Terima kasih pada semua yang masih sudi berkunjung ke blog MaDiHaA. Terima kasih yang tak terhingga juga pada semua follower lama & juga yang baru. Mohon maaf sangat2 sebab kadang2 tak berkesempatan nak berkunjung balas atas faktor masa. Kepada yang tinggalkan komen pada entry yang baru insyaAllah semuanya dah MaDiHaA baca. Jika ada pertanyaan akan MaDiHaA usahakan untuk menjawap. Jika ada yang tinggalkan komen pada entry-entry yang lama dengan pelbagai pertanyaan.. MaDiHaA mohon maaf sekiranya ada yang terlepas pandang. Boleh saja smskan atau whatsApp pertanyaan anda mengenai masakan di nombor telefon yang tertera di sebelah kanan blog ni ye.
Sebenarnya MaDiHaA ada banyak lagi gambar lama dok terperap dalam folder selain dari gambar kuih kasui atau kaswi ni termasuk gambar2 sayur sempoi yang dah tak berapa nak ingat resepi sebab resepi campak2.. hehehe... lepas masak kemain ambik gambar tapi resepi malas nak catit... bila dah lama2.. terus lupa bubuh sos itu banyak mana, sos ini banyak mana... jadi gambar2 tu tak dapatlah nak publish selagi tak boleh nak ingat balik resepi yang tepat..
Oklah cerita pasal kuih kaswi yang dah sebulan dibuat ni sebenarnya sebelum dan selepas dah berkali2 di buat kat rumah tu sebab ini antara kuih paling senang nak buat & paling digemari anak2. Tinggal lagi malas bebenor nak susun atur ambik gambar cantik2. MaDiHaA sangat salute pada blogger2 yang sangat rajin menyusun atur masakan mereka berserta dengan prop yang sangat menarik dipandang mata.. tambah pula yang punya dslr.. hasil gambar semua kebabom! MaDiHaA sekadar ambil gambar dari handphone saja... itu saja yang mampu setakat ni... bak kata orang.. ukur baju di badan sendiri kan.. tak kisahlah gambar tak menarik yang penting niat kita untuk berkongsi resepi untuk rujukan anak2 & mereka yang berminat dapat kita realisasikan..
Oklah jomlah layan kuih kaswi yang dibuat waktu cuti sekolah sebulan yang lalu ni... nasiblah sempat juga diposingkan beberapa keping ni. Ini pun sempat snap gambar dah petang dah balik dari kerja.. tengok2.. hanya tinggal suku loyang je dikerjakan dek anak2 kat rumah.. hehehe... ada adjustment sikit pada resepi jika dibandingkan dengan resepi MaDiHaA sebelum ni sebab terpengaruh dengan minat kawan2 dengan resepi kaswi yang lembut. Jika ikut selera MaDiHaA sendiri tak cerewet sangat kaswi lembut atau tidak (asal bukan keras keretong sudah! hehe) sebab sejak dari kecil lagi MaDiHaA dah biasa dengan kuih tepong kapur (kuih tradisi dari Terengganu yang ala2 kaswi juga) yang teksturnya lebih pejal berbanding kaswi. Bezanya kuih tepong kapur biasanya dihiris nipis2 lalu digaul dengan kelapa berbanding kuih kaswi yang dipotong dengan kepingan yang lebih besar. Tak dinafikan kuih kaswi harus lebih lembut... tapi bagi MaDiHaA kuih kaswi yang tak bergoyang inul pun tetap MaDiHaA suka tapi dengan syarat kuih kaswi wajib ada berbau kapur sirih! Jika kaswi tanpa haruman kapur.... rasa macam tak best je... yelah dah nama pun kaswi.. air kapur adalah salah satu bahan wajib ada.
Kuih Kasui / Kaswi
Resepi MaDiHaA aka Ratna
Bahan2
3 cawan tepong gandum
1 1/2 cawan gula merah (MaDiHaA nak kurangkan manis jadi letak 1 cawan je)
1/2 cawan tepong ubi
7 cawan air
2 helai daun pandan
3 sudu kecil air kapur (masukkan 1/4 cawan air dalam bekas kapur mkn & kacau2 sikit gunakan jari untuk menghasilkan air kapur yg sederhana pekat, kemudian baru di sukat)
3 sudu besar kicap manis (untuk warna & untuk menaikkan rasa lemak)
Bahan salut
1 biji kelapa yang agak muda di parut putih
sedikit garam halus
(kukuskan kelapa sebentar untuk mengelakkan ia cepat basi)
Cara menyediakan
1. Masak gula merah bersama dengan 3 cawan air & daun pandan sehingga gula larut. Tapiskan & campurkan dengan 4 cawan air lagi.
2. Panaskan periuk kukusan.
3. Campurkan tepong gandum dengan tepong ubi dalam satu bekas & gaulkan. Tuangkan air gula sedikit demi sedikit sambil di kacau rata menggunakan whisker. Campurkan air kapur & kicap & kacau sehingga tiada berbintil. Tapiskan adunan ke dalam loyang saiz 10".
4. Kukus kuih sehingga masak lebih kurang 45 - 55 minit dengan penutup periuk kukusan dibalut dengan kain bersih. Jika ada air dipermukaan kuih, bolehlah dibuang dengan merengkan sedikit loyang & cedok dengan sudu. Boleh juga ambil tuala dapur bersih/tisu dapur & lapkan permukaan kuih.
5. Biarkan kuih betul2 sejuk sebelum dipotong & disalut dengan kelapa parut untuk hidangan pagi atau minum petang. Kuih boleh dimasak waktu malam untuk dihidang keesokkan harinya.
Nota MaDiHaA : jika suka lebih manis.. boleh tambahkan sedikit gula pasir dalam adunan semasa membancuh. (boleh rasa sikit adunan yang dibancuh sebelum mengukus utk agak manis dah ok atau belum) MaDiHaA tak suka manis2 sangat.
Selamat mencuba!
27 comments:
eh eh kak madihah...hitam hitam si tampuk manggis..wlpn hitam dipandang manis..ewahhhh..bak mai ckit kak..
waalaikumsalam..
betul kak.. kuih kaswi ni senang je nak wat.. tapi nani tetap beli je kalau nak makan.. sebabnya kat rumah tu banyak sangat order.. kita nak wat kuih ni.. diorang nak kuih lain.. kadang2 tu kat umah stok tepung cuma wat cucur je.. hehehehe.. tapi cucur2 pun layan sampai dekat 3kg tepung gak sebulan...
Salam kak...sedapnya tgk kuih kaswi akak ni...terliuq dah nengoknya...dapnya kak...
sedapnya tengok kaswi tu madiha...
Nur memang minat kuih kaswi ni...tapi tak reti nak membuatnya he..he..
memang sedap..
suka..tp taknak yg bergolek kelapa tu. nak kosong jer
kuih kegemaran dari dulu,kini dan selamanya...sedap..terliurlah plk tngk kuih Madihaha ni...
akak! sedapnye pebrettt
sedapnyaaaa..
kueh peberet sy ni kak...x leh mkn lg nihh...still bpantang, bb bf...x sabo nk mkn kueh ni...huhuu
kueh peberet sy ni kak...x leh mkn lg nihh...still bpantang, bb bf...x sabo nk mkn kueh ni...huhuu
kueh peberet sy ni kak...x leh mkn lg nihh...still bpantang, bb bf...x sabo nk mkn kueh ni...huhuu
kueh peberet sy ni kak...x leh mkn lg nihh...still bpantang, bb bf...x sabo nk mkn kueh ni...huhuu
kueh peberet sy ni kak...x leh mkn lg nihh...still bpantang, bb bf...x sabo nk mkn kueh ni...huhuu
Nampak sedap la kak...
lama xmakan kuih nie...tgk kuih ni rase nak menjilat jari dah...erkk..hehe
Selamat pagi Madiha,
kuih kaswi ini salah satu kuih yang mak selalu buat untuk sarapan pagi kami.... lama tak makan, sedap betul ni dapat sekeping dengan secawan kopi panas!
assalamualaikumm kak madihaa.. sedapnyerr kuih kaswi nih.. cantik je potongan dia. kalaublk kg mama tun kat kelantan mmg selalu dpt mkn nii, mak sedara tun pandai buat :)
sedappnyer kuih niee...azue suker yg lembut2 jerkkk
Sedapnya... cantik potongannya...kemas sangat...
Sallam ,saya nak tahu kuih ni ada ke taruk kicap..setahu saya kuih ni x pernah resepinya ada kicap.,,... klu nak pekatkan warna dah cukup warna gula merah....
Sallam ,saya nak tahu kuih ni ada ke taruk kicap..setahu saya kuih ni x pernah resepinya ada kicap.,,... klu nak pekatkan warna dah cukup warna gula merah....
Perhhhh kueh Kaswiiiiii. Peberettt nie dari dulu. Btw tq 4 the recipe. Nak try buat lah nanti. Macam sonang je. Hihihi. Ade masa nanti singgah2 ye lawat blog saya plak ye http://www.mamafisya.com/ :)
As salam kak madiha,
Nak tanya, klau tak letak kapur tu ok ke?
BedungGallery Wholesaler : kalau tak letak kapur kuih tetap menjadi.. takde masalah. Tapi hilanglah identiti kuih kaswi sebab kapur tu memberi rasa yang berlainan pada kuih tu. kalau takde air kapur kuih jadi rasa macam kuih talam atau kuih lapis jelah kot. pernah sorang customer kedai makcik akak komen katanya "kuih kaswi kalau tak berasa dapur terus takde rasa kaswi" hehehe...
Salam
Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni ye📢😉
Assalamualaikum salam sejahtera warga group📢
1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit kencing Manis kaki luka dan masalah saraf sendi2 dan juga kisah hidup pesakit kanser stage 1 sampai stage 4.
Ia penawar herba yang sangat selamat untuk semua tak kira umur dan harga berpatutan tapi kesannya standing produk harga mahal ribuan ringgit.
2)Ramai yg dah cuba penawar herba ni dan makin sihat serta mendapat impak positif. Kanser yg sudah merebak ke organ-organ lain pun boleh kita ikhtiar, Insya Allah.☺👍🏻
3) Banyak pengalaman dh saya berdepan dengan pesakit2 kanser,sakit saraf,sakit lutut dan gout. Ramai yg dh pulih.
4)Mcm2 kanser blh diikhtiarkan termasuk leukimia,paru2,limfoma dan lain-lain
5) Puan Rasmani Binti Md Noh, psakit lutut kronik yg terpaksa jalan mengesot esot atas lantai dan klau cuba berjalan secara berdiri boleh dengar lutut berbunyi tulang dan sangat sakit. Hendak masak terpaksa gunakan kerusi sebab xmampu berdiri lama2 dan lepas 6 hari minum dah mampu berjalan lancar dan saraf kaki dah tak tegang dah. Mampu masak berdiri semula. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.
Testimoni-testimoni Pengguna Jutawan Herbs:
▪Cucu Puan Mazili, Kanser Leukimia ALL B- Cell.
Puan Mazili ada cucu lelaki berumur 3 tahun 8bulan yang dulu menghidap kanser Leukimia ALL B-Cell (Acute Precursor B-Cell All). Kalau dulu dia mengalami komplikasi limpa dan hati yang dah bengkak tapi sekarang syukur dia dah sembuh dengan rawatan doktor dan rawatan dari Jutawan Herbs.Sekarang dia menjalani kehidupan seperti kanak-kanak sihat lain.
..................................................................
▪Puan Roselawaty bt Jaafar, 47tahun , Kanser payudara tahap 2, asal dari Kedah.
Pada tahun 2019 doktor telah mengesahkan dia menghidap kanser payudara tahap 2. Keputusan ujian Memogram di klinik BP Bukit Mertajam, doktor mengesahkan ada ketulan kanser di payudara sebelah kiri. Tetapi doktor tidak dapat pastikan itu kanser kerana bentuknya bulat biasa, sepatutnya ketulan kanser bulat dan tajam-tajam. Jadi dia ke Hospital Metro Sg Petani dan keputusannya negatif. Sekarang ni dia dah bebas dari kanser selepas membuat rawatan di hospital dan mengamalkan Jus Jutawan Herbs dalam masa yang sama. Dia buat gabungan rawatan moden dan herba.
.................................................................
▪Puan Zalina bt Ismail, 48 tahun ,Kanser Payudara Agresif.
Dia telah disahkan menghidap kanser payudara pada April 2018. Dia mula sedari ade satu garis yang keras di bahagian bawah payudara kanan pada bulan Mac 2018. Jadi dia terus buat ujian memogram dan doktor sahkan dia menghidap kanser payudara agresif serta perlu operate segera. Dia jalani rawatan hospital dan ambil herba Jutawan Herbs bersama-sama. Gabungan rawatan moden dan herba membuatkan dia sembuh sampai sekarang syukurlah makin sihat.
..................................................................
▪Puan Noraini bt Yusof, Kanser Payudara tahap 3. Dari Shah Alam.
Pada Mei 2017, Puan Noraini disahkan menghidap kanser payudara tahap 3. Saiz ketulan kansernya ialah 13.3 cm. Dia menjalani kimo dan buang ketulan dengan operation. Dia juga jalani mastectomy, radiotherapy dan herceptin selama setahun. Menantunya terjumpa blog Jutawan Herbs dan menyarankannya untuk ambil rawatan herba Jutawan Herbs dalam masa yang sama meneruskan rawatan hospital iaitu kimo. 4 bulan sekali dia berjumpa Oncologist ,alhamdulillah result semua memuaskan seperti tak ada penyakit kanser pun. Sampai sekarang dia masih ambil herba Jutawan Herbs untuk kekalkan kesihatan dan menguatkan antibodi.
...............................................................
Call atau WhatsApp untuk order dan sebarang pertanyaan di nombor berikut :
En. Mohd Zuhairi Bin Noordin - 017468 7570
Post a Comment