Friday, March 16, 2012

Snow Pudding

Assalamualaikum....

Jumaat datang lagi... sekejap jer hari demi hari berlalu, minggu demi minggu.. & nampaknya.. cuti sekolah pun hanya tinggal 2 hari saja lagi & Isnin depan anak2 dah mula bersekolah semula... tapi nampaknya macam tiada beza aje rutin harian ibu samada cuti sekolah atau tidak sebab cuti sekolah ni pun anakanda Dini ada kelas tambahan pagi & petang.. cuma hari ni saja dia free...



Dah lama mengidam tapi takde isi tau nak buat Snow Pudding ni bila nampak Ita Masam Manis buat tempohari. Tapi hasrat terbantut sebab takde stok strawberi & whip cream di rumah... nak pegi beli agak malas nak masuk pasaraya. Lepas buat kek hari jadi untuk anakanda Alin tempohari.. banyak pula strawberry berlebih & whiping cream pun berlebih juga.. teruslah ku godek2 puding idaman ni.. hehe.. cadang2 nak buat sebelum balik kg minggu lepas.. boleh bawak balik ke kampong sekali.. tp masa agak kesuntukan waktu tu.. sepulang dari kampong barulah sempat godek... itupun dah ada buah strawberry yg hampir rosak.. nasiblah masih byk yg boleh diguna... alhamdulillah.. dpt juga merasa puding yg sedap ni..  suka betul tengok puding ni.. comel jer.. bukan saja comel.. sedap pulak tu! Tapi... takleh setanding la dengan air tangan Ita kita... air tangan Ita buat apa semuanya mengagumkan.. semua cantik di mata ku.. suka sangat tengok hasil air tangan Ita.. berseni sangat orangnya.


Terima kasih Ita berkongsi resepi puding yang menarik & sedap ni ye... akak mintak izin berkongsi resepi di sini pula.. Menurut Ita resepi asalnya dikongsi oleh Yat Easybake.. Kak Wan pun dah buat juga malah dah ada yang menempah untuk hantaran.. memang sesuai sangat sebab puding ni sangat cantik.. Mekasih buat Yat juga yer...

SNOW PUDDING
By: Yasa Boga
Rujukan : Yat easybakes & Ita Masam Manis
Resepi untuk 1/2 daripada adunan asal

Lapisan Susu
4 gm agar-agar serbuk
1 ~ 2 titik esen vanila
200 ml susu segar
50 gm gula
175 ml whipping cream

Lapisan Strawberry
4 gm agar-agar serbuk
250 strawberries ~ dikisar
75 ml air
75 gm gula
1 biji putih telur
sedikit pewarna pink ~ ita tambah

Lapisan Coklat
4 gm agar-agar serbuk
375 ml susu segar
25 gm serbuk koko
65 gm gula
1 bijik kuning telur
1 sudu besar susu segar
Sedikit coklat emulco ~ ita tambah

Beberapa biji strawberries di hiris ~ untuk hiasan


Sediakan loyang berukuran 8 inc
Bilas loyang dengan air
Potong buah strawberries kepada kepingan.
Susun pada dasar loyang
Alas dasar loyang dengan buku latihan di sebelah bahagian sahaja untuk menyengetkan kedudukan loyang (untuk step ini MaDiHaA tak buat.. dibiarkan aje loyang duduk dalam keadaan biasa untuk kesemua lapisan)

Kita mulakan dengan lapisan susu
Dalam periuk kecil, satukan susu segar, serbuk agar-agar dan esen vanila.
Kacau rata.
Kemudian panaskan pada api sederhana.
Tambahkan gula, dan kacau hingga gula melarut.
Matikan api.
Tambahkan whipping crean dan kacau rata
Tuangkan dalam loyang dan biarkan hingga ia mengeras

Sementara itu kita sediakan lapisan strawberry
Kisar buah strawberries dengan sedikit pewarna pink dan air hingga lumat.
Satukan jus strawberries dengan agar-agar dan gula, masak atas api perlahan hingga gula dan agar-agar melarut
Matikan api
Dalam bekas lain yang kering, putar putih telur sehingga kental dan kaku
Ambil sedikit agar-agar dan tuang dalam putih telur sambil terus memutar
Kemudian tuangkan adunan putih telur dalam baki adunan agar-agar strawberries
Kacau rata
Alihkan kedudukan buku pada bahagian yang sebelah pula
Tuangkan adunan perlahan di atas lapisan susu tadi.
Mulakan pada bahagian tepi loyang.
Biarkan ia mengeras

Kemudian kita buat pula lapisan coklat
Dalam periuk kecil kita satukan susu, agar-agar serbuk dan gula dan masak atas api perlahan hingga agar-agar dan gula melarut
Dalam cawan kecil ita larutkan serbuk koko dengan sedikit air panas.
Kemudian masukkan larutan koko ke dalam adunan agar-agar.
Pukul sedikit kuning telur
Ambil sedikit adunan agar-agar coklat dan tuangkan dalam kuning telur
Kacau rata
Tuangkan kembali adunan kuning telur yg bercampur agar-agar coklat ke dalam baki agar-agar coklat tadi
Tambahkan sedikit coklat emulco dan kacau rata
Tarik keluar lapisan buku tadi, biarkan loyang dalam kedudukan rata
Dengan perlahan tuangkan adunan coklat atas lapisan strawberry
Mulakan dari bahagian tepi loyang.
Gunakan sudu untuk menuang.
Biarkan puding sejuk dan mengeras
simpan dalam peti ais untuk rasa yang dingin. 

Selamat mencuba!

24 comments:

Amie said...

Woooo...sedapnya makan sejuk2 Madiha! Nak setengah loyang ye...slurrp slurrrp!

Ayu said...

Assalam ratna,
wow alahai kalau ada isi(mengandung) apalah salahnya..heheh
alahai by now mesti ratna dah tau ..akak puding2 gini..
kalau buat kat rumah untuk tetamu oklah kalau buat untuk makan sendiri..confirm akak sorang ajelah yg makan..
tapi dah cantik dah tu ratna pudingnya..

ijayuji said...

Salam kak madiha! waaaaaaawwwww! cantek puding akak! sedap mkn sejuk2 kan kak :D lamaaaaaaaa dah kita tak buat puding, nak ambik angin puding kat sini sambil sedut2 angin puding mari kat bdn kita ehehe..

tun_telani said...

cantiknyer puding nii... rajin betul akak wat, tun lemah sket bab layer2 ni, maleh nk nunggu. lagi satu, tun xpandai pilih strawbery, biasa mesti terkena yg masam :( hump! tu yg malas nk beli tuu.

Qasey Honey said...

tgk pon dh tahu sedap puding ni...tgk ramai juga yer yg mcuba puding ni...
mmg betuiii tu Madiha...wlau buruk dimata org...tp tidak pd pandangan kita kan...sgt2 la sempurna kejadian dr hasil tgn sdri dan sgt la berpuashati...

Yatie said...

cantiknya puding akak ni...menarik sungguh...yatie beranganje nak buat, tapi tak terbuat2...

Unknown said...

Assalamualaikum Ratna...

Sedap nampaknya snow pudding tu...lagi bertambah sedap bila dapat merasa pudding ni...sejuk dan licin jer masuk mulut...lebih2 lagi kalau cuaca panas...

Terima kasih di atas segalanya...Insya Allah atas permintaan ramai Kak Lin akan terus berblog....muahhhhhhhh...

ibundo said...

mak oi sedapnya. Tak leh jadik ni...

Mama Hawa/Mama Nani said...

Salam Madihaa :)
hisshhh geram plak tgk puding Snow..
kat rumah nie mmg tak hantu puding2 tuh yg malas nk buat..kalau dekat blh mama mintak cikit :P

ummiaisyah said...

selalu tgk puding ni..tp x sampai seru lg nk buat..kita terjah dapo k ratna je lah mintak sepotong

KakAsma said...

sangat suka kalau puding2 tapi tengok step nyer mak aiii banyak nyer nak buat...kalau akak buat lagi hancur kot..hihihihi

Mamasya said...

Aslmkum Ratna.menarik puding snow ni...berlapis...dg rasa coklat dan strawberry...yummm. tengok majlis bday Alin kat bawah...meriah byk makanan....tentu Alin ceria.

Unknown said...

waa.. sedapnya masuk mulut ade pelbagai rasa..

Unknown said...

Panjang berjela cara2nya tu yg malas nak buat ni. Dah la orgnya kurang rajin...
Madiha, tumpang happy tgk puding awak, nak buat....entah la..

quinnie said...

wahhh...sesedap rasa seindah namanya...hehehe..sukanya ada strawberry..:)

kakwan said...

Assalamualakum Madihaa, kan dh terguda tu hee hee,, puding ni mmg cantik,, K1 byk terima order tuk hantaran sejak 1st time post gmbrnye.. tpi ubahsuai sikit resipinya tkut berair biase buah strawberry akn berair klu guna sekit agar2 tapi sedap jika di habiskan pada masa tu jugak..cntik dn sedap kann :D

Unknown said...

nampak sedapla puding ni kak..saya pun ada stok whipping cream nk abiskan tu nanti boleh cuba ni.

harleena said...

sedapnya. rasa macam nak buat tapi buah strawberry pulak tak ada. Kena gi beli buah strawberry, then boleh cuba.

Yannz said...

menggoda sungguh puding awak..
nak cuba buat la jugak (kalau rajin)
tq share resepi

novellist said...

nampak sedap sungguh..pandai tuan rumah buat..
saya mohon copy resipi dan gambar ye.. tq :)

MYA EL QAYREENA AZRYAN said...

salam...nk tanya wjoping cream guna non dairy or dairy whiping cream...

Anonymous said...

Kak,4gm agar-agar nie nak sukat mcm mana?

Anonymous said...

Wonderful web site. A lot of useful info here. I am sending it to some
pals ans also sharing in delicious. And obviously, thank you in your sweat!


my web site; faxless payday loans

Anonymous said...

Wonderful web site. A lot of useful info here. I am sending it to some pals
ans also sharing in delicious. And obviously, thank you in your sweat!


My web blog - faxless payday loans
Also see my webpage: best payday loan sites

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...