Assalamualaikum & salam sejahtera....
Kebelakangan ni sana sini ada tayangan Kek Buah Kukus di blog kawan-kawan. Bila dah kerap sangat nampak kawan-kawan buat tayangan.. hati MaDiHaA tak keruan dibuatnya... hehe.. Sebenarnya dah banyak juga MaDiHaA simpan resepi kek buah sejak beberapa tahun yang lalu. Cuma seru untuk membuat belum begitu kuat. Bukan sebab takut tak jadi.. tapi takut takde sambutan dari anak2 & suami. Tambahan pula kek buah memang terkenal dengan rasanya yang agak manis.. jadi kalau takde sapa yang makan kat rumah... MaDiHaA juga yang jadi mangsanya. Kek buah bukanlah menjadi kegemaran no. 1 MaDiHaA.. tapi jika dihidang didepan mata.. habis jugalah 2, 3 potong.. hehe.. Yang buat risau jika hari2 terhidang depan mata.. nanti jadi berpotong-potong pulak masuk mulut.. hahaha.. Alhamdulillah nampaknya suami & anak2 dara MaDiHaA sudi juga menjamah kek buah ni. Cuma... macam biasalah si Haziq memang tak layan kalau buat kek atau kuih2 manis ni...
MaDiHaA kerap dengar orang merungut bila buat kek buah.. buahnya akan turun ke bawah. Tapi nampaknya review dari kawan-kawan pasal resepi ini sangat baik. Semua kawan2 yang mencuba mendapat hasil yang sangat memuaskan. Buah2nya elok je berselerak dalam kek & tak mendap ke bawah. Memang puas hati dengan resepi ni.. Nak buatnya pun tak susah mana. Cuma perlukan masa yang agak lama untuk mengukus. Oleh kerana kek ini hanya untuk makan2 & bukan untuk disimpan lama.. MaDiHaA hanya kukus selama 3 jam sahaja. Alhamdulillah elok masak & bila dipotong keesokkannya.. kek cantik lembab & lembut walaupun kek nampak padat. Rasa pun sedap. Sesuai sekali dibuat untuk hidangan hari raya nanti..
MaDiHaA kongsikan juga resepinya kat sini ye. Resepi ini MaDiHaA ambil dari blog Hana. Resepi asalnya adalah dari Chef Zubaidah Chepa. Terima kasih kepada semua yang terlibat ye. Kek yang MaDiHaA buat ni MaDiHaA dah kurangkan sukatan gulanya kepada 290gm sahaja... tapi bagi tekak MaDiHaA ianya masih juga tersangat manis.. maklumlah.. buah2an kering tu sendiri pun menyumbang juga akan rasa manisnya kan.. so.. terpulang pada selera masing2 ye... bagi yang suka manis dan tiada masalah dengan pengambilan gula.. boleh je guna sukatan resepi yang asal. Jika nak buat untuk raya elok gunakan sukatan gula yang asal sebab bila kek manis.. ia boleh memanjangkan sedikit hayat kek kita.. wallahualam..
KEK BUAH KUKUS
Resepi : Chef Zubaidah Chepa(buku Steamed Cake terbitan One Publisher)
Bahan-bahan
250g butter @ seketul butter (
disarankan high quality butter)
350g gula pasir ~ MaDiHaA guna 290 gm
60ml air panas
500g buah-buahan campuran - MaDiHaA guna 250gm buah campuran + 200gm sultana + 10 biji ceri merah
3 biji telur gred A
350g tepung gandum*
1 sudu kecil cream of tartar*
2 sudu kecil soda bicarbonat* ~ MaDiHaA guna 1 3/4 sudu kecil
1 sudu kecil serbuk buah pala/nutmeg*
1 sudu besar susu pekat
1 sudu besar sunquik
1 sudu kecil esen vanilla
Cara Menyediakan
1. Masak gula hingga keperangan dan
masukkan air panas perlahan-lahan. Sebatikan. Masukkan butter sehingga cair
kemudian masukkan buah-buahan campuran dan juga susu pekat dan sunquik. Kacau
kemudian sejukkan.
2. Ayak bahan-bahan yang bertanda*. Masukkan ke dalam adunan mix fruits tadi sedikit demi sedikit menggunakan
senduk kayu sehingga sebati. Bolehlah panaskan periuk kukusan dengan air yang mencukupi.
3. Dalam mangkuk lain, pukul telur dan esen
sehingga kembang dan masukkan perlahan ke dalam adunan kek dan gaul sebati
menggunakan senduk kayu juga.
4. Alas loyang 7x7 dengan kertas baking.
Sapukan butter keliling dan tuangkan adunan kek ke dalamnya. Tutup loyang dengan
aluminium foil.
5. Kukus selama 4 jam untuk mendapat
kelembapan yang diinginkan. (boleh dikukus 2 jam shj) ~ MaDiHaA kukus 3 jam. Nota MaDiHaA : Jika perlu menambah air dalam periuk kukusan... sila gunakan air panas untuk mengelakkan proses memasak kek terbantut.
6. Sejukkan sebelum dipotong. (Pastikan
kek benar2 sejuk seeloknyer semalaman supaya kek dan buah tidak berderai dan
padat ketika dipotong). Setelah masak.. MaDiHaA terus keluarkan kek dari periuk kukusan & biarkan kek berada dalam loyangnya dan sejukkan di bawah tudung saji. Petang keesokkannya barulah dipotong.