Assalamualaikum & selamat petang..
Yuk minum petang sambil2 mengunyah donut kentang yang lembut ni... huii... sedapnya kalau dpt layan donut dengan secawan nescafe atau teh 'o' panas kan..? Tapi tu semua tinggal angan2 sajalah bagi ibu2 bekerja seperti ku. hihi.. manalah nak cekau donut panas2 kat ofis ni.... Kalau pun teringin nak minum petang sambil kunyah donut... harus beli siap2 donut pagi2 tadi.. tapi itu dah jadi donut sejuk la.. kekeke...
Ok ni sebenarnya donut yang dibuat minggu lepas.. dua hari berturut2 buat donut ni atas permintaan anak2. Maklum sajalah.. minggu lepas anak2 ditinggalkan di rumah sebab mr. hubby bekerja malam.. jadi kenalah sediakan makanan kat rumah tu supaya anak2 burung tak kelaparan.. hehe.. Masa hari pertama aku buat tu.. aku buat lewat petang (hari cuti) & dapatlah bawa ke rumah jiran malamnya waktu melawat jiran yang baru lepas operation. Separuh dari donut yang aku buat sempat aku frozenkan untuk digoreng keesokkan paginya. Rupa2nya.. malam esoknya anak2 minta buatkan lagi donut sebab tak puas makan katanya.. Haa.. itu yang jadi dua hari berturut2 kena buat donut.. mujurlah kerja uli menguli semua ku serahkan kepada BM.. hehe..
Resepi donut kentang ni adaptasi dari resepi donut kentang Cakcibur a.k.a Rohana Shahdan. Akan tetapi aku dah ubahsuai kuantiti bahan2nya kerana aku tak pandai nak 'bermain' dengan doh yang terlalu lembek. Jadi untuk resepi ini aku dah kurangkan sukatan air & lebihkan sedikit sukatan tepongnya. Alhamdulillah.. hasilnya tetap lembut & sangat sedap.. Ahhh.. tak payah la nak komen lebih2 pasal donut kentang kan.. semua orang pun dah tau sebarang doh jika ditambahkan kentang atau keledek dah tentu hasilnya akan jadi lebih lembut berbanding doh dari tepong semata2... hehe..
Ok jom semak resepi...
Donut Kentang
Bahan2 doh
1 biji kentang (anggaran 150 ~ 190 gm) ~ kupas, potong & rebus empuk
200 ml air suam
70 ml minyak masak
70 ml susu pekat
½ peket mauripan (5.5 gm)
550 ~ 580 gm tepong gandum
1 sudu kecil (sudu kfc) garamBahan tambahan
minyak masak
gula kastor
Cara2 Menyediakan
1. Kentang dikisar bersama 200 ml air sehingga halus lalu tuangkan ke dalam mangkuk menguli.
2. Campurkan garam, minyak masak, susu pekat & mauripan ke dalam mangkuk kentang tadi dan kacau rata.
3. Masukkan tepong sedikit demi sedikit sambil diuli rata. Uli sehingga mendapat doh yang lembut & licin. Tak perlu habiskan tepong sekiranya doh sudah elok lembut & tak melekat ditangan. Bila doh siap diuli.. tutup mangkuk doh dengan tuala lembab atau dibungkus mangkuk tadi dengan plastik bersih & perap doh sehingga naik sekali ganda.
Untuk kaedah menggunakan BM.. masukkan saja bahan2 mengikut urutan ke dalam BM & set kan kepada program doh. Tunggu sehingga siap.
4. Tumbuk doh yang telah naik tadi untuk mengeluarkan angin. Bentukkan donat samada menggunakan donut cutter dengan mencanai doh atau boleh juga bulat2kan doh seperti membuat cucur badak. Susun di atas dulang. Bila doh sudah naik.. sapukan jari dengan minyak masak & buat lubang ditengah2 dan goreng sehingga kekuningan. Salut dengan gula kastor & sedia dihidangkan.
1. MaDiHaA uli menggunakan breadmaker dengan menggunakan kentang sebanyak 190 gm & menggunakan tepong gandum sebanyak 550 gm. Doh memang agak lembut.. gunakan tepong semasa membentuk doh supaya tak melekat ditangan.
2. Sapukan dulang dengan sedikit minyak masak sebelum mengatur donut yang dibentuk supaya donut tak melekat pada dulang semasa nak digoreng.
Selamat mencuba!
13 comments:
Laaa...baru je berangan nak join minum petang kat ghumah Madiha...rupanya masih diopis....
Gebu bulat2 je donut tu....memang best kalau dapat makan ni...sambil tgk tv ptg2 hari ni...dah la baru lepas hujan kat sini..perut pun lapo ni...emmmm...nak makan donutttt....:)
perghhh gebu nya donut tu.......cuba bayangkan kalau sebiji dpt masuk mulut akak, kan best hehehe
duh comey sungguh rupa parasnya tuh...sama saiz jer...kalu saya, hurm...dr saiz bapak, emak, anak semua ada..
gebusnya donut ni kak....rasa nk ngap terus jer...hehe
salam...gebus je donut nie..nak rasa seketul..geram tengok..minta ijin dulu nak ambik resepi..hihi..
lamanya tak buat yg nie...nmpk sungguh mengancam..yummy...
donut kentang....emmm memang sedap anak2 Nuri pun suke gak ni he he
tp K.mADIHA comel2 gebusss
amboii..... gebu geban donut nih.... geram nyer nk try, soon...
sedap!! tun mmg suka betul buat donat kentang.. selalu wat byk2 dan frozen kan.. mmg biasa lembik sket doh dia. nnti nk guna resepi akak ni supaya xde la stress sgt membentuk sbb xlekat2 sgt.
donut kentang akak belum cuba lagi..tapi donut keledek dah buat dah..mmg gebu sangat ..esok mungkin akak buat donut kentang..anak2 buah semua nak balik..gebu betul nampaknya yang dlm pinggan diha tu..
uwaaaaa... nak donat, nak donat...
akak, nani cuba dah 3 kali nak wat donat, tapi tak juga menjadi cantek, gebu2 cam org len wat.. tak tau ler ape hal.. skrg ni tengah ngidam nak makan donat big apple.. :( bila nak gi beli n i..
waaa... ada donut gebu di sini...nak seketoi...
pestime tau donut kentang kak...
skrg ni kalau kreatif semua leh dijadikan makanan yg enak kan :)
bilalah g nk pi ziarah umah akak ni...leh makan sedap2..heheee
Post a Comment