Sebenarnya jarang en. suami beli ikan talapia ni. Sebabnya dia tahu yang isterinya ni kurang gemar sikit kalau ikan2 jenis air tawar ni. Tapi baru2 ni adalah dia beli 2 ekor ikan patin & 2 ekor ikan talapia. Beranikan diri untuk mencuba buat sekian kalinya makan ikan patin & talapia tu. Sebabnya MaDiHaA pernah merasa ikan patin sangkar masa kenduri kawin sepupu en. suami kat Jerantut. Eh.. sedap pulak! Takde rasa2 pelik pun. Sejak dari tu.. persepsi MaDiHaA terhadap ikan patin sedikit berubah. Rupa2nya ikan patin yang tak sedap tu ialah patin yang dibela dalam kolam. Patutlah ramai betul yang memuji kesedapan ikan patin yang buat MaDiHaA pelik.. apalah yang sedap sangat dengan ikan patin tu sampai sanggup membayar mahal (untuk patin buah). Sedangkan MaDiHaA nak telan pun macam tak boleh nak masuk.. Sekarang barulah tahu rahsia & penyebabnya. hahaha.. Sekarang siap pesan kat en. suami lain kali kalau nak beli ikan patin hanya patin sangkar je... kalau patin kolam tak usah belilah... gerenti MaDiHaA takkan makan punya. Bukan sombong tau. MaDiHaA tak makan bukan sebab geli, tapi sebab rasa isinya tu memang tak boleh nak telan. Serupalah juga dengan ikan talapia kolam yang warna hitam tu. Pernah beberapa kali masak, mesti cuba makan, bila rasa secubit memang tak boleh nak telan. Akhirnya ikan seketul yang diambil mesti akan masuk dalam pinggan en. suami... hehe.. Sekarang insyaAllah jika masak patin atau talapia sangkar pasti tak lagi jadi macam tu. Berbalik dengan kisah ikan talapia pula. Disebabkan ia juga dibela dalam sangkar (menurut kata penjualnya) jadi en. suami pun belilah juga 2 ekor yang saiz besar. Alhamdulillah.. kedua2 jenis ikan tu MaDiHaA boleh makan. Takde rasa tanah, rasa lumpur atau rasa2 pelik. Sedap sangat isinya. Anak2 pun suka juga.
Oklah panjang pula mukadimahnya. Jom tengok resepi mudah ni. Goreng ikan garing2.. memang ngam sangat digolek2kan dalam sambal lada tu. Membuka selera!
Talapia Goreng Berlada
Resepi : MaDiHaA aka Ratna
Bahan2
2 ekor ikan talapia merah saiz besar
garam & serbuk kunyit
2 keping asam gelugur
1 ketul sebesar bola pingpong asam jawa
Garam & gula secukup rasa
minyak secukupnya
1 biji bawang besar ~ dipotong bulat
Bahan kisar/tumbuk
10 biji cili merah
5 biji cili padi merah
1 biji bawang besar
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
sedikit belacan
Cara menyediakan
- Ikan dibersihkan & dikelar. Larutkan asam jawa dalam sedikit air dlam bekas yang muat untuk merendam ikan tadi. Masukkan ikan talapia yang sudah bersih & rendam anggaran 30 minit.
- Sementara itu boleh sediakan bahan sambal. Tumiskan bahan kisar hingga garing. Masukkan garam & gula secukup rasa. Tambah asam gelugur & sedikit air jika terlalu kering. Bila dah secukup rasa bolehlah masukkan bawang besar yang dipotong bulat. Kacau2 sikit boleh matikan api.
- Ikan yang direndam tadi boleh dicuci bersih. Lumur dengan serbuk kunyit & garam hingga rata. Goreng hingga garing kedua2 belah. Oleh kerana ikan tu besar gorenglah sekor2 ye. Bila ikan dah masak bolehlah masukkan dalam kuali sambal lada tadi & gaul rata. Boleh juga letakkan ikan goreng dalam pinggan hidangan kemudian tuangkan sambal di atas ikan rata2. Ikut je mana yang anda suka.
4 comments:
lama ye tak makan talapia...jarang beli.
ikan sungai mmg sedap di masak macam ni Madihaa mana nk cari talapia niii
ikan patin mmg sy x leh telan.. tp talapia cerah berlada mmg sedap :)
Ohhh talapia mmg feveret kami..
Post a Comment