Thursday, March 29, 2012

Gulai Asam Rom (aserong) Perut / Babat... sajian popular negeri Pahang..

Assalamualaikum....

Kalau kelmarin ku masukkan gambar sajian nostalgia aku masa zaman budak2 waktu mengikut arwah ayah & ma ke kebun sayur.. hari ni teringin pulak nak kongsikan resepi sajian yang popular di negeri Pahang terutamanya di daerah Jerantut, Raub dan kawasan2 berdekatan dengannya.. Bukan semua daerah di negeri Pahang yang ada menyajikan lauk ni.. contohnya keluarga ku sendiri yang telah berhijrah ke Pahang daerah Rompin tak pernah pula terjumpa sajian gulai asam rom ni. Sejak aku kenal dengan suami yang berasal dari Raub barulah aku tau pasal gulai yang sedap ni...


Gulai Asam Rom atau sebutan orang kampong suami gulai aserong adalah sajian tradisi yang begitu popular di sana. Bukan saja dijadikan masakan harian.. kadang kala terjumpa juga semasa kenduri kendara. Khabarnya gulai asam rom lebih dikenali di sekitar Kg.Ulu Sungai (kg suami lah tu.. hehe) dan Batu Talam, Raub & Ulu Tembeling, Jerantut (Tempat lain ada juga). Terdapat dua jenis asam rom iaitu diperbuat dari buah perah dan satu lagi dari biji getah.  Orang2 kampong di Ulu Tembeling, Jerantut biasanya menghasilkan asam rom dari biji getah memandangkan sekarang agak sukar untuk mendapatkan buah perah kerana dah banyak pokok perah pupus dek kerana pembangunan atau tanah yang diteroka untuk pertanian.  Manakala masyarakat kampong di Raub hasilkan asam rom dari buah perah yang dikutip dari hutan kerana buah perah masih lagi dapat di cari di hutan2 berhampiran kampong. Cara menghasilkan asamrong samada dari buah perah atau biji getah adalah sama.  Buah perah ni selain boleh dijadikan asam rom (bahan utama yg digunakan utk membuat gulai ini), boleh juga dijeruk bersama petai atau direbus (masa merebusnya berjam2) & dimakan begitu saja. Rasanya sangat sedap! Jika nak jadikan asam rom.. buah perah melalui pelbagai proses & biasanya buah yang siap diproses diperam sekurang2nya sebulan atau lebih.. barulah sedap dibuat gulai.  Jika nak merebus untuk dimakan pula.. biasanya mereka yang pandai saja yang boleh membuatnya sebab jika tak kena cara & tak pandai menjaga api.. buah perah boleh memabokkan!  Berbeza pula dengan biji getah.. ia tidak boleh direbus untuk di makan seperti buah perah.  Ternyata buah perah lebih istimewa kerana banyak kegunaannya & rasanya pulak sangat sedap!

Kalau ada yang belum kenal buah perah.. kat bawah ni aku letakkan gambar2nya ye.. Gambar2 ni semua adalah copy & paste dari fotopages ku dulu... waktu ni suami & adik2 ipar mencari buah perah di hutan. Sengaja balik kampong beberapa hari untuk mengutip buah perah ni untuk dijadikan stok asam rom sebab masa tu musim perah tengah meluruh.  Buah perah ni dia bermusim tidak macam buah getah yang lebih mudah dicari. Jadi kalau tiba musim buah perah jika ada kelapangan suami akan mengikut adik2nya mengutip perah di hutan sematanya untuk menghasilkan asam rom untuk stok setahun. Jika nak baca cerita lanjut pasal xpdc mencari buah perah ni.. bolehlah klik kat SINI ada macam2 cerita & banyak lagi gambar2 yang lain kat situ.. hehe..

sila klik gambar untuk saiz yang lebih besar


Buah perah yang di proses akan memakan masa berhari2 sebab sebelum dijadikan asam rom.. buah perah perlu dijemur beberapa hari kemudian bila cukup kering.. ia akan diketuk untuk mengupas kulitnya kemudian dijemur lagi sehingga agak kering. Lepas itu isi yang dah agak kering akan ditumbuk separa lumat. Diuli bersama sedikit air kemudian barulah diisikan ke dalam botol yang sesuai. Cara mengisi pun perlu betul2 padat jika tidak asam rom tidak akan cantik.  Akhir sekali asam rom yang telah diisi ke dalam botol akan di simpan paling kurang 1 bulan sebelum boleh dibuat gulai. Sebenarnya boleh juga dibuat gulai sekiranya belum cukup sebulan tetapi gulai agak cair dengan warna yang agak pudar & sudah pastilah kesedapannya juga tidak sama dengan menggunakan asam rom yang dah di peram lama. Warna asam rom akan berubah dari warna putih ke warna hitam jika lebih lama di simpan. Lebih lama di simpan.. lebih sedap gulai yang dihasilkan nanti.  Antara bahan utama yang biasa dijadikan gulai asam rom ialah ikan sungai, ayam, perut atau daging terutama daging haiwan hutan seperti pelandok atau kancil. Tapi sekarang ni.. mana la nak cari kancil atau pelandok kalau tak pegi berburu.. hehe.. biasanya mertua ku masak gulai asam rom ayam atau ikan sungai atau ikan keli aje.. tapi aku kat sini kalau teringin nak masak gulai ni.. biasa gunakan ayam atau perut/babat lembu. Memang sedap!

 Inilah rupa asam rom yang diperbuat dari biji buah perah yang telah diperam berbulan2.. dari asal warna putih bertukar menjadi warna hitam. Sekali pandang macam gula merah.. hehe.. Asam rom yang diperam ni kadang kala akan mengeluarkan minyak sebab dasarnya buah perah memang berlemak.. mengikut kata MIL.. minyak dari asam rom ni boleh disimpan & dijadikan ubat gatal2 pada kulit...


Oklah.. panjang lebar pulak bercerita hari ni ye... mentang2lah ada banyak masa free.. hehe... 

Ok jom kita tengok resepi nya ya.. resepi hasil tunjuk ajar dari ibu mertua.. terima kasih mak sebab ajar masak gulai yang sedap sangat ni... hanya mereka yang pernah merasa je tau kesedapan gulai ni.. Yang pasti.. bila ku perkenalkan gulai asam rom ni pada keluarga sebelah aku.. semuanya dah jatuh cinta dengan gulai ni.. hehe.. agak sukar nak gambarkan bagaimana rasanya.. rasa yg agak pelik.. tapi amat sedap! Walaupun namanya ASAM.. tapi ia tidak masam! hehe.. Tapi awas ye! Gulai asam rom ni sangat3 pedasssss!! Pedas tapi sedapp!! Gulai ni memang wajib pedas barulah sedap. Mereka yang alah pada pedas atau cili padi memang di larang merasa gulai ni.. hehe..


Gulai Asam Rom (aserong) Babat/Perut
Resepi : MaDiHaA a.k.a Ratna (dengan tunjuk ajar dari MIL & suami)

1 kg perut/babat ~ dihiris kasar kemudian direbus sekejap je kemudian tos
1 kuntum bunga kantan ~ belah 2 atau 4
sedikit daun kesum
sedikit daun cemomok/daun pijat ~ gunakan 1/4 atau 1/6 dari sehelai daun (sila lihat gambar)
1 - 2 keping asam keping
garam secukup rasa (jgn byk sebab dalam bahan tumbuk dah letak garam)
aji (optional)
4 cawan air 

Bahan tumbuk
25 biji cili padi (hampir2 1/2 cawan)
1 sudu kecil garam (sebaiknya garam kasar)
2 inci kunyit hidup (pilih kunyit tua anggaran sebesar ibu jari.. kalau kecik.. lebihkan sikit)
4 sudu besar asam rom
(tumbuk dulu kunyit hidup hingga lumat kemudian masukkan garam kasar & cili padi tumbuk lagi.. bila dah lumat barulah masukkan asam rom & tumbuk agak2 bercampur & separa lumat je.. 

Sila klik gambar utk saiz yang lebih besar.
Pokok cemomok atau aku panggil daun pijat sebab bau daun ni sama macam bau pijat yang busuk tu.. hehe.. tapi ini adalah salah satu bahan yang penting untuk gulai ni.. biasanya aku bawa balik ke PJ & keringkan untuk dijadikan stok.. bila2 nak masak gulai ni bolehlah digunakan..



Cara 2 menyediakan
1. Campurkan bahan2 yang sudah ditumbuk (sila lihat cara2nya) dengan sedikit air.. jadikan pes. Tuangkan ke dalam periuk & campurkan dengan 4 cawan air.
2. Campurkan dengan semua bahan2 lain (kecuali garam) & jerang sehingga mendidih. Biarkan hingga perut lembut & tambah garam secukup rasa. Biarkan hingga kuah agak pekat & secukup rasanya & bolehlah dihidang bersama nasi putih & ikan masin. 

Selamat mencuba!





32 comments:

KakAsma said...

Madihah,
kalau akak nak makan babat kena balik kg juga...tak leh makan kat sini,
sedap nyer babat..wallaaaa..selalu akak masak lemak ajer..mesti sedap masak camgini..
kalau ada jakun kot sekejap...

ady said...

AS-SALAM MaDiHaA a.k.a Ratna
terliurnye tgk Gulai Asam Rom Babat tu MaDiHaA..1st time dgr babat masak gulai asam..sedap ni mkn dgn sambal belacan!!

~Pastries Delight~ said...

kak long sedapnya aserong dah lama tak mkn rasa2nya
agak2 blh ke masakan utk sy he..he..
lepas tu blh ler kita org lepak2 gi tumpang mandi kolam (byk citer pulak sy ni)
nanti sy bwk lah buah tangan(bodek sikit)

izahdaut said...

mok saya pun ada gak skali skala buat. tapi dah tua2 ni jarang jugak buat. kadang tak brapa rasi ngan perut la katanya. hehe tapi kalau pahang lebih slalu guna aserong tu kan dari rom.. mcm nak gi rome je kak madihaa.. hehehhe..tapi lauk gini masa kecik2 dulu je slalu jumpa. skrang ni jarang2 dh

Irfa said...

dah lama xmakan gulai aserong ni.sbb tanya mak kat kg takde sapa yang rajin nak buat aserong ni..(aserong dari biji getah).

paling suka gulai aserong ikan patin @ siput sedut campur pucuk labu.mabeles

ikan pokok pijat tu dah banyak kali cuba tanam kat sini tapi tak nak hidup..so sesekali mak datang sini kena bawak stok

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

ye kek kak.. mesti ramai yg tak makan babat kat rumah tu kan.. hehe.. a'ah babat ni sedap masak lemak.. tapi bila digulai stail orang pahang ni pun sedap tau kak..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

Wa'alaikum salam Ady...
hehe.. memang sedap gulai ni tau Ady.. namanya aje asam.. tapi sebenarnya gulai ni tak masam langsung pun tauu.. tapi lebih kepada pedas yang berapi2 punya.. hehe.. rasanya takperlu dah sambal belacan sebab gulai ni dah boleh buat air mata, air hidung & peluh meleleh.. hehe...

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

hahahaa... dah agak dah kalau kaklong tayang gulai aserong ni mesti ada yg terliur punya.. kihkihkih...

nak masakkan tu no problem punyalah.. small matter.. agak2 bila awak free? anak2 kaklong pun dah lama bebenor tak gi terjun pool.... duit abis tiap2 bulan bayar maintainance tp boleh kata setahun sekali jer gi mandi kolam kot.. hehe..

anyway.. kalau hari sabtu kaklong bz ler sbb dini tuisyen... tengoklah bila free ye..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

yelah kan izah.. perut org tua ni tak berapa tahan dengan pedas2 kan.. tp akai hairan mertua akak memang kuat pedas betul.. hehe.. kalau kat rumah MIL akak tu boleh dikatakan selalu gak masak gulai ni lebih2 bila anak menantunya balik mesti ada permintaan suruh MIL masak gulai aserom ni.. hehe.. sebab tulah tiap2 tahun MIL kena proses asam rom tu untuk stok setahun.. lagipun buah perah tu berbuah setahun sekali jer... kat belah kg suami akak masih popular lagi gulai ni.. time kenduri, time raya selalu je jumpa org masak gulai ni..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

betul tu Irfa.. tak ramai yang sanggup nak proses aserong tu kan sebab kerjanya sangat remeh & kadang tu makan masa berminggu2... sebab tu aserong siap proses yg org jual tu mahal harganya..

tapi MIL akak tiap2 tahun memang buat sendiri je asam rom ni utk stok family.. (sementara dia masih sihat ni lah) lagipun buah perah berbuah setahun sekali je.. kalau missed tak buat dlm tahun tu.. pendek kata terputuslah stok asam rom nya.. almaklumlah family suami akak tu besar.. semua suka gulai aserong ni termasuk semua menantu2nya... hehe..

zila norazila said...

salam kak madiha,
sy x pernah kenal aserong nie tau..klu akk x kongi resepi mmg sampai bila2 x tau kak..sedap x kak?..klu babat tu tggu raya jew baru dapat merasa ..sbb hari2 biasa nie..masakanya simple2 jew..klu nk makan jgk kena beli kt restrn la;)

ijayuji said...

Salam kak madiha!! dtg dgn muka jakun ehehe.. jakun tgk buah perah tuuu pestaim tgk ni kak, apatah lagi memakannyer?? kita dulu2 tak suke perut tp sejak2 ni mcm termengidam pulak nak makan perut tp nak mak kita yg masakkan sendirik masak takut tak sedap :D

Chah said...

Ni mmg masakan phg tulen nih... Masakan tori...seumur idup sayapun rasanya adala sekali mkn gulai asam rong biji getah... Rasapun dah lupe gone... Tp buah perah tu sedap kan kak...lemak2 gitu... Kt belah2 maran dahsusah nk cari buah2 utan gini...

Amie said...

Assalamualaikum Madiha,
Amie sempatlah juga duduk di Raub, Pahang dekat Semantan Ulu sebab ayah ada beli kebun di situ. Sejak ayah meninggal 10 tahun lalu, kebun getah di sana terbiar tak ada siapa nak urus. Macam-macam Amie jumpa buah-buahan (termasuk rambai yang besar-besar dan rasanya manis!), pokok asam kundang dengan buahnya yang lebat, buah asam paya, dan segala macam hasil sungai. Pernah sekali ke tempat orang kahwin dan menurut mereka masakan yang sangat terkenal di majlis-majlis besar mereka ialah gulai kerbau masak dengan umbut kelapa! Boleh tahan sedapnya.... tapi selepas itu Amie tak pernah lagi masakan begitu di tempat lain. terima kasih Madiha sebab kongsi banyak pengetahun, sebab Amie tak pernah lihat buah asam rong, tapi pernah dengar namanya dan orang kata kalau masak gulai dengan ikan sungai sangat sedap.Agaknya memang asam rong boleh digulai dengan pelbagai jenis makanan lain tak kira haiwan dari sungai / laut dan juga darat macam gulai babat Madiha tu ye...

Idris Talu said...

Awal tahun 70an dulu, tak ramai yang berjuei asam rong ter. Kala mudik ke Ulu Tembeling keh nyinggah di Kampung Merting, mencari asam rong dengan belimbing hitam.

La ni dah ramai buat asam rong, samada dari buah perah atau bijik buah getah. Dah ada orang berjuei asam rong dalam super market.

Sedak amat gulai asam rong nih.

Mat Gebu said...

Menariknya resipi warisan ni....tapi kat Johor ni payah leer nak mencari bahan2 tu, kecuali babat's...Kak, rasa dia macam mana?..kalau yang tak biasa,agak2 pengsan tak lepas makan?..haha, gurau jee...serius menarik, saya suka resipi2 warisan orang2 kita ni....

mama sara nur @ Cik Nor said...

assalam
tq k. Madiha sudi dtg ke blog Nuri yg x seberapa tu
sedapnye masakan ni, kalu g Phang umah kakak ada la jumpa
buah perah tu mula2 dulu x biasa tp bila dah makan sedap pulak lemak2 kan, masa g Tioman lalu satu kawasan perkampungan kat Pahang ada pulak dijual tepi2 jalan ktorg berenti beli he he sedap

Juwita Jamaludin said...

salam kak tak pernah tengok .. menarinya tentu sedap kak.. nak peram berbulan2 rupanya..

Mulan said...

pernah makan mak sedara masak.. memang sedap... tapi tak reti nak buat..

quinnie said...

sedapnya kak ratna...saya suka makan perut...buah perah tu ingatkan buah getah..rupanya lain ye...hehhehe

Mama Hawa/Mama Nani said...

Salam Madihaa...

mmg mama tak pernah tgk/mkn buah perah tuh tapi kalau babat mama tak tolak!!! suka hehehe

MamaZYAShananie said...

salam madiha

pasal resepi asamrong ni lah gigih saya cari info about u and ur hubby...suami sy sekampung dgn suami madiha. sy bg tau suami dan dia kata dia kenal bila tgk pic hubby u...raya di pahang bolehlah sy wat appointment dtg rumah mertua madiha eh..hehehehe.

mannira said...

kak..saya x pernah makan gulai ni...hubby pun org pahang..rsnya buah perah dia tak pernah jumpa..sebab bila balik ganu..unjuk buah perah..dia x mkn pun..dia kg jugak tapi belah bentong yg sempadan dgn n9 tu..mungkin x de la kut yek..

saya pernah makan buah perah kat trg la..tapi lama dah x kena musim buah perah bila balik ganu..cari kat pasar kedai payang la...

Anonymous said...

tu pokok kesir bkn pokok pijat...

- INSAN YANG MERINDUI - said...

salam...saya org batu talam...kalau nak merasa atau nk belajar masak boleh add saya di facebook...insyaALLAH sy akan akar anda...shikamaru kamarul....

- INSAN YANG MERINDUI - said...

jari ni saya nak masak gulai aserong ni...ade kenduri di rumah saya...

Unknown said...

salam.kak boleh saya tau bulan bapa buah perah ada??TQ

Unknown said...

Kak sy nk bli buah perah yg blum proces tu bleh x? 0197112685.msuzaimi@bankislam.com.my

Unknown said...

Kak klu ada buah purh tu bg tau ye please tq

- INSAN YANG MERINDUI - said...

Sekarang musim buah perah di raub. Sapa2 nak buah perah boleh whatsapp sy 01119913171. Whatsapp sahaja yer? In sha ALLAh sy bantu dapatkannya.

Unknown said...

Sy dr Pekan Phg..tk prnh plk dgr psl buah perah ni..tentu menarik

Unknown said...

Pepalih aok nih. Buek keh terliur jer... Boleh aok bagi macammmaner ruper buah perah biler ambil dari pokoknya. Bagi sekali gambar pokoknya. Keh dah luper rupe nye...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...