Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Pagi Jumaat yang dingin... awal2 pagi lagi bumi sudah dibasahi hujan.... syukur alhamdulillah... hujan rahmat di pagi Jumaat yang barakah... hilanglah haus pokok2 & rumput2 di taman & halaman rumah masing2 ye.. hari ni tak perlulah ibu2 atau suri2 rumah nak menyiram pokok bunga masing2 lagi.. bolehlah ibu2 meneruskan kerja2 dalam rumah... cepat siap kerja.. cepat boleh rehat.. betul tak? hehe..
Bagi aku pula.. bila hujan di pagi2 hari macam hari ni.. agak menyukarkan juga sebab pagi2 ketiga2 orang anak semuanya aku yang uruskan sendiri.. sorang dihantar ke sekolah kebangsaan, sorang ke tadika & sorang lagi ke pengasuh sebelum aku sendiri ke pejabat selepas itu. Yang jadi susah tu sebab perjalanan nak ke parking kereta yang jauh.. sedikit sebanyak.. basah jugalah kami 4 beranak walaupun masing2 berpayung.. maklum sajalah.. rumah di apartment ni parkingnya kira nasib sapa cepat dia dapat parking dekat.. kalau dah lambat alamatnya dapatlah parking yang jauh.. Lain cerita kalau tinggal di rumah teres atau rumah yang ada tanah.. kereta terus parking di dalam garaj.. takdelah timbul masalah nak masuk kereta walaupun hujan sedang lebat.. heheeh...
OKlah.. hari ni tak boleh nak bebel panjang2 sebab ada kerja sikit perlu disiapkan. Jadi kita teruskan jelah dengan resepi untuk hari ni ye...
Dah dua hari tayang lauk... jadi hari ni kita sajikan dengan pemanis mulut pulak la ye... Resepi Orange Marble Cheese Bar Cake ni ku ambil dari blog sepupu ku Ida Marlida... Lantaran pujiannya yang meletop2 mengatakan kek ni sedap.. jadi aku pun teringinlah juga nak mencuba.. lagipun.. bahan2 semua pun dah tersedia kat rumah.. so.. tunggu masa terluang & mood baik datang terus le aku godek kek ni. Ternyata benarlah bagai di kata.. kek ni memang sedap! Kalau peminat cheese pasti akan menyukainya.. tapi kalau bukan peminat cheese tu.. dia cebik jerlah tengok kek gini.. hehe.. contohnya en suami ku sendiri.. dia memang bukan peminat kek2 yang berasaskan cheese... sepotong pun dia tak sudi nak menjamahnya.. tapi anak2 pulak.. semua pun suka... berpotong2 di makannya.. tak sempat pun ibu nak simpan dalam peti sejuk lama2.. baru simpan 1 jam masing2 dah suruh potong sebab tak sabar nak merasa.. hehe..
Terima kasih pada Ida berkongsi resepi & terima kasih pada Kak Maz Ilham Dapur untuk resepi yang diadaptasi dari resepi red velvet cream cheese brownies sehingga menjadi cake bar berperisa oren & lemon yang begitu menawan & sedapp.. Mintak halal ye kak Maz kita letak resepi kat sini pulak..
by Ilham Dapur
Sumber : Ida Marlida
Kak Maz Ilham Dapur
Bahan-bahan (loyang 7x7) (MaDiHaA buat 1 1/2 adunan & gunakan loyang 8" x 8")
Bahan A
- 40ml sunquick orange
- 50g mentega - cairkan dan sejukkan sekejap
- 2 kuning telur saiz A
- 60g tepung gandum
- 1/2 sudu kecil baking powder
- 1-2 titik pewarna orange
Bahan B
- 2 putih telur saiz A
- 40g gula halus
- 1/8 sudu kecil garam
Bahan C
- 200g cream cheese suhu bilik
- 1 biji telur saiz A
- 50g gula halus
- 1/2 sudu kecil lemon jus
Cara
1. Panaskan oven 160 C. Alas loyang dengan kertas baking dan biar kertas lebih tinggi dari loyang agar senang nak keluarkan kek nanti. Sediakan air mendidih untuk waterbath.
2. Dalam bekas yang sesuai, satukan semua bahan A dan kacau sebati.
3.Putar bahan B sehingga kental/bertanduk.
4.Masukan bahan no.3 dalam no.2 sikit-sikit dan kaup balik hingga sebati. Ketepikan 2 sudu besar dan masukkan dalam plastik bag, gunting sikit hujungnya untuk buat marble.
5. Tuang dalam loyang dan bakar secara waterbath selama 30-35 minit.
6. Sementara menunggu kek masak. Sediakan lapisan cheese.
7. Putar cream cheese hingga sebati, kemudia masukkan gula, putar lagi. Akhir sekali masukkan lemon jus dan telur dan putar sebati.
8. Tuang terus atas kek yang baru dikeluarkan dari oven. Amik bancuhan kek yang diketepikan tadi dan buat garisan memanjang atas lapisan cheese, kemudian tarik turun guna lidi.
9. Masukkan dalam oven dan bakar lagi secara waterbath selama 30 minit. Sejukkan sepenuhnya dan simpan dalam peti selama 8 jam atau semalaman sebelum dipotong.
Selamat mencuba!