Assalamualaikum readers....
Terima kasih diucapkan kepada semua readers & visitors yang telah mengucapkan salam takziah atas pemergian Allayarham Ahmad Nazri dalam entry semalam. Sesungguhnya setiap yang hidup pasti akan mati... kita sebagai hamba-NYA haruslah redho dengan ketentuan Ilahi.. Semua yang ada di dunia ini adalah milik kekal-NYA & DIA boleh mengambil kembali orang2 yang kita sayang apabila DIA menghendaki pada bila-bila masa & dengan apa cara sekalipun.... kerana apa yang ada di dunia ini hanyalah pinjaman semata-mata... Allahhuakbar!
Oklah.. untuk entry hari ni pun tiada resepi yang dapat diberi.. Sempena ulang tahun ke dua blog Dari Dapur MaDiHaA pada hari ini.... MaDiHaA ingin menjamu kawan2 sekalian dengan ketupat palas bercicahkan serunding ikan tu ye... sila2lah jangan malu2.. hehe...
Sebenarnya.. ketupat palas tu adalah pemberian moksu ku dari Dungun melalui Sujah (isteri pakcik dlm entry semalam). Dah lama jugak dia bagi... kali ni barulah aku sempat panaskan. Ketupat ni memang tahan lama kalau kita frozenkan.. Bila nak makan.. rebus je sampai lembut. Nak buat rendang malas.. jadi cicah jelah dengan serunding ikan yang datang dari Kelantan pemberian adik ipar dulu... Ohh.. Terengganu vs Kelantan = Sedap!!
Syukur alhamdulillah kerana sampai juga ulangtahun ke dua bloggersary Dari Dapur MaDiHaA. Walau dalam kesibukan dengan rutin harian... syukur alhamdulillah dapat juga menghidupkan blog ini. Terima kasih tak terhingga diucapkan kepada semua pengunjung Dari Dapur MaDiHaA & tak lupa kepada semua followers & juga kepada yang rajin meninggalkan jejak walaupun MaDiHaA kekurangan masa untuk membalas kesemua komen2 yang ditinggalkan. Harapan semoga blog ini dapat diteruskan & semoga MaDiHaA diberikan kesihatan yang baik agar dapat menunaikan tanggungjawap di dapur untuk family & secara tak langsung dapat berkarya di blog untuk rujukan masa depan, anak2 & kawan2 sekalian.
Akhir kata.. salam sayang Dari Dapur MaDiHaA... kalau ada sumur di ladang.. boleh kita menumpang mandi.. kalau ada umur yang panjang.. boleh kita berjumpa lagi...
Sekian..
20 comments:
Salam Takziah juga dari ita buat keluarga Arwah.. semoga rohnya di semadikan di samping hamba2nya yang beriman..
Al~ fateha
Hari ni Madihah tak sedih lagi kan... selamat ulang tahun buat Dapur Madiha..
banga dengan Ratna kerana walaupun sibuk bekerja dan melayan keluarga , tapi masih juga punya kesempatan untuk berblog
Bukan mudah nak bahagikan masa antara keluarga, kerjaya dan minat..
Semoga madiha terus berblog dan berkongsi resepi, dan pengalaman hidup..
Ketupat palas tu fav anak ita Dalili.. kalau balik kelantan yg ni dulu yg di carinya.. kadang2 atuk dia dah siap belikan siang2 bila dah tau cucu dia nak balik hihi
Kalau ada sedara mara yg nak turun JB mesti dia kirimkan.. aii.. ni tak boleh tunjuk Dalili nanti dia nak suruh buat hihi
Tahniah kak Ratna...tima kasih juga kerana akak lah salah sorang blogger yang menceriakan hidup saya sepanjang saya menjawat SAHM ni. Errr nak mandi kt sumur tu, kita pakat2 berkemban la yer...hihihi...
Assalam Ratna, adeii apasai akak xleh nak letak komen kat bawah tu...kat sini pun cam x muncul jek kotak komen. Try je ni.. salam takziah dari akak buat adik dan Ratna sekeluarg atas kehilangan adik ipar tu...Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman...amiin.. Sedih akak baca tragedi tuh...dan hiruk pikuk hari2 yg Ratna lalui baru2 ni...insyaAllah semua beransur pulih dan kan.. Yang pergi tetap pergi, kita yang hidup ni kena byk bersabar dan teruskan hidup...
happy anniversary dari Dapur MaDiHaA ^^ tun suka tgk resepi akak.. sgt detail.. semoga terus dilapangkan masa utk mengapdate blog insyaAllah =)
Happy 2nd blogversary to Dapur Madiha ya..
semuga more to come..akak ambik lepat buat berkat ni ya..hehe
Terima kasih Kak Ham.. terima kasih kerana sudi menceriakan blog MaDiHaA...
Terima kasih Ita atas ucapan takziah.. mudah2an rohnya ditempatkan bersama insan beriman.. sesungguhnya arwah memang seorang budak yang baik..
Tak elok kita bersedih terlalu lama kan.. yg pegi itu tetap pergi kita yg hidup perlu meneruskan hidup spt biasa..
Terima kasih juga utk ucapan ulangtahun.. memang betul bukan mudah nak membahagikan masa membuat byk perkara dalam satu2 masa.. tp alhamdulillah.. Allah permudahkan segala urusan..
memang betul.. Kelantan & Terengganu memang byk terjual ketupat palas ni kan.. tak perlu susah buat sendiri.. hehe..
Chah: terima kasih dik.. suka akak mendengarnya.. akak sendiri pun byk jadikan blogger2 otai sebagai sumber inspirasi akak dlm masak memasak ni. Errrr.. betullah tu kalau nak mandi kat sumur kena berkemban.. hehehe.. org kampong nak mandi sungai pun berkemban juga tau... hehe..
Ummi: W'salam Kak Ummi. entahlah kak.. blogg mcam sedang setting suatu yg baru kat kotak komen ni.. tp mudah juga sbb sy boleh komen satu2 terus.. hehe..
Terima kasih kak ummi utk ucapan takziah tu.. Kami semua redho atas apa yang terjadi.. cuma terasa sangat sedih dengan apa yang menimpa & cara dia pergi.. sangat trajis.. Semua pun dah ketentuan ilahi kan.. kita memang tak boleh nak mengubah walau sedikit pun..
Terima kasih Tun.. hihi.. akak memang suka tulis resepi secara detail supaya pembaca betul2 faham dengan arahan resepi.. biasalah kan.. org peramah memang suka popet2.. hehe..
Terima kasih Kak Ayu... mana K.Ayu dpt lepat tu? hehe.. saya jamu ketupat tapi k.Ayu jumpa lepat pulak.. haha..
Assalam madiha, selamat ulang tahun ke 2 dari dapur madiha, cantik ketupat2 tu
Happy 2nd blog anniversary to Dapur Madiha...terus2kan kongsi2 resepi ya....
Dah jamu mata ngan ketupat daun palas...bila agaknya dapat makan ek..:)
Happy 2nd anniversary to Dapur MaDiHa...jangan berhenti masak..
tahniah buat kak madiha kerana masih lagi bersemangat walaupun dah mencencah 2nd anni... ketupat palas ni nani selalu jumpa time raya je... kalau kat sabah ni jarang2 org pandai buat.
Happy 2nd blog anniversary kak.teruskan berkongsi resepi lagi dan lagi.tabik sama kak madihaa yg keja tapi masih mampu update n3 mskx2 yg hebat lagi.kalau saya blk keja nanti maunya pengsan kot...hehe
W'salam Rosa.. terima kasih.. ketupat made in Terengganu tu.. hehe..
Terima kasih Kak Chek.. jika kesihatan mengizinkan.. sy takkan bersara dr berkongsi resepi.. hehe.. nnt ry dtg umah ehh kak kita jamu ketupat palas betul punya.. haha..
TQ Rahel.. tak pernah berhenti memasak selagi sihat kerana mulut2 di rumah perlu diberi makan.. hehe..
terima kasih Rani.. yup.. masih bersemangat dik.. sebenarnya blog ini adalah kesinambungan dari fotopages akak yang suatu ketika dulu juga dipenuhi dengan bermacam2 resepi... memasak tu adalah terapi bagi akak sejak dulu lagi.. hehe..
terima kasih Nieza.. insyaAllah Nieza selagi sihat tubuh badan insyaAllah akak takkan berhenti bereksperimen & berkongsi resepi di blog kesayangan akak ni... mmg agak sibuk rutin hidup akak Nieza.. tp nak buat macamana.. memasak tu dah jd kewajipan sebgai isteri & ibu... update blog pula dpt menceriakan hidup akak... walau sesibuk mana.. mesti nak juga jenguk blog.. hehe..
Post a Comment