Monday, March 5, 2012

Ratatouille Makaroni

Assalamualaikum & salam sejahtera buat semua....



Apa khabar semua? Harap2 semua pun berada dalam keadaan sihat & sejahtera ye.  Mohon maaf kerana beberapa hari tak update blog.  Hujung minggu lepas minggu yang agak sibuk sikit bermula hari Jumaat sehingga semalam.  Terpaksa ambil cuti sehari pada hari Jumaat sebab nak menyiapkan beberapa tugasan.  Syukur semua dah selesai dengan lancar... hehe... Nanti bila berkesempatan.. akan ku kisahkan kat sini apalah yang aku dok sibuk sangat tu ye.. Untuk hari ni.. kita layan menu western ni dulu ye...

Pernah dengar ratatouille?  Satu ketika dulu.. agak femes disebut orang pasal ratatouille ni kan? Alaaa... kisah si tikus yang suka masak2 dalam movie Ratatouille tulah.... sebenarnya... aku sendiri pun tak tengok betul pun lagi cerita tu... tengok sipi2 jer... hehehehe...


Oklah... sebenarnya.. hari ni nak kongsi satu menu western yang aku adaptasi dari allrecipes yang sedap sangat ni.  Walaupun bahan2nya boleh dikatakan berasaskan vegetarian... tapi alhamdulillah... anak2 semua suka. Sayuran yang ada dalam campuran tu.. semua dorang makan & takde pun adegan kuis menguis... Yang kelakarnya.. si Haziq yang agak memilih makan sayur menyangka hirisan terung tu sebagai daging.. kekekeke... a'ahh.. makan jelah abang daging tu.. sedapkan? Tak bersisa Ratatouille Makaroni yang ku buat baru ni walaupun aku buat hampir double dari resepi kat bawah ni dan dapat 2 loyang... memang sedap!

Jom tengok resepinya.

 
Ratatouille Makaroni

by MaDiHaA a.k.a Ratna
Adaptasi dari : Carol Dodds@allrecipes

Bahan2

    2 cawan terung panjang yang didadu ~ rendam dalam air.
    2 cawan hirisan zucchini
    2 sudu kecil garam
    1 1/3 cawan makaroni
    1 cawan bawang besar yang didadu
    1 ulas bawang putih ~ dicincang
    1 sudu besar minyak zaitun
    2 biji tomato masak ~ didadu
    2 sudu besar tomato puri
    1 sudu kecik serbuk kasar oregano
    1/2 sudu kecil basil kering
    Serbuk lada sulah secukupnya
    garam secukup rasa
    Mozzarella cheese secukupnya

Sayur zucchini yang digunakan.... boleh didapati dipasaraya2...

Cara2 menyediakan
1. Terung di toskan dan masukkan dalam bekas bersama2 dengan zucchini. Taburkan garam dan gaul rata. Biarkan 30 minit kemudian dicuci bersih & tos.
2. Makaroni direbus sehingga lembut & tos.
3. Panaskan kuali & masukkan minyak zaitun. Tumiskan bawang putih & bawang besar & biarkan sehingga layu. Masukkan terung & zucchini & 'saute' sehingga ianya menjadi lembut.
4. Tambah buah tomato dadu, tomato puri, oregano, basil, lada sulah & garam secukup rasa. Akhir sekali masukkan makaroni yang direbus tadi & kacau sehingga rata. Pastikan ianya secukup rasa kemudian tutupkan api.
5. Panaskan oven suhu 170C. Sapukan butter di sekeliling kaserol atau loyang yang sesuai. Masukkan bahan yang dimasak tadi. Kemudian taburkan dengan mozarella cheese secukupnya. Bakar sehingga nampak cheese cair sedikit. Kemudian bolehlah dihidangkan.  


Hidangan ini memang menyihatkan kerana menggunakan banyak sayuran & yang penting ianya sedapp!!



Selamat mencuba!

9 comments:

Mas Sani said...

Assalamualaikum kak madihah...
Alahai kak...terasa rasa kt tekak sy ni hah...terliur tgk cheese yg cair atas macaroni tu nama dia pun sedap teringat plak dgn karton tikus yg terro masak tu hihihihi...
Bagus betul ank2 akk suka makan sayur. Ada masa mas nk try buatlah :-)

Cendana Kasih said...

ermm...nampak pun sedap... terliur dah ni...bebudak kat rumah ni pun sama, kalo sayur macam racun nk makan...tp kalo digandingkan ngan macaroni cengini, sure diorang makan...

::Azura Rahman:: said...

akak.. Sayur zucchini tu zura ada dpt byk jgk masa pergi cameron dulu.. cina tu bagi saje.. tapi buang gitu je kak.. sbb zura langsung x tau mende alah apakah tu.. sampai kecut.. then buang je.. huhuhu..

Ummi said...

Assalam Ratna, menariknya macaroni tuh...nampak pun sedap... Akak x penah lg ternampak zuchinni mentah gitu kat pasar2 raya Kuantan nih..mana nak cari ntah... ^__^ Keep updates k...muaahhh!

izahdaut said...

a ah kak. cartoon tikus pandai buat ratatuil tu. budak2 ni kan suke lagi nengok ulang2. tapi ratutuil tu more kepada sup kan? mcm sup pekat campur2 sayur gitu. entah ler ye ke idak. tak brapa tahu jugak makanan omputis ni. tapi melihatkan macaroni ni mmg sedap tu. rasa nak membuat jugak. tapi tak cukup bahan ler pulak.

Mulan said...

ohh.. saya panggil baked macaroni je walopon taruk macam2 jenis sayur.. ini rupanya ratatouille tu..

Sheery Dream Cakes said...

Assalamualaikum akak...
cerita tikus yg pandai masak2 tu memang best ceritanya akak.. diana dah beberapa kali dah tgk.. sebab kalau irfan tgk pasti mummy dia pun kena panggil tuk dok sama.. kata irfan.. jom tgk ada masak2 ler.. hahahaa.. :D

ermm... makaroni tu nampak sedap ler akak... memang dah lama diana x masak makaroni.. kalau daughter dah balik dr kem plkn nanti pasti dia yg rajin masak gini.. :)

mama sara nur @ Cik Nor said...

assalam K.Madiha
nampak menyelerakan ratatouile makaroni ni tau he he
taburan mozarelaa cheese emmm tgh bayangkan kesedapannya nih..

Unknown said...

Alahai....nk menyebut pun tergeliat lidah, tgk gmbr je la. Nmpk menggeliorkan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...