Agak lewat bersiaran hari ni. Menyibukkan diri walau taklah begitu sibuk di ofis hari ni. Sekarang baru terasa nak update.. layan jelah yer..
Terpandang Beef Cobbler di blog Munamahdzarfadaaq tempohari.. hati meronta2 nak mencuba.. Sebelum ni pernah nampak Cida de Nuanza buat Peach Cobbler... macam tertarik pada mulanya tapi mengenangkan terasa macam manis sangat terus niat nak cuba dilupakan sehinggalah ternampak cobbler yang Muna buat hari tu terus berkenan. Tak sangka pula ada juga cobbler versi savoury macam ni. Aku memang kalau boleh lebih suka buat makanan savoury macam ni sebab pasti akan dapat sambutan hangat di rumah. Kalau buat makanan versi manis2 tu... kira nasib2 aje... kadang2 dapat sambutan, kadang2 berminggu2 dok dalam peti sejuk.. hehe...
Oleh kerana ada rezeki daging korban masa raya korban tempohari maka lajulah eksperimen ku bermula. Sangat curious & tak sabar2 nak merasanya. Cobbler ini sebenarnya sejenis scones yang disusun2 di atas inti kemudian di bakar di dalam oven. Inti tu boleh saja dibuat pelbagai versi. Kalau search di internet.. ada bermacam2 jenis cobbler! Rambang mata nak mencubanya. Namun untuk kali ini ku cuba dulu Beef Cobbler ini & alhamdulillah mendapat sambutan hangat dari anak2 & en. suami. Sampai tak cukup!
Terima kasih Muna untuk perkongsian resepinya. Tapi maaf ye Muna sebab MaDiHaA dah adjust sedikit bahan2 resepi mengikut bahan yang ada di rumah. Begitu juga cara penyediakan tu pun MaDiHaA ada ubah sikit ikut cara yang paling jimat (jimat elektrik hehe..). Untuk resepi asal dari Muna boleh klik blog Muna di link tu ye.
Beef Cobbler
Bahan inti
2 sudu besar minyak masak
1 biji bawang besar ~ dicincang
600g daging ~ dihiris nipis
1 carrot ~ didadu (MaDiHaA hiris je)
100g cendawan butang ~ dihiris
2 sudu kecil tepong gandum
4 cawan air
½ kiub lembu
1 sudu besar sos Hoisin (resepi asal guna Worcestershire)3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos tomato
sedikit pepper
1 sudu kecil serbuk lada hitam (yang dikisar sendiri)
Cara menyediakan
1. Panaskan minyak & tumiskan bawang besar cincang sehingga layu. Masukkan daging yang dihiris & balik2kan sehingga daging bertukar warna & air yang keluar hampir kering.
2. Masukkan cendawan butang, kiub lembu & air lalu biarkan sehingga daging lembut.
3. Masukkan carrot, sos hoisin, sos tiram, sos tomato, serbuk lada hitam, pepper & garam (jika perlu.. MaDiHaA dah tak letak garam sebab dah secukup rasa dah). Kacau rata & biar merenih.
4. Akhir sekali taburkan tepung & kacau rata. Biarkan daging agak berkuah sikit ye. (MaDiHaA punya tu agak kering. next time buat biar berkuah sikit).
5. Tuangkan daging tadi ke dalam bekas kaca tahan panas/ bekas yang sesuai & ratakan. Ketepikan dahulu.
Bahan topping:
265g tepong naik sendiri
60gm serbuk roti/breadcrumbs
80g mentega sejuk, dipotong kecil
60gm serbuk roti/breadcrumbs
80g mentega sejuk, dipotong kecil
1 ½ sudu kecil thyme kering
1 sudu kecil parsley kering
60ml susu segar
1 biji telur
garam & pepper secukupnya
Bahan tambahan
sedikit tepong gandum
sedikit susu segar
Cara menyediakan
1. Satukan tepong, serbuk roti, mentega & semua
herba di dalam bekas mengadun. Tambah garam & pepper & gaul ramas
sehingga menjadi seperti serbuk roti.
2. Satukan telur bersama susu dalam bekas lain dan
kacau rata.
3. Masukkan bancuhan susu & telur ke dalam
adunan tepong & uli sehingga menjadi doh yang lembut. Jangan habiskan dulu
susunya ye. Ditambah atau dikurang ikut keperluan. Waktu ini dah boleh panaskan
oven dengan suhu 160C.
4. Bila dah jadi doh yang lembut, canaikan doh di
atas papan canai yang ditabur tepong setelah 1.5 cm. Terap doh menggunakan
acuan bulat. Susun doh/scones yang diterap di dalam bekas yang berisi daging
tadi. Gliskan permukaan scones dengan susu segar.
5. Bakar di dalam oven selama lebih kurang 30 - 35 minit atau sehingga scones keperangan & masak sepenuhnya. Sedia dihidangkan!
Selamat mencuba!
18 comments:
oooooooo.. camtu kak.. festime ni tengok.. ternganga kejap tadi.. tak tau benda apa tadi..
kiranya makan nye di cicah ler topping tu ek ngan daging tu.. cam sedap je..
ye nani.. akak pun baru first time nampak jenis savoury ni kat blog muna.. hehe.. memang tak pernah tgk sebelum ni.. cobbler yg cida buat tu lain sikit rupa dia.. kalau boleh lauk daging tu biar berkuah sikit rasanya tentu lebih yummy. memang sedap dikkk.. anak2 akak tak cukup.. hehe..
Salam madiha.Hujan2 ni lapar la.Bawa la sepinggan...sama la macam kat umah ni..apa saja yang jenis savoury laju je habisnya
Assalam kak,wah teruja tgk n sgt teruja nk try..sy ambk rcp yer kak,insyaAlah nnti2 leh ler try.
owwhhh... kena try ni sbb daging korban pon ada lagi rasanya.. tq tq sis..
nampak mengiurkan..
wah kak lain dr yg lain resepi ni..mcm sedap la..harus cuba ni..QH amik resepi yea kak...
jakun sikit kak noor ni belum pernah makan sebenar nya benda ni nak sebut pun tak tau hahaha tapi nampak sangat sedap yg ala2 macam omputih sikit lah sesekali layan mmg best ni..
pes time taw ni!teros aim nk buat!hehe......nmpak sedapp!
Salam Ratna,
Wah! sungguh menyelerakan especially time tengah sejuk ni. Thanks for trying out the recipe. My family pun lebih suka yang savoury dari manisan tapi sekali sekala buat sweet cobbler jamu dengan custard and ice-cream pun best jugak... haiyo, cakap pasai makanan, dah terasa lapar pulak dah :)
xoxo
woww pestime adda tgk nih..cm pelik pun ada..tp nampak cm sedap jer..
Aslmkum Ratna.
pertama kali tengok makanan ni tp tengok rupa dan bahan2nya nampak sedap tambah letak byk daging dg rasa savoury itu.
re; kalaulah dkt mau rasanya peluk erat2 Ratna dan kwn2 yg lain. mmg satu pengalaman menarik di Tanah Suci.Moga Ratna& suami juga dimurahkan rezki menjejak kaki ke sana satu hari nanti, InsyaAllah.
looks yummy!..harus cuba nie!
tak pernah rasa lagi ni kak..sesuatu yg menarik.
assalam
ye la k. madiha tak penah mkn lg ni...pertama kali nampak jg
tp menarik kalu ada daging blhlah cuba nanti
salam ziarah, mmg sedap, kalau cicah dgn sos ala2 cheese wedge lg yummy kn? itu yg biasa akak buat
jemput ke blog akak yg x seberapa di cheezemaz.blogspot.com. Boleh rasai keenakan sos dari serbuk cheese yg bila dicmpur dgn air panas menghasilkan sos sesedap cheese wedge, KFC. Hanya RM 10.00 untuk 1 pack 200 gram
salam kenal..
macam sedap je recipe ni. boleh mintak my sis buat kan lah..
Cantik kejadiannya beef cobbler tu Madiha... rasa teringin pulak!
Post a Comment