Assalamualaikum readers....
Daging Masak Asam Berapi
Cadang tadi nak letak entry awal sikit... ada pula aral melintang. Okay meh tengok lauk yang pedas berapi ni... tapi sangat2 sedap & mengancam rasanya lebih2 pada mereka yang kuat pedas.... Kalau yang tak kuat pedas tu... sila tengok sajalah ye... Kalau dikurangkan cili.... tentu kurang ummphh! Hari tu.. tiba2 je tekak terasa nak makan Daging Masak Asam yang pedas2, masam2 gitu... sampai dua minggu berturut2 masak lauk ni.. hehehe... Tak kisahlah.. janji puas hati ye dak?
Ini resepi kalau ada yang berani nak mencuba...
Daging Masak Asam Berapi
Resepi : MaDiHaA a.k.a Ratna
Bahan2
600 gm daging ~ hiris nipis
1 sudu besar penuh asam jawa ~ ramas dengan 1/2 cwn air jadikan jus
3 ~ 4 cawan air (untuk kuah & untuk empukkan daging.. kalau daging jenis lembut sila kurangkan air)
2 hirisan lengkuas
garam, gula & aji secukup rasa
Minyak utk menumis
Bahan2 dikisar halus
1 biji bawang besar
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
30 ~ 35 biji cili padi merah (spt dlm gambar)
3 biji cili merah (kalau kecik2 letak 4)
2 batang serai ~ dihiris
1 sudu kecil belacan
1 inci halia
1 inci kunyit hidup (kalau ruasnya besar letak 1 cm je)
Cara2 Menyediakan
1. Panaskan minyak secukupnya. Tumis bahan2 kisar sehingga garing & naik minyak.
2. Masukkan daging, lengkuas & air secukupnya untuk empukkan daging.
3. Bila daging cukup empuk.. masukkan air asam jawa, garam, gula dan aji secukup rasa. Renihkan biar kuah agak pekat. Pastikan kuahnya secukup rasa & bolehlah hidang dengan nasi panas2 beserta ikan masin & sayur yang disukai.
Selamat mencuba!
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
30 ~ 35 biji cili padi merah (spt dlm gambar)
3 biji cili merah (kalau kecik2 letak 4)
2 batang serai ~ dihiris
1 sudu kecil belacan
1 inci halia
1 inci kunyit hidup (kalau ruasnya besar letak 1 cm je)
Cara2 Menyediakan
1. Panaskan minyak secukupnya. Tumis bahan2 kisar sehingga garing & naik minyak.
2. Masukkan daging, lengkuas & air secukupnya untuk empukkan daging.
3. Bila daging cukup empuk.. masukkan air asam jawa, garam, gula dan aji secukup rasa. Renihkan biar kuah agak pekat. Pastikan kuahnya secukup rasa & bolehlah hidang dengan nasi panas2 beserta ikan masin & sayur yang disukai.
Selamat mencuba!
13 comments:
30 ~ 35 biji cili padi merah....tabik spring nih..mesti pedas kaw gler kan :))
wah...mesti pedas gila ni, jgn sakit perut sudah..hehe..
30 bijik cili padi!!!!! mmg dasat! kalau terkena kat tun, mmg sakit perut dh ni.. hehe..
nampak biji2 cili dia tu tetibe perut rasa nyilu. haha. kalau abg saya dapat makan gini, baru la bertemu buku ngan ruas. sya lepas2 pantang ni cam tetibe tak brapa reti nak pedas. kiki.. amik la resepi akak ni. daging ada skit lagi kat dlm peti.
As'salam sdp le pulak npk resepi dan lauk dgg masak asam ni hemmm leh cuba ni...mmg kalau xrasa pedas x emmmmhhhh
nampak pun dh tau pedas...tp yg pedas tu la yg shiokkk..
Waaaa...memang berapi...cili api bykkk ooooo....tapi memang sedap ni....tgk rupa pun dah tau...dan letak cili api lagi tu lagila sedapnya...:)
bertambah la nasi...
Aslmkum Ratna
35 biji cili...berasap kalau sy mkn...hi..hi.tp kalau peminat pedas pasti terangkat dg menu ni.
happy belated anniversary buat blog Ratna!
asssalamualaikum...
kak, betul2 berani ni.. ehehe.. berapi tu.. tapi sure sedap giler kan.. makan ngan nasi panas2.. nani pun penggemar daging.. tapi daging ni kalau nani beli, anak2 suka soh nani goreng boh cili bawang je.. diorang minat sangat...
Huhuhuhuhuhuuuuuu tengok tu resepi, 30-35 bijik cili api, perghhhhhhhhh!!! Berasap perut tu Kak Madiha. Mang trangggggkat! Sedap tu kalo layan, nak naknya tepi sungai, kena ngan nasik panas, ada ulam, dahhh itu cukup tu. Lepas makan, terus teghojun lam sungai, fuiyooo sedap sungguh.
Assalam Ratna, waaaah ngencesss akak tengok lauk Ratna ni taauu...mau 2 pinggan nasi masuk perut tanpa disedari or buat2 lupa jek....hehehhee, nnt akak try eh..guna ayam sedap x Ratna ek? ^__^
Assalamualaikum,,,sedap nya nak try ;ah
Post a Comment