Saturday, October 30, 2010

Roti Strawberry Oat



























Meroti lagi nampaknya... Sebenarnya meroti ni sebab nak habiskan stok tepong roti yg dah nak hampir ke tarikh luput.. Jadi terpaksalah merajinkan diri.. opss.. merajinkan diri panaskan BM.. hehehehe...

Kali ni aku buat lagi roti yg ada campuran oat macam roti yg lepas memandangkan banyak stok oat kat rumah.. Masih ikut sukatan resepi roti dari Rose Jintan Manis.. Cuma aku tukar bahan2 campuran yg lain memandangkan nak perabis apa2 bahan yg masih ada dlm esbok aku tu... Harap Rose tak marah yer pandai2 akak begger2 resepi roti Rose tu.. Thanks dik untuk resepinya.. roti ni mmg lembut.. harum pula dengan bau strawberry...  Sedap makan cicah nescafe...yum yum...

Resepi asal dari Roti Kismis Prun Quaker Oat ~ Rose Jintan Manis
Diubah suai oleh MaDiHaA

Bahan-bahan ( dapat 9 biji bun)
250 gram tepung roti
1 biji telur
½  cawan strawberry kering ~ hiris kecil2
½  cawan quarker oat
140ml susu segar @ air suam
4 gram yis ( 1 sudu kecil)
2 sudu besar susu tepung
2 sudu besar gula
1 s/k strawberry emulco
1 s/k esen strawberry
2 sudu besar marjerin
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil bread softner atau bread improver (MaDiHaA guna soft improver)

Cara-cara
1. Kalau ade BM tu leh lah masukkan semua bahan, kecuali kismis dan hirisan prune, kemudian pilih menu Dough dan On je, jika takde BM, masukkan semua dalam bekas adunan dan uli hingga tak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut ye.
2. Bila doh dah lembut dan elastik baru masukkan hirisan strawberry kering tadi, uli lagi. Kalau takde BM boleh guna cara Rose ni. Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan.
3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. Bahagi doh pada 9 bahagian iaitu anggaran 70gm setiap satu. Bulat2kan & susun dalam tray 9" x 9" yang telah disapu butter. Biarkan naik sekali lagi, spray dengan air Bakar pada suhu 180 darjah selama 15 ~ 18 minit bergantung oven masing2.
4. Bila dah siap dibakar keluarkan dari oven dan glis dengan marjerin, untuk mendapatkan permukaan yang berkilat.

Friday, October 29, 2010

Muffin Untuk Jamuan d Sekolah Kakak Dini...



























Warna muffin tak sama... sebab aku buat 2 batch.. warna pun dah lari sikit akibat tak sukat betul2... hehe..

Malam tadi buat muffin pandan untuk anak bawa ke sekolah untuk jamuan persatuan bahasanya semasa sessi ko-kurikulum.. Anak pun bgtau last minute... Kalau ikutkan permintaannya suruh aku buat brownies.. Hmm.. serbuk coklat pun takde..  jadi terpaksalah buat sesuatu yg bahan2nya ada dlm simpanan.. Nak keluar mencari bahan2 dah malas sebab dah malam.. Dahlah cik abang takde sebab kerja shift malam... maka godek2 ajelah muffin benda paling senang nak dibuat ni.. hehe.. resepi dah pernah letakkan dulu.. aku buat 4 adunan dari resepi tersebut & hasilnya dapat dalam 51 biji kalau tak silap. Guna paperliners saiz 9.  Buat muffin ni.. ibu hanya dapat tidur selepas pukul 12.30 mlm... nasib hari ni takde pening2 lalat kat ofis.. hehe..

Bihun Goreng Kunyit

Salam Jumaat buat semua... 

Sekejap aje dah nak sampai hujung minggu... Hari ni merupakan hari terakhir anakku menghadapi kertas peperiksaan akhir tahun di sekolah agamanya. Manakala di sekolah kebangsaan pula sudah selesai pada minggu lepas. Harap2.. dapatlah dia buat yang terbaik mengikut kemampuannya... Begitulah perasaan & harapan setiap ibu yang sememangnya lebih risau daripada anak2 yg menduduki peperiksaan.. Hmm.. bercakap pasal anak2 ni.. hari ni nak tayang sikit sarapan pagi semalam.  Bihun goreng kunyit ni kegemaran anak2 mungkin sebab bihun ni tak pedas jadi semua anak boleh makan.. Tak perlulah nak buat 2 versi yang mana pagi2 memang sentiasa terkejar2 nak siapkan sarapan & nak bersiap diri untuk hantar anak ke sekolah, ke rumah pengasuh & pegi kerja... Memasak pun ibarat lipas kudung.. hehehe... Bihun goreng macam ni memang dah menjadi menu biasa bagi kami.. lagipun senang sebab tak payah nak blend2 cili, bawang bagai.. semuanya main hiris2 belaka... memang simple.. tapi yg penting anak2 yg tak tahan pedas suka dengan menu mcm ni...

Resepi yang dah pernah tulis dalam FP tapi kali ni masukkan pula ke blog sebagai rujukan anak2.. bahan2 pun ikut apa yang ada kat rumah masa tu... boleh ditukar ke bahan2 yg lain ikut stok apa yang ada kat rumah..

Bahan2
1 bungkus bihun (400 gm) ~ direndam hingga lembut/semalaman ~ toskan
1 keping dada ayam ~ dipotong kiub kecil (boleh ganti dengan apa2 rencah yg disukai.. spt sotong/udang)
2 bungkus fish ball / 4 keping fishcake ~ dihiris tebal
2 biji telur
¼ biji kobis ~ dihiris halus (sayuran boleh ganti dengan taugeh/sawi/carrot sagat)
1 ketul brokoli ~ potong floret
2 ~ 3 biji cili hijau ~ dihiris (optional)
6 ulas bawang merah ~ hiris nipis
3 ulas bawang putih ~ hiris nipis/cincang
1 kiub ayam/ikan bilis (boleh ganti dengan udang kering tumbuk)
1 s/k serbuk kunyit
1 s/k lada sulah
1 ½ ~ 1 ¾ s/k garam (ikut keperluan masing2 ~ jika anda guna sayur sedikit.. garam perlu dikurangkan)
½ s/k serbuk perasa
2 cawan air
½ cawan minyak masak

Cara2 Memasak
1. Panaskan minyak masak lalu tumiskan bawang putih & bawang merah hingga wangi. Masukkan ayam & kacau2 hingga ayam bertukar warna. Masukkan fishball/fishcake. Kacau2 lagi hingga ayam masak. 
2. Tolak sedikit bahan2 ketepi kuali lalu pecahkan telur & biarkan telur masak. Kacau2 sikit telur biar jadi agak hancur (scramble) & berketul2. Masukkan serbuk kunyit, kiub ayam, serbuk lada sulah, garam & serbuk perasa lalu dikacau rata.
3. Masukkan semua sayuran & air biarkan sebentar. Bila air dah mendidih terus masukkan bihun & cili hijau lalu kacaulah hingga bihun masak. (sambil dikacau boleh potong bihun yg panjang2 dengan sudip agar bihun tak bergumpal semasa mengacau. PERINGATAN : Jangan sesekali rendam bihun dalam air panas utk membuat bihun goreng kerana bihun akan jadi lembik bila menggoreng.)
4. Sedia untuk dihidangkan. Boleh hiaskan dengan hirisan cili & juga hirisan telur dadar... (aku tak buat pun.. tak sempat dah nak menghias bagai.. )









Selamat Memasak!

Thursday, October 28, 2010

Kerabu Umbut Kelapa




















 

Ok sekarang nak update pula resepi yg agak baru dimasak... nak tanya sikit kengkawan semua pernah tak makan umbut kelapa? Bagi keluarga kami (belah aku & belah suami).. umbut kelapa ni boleh dikatakan feberet semua orang. Rasanya yg manis memang sedap dimasak apa saja samada dibuat kerabu, masak lemak maupun acar berempah. Malah boleh dimakan mentah begitu saja.. Tapi.. bukan senang tau nak dapatkan umbut kelapa ni... bayangkan.. untuk mendapatkan umbutnya.. pokok kelapa harus dikorbankan (ditebang) terus kerana umbut tersebut berada pada bahagian puncak pucuknya iaitu bahagian pucuk yg paling muda...  

Jika di Utara popular dengan gulai batang pisang/ gulai rias pisang semasa kenduri kendara, di kg aku & suami pula popular dengan masakan dari umbut kelapa.. memang sering pokok2 kelapa menjadi mangsa tebangan sebab tuan rumah nak hidangkan juadah dari umbut yg menjadi kesukaan ramai ni.. Selain umbutnya diambil.. kelapa tua boleh digunakan utk masak memasak lauk pauk.. kelapa muda pula sudah tentu jadi minuman untuk orang2 yang dtg merewang masa kenduri tu.. Kadang2.. ada juga pokok kelapa yang kami gelar sebagai 'pondan' (maaf ye kalau ada yg terasa plak..) sebab dah besar tinggi pun tak berbuah2.. makanya.. bila tiba tuan rumah nak buat kenduri akan ditebang pokok tersebut utk dptkan umbutnya. Selain pokok kelapa.. pokok kelapa sawit pun boleh juga diambil umbutnya terutama bg penduduk Felda mcm kg aku tu lah.. Kalau dapat umbut dalam 3 pokok pun dah cukup untuk memasak lauk kenduri sebab pokok sawit umbutnya lebih besar. Masa aku kecik2 dulu pula masa tinggal di Rompin, Pahang... pernah juga mendengar orang2 tua pegi mencari umbut nibung & umbut bayas.. Pokok2 tersebut bukan senang nak dicari.. hanya ada dlm hutan sahaja.. Pokok2 yang berumbut yang boleh dimakan semuanya adalah dalam keluarga pokok palma.. tapi harus diingat.. umbut2 ni semua tak sesuai untuk mereka yang ada sakit2 urat saraf & sendi kerana dikatakan dalam kategori sayur yang 'sejuk'!

Berbalik pada tajuk kat atas tu.. umbut kelapa ni cik abang ku beli di pasar pagi di Taman Medan dengan harga RM7.00/kg/½ batang seperti dalam gambar di bawah. Rasanya umbut ni dari pokok kelapa yang masih kecil sebab saiznya yg agak kecil.  Memang berbaloi sebab dah lama rindu nak makan kerabu umbut ni... Anak2 pun semuanya suka termasuklah anak daraku yg kecik itu.. Oklah.. jom kita tengok pula resepi.. Resepi sumber dari mertua.. memang sedap.. lemak2, sikit2 terasa hangat dari lada hitam & manis yg terbit dari umbut tu sendiri.. memang meleleh air liur masa menyediakan.. rasa dah tak sabar2 dah nak meratah.. hihihi..

 













Resepi ini hanya sebagai panduan saja kerana aku ikut sukatan umbut yang aku dpt.. kalau umbut yg u all ada lebih byk dari sukatan aku tu.. so agak2 sendiri jelah sukatan bahan2 yg lain ya.. Resepi ini pun sesuai juga dibuat menggunakan sayur2 yang lain seperti terung bakar (yg kami panggil pecal terung) & mangga muda atau nangka muda yg dicelur..

Bahan2
Umbut kelapa anggaran 1 bekas aiskrim spt dlm gambar (ambil bahagian yg lembut sahaja)
6 - 7 ulas bawang merah ~ ditumbuk halus
1 s/k lada hitam biji ~ ditumbuk halus berasingan
1 ½  sudu besar udang kering ~ direndam & ditumbuk halus
1 cawan santan pekat
2 sudu besar kerisik yg dah ditumbuk (kerisik buat sendiri lebih sedap!)
garam & aji secukupnya



Cara2 Menyediakan
1. Umbut dicelur sehingga lembut kemudian toskan.
2. Gaulkan umbut bersama dengan bahan2 tumbuk yang telah disediakan. Tambahkan santan pekat, kerisik & bahan2 perasa secukupnya. 
3. Gaul rata2 & sedia dihidangkan segera dengan nasi hangat & jika ada ikan masin lagi wallahh!!.

































Selamat Mencuba!

Puding Tembikai

Salam semua...

Masa dok belek2 gambar2 dalam fotopages.. berkenan pulak kat gambar puding tembikai ni.. Buat puding ni untuk berbuka puasa tahun lepas masa ada tetamu dtg bertandang dari Trengganu iaitu tok sedara & anaknya.. sajalah angkut gambar2 lama ni & update kat blog pula sebagai back up.. sayang kalau tak diabadikan ke blog.. mana tau kalau2 fotopages tu nanti akan ditutup terus oleh pengendalinya.. meloponglah jawabnya..!

Resepi ambil dari Myresepi.. tapi mintak maaf byk2 sebab dah lupa dah siapa empunya sebenar... apa2pun terima kasih byk2 untuk resepi yang dikongsikan ye! Dah lama berkenan nak buat puding tembikai ni.. tp tak tau macamana nak buat.. lebih2 bila tengok ada sorang kakak buatkan puding ni utk pencuci mulut masa adik kawin dulu.. nak belajar masa tu memang tak sempat sebab kita sendiri pun dok sibuk buat kerja lain.. mintak resepi kakak yg buat tu pun mcm buat2 lupa aje nak bagi resepinya.. hehehe.. last2 ada aje yg bermurah hati nak kongsikan resepinya kan? Thanksss byk2 pd empunya resepi ini...

Sumber : dari pengirim di My Resepi 


Bahan2
1 bungkus agar2 strip (25 gm/ 30 gm)
2.5 cawan gula pasir/ ikut manis (MaDiHaA guna 1 ½ cwn jer.. pun dah manis bebenor dah)
6 cawan air
4 biji putih telur
pewarna hijau - utk kulit
pewarna merah/kuning - utk isi
sedikit kismis hitam - utk biji
sedikit esen rose (optional) (MaDiHaA masukkan esen vanilla)

Cara Menyediakan
1. Pukul putih telur hingga kembang/meringue (diterbalikkan tak tumpah)
2. Sementara itu, masak agar2 bersama gula dan air sehingga agar2 larut. Masuk esen rose jika suka. (MaDiHaA masak agar2 hingga larut semua baru masukkan gula & esen.)
3. Tapis agar2 ke dlm putih telur dan pukul lagi hingga hampir2 sejuk. (kena pukul agak lama gak ni..)
4. Tuangkan ke dlm bekas bulat. Taruhkan sedikit pewarna merah/kuning ditengah agar2. (MaDiHaA dapat 2 mangkuk sedang.. so boleh buat dua warna)
5. Kacau dgn chopstick/lidi sate sehingga warna serata tapi JANGAN kacau sehingga terkena dasar bekas.
6. Letakkan kismis di permukaan agar2 tadi dan masukkan dlm fridge. (boleh tolak sikit kismis2 kat permukaan tu biar termasuk sikit dlm agar2 td.. pastu tabur lagi kismis di permukaannya.)
7. Bila agar2 dah sejuk, keluarkan dr bekas dan terbalikkan lalu disapu pewarna hijau sbg kulit.
8. Potong dan hidangkan.


Selamat Mencuba!

Wednesday, October 27, 2010

Kuih Tepong Bunga


Lagi update kuih yang dibuat untuk berbuka masa bulan puasa hari tu.. hehe.. selagi belum abis stok gambar2 masakan masa bulan puasa tu.. selagi tulah kena update jugak untuk koleksi dlm blog ni.. senang lenkali anak2 atau diri sendiri nak rujuk semula...

Dah lama jugak tau kewujudan kuih ni terutama di sebelah Pantai Timur.. tapi belum pernah merasa apalagi nak buat sendiri.. masa tengok dulu tu belum terbuka hati lagi nak buat.. Tapi bila tengok kat blog kak Nor Secubit Garam tiba2 macam teringin pulak nak cuba. Lagipun resepinya amat senang.. bahan2 pun simple yang amat.. maka buat lah juga.. sedap jugak buat kunyah2 depan tv.. hehehe.. rasanya ada sedikit persamaan mcm kuih getas2 cuma kuih tepong bunga ni tak dicampur kelapa & hanya ditabur gula...

Terima kasih Kak Nor kongsi resepi kuih ni ye. Kalau tak silap resepinya Kak Nor dapat dari Ibu Tiri Kak Nor (tolong betulkan kalau sy salah ye kak!). Saya C&P pula resepinya kat sini.. halal ye kak.. sy memang suka kumpul resepi kuih2 tradisi nih.. hehe..


Sumber : http://secubitgaramnor67.blogspot.com/
Bahan2
1 ½ cawan tepung pulut
¾ cawan (180ml) santan pekat (MaDiHaA tak sukat.. tp main agak2 je sambil uli)
½ st garam halus
2 bj telur (guna sebiji pun dah cukup)
minyak utk goreng
gula utk tabur (MaDiHaA guna gula kastor)

Cara2 Membuat
Gaul tepung pulut dgn santan & garam hingga sebati sampai boleh membentuk bola,
tak melekat kat tangan dan bekas ( cam jd berkilat skit ~ seperti doh buah melaka)
Pastu gentel sebesar guli hingga habis.
Pecahkan telur dan kocok/pukul hingga sebati.
Panaskan minyak dan leperkan sebiji adunan td atas tapak tangan, jd sebesar duit siling 50.
Celup dlm telur dan goreng sampai golden brown dan toskan.
Hidangkan dlm piring dan tabur gula.
Siap

Selamat Mencuba!

Ikan Patin Masak Tempoyak

Sesekali layan menu orang Temerloh plak ye... hehehe.. Bebaru ni cik abang ku beli ikan patin ni sekor.. separuh ku gulai tempoyak & separuh lagi digoreng garing & buat sambal cilipadi pedas2... Kalau masak tempoyak.. aku tak berapa suka sangat.. tapi yang disambal pedas2 dengan cili padi tu boleh gaklah layan tapi sikit2 jelah... Tak tau kenapa tekak ni tak berapa boleh terima ikan patin ni.. bukan nak sombong dengan ikan sungai.. sebabnya ikan2 sungai yang lain aku boleh makan.. tapi dengan patin ni tak berapa sangatlahh.. kalau masak patin lebih2 kalau digulai tempoyak.. jawapnya.. cik abang sorang jelah yg makan.. hehehe..

Resepinya ikut cara mertua ku yer.. maklumlahh.. kalau belah family aku bab2 ikan sungai ni memang tak pandai sangat... belah mertua memang terer ler maklum ler rumah pun dekat dengan sungai.... hehe..

Bahan2
1 ekor ikan patin ~ potong & bersihkan
1 sudu besar asam jawa
20 ~ 30 biji cili padi (bergantung kepedasan yg anda mahu)
1 buku kunyit hidup (lebih kurang 2 inci)
3 sudu besar penuh tempoyak
1 helai daun kunyit atau daun kesum (mana2 pun boleh)
1 kuntum bunga kantan..
air secukupnya
garam secukupnya

Cara menyediakan
1) Ikan patin dibersihkan & digaul dengan sesudu besar asam jawa yang diramas bersama sedikit air. Biarkan seketika sebelum dibilas bersih.
2) Tumbuk cili padi, kunyit hidup hingga lumat.. masukkan tempoyak dan tumbuk & adun rata.
3) Masukkan bahan tumbuk dalam periuk dan bancuh dengan air. Masukkan air secukupnya.
4) Jerang di atas api lalu dimasukkan daun kunyit atau kesum dan bunga kantan serta garam secukupnya.
5) Masukkan ikan dan masak hingga ikan masak & secukup rasa. Kepekatan kuah ikut selera masing2 ye.

Ini yang dimasak dah lama dulu... versi yg agak pekat.. kat atas tu versi agak cair.. ikut selera masing2lah ye..
Selamat mencuba!

Tuesday, October 26, 2010

Roti Kismis Prun Quaker Oat

Beberapa hari lepas buat roti ni untuk breakfast... Simpan resepi dah lama dah.. tapi tertunda2 dek kesibukan. Entah apa yg sibuk sangat kat rumah tu pun tak tau ler.. maklum ler.. siang bekerja.. mlm pulak bergegas jalankan rutin harian sebagai suri rumah pulak.. kerja orang perempuan kat rumah tu.. kalau nak disiapkan.. sampai pukul 12 tengah malam pun tak siap2 kan? Lagi2 untuk ibu2 yang bekerja.. mmg byklah tugas2 yg hanya dapat dibuat selepas pulang dari kerja ataupun pada cuti hujung minggu itupun berselang selikan dengan melayan kerenah anak2.. kecualilah ibu2 bekerja yg punya maid kat rumah.. hehehe.. (nak employ maid kami tak mampu.. nasib badanlah kan.. hehehe)

Okeylah.. resepi ni aku ambil dari blog Rose Jintan Manis.. terima kasih ye Rose... juga dikenali sebagai Onigiri dalam Myresepi.. Sedap roti ni.. lembut je teksturnya walaupun dah sejuk.. tapi dengan syarat kenalah simpan dlm bekas bertutup atau plastik dengan kemas.. jangan biarkan terdedah pd udara.. Rose buat dalam bentuk loaf.. tapi aku buat jadikan bun aje.. senang anak2 nak ambil tak payah nak potong2.. mintak halal ye Rose akak copy & paste resepi kat blog akak...

Sumber : http://jintanmanis.com/roti/22-rotikismispurnequakeroat (Rose Jintan Manis)

Bahan-bahan ( satu sandwish loaf )
250 gram tepung roti (tepong high protein)
1 biji telur
½ cawan kismis
½ cawan quarker oat
4 biji dry prune ( dipotong nipis)
140 ml susu segar @ air suam
4 gram yis ( 1 sudu kecil)
2 sudu besar susu tepung
2 sudu besar gula
2 sudu besar marjerin
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil bread softner atau bread improver (MaDiHaA guna 1 s/k bread soft improver (2 in 1))

Cara-cara
1. Kalau ade BM tu leh lah masukkan semua bahan, kecuali kismis dan hirisan prune, kemudian pilih menu Dough dan On je, jika takde BM, masukkan semua dalam bekas adunan dan uli hingga tak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut ye.
2. Bila doh dah lembut dan elastik baru masukkan kismis dan hirisan prune tadi, uli lagi. Kalau takde BM boleh guna cara saya ni Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan.
3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. Bahagi doh pada dua bahagian dan lipat tiga, letak di dalam sandwish loaf. Biarkan naik sekali lagi, spray dengan air. Bakar pada suhu 180 darjah selama 25 minit.
4.Bila dah siap dibakar keluarkan dari oven dan glis dengan marjerin, untuk mendapatkan permukaan yang berkilat.
5.potong roti sandwish ikut kepingan yang disukai, tak kisah nak potong 8 ke 6 ke 5 ke jangan terlalu nipis ye.
6.kalau doh nak dijadikan bun boleh juga, tapi kena kurangkan masa membarkar tu jadikan 20 atau 18 minit je (MaDiHaA bakar 15 minit aje ~ suhu 175C), yang pastinya roti ni memang mengenyangkan.



Selamat mencuba!

Cendawan Tumis Air


Cendawan salah satu sayur feberet kami sekeluarga... masak sekilo pun boleh habis anak beranak.. huhuhu... buat masa ni.. cuma si kecik je tak reti lagi makan cendawan mungkin sebab cendawan tu berurat mcm tu.. so bila dia kunyah agaknya susah dia nak melumatkan cendawan tu agaknya.. (sebab tu kalau masak kena campur carrot sebab si kecikku Alin sangat2 suka dengan sayur lobak merah ni... dah kategori peminat carrot tegar)  Kalau masak pulak.. tak kisah samada di tumis macam ni ataupun sup, campur dalam tomyam, masak kacau goreng ataupun digoreng deep fry... semuanya laku... nampaknya ayah kena buka kebun cendawan nih.. hehe..

Resepi sempoi aje..

Bahan2
500 gm cendawan tiram ~ yg besar2 tu disiat2 kecil
1 batang lobak merah ~ potong ikut suka ~ cuci bersih
½  kiub bilis
garam & perasa
sedikit renjisan lada sulah
sedikit minyak untuk menumis
Air untuk kuah (tak perlu banyak kerana cendawan akan keluarkan airnya sendiri)

Bahan ditumbuk halus
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang  putih

Cara Memasak
1. Cendawan dicuci bersih & perah air yg menyerap.
2. Panaskan minyak lalu tumiskan bawang yg ditumbuk. Masukkan air, kiub bilis & biarkan mendidih.
3. Masukkan carrot & diikuti cendawan biar mendidih. Perasakan dengan garam, serbuk perasa & lada sulah secukupnya. Siap utk dihidangkan.

Monday, October 25, 2010

Paru Sira Pedas

















Jarang benar aku masak organ dalaman mcm paru nih... tapi bila mr. hubby beli.. terpaksa jugaklah memasaknya... Dari segi rasa.. masih boleh diterima tekak benda2 mcm ni.. cuma.. dari segi kesihatan.. tak berapa elok sangat makan organ dalaman haiwan ni.. terutama bg yg ada masalah darah tinggi, kolesterol tinggi, gout & sebagainya... kalau teringin jugak nak makan.. rasa sikit2 sudahlah.. hehehe..

Untuk resepi paru kali ni.. aku masak sira pedas kering2 aje sebab hubby cakap dia lebih suka kalau paru tu rangup2 sikit.. uihhh.. tak dapat ler nak bagi rangup sepenuhnya.. sebab bukan senang nak hiris nipis2... selalunya aku masak paru ni bersambal & basah2 sikit.. tp sira kering2 & pedas2 mcm ni not bad jugak...

Resepi jika ada yang ingin mencuba..

Bahan2
800 gm paru
garam & serbuk kunyit secukupnya
1 s/k gula
1 s/k garam
½ s/k serbuk perasa
1 keping asam gelugur
Minyak masak secukupnya


Bahan2 Ditumbuk Halus
10 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
30 biji cili padi
1 inci kunyit hidup

Cara2 Menyediakan
1. Paru dibersihkan & potong ke bahagian lebih kecil (jangan kecil sangat) & rebus hingga bertukar warna & masak anggaran 30 minit.
2. Toskan paru & sejukkan. Bila dah sejuk, hiris paru nipis2 mengunakan pisau yang tajam. Gaul hirisan paru dengan serbuk kunyit & garam.
3. Panaskan minyak yang banyak lalu gorengkan paru sehingga garing. Angkat & toskan. (Goreng kepada 2 atau 3 kali.. jangan gorengkan sekaligus nanti paru lambat garing).
4. Dalam kuali yang lain panaskan sedikit minyak. Tumiskan bahan2 tumbuk hingga wangi. Masukkan asam gelugur, garam, gula & aji. Gaul rata. Masukkan paru goreng tadi dan digaul rata2.. Hidangkan panas2 ketika masih rangup.





















Selamat mencuba!

Friday, October 22, 2010

Rendang Percik Ayam

Ada masa terluang sikit.. so update resepi lauk pulak... lauk yang dimasak dah berkurun lamanya.. hehe.. biasalahkan.. kesibukan terlampau masa lepas2 raya tu.. tengok sajalah entry bulan lepas.. cuma ada 4 entry saja.... kata orang Trengganu.. 'dok dang sokmo'.. (sering aje tak sempat) hehehe...

Resepi ringkas saja... idea datangnya dari makcik ku... tapi nama resepi ni aku sendiri yang reka sebab masakan ni persis seperti percik.. cuma tak perlu dibakar ayam tu.. lebur saja seperti kita merendang ayam..


Bahan2
1/2 ekor ayam ~ potong kecil spt nak buat rendang
5 batang serai ~ hiris nipis2
5 sudu besar cili kisar
1 sudu kecil halba
2 sudu kecil gula merah/gula perang
1 keping asam gelugur yg kecil
3 cawan santan atau secukupnya
garam & serbuk perasa secukupnya
minyak untuk menumis


Bahan2 Dikisar Halus
2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia

Cara2 Memasak
1. Panaskan sedikit minyak lalu tumiskan bahan2 kisar serta serai hingga wangi.
2. Masukkan ayam, garam, gula merah, serbuk perasa & halba. Kacau sebentar agak2 ayam bertukar warna, masukkan santan & asam gelugur. Kacau sentiasa hingga kuah pekat & ayam masak.
3. Hidangkan panas2 dengan nasi putih atau pulut kuning.

Selamat mencuba!

Laksa Lemak


Salam Jumaat semua....


Masa SIL (yg bagi mangga muda tuh) datang beraya tempohari.. sempat gak aku buat laksa lemak untuk dia.. Sebenarnya memang tekak ni teringin nak makan.. tak puas makan laksa lemak masa pegi  beraya rumah sepupu kat Trengganu aritu (cerita ada dlm fotopages).. buat utk SIL ni pun dah 2nd time ler..  kira dah berturut hari jugaklah buat laksa ni.. sebab hari sebelumnya tu dah buat dah sekali.. siap boleh bagi kat jiran lagi... anak2 tak cukup mintak dibuat lagi.. disebabkan ikan rebus masih banyak.. aku pun buatlah lagi 2nd time.. alang2 SIL pun nak dtg dgn kawannya... kawannya pulak ore Kelate... memang molek benarlaa..  kawannya siap makan laksa dengan tangan lagiiii... memang gitulah cara orang2 tua dulu2 belah Trengganu atau Kelantan makan laksa lemak ni.. arwah ayah aku dulu pun lebih suka gunakan tangan bila makan laksa lemak ni... org2 muda zaman skrg je yg akan rasa pelik bila nampak org mkn laksa guna tangan lebih2 yang dok kat bandar ni.. hehe..  hmmm.. kalau sapa2 makan laksa lemak guna tangan tu.. kiranya memang piorlah dia tu org Trengganu / Kelantan..  hehehe..  Nak tau kenapa makan laksa lemak kena guna tangan? Sebab... senang nak perah asam limau & nak hancurkan & gaul belacan dalam kuah tu.. hehehehe...

Resepi ni sangat mudah.. ada macam2 versi jugak.. tak kisah.. yang penting sedap..
Bahan2
1 kilo laksa segar ~ rendam dalam air panas seminit kemudian di toskan.
atau
1 pkt laksa kering ~ direndam dan direbus hingga lembut
atau
boleh juga buat laksa sendiri... (lom pernah wt sendiri laksa... cuma pernah tgk ma buat dulu2)

Bahan2 Kuah Laksa
600 gm ikan kembung/ikan selayang ~ bersihkan & rebus + 3 keping asam gelugur + 1 s/k garam + 1 cwn air
6-7 ulas bawang merah ~ belah 4
2 sudu kecil lada hitam ~ tumbuk halus (boleh ganti dgn lada sulah jika nak kuah cantik)
1 biji kelapa/ 1/2 kg santan pekat + air lagi ~ ambil santan secukupnya (agak2 ikut kepekatan kuah)
2 keping asam keping
1 kuntum bunga kantan ~ belah 4 (optional)
garam & serbuk perasa
tambah air ikut kepekatan kuah

Bahan2 Ulam & Sampingan Yang Lain
Belacan bakar
Garam halus
Cili kering + cili merah giling (MaDiHaA blend jer)
Timun ~ hiris halus memanjang
Kubis ~ hiris halus
Taugeh ~ buang akar
Kacang Panjang ~ hiris halus (takde stok)
Limau nipis 

Cara2 Menyediakan Kuah Laksa
1. Asingkan isi ikan dari tulangnya.  Kisar isi ikan + bawang merah + air sikit hingga halus.  Tuang dalam periuk.
2. Jika suka.. boleh blend tulang/kepala ikan rebus tadi dengan air & tapis 2 kali sebelum dimasukkan ke dalam periuk kuah.  Jika tak suka.. abaikan step ini.
3. Masukkan santan ke dalam periuk secukupnya. (Jika masih pekat boleh campurkan lagi dengan air)  masukkan dlm periuk kuah tadi asam gelugur, bunga kantan serta garam & perasa.  Masak hingga mendidih & secukup rasa sambil sentiasa dikacau. Tutup api dan sedia dihidangkan.


Nota MaDiHaA :  Semasa nak makan laksa... taburkan atas laksa dengan ulaman, cili & sikit belacan.  Perahkan asam limau & hancurkan belacan dalam pinggan kemudian digaul rata. Rasakan masinnya.. jika kurang masin.. boleh tambah lagi serbuk garam sebelum makan. Kalau ikut cara orang Trengganu atau Kelantan.. semasa masak kuah tak perlu letak garam.  Garam diletak semasa nak makan. Maksudnya.. sapa nak makan.. kena ambil sendiri garam ikut citarasanya sendiri. Tapi dalam resepi tu MaDiHaA terus masukkan garam.. & jika ada sesiapa yang 'kuat masin' bolehlah tambah lg garam semasa atas darat.


Selamat Mencuba!!

Thursday, October 21, 2010

Sambal Pedas Jering Cambah

Salam..

Syukur alhamdulillah.. gambar2 dlm PC masih dapat diselamatkan walaupun window corrupted. Sib baik budak IT ni backup semua fail2 yang ada termasuk fail2 peribadi yg ada gambar nih.. hehehe.. Jadi dapat ler aku update semua gambar2 a.k.a masakan yg aku masak ni... Masakan ulang tayang sebenarnya.. cuma belum masuk resepinya kat blog.. kat FP pun rasanya belum masuk kot.. yg ada kat sana versi campur tempoyak.. dua2 versi pun best.. anak sulung ku pun suka walaupun dia tak makan jering ulam.. Jom tengok resepi mana tau ada yang teringin nak mencuba.. Tapi nak ingatkan ye.. jering yang digunakan bukan jering muda yg baru dikupas kulitnya tu.. ini adalah jering cambah atau pun jering tua yang ditanam dlm pasir hingga beberapa minggu kemudian barulah boleh dimasak.. Boleh dicari di pasar2 pagi, pasar tani & kalau di PJ ni kat Pasar Besar PJ kat Old Town tu pun ada jual kat bahagian jualan sayur2 kampong. Rupa jering ni dah takde kulit tebalnya tu.. & kadang2 pada isi jering ni ada akarnya sikit.. yelahh.. kan jering ni dah kena tanam.. sebab tu dia berakar.. Tujuan di tanam tu supaya jering tua yang keras tu menjadi rangup semula.. nak buat ulam pun boleh.. 

Ok.. hari ni layan menu kampong yer.. thanks to my hubby & MIL yang perkenalkan resepi best nih.. 


Bahan2
30 keping jering cambah/ jering tanam (30 keping tu maknanya dari 15 biji jering)
segengam ikan bilis - dikopek bersih
1 biji bwg besar - hiris bulat 
1 keping asam gelugur
garam, gula & perasa secukupnya
minyak secukupnya 


Bahan2 Ditumbuk Halus
15 - 20 biji cili padi (boleh lebihkan jika nak lebih pedas)
2 ulas bwg putih
6 ulas bwg merah
1 cm kunyit hidup

Cara2 Memasak
 
1. Jering dibersihkan. Buang bahagian kulit arinya jika ada & buang juga jika ada bahagian yg busuk/warna coklat tua. Basuh bersih jering & tos. Hiris atau sagat nipis jering tadi seperti dalam gambar kemudian dibasuh & tos.


1. Panaskan minyak (agak banyak) dan goreng jering yang dihiris hingga layu & nampak masak. Angkat, tos dan ketepikan.
2. Gunakan minyak yang sama & gorengkan ikan bilis yang siap dikopek hingga garing. Angkat & ketepikan.
3. Masih gunakan minyak yang sama tetapi kurangkan sedikit minyaknya.  Tumiskan bahan2 tumbuk tadi. Tumis hingga wangi & masak. 
4. Masukkan asam gelugur, bawang besar hiris dan kacau2. Masukkan ikan bilis, jering goreng tadi serta gula, garam & serbuk perasa dan kacau bagi rata.
5. Rasakan apa yang kurang jika perlu boleh ditambah.
6. Sedap dimakan dengan nasi putih atau nasi lemak...

Selamat mencuba!

Monday, October 18, 2010

Serimuka Labu

Masih lagi update gambar2 lama... pc sendiri belum lagi keluar dari 'klinik'.  Tak pastilah gambar2 dlm pc tu masih boleh diselamatkan atau tak.. huhuhu.. so buat sementara waktu... kita update dulu gambar2 lama ni ye...

Ini resepinya jika ingin mencuba..

Sumber : MaDiHaA
(loyang 24 cm)

Bahan2 Lapisan Bawah


2 pot beras pulut (sukat guna pot rice cooker) ~ cuci bersih & rendam 3 jam kemudian tos
2 ½ pot santan pekat
1 ½ sudu kecil garam halus (bancuh dalam santan hingga larut)

Bahan2 Lapisan Atas

250 gm isi labu kuning (timbang isi saja) ~ rebus empuk & tos (sejukkan sebentar)
1 ½ cawan gula pasir (MaDiHa letak 1 cawan jer.. ikutlah selera puan2 nak manis or tak)
1 cawan tepung gandum
3 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung beras
1 ½ cawan santan pekat
3 biji telur (gred A)
½ sudu kecil garam (utk menaikkan rasa lemak)

Cara2 Menyediakan

1. Panaskan periuk pengukus hingga mendidih (pastikan airnya mencukupi).
2. Masukkan beras pulut & santan yang dibancuh dengan garam ke dalam loyang (saiz 24 cm). Kacau sebati & ratakan permukaannya. Kukus selama lebih kurang 20 - 25 minit (hingga pulut masak). Bila masak tekan2 sedikit pulut biar padat kemudian perlahan2 cakar2 permukaan pulut menggunakan garfu.
3. Sementara menunggu pulut masak, lecek labu rebus hingga lumat. Campurkan labu lecek tadi dgn santan, gula, garam & telur lalu dikacau rata (guna whisker). Masukkan tepung gandum sikit demi sikit sambil dibancuh rata. Masukkan pula tepung jagung & tepung beras & kacau rata.
4. Tuangkan ke dalam kuali dan masak sekejap dengan api yg sederhana sambil dikacau2 sentiasa menggunakan whisker. Agak2 dah pekat mcm susu pekat manis tu bolehlah ditutupkan api.
5. Pastikan diatas lapisan pulut tiada air yg menitik (kalau ada.. lap dulu dengan tuala dapur yg bersih). Semasa pulut masih panas2 tu.. tuangkan bancuhan labu tadi ke atas pulut dan sambung lagi mengukus selama 20-25 minit atau hingga masak. (setiap 7 - 10 minit buka penutup kukusan berhati2 utk membuang air wap yg melekat pd penutup / boleh juga balut penutup periuk kukus dengan tuala yang bersih.
6. Sejukkan kuih sehingga benar2 sejuk sebelum dipotong.

Selamat mencuba!

Friday, October 15, 2010

Bingka Roti Berjagung


Salam..

Hari ni masukkan n3 kuih yg dah lama buat ni.. ambil dari FP ku itu.. Tiba2 pc ada problem pulak.. so tak boleh nak buka gambar2 terbaru yg ada kat dalamnya.. entah2 dah terkena virus malware?? huhuhu.. so.. update guna gambar2 lama sajalah.. ini pun pinjam pc member.. hehe..

Sumber : Chef Azimah Mansor (dari FP Kak Rinn)

Bahan-bahan:
3 biji telur
150gm gula castor
100gm mentega (dicairkan)
1/2 tsp garam halus
300gm roti
200gm tepung gandum
1 liter santan (atau 1 liter susu segar atau 500ml santan + 500ml susu segar...... )
200gm jagung krim dlm tin

Cara-cara:
1. Pukul sebati telur dan gula. Masukkan mentega cair, diikuti santan atau susu segar, tepung gandum dan garam halus.
2. Carik-carikkan roti dan masukkan dalam adunan tadi. Rendam selama 15min-20min.
3. Masukkan jagung krim dan kacau sebati.
4. Sapukan mentega pada loyang bingka dan alaskan dasarnya dengan kertas kek.
( Guna loyang biasa pun boleh ...)
5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180 darj celcius selama lebih-kurang sejam.
Selamat Mencuba!

Thursday, October 14, 2010

Homemade Jeruk Mangga




Ada masa sikit ni.. updatelah sikit lagi.. hehehe..

Lama dah sebenarnya buat jeruk mangga ni..

Masa adik ipar datang beraya dari Kajang tempohari dibawanya 4 biji mangga muda nih.. nak makan gitu rasa macam tak berapa nak sangat sebab masa tu baru lepas period.. selalunya seminggu nak period tu memang teringin bebenor nak makan asam.. tp kalau dah lepas tu memang tak rasa teringin pulak dengan asam2 ni.. so sebab nak selamatkan mangga ni dari kecut dlm peti ais tu.. aku pun buatlah jeruk...... jeruk sempoi je nih.. takde guna sebarang pengawet macam jeruk2 yang terjual kat kedai2 tu... tapi sedapp.. sapa2 nak tu.. mintak maaflah yek sebab dah abis dah pun.. hehehe..


















Bahan2
4 - 5 biji mangga muda (mangga ni agak besar jugak.. so.. kalau buat guna mangga kampong tu.. kena pandai2 agaklah sukatan utk gula tu yek)
7 ~ 8 biji cili padi ~ dibelah dua (nak lebih pedas.. hiris halus2 yekk)
1 3/4 cawan gula pasir
2 ~ 3 sudu kecil garam
3 sudu besar cuka

Cara2 Menyediakan
1. Kupas mangga & hiris saiz kesukaan. Tapi kalau boleh elok kecik2 sikit supaya mudah menyerap dengan bahan2 lain. Cuci mangga yang dihiris & tos biar betul2 kering.
2. Masukkan hirisan mangga dalam balang. Masukkan gula, cili padi, garam & cuka. Goncang2 sikit biar sebati. Biarkan mangga tu selama 2 malam. Kemudian bolehlah di nikmati bila terasa nak makan asam.. hehe..

Nota MaDiHaA: Selepas diperam 2 malam.. jeruk mangga mestilah disimpan di dalam peti ais supaya lebih tahan lama kerana jeruk ni tak gunakan sebarang pengawet tambahan. Kalau rasa balang yg digunakan tu besar sangat (tak muat petiais).. transfer je ke dalam tipuware pun boleh gak..


Dah tinggal byk ni baru teringat nak ambik gambar dari balang.. hehe..

Selamat mencuba!

Kuih Puteri Mandi



Salam...

Baru berkesempatan nak masukkan n3 kuih yang dibuat sekali dengan nasi tomato tempohari. Sebenarnya dah lama tak buat kuih ni.. kalau dulu2 masa anak dara memang selalu buat tiap kali bulan puasa. Sekarang ni malas nak buat sebab takut takde yg suka kat rumah tu.. maklumlah.. kuih orang lama2... tak berapa glemer plak tuh.. Buat aritu pun sebab ma & adik2 ada kat rumah.. Bila dah buat rupa2nya.. suami dgn anak2 suka pulak mkn kuih ni.. sampai mintak buat lagi lepas tu.. hehe.. ini salah satu kuih tradisi pantai timur gak ni.. tak tau kenapa dipanggil nama Puteri Mandi.. orang tua2 dah sebut itu namanya.. kita mengikut ajelah.. ada jiran Kelantan sebelah rumah ma kat kampong pulak panggil kuih ni Kemek Hidung... hehehe.. nak tergelak pun ada.. tp ada logiknya jugak sebab kuih ni dikemek2kan sebelum direbus.. hehehe.. ok.. share resepi mudah kat sini utk rujukan anak2 daraku & teman2 yg teringin nak mencuba...

Bahan2 inti
Setengah biji kelapa parut putih yg sedikit muda (kalau boleh kelapa berkulit hijau)
Gula nisan/melaka (ikut manis yg disukai)
1 - 2 cawan air
secubit garam
gula pasir jika perlu.
Sehelai daun pandan ~ cuci & simpul

Bahan2 doh
300 gm tepung pulut
sedikit air kapur
sedikit garam (bancuhkan dlm air)
air secukupnya utk menguli

Cara2 menyediakan
1. Sediakan terlebih dahulu intinya. Masak air bersama daun pandan, gula nisan/gula melaka hingga larut. Tambahkan secubit garam & kelapa parut. Masak hingga inti agak2 kering tetapi masih lembablah yer… mcm buat inti kuih ketayap / kuih koci tu ler. Sekiranya perlu lebih manis boleh tambah gula pasir. Ikut selera masing2. Bila dah masak biarkan dok dalam kuali tu (ketepikan dahulu)
2. Sediakan pula bahagian dohnya. Dalam satu mangkuk, campurkan tepong pulut, air kapur & air yg bercampur garam dan uli hingga menjadi doh yg lembut.

3. Jerang air dalam setengah periuk. Biar mendidih. Sementara tu bulat2kan doh sebesar guli (atau besar sikit lg) & picit sedikit tengahnya biar nampak kemek (seperti dalam gambar). Bila dah siap semua.. masukkan bebola yg dipicit tadi ke dalam air mendidih dan tunggulah hingga ia timbul menandakan doh tersebut sudah masak. Angkat & tos sebentar kemudian terus masukkan dalam inti dalam kuali tadi. Gaulkan rata2 & bolehlah dihidangkan.
Selamat Mencuba!

Wednesday, October 13, 2010

Tempahan yang lepas2...

Salam semua..

Pagi ni nak update dulu gambar2 tempahan/order yang lepas2. Yang lepas2 tu termasuklah order2 masa dalam bulan puasa yang lalu.. yupppp!! terlambat sudaaa.. hehehee... Maaflah semua customer2 ku kerana dok peram gambar2 ni lama sangat. Entah.. bila tiba bab gambar2 order ni selalu je delay2... padahal... inilah salah satu punca rezeki.. aduhh... i'm so sorry...... bukan tak hargai customer.. aku sangat2 hargai customer2 ku semua yang telah sudi mengorder.. cuma masa saja yang tak menyebelahi ku.. harap maaf semua yek.. (hmm... aku rasa.. mungkin salah satu punca aku macam malas nak update order2 ni sebab produk2 ku ini kalau ditayangkan berkali2 pun nampak macam serupa & takde apa yang menarik kot... lainlah kalau gambar2 kek or cuppies yg berhias comel & berlainan rupa & corak dekorasinya tu.. sure bangga nak tunjukkann???? betul tak?? ni balik2 gambar tempeyek.. balik2 gambar karipap frozen... karang ada pulak yg jemu memandang.. hahahahaha)

Okay.. inilah dia order2nya kita mulakan dengan order yang terbaru yer...
Order dari my auntie (Sujah) untuk makan2 untuk majlis kat rumahnya. TERIMA KASIH Sujah! Oh ya.. yang satu tray tu I tak charge ok... sesekali bersedekah.. hehe..
1 tray puding marbel untuk majlis marhaban kat rumahnya pada malam 1/10/2010.
1 tray lagi puding marbel untuk open house pada 3/10/2010.




8/8/2010
Order dari Sharniza (UITM Shah Alam) 5 peket karipap frozen. TERIMA KASIH!



Yang ini pulak.. order dari jiran ku Laily 4 peket & tauke kek kita tu.. Kak Jasmeen 4 peket & Kak Norizah 5 peket.. dua2 dari Shah Alam. THANKS YOU ALL!!



15/8/2010 (5 hari puasa nih)
Order dari Linda, Shah Alam. 1 tray kuih lapis pisang & 2 peket karipap frozen. THANKS Linda sudi order dengan akak ye..



15/8/2010
Order dari Mak tua (kawan my auntie) 6 peket karipap frozen. TERIMA KASIH ye sudi order.



20/8/2010
Order dari Suhaidi (kawan husband)~ 2 peket karipap frozen & 1 peket tempeyek. TERIMA KASIH sudi mencuba.



Kat bawah ni pulak.. order2 tempeyek/rempeyak dari customer khas untuk aidilfitri. TERIMA KASIH kepada semua customer yg sudi order. Ada yang dari dekat ada yang dari jauh.. alhamdulillah & MaDiHaA harap tempeyek/rempeyek tersebut memenuhi citarasa kalian semua ya.. Takut jugak ni jadi dealer sebab time orang order banyak2 ni bimbang juga kalau2 kualiti rasanya 'lari' sikit dari tempeyek time orang order sikit2.. hopefully memuaskan hati semua pihak.

Gambar ni hanyalah 1/3 bahagian dari order2.. Tak boleh nak ambil stok tempeyek ni sekali gus.. tak muat kereta & takde tempat nak letak kat rumah tu... so.. ambil sikit2 bergantung pada tarikh customer nak collect. Lagi 2/3 bahagian tak ambik gambar.. cos nampak sama jer... malas ler..

Senarai mereka yang mengorder tempeyek/rempeyek
1. Liza (Amar Aniza dari PJ) ~ 4 peket
2. Laily Nuar (my neighbour) ~ 10 peket
3. Hajah Ra'aida (dari Kemaman) ~ 15 peket
4. Wati (dari Kepong)~ 3 peket
5. Kak Yati (dari Damansara) ~ 4 peket
6. Nurul/Fafau (Mrs. Fathi dari Meru) ~ 4 peket
7. Sujah (my auntie) ~ 5 peket
8. Rubiah (my cousin) ~ 6 peket
9. Nurlidya (dari KL) ~ 20 peket
10. Azue ATZ (dari Puchong) ~ 3 peket
11. Guru2 sekolah Puchong (kawan isteri my bos ~ repeat order) ~ 15 peket
12. Ida Marlida (my cousin) ~ 43 peket (utk mkn sendiri & jual balik)
13. Aima (dari TTDI) ~ 4 peket
14. Linda (dari Shah Alam yang order kuih lapis kat atas tu) ~ 2 peket
15. Noriha Udin (dari Klang) ~ 4 peket
16. Norwati (dari Klang) ~ 1 peket


Ini pula popia daging order dari :
1. Cikgu Hajah Roszana (dari Meru) ~ 5 botol
2. Ustazah (ustazah sekolah agama anakku.. lupa dah namanya.. ) ~ 1 botol
3. Linda (dari Shah Alam) ~ 1 botol (kalau tak silap.. sebab tak catit!)
5. sapa lagi ni yekk.. dah lupa dah.. sorry!!!
TERIMA KASIH kepada semua yang sudi order!!



Kepada customer yang order karipap frozen untuk bulan puasa baru2 ni yang terpaksa ku batalkan... aku MINTAK MAAF BANYAK2 yerkk.. Bukan tak sudi nak buat.. tapi masa betul2 tak mengizinkan. Maklum sajalah.. bulan puasa time tulah nak prepare mcm2 untuk persiapan raya anak2. And then.. my mom pula datang kat rumah ku selama seminggu.. so takkan aku asyik nak sibuk dengan karipap ajekan.. nak jugak bawak mak ke mana2 time weekend.. dahlah aku cuma sempat buat karipap time weekend aje.. so.. terpaksa batalkan order2 kalian. Lagipun.. memang dari awal dah cakap.. akan cuba buat jika sempat.. so.. dah tak sempat.. apa boleh buat kan.. so harap u all tak kecik hati okey.. terutamanya Along Ayu. Lepas raya pun dia ada order lagi kuih tp terpaksa tolak sebab ada hal lain.. maaf ye Along Ayu.

Ok itu saja untuk update order & celoteh panjang dari aku hari ni..

Monday, October 11, 2010

Award dari Tie



Baru berkesempatan nak ambil & tepek award yang aku dapat dari Tie http://watiyusof.blogspot.com/

Terima kasih ye Tie sebab sudi bagi award ni.. rasanya macam tak berapa layak akak terima award ni.. hehe.. sebabnya akak ni bukannya kreatif sangat pun.. blog pun simple aje tak reti nak hias cantik2 mcm org.. maklumlah.. baru je berblog dah tu.. takde masa nak godek2.. hehe.. apa2pun.. thank you very much ye Tie..

:: PENGERTIAN BERKENAAN AWARD INI :: PENCIL yang besar menunjukkan kesenian yang begitu peka terhadap blog anda dan mencerminkan sesuatu nilai penghasilan. FILEM bergerak tanpa henti menunjukkan AWARD ini diFOWARD kepada bloggerist yang betul-betul layak menerima. LOGO bulat berkelip-kelip jika di perhatikan betul-betul, ia adalah manusia yang berkepalakan monitor komputer. Ini membawa maksud anda adalah seorang yang begitu bijak menguasai dunia alam maya ke globalisasi.

Thursday, October 7, 2010

Nasi Tomato

Okey.. sampai dah masanya untuk resepi nasi tomato ku.. hehehe.. Walaupun semua orang dah pandai masak nasi tomato ni.. tapi takpelah.. untuk rujukan anak2 ku di masa hadapan.. aku letak juga kat sini... lagipun.. lain orang lain resepinya... lenkali boleh cuba resepi versi lain pula..



Bahan2
3 pot beras basmathi (MaDiha guna pot rice cooker) ~ dicuci lalu ditos
2 ½ pot air
1 pot susu cair/fresh milk
2 sudu besar minyak sapi
1 sudu besar marjerin
5~6 sudu besar sos tomato
1 biji tomato ranum sederhana besar ~ blend/potong kiub
4 kuntum bunga cengkih
2 biji bunga lawang
2 biji buah pelaga
1 batang kayu manis
1 biji bawang besar ~ di mayang nipis
2 sudu kecil garam halus
2 helai daun pandan ~ simpul
2 sudu besar kismis (optional)
bawang goreng untuk hiasan (optional)
daun bawang (optional)

Cara Memasak
1. Panaskan minyak sapi dan marjerin. Kemudian tumis rempah tumis bersama bawang besar hingga layu.
2. Masukkan tomato blend, sos tomato, susu cair dan air.
3. Masukkan garam dan daun pandan. Biarkan hingga mendidih kemudian masukkan beras. Kacau rata dan biar hingga nasi kering lalu taburkan kismis dan kacau perlahan. TUTUPKAN periuk perlahankan api ke yang paling kecil.
4. Tunggu hingga nasi betul2 masak. JANGAN BUKA TUTUP PERIUK sehingga nasi betul2 masak. 5. Semasa hidang.. taburkan daun bawang yg dihiris & bawang goreng.

Beginilah rupa hidangan kami pada malam kejadian.. berbuka puasa bersama ma & adik yang datang ke rumah ku dalam bulan puasa yg lepas. Nanti aku masukkan resepi kuih tu pula yer...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...