Friday, July 12, 2013

Sayur Campur / Chap Chai

Assalamualaikum & salam sejahtera semua...


Tiada menu hebat di Dapur MaDiHaA... hanya nak berkongsi resepi sayur campur goreng atau pun chap chai cara MaDiHaA.  Sebenarnya MaDiHaA masak ikut apa yang ada dalam simpanan (ikut apa yang suami beli).  Semua kasi lebur..  Ini bukan menu berbuka ye.. dah lama pun di masak ni.. capsicum tu lebihan yang dimakan dengan salmon grill tempohari.  Masukkan sekali dalam sayur ni supaya tak dibazirkan... Tambah2 dibulan puasa ni.. tak elok membazir.  

Setakat 2 hari puasa ni.. Kami belum lagi pergi ke mana2 bazar Ramadhan.  Berbuka ala kadar mana yang sempat di masak je.  Iftar pertama.. kami (MaDiHaA & suami) hanya sempat memasak mee goreng untuk berbuka.  Malam sebelumnya MaDiHaA sempat buat puding roti marble sebagai pemanis berbuka puasa.  Kemudian masak juga nasi putih & gulai rebah bangun perut campur lobak putih sebab suami MaDiHaA hari2 akan bawa bekal untuk makan malam.  Di bulan puasa ni.. dia bawak bekal untuk bersahurlah pula.  MaDiHaA bekalkan juga mee goreng untuk dia ulang makan malam sebab waktu berbuka dia hanya sempat makan sedikit je sebab mengejar waktu untuk ke tempat kerja pula.  Yelah.. masuk kerja pukul 8  malam. Elok lepas berbuka.. dah nak kena pegi ke tempat kerjanya.  Gitulah rutin kerjanya.. 2 minggu kerja shift malam, cuti 2 hari kemudian sambung pula 2 minggu kerja shift siang.  Tempoh bekerja pula, 12 jam sehari.  Nak kemana2 pun agak susah sebab masa santai terhad & cutinya hanya 2 kali sebulan.



Untuk menu iftar hari kedua semalam.  Agak kelam kabut sedikit menyiapkannya sebab semalam sampai rumah agak lewat. Tapi alhamdulillah sempat jugalah suami berbekal.  Petang semalam sempat singgah ambil bubur lambuk yang makcik buat (tiap2 tahun makcik buat sebab ramai yg sedekahkah duit pada beliau & minta beliau masak bubur lambuk utk sedekah pada orang ramai).  Siap ambil anak kat sekolah, bergegas balik & teruslah bersilat kat dapur.  Masa tu en. suami dah tolong kopek bawang dan lain2.  Jadi semalam MaDiHaA sempat masak Daging sekilo Bawang sekilo dengan peria goreng garing.  En. suami pulak awal2 dah masak nasi kemudian ada lebihan nasi berlebih kelmarin dia masak nasi goreng dengan goreng keropok keping.  Suami & Haziq berbuka dengan nasi goreng, Alin pun makan nasi goreng, MaDiHaA berbuka dengan bubur lambuk ditambah sambal kicap. Lauk2 tu hanya rasa sikit pastu lebihnya simpan untuk bersahur.  Petang ni tak tahulah pula apa menu yang nak dimasak... tengoklah apa lauk yang en. suami defrost petang nanti... hehehe... 

Jom layan sayur chap chai ni... sayur macam ni.. kalau yang berdiet tu.. meratah pun sedap kan.. opsss.. bulan puasa kan mana boleh diet.. time berbuka atau bersahur mesti kena makan.. hehe..


Sayur Campur / Chap Chai
Resepi : MaDiHaA aka Ratna

Bahan2
1 paket sweet pea ~ buangkan hujung & pangkal serta uratnya
7 urat kacang buncis ~ di hiris menyerong
1/2 biji capsicum merah ~ potong sesuai rasa
1 biji carrot saiz sederhana ~ dihiris
8 ekor udang ~ buang kulit
4 ulas bawang putih ~ diketuk

1 biji bawang besar ~ dihiris memanjang
1 sudu kecil serbuk tumix
garam secukup rasa
Sedikit minyak

Cara menyediakan
1. Cuci bersih semua sayuran & tos.
2. Panaskan minyak lalu tumiskan bawang putih & bawang besar hiris hingga layu & wangi.  Masukkan semua sayuran, serbuk tumix & garam. Kacau rata beberapa ketika.  
3. Masukkan isi udang & kacau rata. Tutup sebentar kuali. Buka & kacau lagi sehingga sayuran agak lembut. Jika perlu.. boleh juga tambahkan sedikir air. Pastikan secukup rasa & bolehlah di matikan api & hidang.

Selamat mencuba!

13 comments:

JaSSNaNi said...

assalamualaikum kak..
sama la kita.. balik umah berkejar2 nak amik anak.. bekejar2 nak masak lg... semalam nani pun agak lambat.. gi kutip anak semua nak balik umah.. kuar kul 5 balik umah sampai kul 6.10.. fiyya nangis lagi.. x sehat dia.. tu pun cuma sempat masak sup je..
sedap sayur akak.. nampak hijau sihat je.. :D

Cida de' Nuanza said...

sedap kak sayur campur2 gini...tgk udang tu pun leh terliur...muahahahha..

Gee® said...

Sedapnya meratah sayur... simple tp berkhasiat kan... i loike!!

cik chinta said...

suke tgk carot kn ptong tu. X rjin nk ptong gtu

cahayahidupku.blogspot.my said...

Kegemaran akak juga tu madiha.... ratah macam tu jer :D

Qhaifa Nur said...

kacang buncis fev anak2 nur..kalau sayur lain tengok saja..
2 kali sahur masih sayur buncis..licin

kalau masak sayur campur macam ni nur suka letak fishcake atau fishball...
nampak meriah sayur campur kak madiha..orang kata apa sedap...

norhidana said...

paling mudah n simple +sedap kan kak....

*td dh komen tp tak kuar2, sorry kalu ada 2komen dr dana

tun_telani said...

Salam kak.. 2kali sebulan je cuti? dgr pun dh penat. mmg nk cuti kene kumpul2 cuti tu baru dpt blk kg lama sket kan..tun pun xtau nk masak ape lagi hari nih.. tunggu idea dtg. hihi

PH said...

PH suka sayur campur macam ni. Boleh makan gitu jer.

Ayu said...

assalam ratna,
wah lauk sayur goreng macam ni pun dah jadi pada akak kalau dibuat lauk sahur..tapi memandang kan anak2 dan hubby mesti nak ada lauk lain terpaksa lah juga masak dan perah otak untuk memikirkan lauk apa yang dia orang suka..huhu..

Amie said...

Chap chai ni pun dah cukup hebat Madiha. Macam2 ada tu ha... siap lagi berfesyen potongan lobaknya tu...

ALoNa CintamaniszLite said...

sy suka ngan sayur niiii...krup krap krup krap kalo makan ngan nasik...hehe

ayid said...

Assalamualaikum.. Tq kak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...