Thursday, July 25, 2013

Kek Marble Trio

Assalamualaikum & salam sejahtera...


Maaf pada semua visitor yang sudi melawat blog MaDiHaA ni ye.. tuan blog ni sibuk betul sekarang lebih2 lagi kat rumah... sampaikan nak transfer gambar pun tak sempat nak buat.  Gambar menu berbuka dah bertambah2 dari sehari ke sehari.. entah bila dpt update ke blog.  Rutin harian kat rumah pun semakin sibuk dari hari biasa... biasalah kan.. terkejar2 balik dari jemput anak kat sekolah.. nak memasak utk berbuka.. nak siapkan keje2 rumah lagi.. nak berterawih lagi..  Bila dah masuk pukul 11 mata pun dah mengantuk..  dah tak ingat apa2 lagi selain bantal.. menggosok baju sekolah anak & baju kerja pun buat lepas sahur.. siap sahur cuci pinggan mangkuk, menggosok terus mandi, solat subuh & bersiap nak hantar anak sekolah & ke opis pulak.. gitulah hari2 kekdahnya selagi mata belum katup.. hehe...  



Untuk tatapan semua.. MaDiHaA kongsikan resepi kek butter yang sedap sangat di tekak MaDiHaA iaitu Kek Marble Trio yang MaDiHaA ambil resepinya dari blog Mas.  Resepi asalnya dari Mat Gebu.  Terima kasih buat Mat & Mas ye... minta izin akak kongsi kat sini pula ye.. Inilah dia kek yang MaDiHaA buat untuk diposkan ke anak kat asrama tempohari.  Kebetulan anak telefon minta belikan 8 naskah folio untuk assigmentnya kat sekolah.  Jadi dah alang2 nak pos barang kat dia.. buatkan sekali kek untuk dia.  Kemain seronok kakak Dini dapat kek... siap memuji2 kek tu sedap.  Memang sedap pun tau.. gebu, lembut & ada campuran rasa coklat & strawberry..




Kek Marble Trio


Sumber : Dapur Mas

Bahan  :
300 g mentega (guna unsalted butter lagi sedap)
280 g tepung gandum*
1 camca besar susu tepung*
1 camca teh baking powder*(*digaul rata dan ayak)
5 biji telur gred A
1 camca besar ovallate
250 g gula halus
30 g gliserin*
20 ml air* ( *disatukan )
1 1/2 camca teh coklat emulco
1 camca teh strawberry emulco
1 /2 camca teh rose essence



Cara membuatnya :



Lenser tin berukuran 8 x 8 x 3 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser kertas tadi dengan sedikit mentega. Ketepikan.

Putar mentega hingga pucat, pada speed sederhana, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, putar rata dan alihkan ke dalam mangkuk lain.

Dalam mixing bowl yang bersih dan kering, masukkan gula halus dan ovallate, putar hingga rata. Masukkan kelima2 biji telur, dan putar pada kelajuan tinggi hingga telur kembang dan kental seperti adunan baulu (macam dalam gambar).

Perlahankan sedikit speed dan masukkan adunan no. 2 sedikit demi sedikit hingga habis, putar rata dan masukkan bancuhan air + gliserin, gaul rata.

Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. 1 bahagian + coklat emulco, 1 bahagian + strawberry emulco dan 1 bahagian + rose essence (yang ini biar plain). Tuang aduan secara berselang seli dalam tin tadi. Lorekkan dengan hujung pisau atau chopstik, pastikan hujung pisau/chopstik sampai ke dasar adunan.

Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 55 minit hingga 1 jam, bergantung pada oven masing2. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangkan.


CATATAN MAT GEBU :- 

Kalau tak de gliserin, abaikan gliserin dan air, ganti dengan 50 ml susu cair atau whipping cream. Pasal perisa dan pewarna untuk marble tu boleh ikut citarasa masing2. Oven perlu dipanaskan 10 minit sebelum membakar kek.


11 comments:

JaSSNaNi said...

assalamualaikum kak..
esok cuti tak?
macam2 teknik nak buat kek kan.. nak and tak nak cuba je.. mcm yg ni nampak sangat lah sedap.. kaler pun cantek.. gebu lak tu.. rajin betul akak membaking bulan2 posa ni ye..

norhidana said...

perkkkh kak... cube antar umah dana skit, terliur menengok nyer...

cahayahidupku.blogspot.my said...

Boleh cuba raya Ni Madiha.. cantik tengok tu ;)

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

betul3! Saya pnah buat kek ni, memang sangat10x sedap!!! Mak sy pun suka, smpi skrg sy tak buat2 lagi, tak sempatlah... huhu

Unknown said...

ramai betul orang kat sini. mentang-mentanglah dah dekat nak raya. semua cari resepi kek dan biskut raya

Ayu said...

Assalam ratna,
akak pernah buat kek ni dulu time belum ada blog ..tapi tukarkan strawberry flavour tu ke orange..sedap..:)

(Lizz) http://haslizalizz.com/ said...

wahhh bestnyerrr...kek marble...

Sweet red cherry said...

salam sayang kak madihaa..


wah..cantik dan gebu kek marble trio tu..kek ni memang sedap..sudah lama x buat..x masa..bz sangat..

tun_telani said...

mmg nmpk gebu kek akak tu.. sure gembira anak dara akak dpt kek.. kawan2 sure lagi sayang anak akak nnti sbb selalu dpt mkn sedap. hihi

Unknown said...

sedapnye tengok....

Jemput sertai : Contest Blogger Jejaka Jambu. Hadiah Power Bank bakal menanti anda...

Unknown said...

Nampak sedaplah kek tu. Meleleh air liur....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...