Friday, February 18, 2011

Kacang Phool


Assalamualaikum semua...


Jumaat hadir lagi... Syukur masih diberikan kesihatan yang baik & masih berpeluang menghirup udara di bumi Allah ini...


Oklah.. tak boleh nak celoteh banyak2 hari ni.. kesuntukan masa.. terus ke resepi yang nak dikongsi.  Salah satu menu yang sangat2 aku teringin nak mencuba ialah Kacang Phool.  Aku tak pasti asal usul menu ini.  Cuma dari pembacaan.. kalau tak silap asal usulnya dari negara Arab (kalau salah tolong betul kan ye!).  Menu ini sangat popular di Singapura.  Ramai yang kata sedap.  Itu yang buat sangat2 teruja nak tau bagaimana rasa hidangan Kacang Phool ni... Nak pegi makan kat kedai pun tak tau kat mana ada jual.  Nak tunggu pegi Singapura pun entah bila nak sampai sana.  Terjumpa kacang phool dalam tin ni semasa aku meronda Jusco utk cari bahan2 buat takoyaki tempohari.. terus rembat 2 tin.. hehe..




Resepinya aku ambil dari FP Mummy Jam yang berada di Singapore nunn.  Mummy pulak dapat dari internet yang dia sendiri tak ingat siapa sumber & empunya resepi.  Tapi menurut mummy.. resepi ni dah jadi feberet family beliau.  Jadi aku pun nak juga merasa kesedapan yang diperkatakan tu... MamaFaMi pun dah pernah cuba resepi ini dulu.. kalau nak tengok boleh klik kat sini.  Terima kasih mummy sudi share dengan kami resepi yang mummy jumpa ni yer... thanks juga kepada empunya asal resepi.. Izinkan saya kongsikan diblog saya pula yer...



Kacang Phool
Source : Mummy Jam

Ingredients:
1 can of broad beans (Foul Medammas)
200 gm of mincemeat
2 tablespoons of chili paste
2 tablespoons of meat curry powder
6 small onions – blend into fine paste
3 garlic – blend into fine paste
1 inches of ginger – blend into fine paste
1 piece of assam gelugor or assam keping
A handful of chop coriander leaves
Salt and oil

For garnishing:
1 onion – diced
2 tomatoes – diced
2 green chillies – slice
Sunny side fried eggs
3-4 limes


Method:
1) Heat some oil in the wok and sautéed the onion-garlic-ginger paste together with chilli paste till fragrance.
2) Add in the curry powder with a few table spoonful of water to prevent the curry powder from getting burnt, till oil floats to the top and the paste became thicken,
3) Add in the mincemeat, assam keping , salt and about ½ cup of water. When the mincemeat are cooked, add in the broad beans ( you can mash ½ of the beans if you like) and lastly the chopped coriander leaves.

To Serve: spoon the kacang phool into bowls and garnish with fried egg, sprinkle some diced onions, tomatoes, chillies and lime.

This dish is best eaten with bread, especially the French loaf.
Roti Perancis lebih makan dengan Sup Kanji Ayam tempohari... kali ni.. makan dengan Sos Kacang Phool pulak... sedap!


Selain buat kacang phool tu.. masak jugak bihun goreng putih ni untuk anak2 yang tak makan pedas....

Selamat mencuba!

12 comments:

Ayu said...

Assalam madiha, kacang phool ni memang mostly makanan favourite kat sini..sedapnya nampak kacang phool madiha ni..terasa nak makanlah pulak..petang2 ni..

ilahjy said...

SALAM MADIHA..terliur akak tgok kacang nii dah lama tgok dlm dapo kwn2 terutama ayu.. nak masak kesian lula yg berjahit tak leh makan telur..
kes abg tu ada tumor dlm telinga dah reput tulang dlm.. sbb tu terukk.. adik madiha mungkin kes kecil sbb ada sorg pesakit sama abg pun lepas operate dah boleh bangun cakap2 dan buat lawak pula tuu.. mcm abg tuu sampai 6 jam operate..
jgn risau lah.. insyllh tak de apa2 tuu..
t.kasih doa dari mu ..

izahdaut said...

kak madihaaa..nampak sedap betul lah...teringin betul nak rasa bila tengok dlm jalan2 cari makan tu cam sedap betul makan ngan roti..
saya tak pernah rasa apatah lagi membuatnya..hehee..
nak kena try jugak ni

Kak Nik Ja said...

looor cam tu ka kcg phool,mokwo mati2 ingat kcg baked beans..tq yer share nanti gi jusco mokwo nak carik! so far tak pernah jumpo laeii!

Anonymous said...

Assalam Madiha (kali nih tak panggil tyha,,,eheeheh).. kalau datang ke JB bolehlah makan kacang pol di gerai samada di Selera Johor, Plaza Larkin atau di gerai berhampiran Bomba, Larkin. Memang pemes kat sini...Kakwa pun cuba2 cari kacang pol...tapi payah nak jumpa..waimah yg dalam tin ... Terima kasih kongsi resipi nih...I like..

HaSue said...

macam pernah dgr/baca tapi x pernah rasa laa..nak rasa sket leh? :D

MaDiHaA said...

AYU: Salam ayu.. itulah tu.. sebab selalu sgt tengok orng lain dok tayang kacang phool yg nampak sedap itu yg rasa nak buat jugak tu... ternyata mmg sedap... sikit2 nak sama ngan keema nurjan yg pernah kita buat dulu.. mungkin sbb ada daging & rempah kari tu kot..

MaDiHaA said...

ILAHJY: salam kak.. rasanya takde masalah kalau akak nak cuba.. sebab telur tu sekadar bahan sampingan jer.. tak letak telur pun boleh gak buat kak.. hehe..

re: thanks kak atas jawapan akak tu.. harap2 semuanya berjalan lancar

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

IZAHDAUT: samalah izah.. akak pun ada gak tgk dlm jjcm dulu tu.. bukan main terliur tgk tengku maria makan.. hehe.. sebelum tu pun ada tengok dlm fp mummy jam.. tp nak cari kacang phool tu yg tak jumpa2.. aritu nampak kat jusco terus rembat 2 tin.. hehe..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

MOKWONIK: hehe.. ye ke kak? saya pun.. baru je kenal kacang phool tu bila secara tak sengaja ternampak kat jusco aritu. sebelum tu pernah tanya ctnaemah dia beli jenama apa... bila dah jumpa teruslah rembat..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

KAKWA: ye ke kak? kat johor pun dah femes ye kakwa.. yelah kan.. dah dekat ngan singapore.. entah bila nak sampai johor ni kak.. dah lama sy tak pegi sana.. akak skrg dok johor ke?

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

HASUE: kena tunggu next time kita wt yer.. hehehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...