Bersiaran terus dari rumah ye hari ni. hehe... Anak dara ku yang kecik bam-bam tu kurang sihat sejak malam tadi. Berjagalah ibunya ini dari pukul 2 pagi sampai ke 5 pagi. Nasib baik mlm tadi tidur awal pukul 11 malam. Dapatlah tidor 3 jam sebelum terpaksa berjaga sebab Alin asyik merengek & muntah2. Baru ibu nak lena bila nampak Alin dah lena kul 5 pagi.... alarm hp pulak berbunyi... Adeiii... memang tak boleh kerjalah mcm ni. Bukan aje anak tak sihat nak dibawa ke klinik... ibu pun boleh pusing kepala kalau tak cukup tidor... Dah serik kena 2, 3 kali sebelum ni.. Jadi terpaksalah ibunya ambil emergency leave. Moga cepat sihat ye nakk...
Oklah untuk resepi kali ni... nak kongsi resepi kek yang diambil dari blog Kak IlahJY. Sebenarnya dok mencari2 resepi kek yang menggunakan browning sugar. Dah lama browning sugar tu dok terperap dalam laci dapur tu. Browning sugar tu pemberian seorang customer ku Along Ayu yang rajin mengorder kuih lapis pisang tak lama dulu. Tak sangka pulak dpt ole2 dari Sarawak bila dia berkunjung ke sana. Terima kasih ye Along Ayu. Maaf sebab lama perap browning sugar tu.. tak tau sebenarnya nak guna untuk apa. Agak2.. sesuai tak dibuat kuih kosui/kaswi. kalau ada orang Sarawak yg tau.. lehla share ye. Kalau guna browning sugar tu mesti kuih kosui jadi cantik gelap. Tak payah letak kicap bagai... hehe..
Oh ya... masa ronda2 di blog Kak IlahJY hari tu... tiba2 nampak resepi kek yang gunakan browning sugar... jadi teruslah jalankan projek sebab resepi Kak IlahJY tak banyak gunakan telur & bahan2 lain pun mudah nak cari. Tapi sebelum tu nak mintak maaf pada Kak IlahJY sebab MaDiHaA ada ubahsuai sikit resepi tu... ikut bahan yang ada kat rumah disamping untuk mengurangkan rasa manis pada kek... MaDiHaA gantikan penggunaan biskut meri kepada biskut krim krakers. Nama pun dah tukarlah juga daripada nama Kek Batik Marie Kukus kepada Kek Lapis Krim Kraker Kukus. Harap Kak IlahJY tak marah ye... mintak halal resepinya & terima kasih juga share resepi ni. Ramai yang dapat merasa kek ni tau kak... siap boleh di bawa ke meeting lagi. Ramai yg kata sedap & pada saya kek ni rasa healthy jer bila makan sebab mungkin rasa dari krim krakers tu buat kek ni tak muak & rasanya pun kurang manis. So takdelah rasa 'bersalah' sangat bila makan.. hahahah..
Kek Lapis Krim Kraker Kukus
MaDiHaA guna loyang 4 segi 9 inci
Resepi : Kak IlahJY
Sumber : MaDiHaA a.k.a Ratna
Bahan2
Biskut krim krakers secukupnya (resepi asal guna biskut meri)
6 biji telur
225 gm gula halus (MaDiHaA guna 180 gm gula perang)
200 gm mentega
200 kaya
150 gm tepung gandum + 30 gm lagi (ralat : tambahan 30 gm ni yang lupa nak taip semalam)
5 sudu besar susu manis
1 sudu teh vanilla
2 sudu besar browning sugar/gula hitam sarawak
1 sudu teh baking powder (ralat : ini pun lupa nak taip semalam)
Caranya:
Putar mentega dan gula sehingga kembang, masukkan telur 1/1 putar sebati.
masukkan kesemua bahan sambil diputar dgn kelajuan sederhana sehingga sebati. (MaDiHaA bancuh dulu browning sugar dengan bahan2 basah yang lain hingga sebati baru masukkan dlm bancuhan butter)
kemudian baru dimasukkan tepung dan putar sehingga sebati.
ilah jy bahagikan 4 mangkuk biar sekata setiap lapisan.(((4 lapisan lah)))
Panaskan kukusan. sapukan acuan dgn marjerin dan tabur tepung. masukkan adunan tepung merata bahagian bawah dan terus aturkan biskut marie (MaDiHaA guna biskut krim krakers) sepenuhnya. kukus selama 15 minit dan sehingga masak. Tekan sikit dengan alat penekan kek lapis supaya rata. (MaDiHaA tak tekan sbb takde alat tu..)
Angkat dari periuk dan ratakan lapisan seterusya seperti tadi sehingga habis. akhir sekali tak perlu letak biskut & teruskan kukus sehingga 20 minit/masak. Sejukkan baru potong.
masukkan kesemua bahan sambil diputar dgn kelajuan sederhana sehingga sebati. (MaDiHaA bancuh dulu browning sugar dengan bahan2 basah yang lain hingga sebati baru masukkan dlm bancuhan butter)
kemudian baru dimasukkan tepung dan putar sehingga sebati.
ilah jy bahagikan 4 mangkuk biar sekata setiap lapisan.(((4 lapisan lah)))
Panaskan kukusan. sapukan acuan dgn marjerin dan tabur tepung. masukkan adunan tepung merata bahagian bawah dan terus aturkan biskut marie (MaDiHaA guna biskut krim krakers) sepenuhnya. kukus selama 15 minit dan sehingga masak. Tekan sikit dengan alat penekan kek lapis supaya rata. (MaDiHaA tak tekan sbb takde alat tu..)
Angkat dari periuk dan ratakan lapisan seterusya seperti tadi sehingga habis. akhir sekali tak perlu letak biskut & teruskan kukus sehingga 20 minit/masak. Sejukkan baru potong.
Selamat mencuba!
20 comments:
Salam Ratna...
Dari biskut Marie tuko cream krakers....cantikkkkk....mesti sedap ni kan....leh try la nanti...amik resepi dulu...masuk senarai menunggu....kak cek bwk roti ni...leh ke tuko ngan kek sedap ni....he he...:D
Camana kesihatan anak Ratna hari ni...hope beransur pulih....
wah tima kasih kak share resepi, nak try lah nanti, tak manis sangat kan ni
mmmm...nampak sedap tu diha..kalo takde browning sugar tu kita nak guna apa ya diha..tergoda akak dgn kek sekut kraker ni.:)
Assalam Madiha,
memang kena rehatlah sebab kalau dah kepala pusing kurang tidur kalau paksa bekerja nantilain jadinya ye Madiha, mudah-mudahan dua-duanya segera sihat.... KLKK tu...aduhai...sayu aje mata ni memandang.... he he hehhh
cun je kek akak nih... geram nyer
cantik kek lapis tu, kalau dapat rasa lagiiiii la cantik.
salam ratna kusss cyg...
ooo ni yg dinda kabarkan hari tuu ya nak ubah suai resepi..tak pee itulah nama nya kitashare ..dan ubah suai ikut keperluan.. kak ilah kamu ni pun sama suka suki ubah suai... janji sedap ditekak dan anak2 suka..emmm tahniah ratna.. kernatelah mencuba....biskut cracker tu kembang sbb dia mmg berlapis..kalu marie tu dia sekata...cantik lah ratna ada seni dia tuuu emmm kak juga baru dpt lagi 2 botol gula tuuu.. tah bila nak melapis..huhuuu...tahniah yaaa
salam lagi seklai kak minta izin masukkan hasil kerja tangan ratna yaa kak update ke dapo kak ya. sbgi penghargaan...
salam madihaa...
memang menarik.. nanti nak try..
As'salam Ratna
cantiknya melapis kek ni. semalam dok belek2 buku resipi simpana ct ada terbaca juga resepi Kek Batik Marie Kukus ni, tup2 ari ni keluar kat blog Ratna..hehehe. memang nampak sedap tu, kena lah mencuba ni. ct pulak tengah rajin asik membaking jer sebab nak habiskan stok butter dan telur ni sebelum bercuti2 sakan..hehehe
woowww... mesti sedap ni... tapi nak melapis tu lah masalah saya... heheh..
Wah Madiha cayang.... sodap ni!
cantiknya kek tu...ank x sihat ya kak..samala kita, ni 4 org baru pulih, bb lak mula demam..
Salam kak sedap dan kemas nampak kak.. seronok tgk hasilnya yang kemas tu
menarikla tgk kek ni kak...sedapnya kalau boleh rasa ni...hehe
didoakan semoga anak akak kembali sihat yer:)
Assalam Ratna, cantik dan menarik pulak tengok kek lapis cream cracket tu...mesti best nih eh...nnt nak try la jgk...thanks rajin korek resepi2 ni ya Ratna...hehehe
nampak sangat ohsem la..
tqvm puan.sy dh buat sb teruja dgn rupa alunan krim kraker tu..sy mmg suke klainan
salam.....cantik keke tu...mohon minta resepi. ada masa nanti nak cuba. tk
Salam...nampak sedap n senang...akan dicuba nanti.....thanks
Post a Comment