Assalamualaikum & salam sejahtera semua...
Cuti krismas kali ni takde ke mana2 pun. Hanya rehat2 kat rumah sambil bereskan kerja2 rumah yang ada. Kerja rumah ni manalah pernah habisnya kan? Lagi2lah bagi ibu2 bekerja macam MaDiHaA ni.. kadang2 ada yang tak sempat nak siapkan pada hari bekerja. Maka... hari cuti macam nilah masanya nak dibereskan semuanya. Biasalah tu kerja orang perempuan memang tak pernah habisnya.
Oklah kita terus ke resepi untuk hari ni pulak ye. Macam biasa jugalah yer.. resepi mudah.com juga untuk hari ni... hahaha... Tak suka nak merumitkan keadaan. Bila balik dari kerja tu.. fikir nak yang mudah je. Kadang2 masak tak dirancang pun, bila balik rumah tengok apa yang ada dalam peti sejuk, masa tulah baru dapat idea nak masak apa. Jadi tak perlu nak susah2 kena pegi kedai beli itu ini..kita masak guna apa yang ada kat dapur & peti sejuk kita tu jer... jangan nak susahkan diri.. yang penting makan sedap siap bertambah2 lagi.. hehe..
Ini antara menu tertunda yang tak tau entah bulan bila MaDiHaA masak ni... sebab resepi mudah... bahan2 tu memang tersimpan dalam kepala aje...
Daging Tumis
Asam
Resepi :
Ratna aka MaDiHaA
Bahan-Bahan
1/2 kg
daging lembu ~ dihiris
1 sudu besar
asam jawa ~ dicampur air & ambil jusnya
2 batang
serai - dititik
garam
secukup rasa
sedikit gula
1/2 cawan
minyak masak
Air secukupnya
untuk empukkan daging
Bahan
dikisar halus
20 tangkai cili kering ~ direbus
20 tangkai cili kering ~ direbus
1 biji bawang
besar
4 ulas
bawang merah
3 ulas
bawang putih
1 inci halia
Cara
menyediakan
1 1. Panaskan minyak masak lalu tumiskan bahan kisar
serta serai ketuk sehingga wangi & terbit minyak.
2 2. Masukkan hirisan daging & kacau sebati
biarkan daging agak kecut. Tambahkan air & masak daging hingga hampir empuk.
3 3. Masukkan air asam jawa, garam serta sedikit
gula. Masak lagi hingga daging benar2
empuk. Sekiranya guna daging yang keras, boleh tambah lagi air & renihkan sehingga
kuah pekat & daging benar2 lembut. Bila dapat kepekatan kuah yang disukai &
cukup garam gulanya, bolehlah matikan api & hidang dengan nasi putih atau
nasi berperisa.
Selamat mencuba!