Assalamualaikum & salam sejahtera kepada semua...
Semalam tak sempat nak update blog.. keje separuh hari sebab anak bujang ku tak berapa sihat. Sebenarnya bukan sebab dia tak sihat aku ambik cuti.. tapi sebab aku yang tak cukup tidor dah pening2 dah sebab malam tadi hantar dia ke Trauma & Kecemasan kat PPUM sebab Haziq sakit telinga melalak2 tak boleh tidor.. tu yg hantar ke hospital terus in case ada apa2 yang serius kat sana dah cukup peralatan semua. Dari pukul 12 lebih hampir pukul 2.30 pagi baru selesai jumpa doktor. Sampai rumah dah dekat pukul 3 pagi.. bagi dia ubat tahan sakit & ubat titis telinganya.. barulah Haziq dapat tidor.. yang aku pulak.. bila waktu tidor dah terover macam tu.. makin payah nak lelapkan mata.. tidor dlm sejam lebih.. pukul 5 pagi dah nak bangun semula nak hantar anak sekolah & aku sendiri pun nak pegi kerja.
Sudahnya.. sampai ofis kepala pening & mata macam tak boleh nak buka... hehehe.... tu yang ambil half day tu.. jemput Haziq kat tadikanya... lepas lunch KFC dengan dia sempat lagi merayau2 kedai pakaian sebelah KFC tu.. sambar gak yg berkenan baju anak2.. pastu kena paw plak ngan Haziq mintak belikan kereta mainan dengan pencil box.. adeeiii ini budak! then... sempat lagi tu hantar KFC yg aku tapau kat anak dara aku yang nak pegi sekolah agama (dia masuk lambat pukul 2.30 ptg). Lepas tu barulah balik rumah.. bersihkan diri etc.. apalagi.. kebummmm.. tidor sampai pukul 5.00.. hahaha.. ala.. 2 jam je pun.. jadilah cover tidor yg tak cukup mlm sebelumnya... barulah rasa fresh sikit.. lepas tu barulah teringat kat anak2 yang lain yang belum dijemput kat rumah pengasuh & kat sekolah... hehehe...
Oklah.. hari ni tak boleh tidak.. aku kena pos jugak gambar2 masa aku buat majlis makan2 masa hari birthday Alin hari tu. Kebetulan birthday dia jatuh hari Sabtu 5hb Mac baru2 ni.. sedang eloklah.. auntie2 dorang pun semua ada balik (dari UiTM.. yg sorang kat S.Alam, yg sorang kat Puncak Alam) jadi seronoklah sikit buat makan2 sebab ramai ada.. Aku takdelah buat majlis besar2 pun.. makan2 untuk anak beranak terdekat jer... bukan kata majlis harijadi sgt pun.. just kumpul2 anak beranak sebab aku cuma jemput pengasuh Alin & juga jiran depan rumah je... sebab taknaklah menyusahkan jiran2 sebab aku buat majlis tu kat rumah makcik aku... agak jauh jugak dari rumah aku tu.. so.. setakat makan2 ala kadar gitu.. seganlah nak ajak orang lain beria2 sgt.. Jiran depan umah tu agak rapat sikit.. so jemputlah sekali.. tapi dia tak dpt dtg pulak sebab ada hal lain agaknya.. takpelah.. nak buat macamanakan.. Alhamdulillah.. makanan habis semua sebab kawan2 anak lelaki makcik (uncle budak2 ni) ramai kat situ.. so.. tak membazirlah.. takpelah sedekah kat budak2 tu... aku ni jenis malas nak jemput2 orang pastu bagitau buat majlis harijadi gitu gini.. nnt takut menyusahkan jemputan plak nak kena sediakan hadiah bagai.. hehehe...
Oklah.. tengok gambarlah pulak yer... sebelum tu.. terima kasih pada Chengah yang sponsor kek birthday Alin.. ibu menempah sebab dah lama teringin nak mkn kek karamel tu.. tapi Chengah takmo amik duit plak.. T.kasih jugak pada makcik & pakcikku (Sujah & Acu) serta anak2nya yang sama2 membantu mana2 yang patut... jom layan gambar!
Pulut kuning tu aku yang kukus.. tapi aku suruh kazen aku Naknie (auntie budak2 ni) yang tolong hiaskan sebab aku dah letih giler dah masa ni...maklumlah dari awal pagi sampai ke petang masak sorang2 kat rumah.. pastu angkut semua makanan tu bawak pegi rumah makcik.. mau tak penat! Kek tu pulak.. Kek Karamel yang kazenku Ida Marlida sponsor... TQ semua yer..!
Dari seawal pagi aku rendam pulut untuk buat Pulut Kuning.. pastu perap Apam Snow White 2 adunan.. pastu terus masak Rendang Tok 2.5 kg daging, siap rendang.. masak Rendang Ungkep Ayam sesambil mengukus Apam Snow White pulak.. pastu goreng Ayam Rempah pulak.. Siap semua barulah kukus pulut yang 3 kg tadi. Semua aku masak sorang2... cik abang cuma aku suruh dia tolong kopek2kan bawang & tolong layankan si kecik tu jer..
Sampai rumah makcik.. bergegas pulak kat dapur makcik dengan kazen aku Chengah atau Ida Marlida (yg dlm gambar tu) buat pulak Takoyaki (yg ni memang dah plan awal2 lagi nak buat projek tako ni..) Tinggal bancuh tepongnya aje sebab sosnya aku dah prepare awal2 lagi kat rumah... Sekejap je siap sebab acuan ada dua.. satu aku punya & satu lagi Ida punya.. Oh ya.. kepada sesiapa yang dah lama mencari atau teringin nak beli acuan Takoyaki ni.. bolehlah order Chik Mimi. Alhamdulillah.. ramai betul peminat Takoyaki ni.. & semua puji sedap.. ada yangkata lebih sedap dari yg jual hehe.. Sampai 4 adunan membancuh Takoyaki ni.. sedap makan panas2.. Pastu.. mlm tu (majlis ni sampai mlm) dpt tau pulak tokma budak2 ni nak datang.. bancuh lagi 1 adunan untuk dorang.. jadi kesemuanya 5 adunan takoyaki utk majlis mlm tu.. hehe.. berpeluh2 kepanasan membulatkan tako ni.. tapi seronok menjadi elok je bulat2 takoyakinya... t.kasih Ida sebab tunjuk skill cemana nak membulat takoyaki tu sbb dia dah biasa buat.. aku baru 1st time buat.. syok! Abaikan dapur makcik aku yg antik tu yer.. dapur cantik ada.. tapi dapur antik gak yg best guna...hehe..
Naknie aku tugaskan menghias pulut kuning yang aku dah siap bentukkan dalam bekas bulat mcm tu.. hehe.. tinggal decorate jer lagi... Idea bersama... Thanks Naknie!
Antara makanan yang terhidang... rendang2 tu semua dimasukkan dalam bekas kecik tu (ada lagi sebenarnya...) sebab aku bawak dari rumah dalam periuk! hehe... takoyaki dah kena cilok! hehehe... menu yang paling laris!
Bihun goreng tu pulak.. makcik aku yang tolong masakkan kat rumah dia... & kira sponsor dari dia jugaklah.. hehe.. Mekasih Sujah!
Ohh.. hampir terlupa.. malam sebelumnya tu.. sempat jugak aku siapkan dadih keladi ni..
Nak jugak tu tunjukan pulut kuning yang dalam besen besar tu.. hehehe..
Dah malas nak transfer ke bekas kecik.. lantaklah dalam besen tuh!
Oklah.. meh kita nyanyi sama2.... besday girl di apit oleh abang Haziq & kakak twin (anak Ida Marlida)
"Allah selamatkan kamu....... Allah selamatkan kamuuuuuu...."
Ohh yer... benda hitam berbungkus kat belakang tu bukan hantu Kak Limah yer... itu sebenornya set golf pakcik aku.. hehehe... kengkadang anak aku Alin takut kat benda tu sbb mcm rupa orang berbungkus dahlah hitam jer.. hehe..
Ok masa untuk tiup lilin.......... acara tiup2 lilin ni memang budak2 suka... walaupun ini bukan adat orang melayu.. tapi nak buat mcmana.. dah dibiasakan dari kecik so budak2 ni memang inilah yang ditunggu2... takpelah janji niat kita tak terpesong.. just utk seronok2kan budak2 je...
Jemput pengasuh adik Alin sekali masa potong kek.... Terima kasih Cik Ani sebab menjaga anak2 saya dengan baik... Haziq dengan Alin Cik Ani jaga dari umur 2 bulan sampailah sekarang. Cuma sekarang Haziq dah masukkan ke tadika dah tak hantar ke rumah Cik Ani lagi sebab Haziq terus dok kat taska kat situ sampai petang.
Ok.. ibu suap adik kek yer... Adik plak suap auntie Naknie...hehe... sebenarnya.. adik Alin suap kat ibu jugak.. tp takyahlah masuk sini... segan.. hehehe... gambar2 banyak tapi pilih2 je masuk sini.. ini pun rasa macam dah banyak jugak nih...
Oklah.. itu jelah untuk entry hari ni... insyaAllah.. mana2 masakan (majlis ni) yang belum dimasukkan resepi akan dimasukkan kemudian. Tapi ada jugak yang takde gambar close up.. jadi takdelah resepi yer.. may be bila masak lain kali baru masukkan resepinya.. maklumlah.. tak sempat nak amik gambar elok2... sibuk sesangat! Nak letak resepi tanpa gambar close up tak best pulak kan...
Ok semua.. terima kasih sudi berkunjung & jumpa di lain entry...