Monday, June 3, 2013

Ikan Kembong Berlada

Assalamualaikum...

Dah petang baru sempat nak update blog.  Takpelah dah nama pun kerja.. siapkan yang wajib dulu.. bila dah lapang barulah kita boleh buat perkara yang lain.  

Hmm.. masakan kali ni hanya lauk biasa je.  Tapi bagi MaDiHaA lauk bersambal macam ni lah yang boleh bangkitkan selera. Tambahan pula lauk berasaskan ikan.. memang pilihan nombor satu MaDiHaA.  Kalau nak tau.. jika lunch hari bekerja.. MaDiHaA jarang & boleh dikatakan tak pernah ambil lauk ayam jika makan nasi putih.  Kecuali jika makan nasi ayam atau di kedai tersebut takde lauk ikan yang menjadi pilihan MaDiHaA contohnya hanya ada ikan keli, talapia dan seumpamanya.  hmmm.. yang tu memanglah MaDiHaA kena ambil lauk ayam.  Sebab tulah MaDiHaA katakan ikan tu kegemaran no. 1 MaDiHaA.  Tapi berbezalah pula jika dirumah pula.. terpaksalah masak bergilir2 antara ayam, ikan & daging sebab anak2 kurang gemar pula makan ikan terutama bujang MaDiHaA seorang.  Tapi alhamdulillah nampaknya sejak akhir2 ini iaitu sejak dia bersekolah di Tahun 1 & makan dirumah transit yang tiap2 hari hidang lauk ayam... sekarang nampaknya dia dah tak kisah sangat makan lauk ikan.  Agaknya.. dia dah jemu kot hari2 mengadap lauk ayam kat rumah transitnya tu... hehehe...

Oklah jom tengok resepi Ikan Kembong Berlada cara MaDiHaA ni...



Ikan Kembong Berlada
Resepi : MaDiHaA aka Ratna

Bahan2
3 ekor ikan kembong besar
3 ulas bawang merah ~ dihiris
1/2 sudu kecil pati ayam tumix
1/2 sudu kecil garam atau secukup rasa
1/2 sudu kecil gula
1 biji limau kasturi ~ ambil jus
garam & serbuk kunyit untuk lumur pada ikan
minyak secukupnya

Bahan tumbuk lumat
6 biji cili merah
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1/2 inci belacan

Cara menyediakan
1. Ikan dibersihkan, dikelar & lumur dengan garam & serbuk kunyit kemudian digoreng, angkat & letak dalam pinggan hidangan.
2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali lain & tumiskan bawang hiris & bahan2 tumbuk sehingga wangi & terbit minyak. masukkan pati ayam tumix, garam, gula & jus limau kasturi.  Bila dah secukup rasa masukkan ikan & gaul rata.  Boleh juga tuangkan sambal lada di atas ikan yang terhidang dalam pinggan.  Sedia untuk dihidangkan.



Selamat mencuba!

9 comments:

Qhaifa Nur said...

walaupun simple tapi cukup menyelerakan...sedapnya

PH said...

I say, MaDiHaA, ini kalau nasi dua pinggan sure habis licin! PH pun suka ikan kembong masak macam ni. Terliur hee..hee...

Sweet red cherry said...

salam kak..

sambal lada tu la yang membangkitkan selera makan tu kak..apapun, menunya memang sedap.

Lydia Miza said...

Terliur tgk lauk akak ni. Anak saya kurang suka mkn ikan, ikan tertentu je dia mkn. Tp kalau smbl gini laju la dorang kak ratna. Nyum2... Bergelodak cacing dlm perut tgk lauk akak ni

MAY said...

Huby x mkn pedas.x blh bt menu begini..

Unknown said...

kak madiha sedap ni..zila tiru menu la hari ni..

tun_telani said...

Salam kak madihaa.. lauk simple mcm ni bila dpt nasi panas2 mmg selera makan..

faa.rosli said...

alaaa laparnya tengokk

Qasey Honey said...

ni lauk fav QH ni kak..aduhhh sedapnya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...