Assalamualaikum & salam sejahtera....
Rindunya dengan blog sendiri! Tuan blog kesibukan yang amat. Tak sempat sangat nak layan blog lantaran wajib tumpukan pada kerja hakiki. Maklumlah nak update blog perlukan sedikit masa untuk transfer gambar, edit gambar (tambah label/watermark), menaip dalam entry. Kalau takde masa yang cukup memang takde idea nak taip apa. Kalau sempat pun, mungkin hanya entry express. Tapi macam tak syok la pulak kalau tak taip apa2. hehehe...
Okla hari ni ada sikit masa terluang. Nak update resepi kesukaan MaDiHaA ni. Kali kedua dalam hidup buat Pulut Dakap ni tau. Nak jadi kuih ni bukannya senang. Sebab utama pastilah kekangan masa. Sebab keduanya kerana tidak cukup bahan. Nak buat Pulut Dakap ni bahan utama paling penting ialah pisang raja! Pisang lain tak boleh & sangat tidak sesuai. Sebabnya? Sebab pisang raja ni bila kita masak ia tidak jadi lembik macam pisang lain. Pisang raja tetap keras & kejung bila dah dimasak. Nak cari pisang raja bukannya senang kat bandar ni. Yang banyak pisang berangan, pisang nipah, pisang nangka atau pisang emas, 40 hari. Pisang raja ni jarang sangat jumpa.
Ikatan tak berapa kemas.. maklumla pembantu (adik) yg buat.. hehe..
MaDiHaA concentrate membungkus je...
Nak jadi cerita dalam hujung bulan lepas MaDiHaA sekeluarga pulang ke kampong MaDiHaA di Keratong. Sempatlah hari Ahad tu kami jalan2 ke pasar tani. Biasa kalau balik memang takde masa nak pegi pasar tani hari Ahad sebab Ahad hari kami nak balik KL semula. Tapi balik tempohari ada sambungan cuti hari Isnin sempena pertabalan Agong. Jadi Ahad tu kami masih free & boleh rileks2 di kampong. Apalagi... jalan2lah kita ke pasar tani. Sedang dok ronda2 tu.. ternampaklah gerai org Kelantan yang jual bermacam2 barang dari Kelate. Serba serbi ada... budu, gula nisse (gula kerek org Tganu panggil), asam jawa thai yang manis2 tu. Ehh.. macam2lah! Serupa macam kita pegi pasar besar Siti Khadijah tulah. Tapi idoklah serba serbi ada... cumanya.. barang2 yang makcik tu jual kebanyakannya semua barang2 dari Kelate ler. Sempatlah MaDiHaA beli gula kerek sebungkus. Pastu tiba2 mata tertancap ke kuih yang dijual. Terus terang biji mata. Wahhh.... ada pulut dakap!! Ada juga tapai pulut & tapai ubi. Tapi itu semua tidak buat MaDiHaA tertarik hati sebab kat KL pun senang jumpa tapai. Pulut Dakap tu yang lebih menarik perhatian. Terus MaDiHaA ambil 8 biji. Tak tanya pun harga terus je pilih2. Bila tanya berapa sebiji? Seriyal sutir! Errkkk!! Telan air liur. Sutir tau.. bukan sepasang atau sedakap! Terkejut la jugak... tapi fikir positif.. owhh.. takpelah mahal sebab kuih ni pun bukan senang nak buat. Pulut mahal, pisang raja pun mahal, harga kelapa pun dah naik sekarang. Cuma yang sedihnya, saiznya alahaii.. kecik molek aje. Pisang tu rasanya dibelah 4 kot... jadi diameter kuihnya comel je. Memang tak puas makan. Tapi takkan nak beli banyak kalau 50sen sebiji oklah jugak.. hehe... Terus ma cakap kita buatlah nanti kaklong, ma pun suka ni. Kat rumah ada pisang raja setandan dah masak. Makanya... esok hari Isnin dalam sibuk2 nak berkemas balik KL... sempatkan diri lagi buat Pulut Dakap ni atas permintaan ma. Buat 2kg pulut terus. Hambek kauu... puas hati! Diri sendiri pun sebenarnya tak puas juga makan. hehe... Eloklah tu.. anak buat kuih permintaan ma, ma pulak masak sayur batang keladi permintaan anaknya. Puas hati buat sendiri pisangnya MaDiHaA belah 2 je pisang tu, jadi saiz kuihnya agak besar. Sebesar lengan budak yang montel tu tau... puas hati.. hehe..
Jom MaDiHaA share sekali lagi resepi Pulut Dakap ni. Resepi asalnya MaDiHaA ambil dari fotopages Siti Mariam. Sekarang Mariam dah tak aktif berfotopages & rasanya tiada blog. Tapi kami masih berhubung melalui facebook. Terima kasih ye Yam berkongsi resepi.
PULUT DAKAP
Sumber : Mariam
Dicuba oleh : MaDiHaA aka Ratna
Bahan2
500 gm beras pulut ~ cuci bersih & rendam anggaran 2 jam 1 ½ cawan santan pekat
Pisang raja secukupnya
Garam secukupnya
Gula pasir secukupnya (ikut semanis mana yg kita suka)
Daun pisang secukupnya (dikoyakkan anggaran 7 - 8". Layurkan & dilap bersih)
Tali rafia secukupnya
Dalam gambar ni MaDiHaA buat 2kg pulut tau... sebab tu nampak banyak.
Cara-cara
1. Kukus pulut anggaran 20 ~ 30 minit atau hingga pulut separuh masak & nampak lembut.
2. Sementara tu.. santan pekat dicampur dengan gula & sedikit garam & larutkan hingga terasa lemak manisnya. Angkat pulut & gaulkan/arong pulut bersama santan hingga rata. (Kalau pulut terlebih masak.. boleh kurangkan santan sebab takut pulut jd terlalu lembik)
3. Sediakan sehelai daun pisang & sudukan pulut di atas daun pisang yang sudah dilayurkan. Tekan2 pulut supaya rata & nipis. Sebarkan pulut menjadi persegi seperti dalam gambar.
1. Kukus pulut anggaran 20 ~ 30 minit atau hingga pulut separuh masak & nampak lembut.
2. Sementara tu.. santan pekat dicampur dengan gula & sedikit garam & larutkan hingga terasa lemak manisnya. Angkat pulut & gaulkan/arong pulut bersama santan hingga rata. (Kalau pulut terlebih masak.. boleh kurangkan santan sebab takut pulut jd terlalu lembik)
3. Sediakan sehelai daun pisang & sudukan pulut di atas daun pisang yang sudah dilayurkan. Tekan2 pulut supaya rata & nipis. Sebarkan pulut menjadi persegi seperti dalam gambar.
Ini cara2 membungkus masa MaDiHaA pertama kali buat dulu.
4. Pisang yang sudah dibelah dua diletakkan sebelah pisang tadi di atas pulut.
5. Balut pulut menyelubungi pisang seperti membuat pulut panggang. Kemaskan kedua2 belah kiri & kanan dengan menekan2 pulut dengan jari yang basah. (jika jari tak sampai.. boleh potong sedikit hujung daun pisang lebihan dikiri/kanan kemudian barulah ditekan2 pulut yg berada di dalam daun pisang tadi). Bila pulut dah mampat lipat daun pisang kiri & kanan seperti kita membungkus lepat pisang.
6. Ambil 2 biji pulut yang sudah dibalut, dakapkan kedua2 pulut tadi & ikatkan dengan tali rafia di kedua2 belah kuih seperti dalam gambar.
7. Bila siap membungkus kesemuanya.. bolehlah dikukus pulut dakap selama 30-40 minit dengan api yang serdahana. Semasa mengukus.. balik2kan pulut dakap supaya masaknya sama rata.
Nota MaDiHaA : Masa pertama kali buat dulu MaDiHaA buat, santan tu tak dicampurkan gula tetapi MaDiHaA salutkan pisang dengan gula sebelum letak atas pulut (ikut cara Mariam). Menurut Mariam.. pulut tu kalau boleh diratakan nipis2 saja.. barulah sedap.. Tapi MaDiHaA tak reti nak buat nipis2 sangat. Pada pendapat MaDiHaA cara kedua yang MaDiHaA buat sekarang dengan mencampurkan terus gula dalam santan lebih senang nak dikendalikan berbanding salut pisang dengan gula sebab ia agak cerewet & berlengas sikit nak buat kerja.
Selamat mencuba semua!
5 comments:
lahai sedapnya kak..... kalau dpt tuh mau bertambah2 mkn tak ckup 1
sedapnya...
salam kak..Liza suka mkn pulut dakap ni tapi xpernah buat sbb takut xjadi...tp bila tgk resepi akk ni cm terbuka hati nk buat..apa2 pun kena cari pisang raja dulu, tq kak
Sedaknya kesukaan akk nie tp x buat x pandai...
Nk try buat tq share....
Post a Comment