pun ada yang takde... hehe.. payah betul nak ambik gambar budak2 ni...
Inilah dia menu kami di pagi raya... masak yang mudah je... Lemang & rendang daging tu yang dah disiapkan pada sebelah malamnya lagi.. (siap dihidang utk berbuka lagi 29 Ramadhan tu!) Dan menu2 lain seperti Nasi Minyak, Kari Daging, Ayam Masak Merah & Acar Timun & Nenas semuanya dibuat pada pagi raya. Fresh2 & panas2 lagi.. hehe...
Plan asalnya pada petang raya pertama kami nak bertolak ke Kuala Terengganu. Tapi kita hanya mampu merancang.. namun Allah S.W.T jua yang menentukan segalanya.. Tak jadi ke K.T sebaliknya haluan kami ke arah selatan iaitu ke Johor Bahru pula..
Tak pernah terdetik di hati bahawa kami akan beraya di JB kerana kami memang tiada saudara di sana! Gambar anak2 ni semasa kami beraya dirumah saudara adik ipar ku Tasya di Ulu Tiram, Johor pada raya ke 2..
Dari Ulu Tiram kami ke rumah seorang lagi saudara Tasya di Kampong Dato' Sulaiman Menteri, Johor Bahru. Beraya di JB? Memang boleh dijadikan arkib "Hari Ini Dalam Sejarah".. hehe....
Selesai beraya... kami menuju ke destinasi utama kami... destinasi wajib & tujuan utama kami ke Johor..
6 buah kereta berkonvoi dari Keratong ke Johor Bahru.. disinilah destinasi akhir kami sebelum kami pulang semula ke Pahang... di sinilah berlakunya 'drama air mata'... Syukur kerana dipermudahkan segala urusan kami.. Puas, lega & bersyukur kerana Allah S.W.T maha mendengar doa kami yang dalam kesusahan...
Sekian...& terima kasih kepada semua yg sudi bertandang...