Assalamualaikum & salam sejahtera...
Sementara
ada masa sikit ni.. cepat2 update entry tertunggak iftar kami yang
seterusnya. Just for fun only... hehe.. untuk kenang2an je..
Iftar hari ke 14 kami..
alhamdulillah dapatlah buat kuih muih yang teringin nak makan.
Kebetulan hari Selasa tu sejak malamnya lagi Alin tak berapa sihat.
Demam pulak jadi terpaksa MaDiHaA ambil emergency leave. Alin yang tak
sihat tu.. ubat dah bagi.. kejap kebah, kejap panas... bila tanya adik
boleh ke tinggal dengan mak (panggilan pengasuhnya). Katanya dia nak
tinggal dengan ibu. Jadi terpaksalah MaDiHaA cuti hari tu. Punya tak
larat sampaikan MaDiHaA nak pegi hantar abangnya pegi sekolah pun dia
taknak ikut & sanggup tidor kat rumah sorang2 sementara MaDiHaA
balik ke rumah semula. Kebetulan ayahnya pun kerja shift siang.
Tawakkal ler tinggalkan dia sekejap kat rumah sebab MaDiHaA perlu keluar
juga untuk hantar abangnya ke sekolah walaupun MaDiHaA ambil emergency
leave hari tu.. Sebab dia sendiri yang kata dia berani dok sorang2 kat
rumah.. MaDiHaA pun tinggalkanlah juga. Maklumlah.. kalau dia ikut..
nanti kena menapak dari rumah ke parking kereta yang agak jauh. Dahla
dia tak sihat. Biasalah kan tinggal rumah apartment gini manalah nak
dapat parking dekat2 macam tinggal rumah teres, banglow atau rumah
kampong.. parking kereta kat halaman rumah atau depan pintu! hehe...
Masa
nak keluar pagi tu suami belum pegi kerja lagi.. lebih kurang setengah
jam MaDiHaA keluar barulah suami keluar ke tempat kerjanya pula.. lebih
kurang setengah jam ayahnya keluar.. barulah MaDiHaA sampai ke rumah
semula. Jadi dalam tempoh 30 minit jelah dia keseorang kat rumah.. Tak
sedar apa pun.. dia cakap dia tak sedar pun ayah keluar kerja.. Masa
MaDiHaA sampai rumah pun dia masih tidor lagi.. Oleh sebab cuti hari
tu.. MaDiHaA pun godeklah kuih idaman hati.. hehe.. antara yang sempat
dimasak untuk iftar hari tu ialah Puding Karamel Idaman resepi dari Kak
Nor, Donut Lembut resepi Hasue & Bihun simple resepi campak2
sendiri. Resepi bihun tu lain kali jelah ye.. sebab malas nak bersukat
masa masak... main campak2 je.. jadi tak syokla nak bagi resepi agak2
kan.. walaupun simple.. tapi kalau sebut je bihun memang anak2 suka..
Kepada
semua empunya resepi yang MaDiHaA dah cuba ni diucapkan ribuan terima
kasih. Minta izin dikongsi di blog MaDiHaA pula ye...
PUDING
KARAMEL IDAMAN
Resipi : K.Nor@SecubitGaram
Resipi : K.Nor@SecubitGaram
Sumber : MaDiHaA aka Ratna
Bahan2:
5 biji telur A
1 tin susu cair
5 sudu besar gula
2 keping roti
250 ml air
1 sudu kecil vanila
Utk karamel/gula hangus:
4 sudu besar gula
3 sudu besar air panas
Cara:
Panaskan oven kpd suhu 180C dan sediakan air panas mendidih (utk kaedah waterbath)
Utk membuat karamel/gula hangus:
Satukan gula dgn air panas dan masaklah hingga menjadi karamel/gula hangus.
Tuang ke dalam loyang dan ketepikan.
5 biji telur A
1 tin susu cair
5 sudu besar gula
2 keping roti
250 ml air
1 sudu kecil vanila
Utk karamel/gula hangus:
4 sudu besar gula
3 sudu besar air panas
Cara:
Panaskan oven kpd suhu 180C dan sediakan air panas mendidih (utk kaedah waterbath)
Utk membuat karamel/gula hangus:
Satukan gula dgn air panas dan masaklah hingga menjadi karamel/gula hangus.
Tuang ke dalam loyang dan ketepikan.
Untuk
membuat puding:
Panaskan susu cair bersama gula. Kacau sehingga gula larut dan susu menjadi suam. Ketepikan.
Kisar roti yg dicarik2kan bersama air hingga halus dan masukkan ke dalam sebuah mangkuk.
Pecahkan telur ke dalam sebuah mangkuk lain dan kacau hingga sebati secara perlahan2.
Tapiskan telur ke dalam mangkuk berisi roti yg dikisar tadi.
Masukkan susu cair yg dipanaskan bersama gula tadi dan juga vanila.
Kacau sebati perlahan2 dan tuangkan kedalam loyang berisi karamel/gula hangus.Tuang adunan ke dalam loyang yg dah diletakkan karamel tadi.
Tutup loyang dgn menggunakan aluminium foil.
Biarkan seketika (lebih kurang 5 min) dan masak/bakar dgn cara waterbath sehingga puding masak (lebih kurang 50min - 1 jam)
Bila dah masak, keluarkan dari oven dan sejukkan.
Kemudian terbalikkan ke dalam pinggan dan sejukkan dlm peti ais sebelum dihidangkan.
# puding ini boleh juga dikukus selama 50 min atau sehingga masak.
tp utk menghasilkan puding yg halus teksturnya adalah digalakkan supaya ianya dimasak menggunakan kaedah waterbath.
Panaskan susu cair bersama gula. Kacau sehingga gula larut dan susu menjadi suam. Ketepikan.
Kisar roti yg dicarik2kan bersama air hingga halus dan masukkan ke dalam sebuah mangkuk.
Pecahkan telur ke dalam sebuah mangkuk lain dan kacau hingga sebati secara perlahan2.
Tapiskan telur ke dalam mangkuk berisi roti yg dikisar tadi.
Masukkan susu cair yg dipanaskan bersama gula tadi dan juga vanila.
Kacau sebati perlahan2 dan tuangkan kedalam loyang berisi karamel/gula hangus.Tuang adunan ke dalam loyang yg dah diletakkan karamel tadi.
Tutup loyang dgn menggunakan aluminium foil.
Biarkan seketika (lebih kurang 5 min) dan masak/bakar dgn cara waterbath sehingga puding masak (lebih kurang 50min - 1 jam)
Bila dah masak, keluarkan dari oven dan sejukkan.
Kemudian terbalikkan ke dalam pinggan dan sejukkan dlm peti ais sebelum dihidangkan.
# puding ini boleh juga dikukus selama 50 min atau sehingga masak.
tp utk menghasilkan puding yg halus teksturnya adalah digalakkan supaya ianya dimasak menggunakan kaedah waterbath.
*****
DONUT
Resepi : Hasue@Myresepi
Sumber :Yatiememories & MaDiHaA aka Ratna
Bahan-bahan
( Untuk Pelbagai Jenis Kuih-Muih Yg memerlukan doh yg lembut) )
500g Tepung
Berprotein Tinggi/ tpng roti (guna tpg gandum pun ok)
1 Peket Yis
Segera-11gram (jenama MAURIPAN atau apa2 jenama)
50g
Marjerin/butter
1 Sudu
makan(penuh) Shortening(lelemak sayuran)
2 Sudu mkn
(penuh) gula pasir
2 Sudu mkn
Susu Pekat / 2 Sudu mkn Susu Tepung [ikut citarasa]
1 Biji Telur
1/2 Sudu Teh
Garam
Gula Halus
atau topping kegemaran anda
190ml-200ml
Air Suam (bergantung pd kualiti tepung)
Cara-cara
Di dalam
bekas yang agak besar,tuangkan air suam. Masukkan yis segera,gula
pasir,susu,marjerin dan shortening.Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit.
Setelah yis
mula berbuih,ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan. Masukkan
pula telur yg dpukul sedikit dan juga garam.
Kacau adunan
sehingga sebati dan melekat pada sudu(bila dah sebati tu dkacau satu arah je
mggunakan sudu).
Ayak lagi
tepung selebihnya,gaul menggunakan sudu seketika barulah uli menggunakan
tangan.
Uli sehingga
doh sebati dan tidak lekat di tangan..(sisa2 tepung kat dlm bekas tu semua
bersih).Doh dah siap.
Doh tidak
perlu direhatkan,(kalau nak rehatkan pun boleh gak selama 5-10min)boleh terus
sahaja dicanai setebal stngah inci(agak2 je) Boleh tmbh sedikit2 tepung jika
adunan agak lembik ketika ini..Terap doh mengikut acuan donut atau bentuk
kesukaan anda..Doh akan mula mengembang dan ringan sementara minyak dpanaskan
dengan api perlahan..Gunakan minyak yang banyak untuk mengoreng.
Setelah
minyak agak panas(jgn terlalu panas,nanti donut gorengan pertama agak
hangus)perlahankan sedikit api,masukkan donut tetapi jgn terlampau penuh sebab
donut ni akan mngembang lagi ketika digoreng(sbb adunan mengandungi telur)
Goreng
sehingga kekuningan dan toskan. Sedia utk dhidangkan bersama gula halus atau
topping kegemaran anda. SELAMAT MENCUBA.. ^_^
*****
Iftar kami hari ke 15..
MaDiHaA dah kerja hari tu.. sebelum balik sempat ambil bubur lambuk kat
rumah makcik. Makcik bagi sikit kek lobak merah yang anak daranya buat
(my kazenlah tu).. alhamdulillah rezeki hari tu. Pastu sampai rumah
sempat juga MaDiHaA goreng nasi sempoi & panaskan donut frozen
yang dibuat hari semalam tu. Ada 3 biji lebihan cucur udang yang adik
buat kat kampong tu.. MaDiHaA panaskan semula.. alhamdulillah.. tiada
pembaziran.. hehe.. Untuk iftar hari ni.. takde resepi ye.. just update
utk kenangan je...
*****
Iftar hari ke 16 kami..
Hari ni MaDiHaA ambil cuti half day sebab perlu jemput anak dara kat
stesen bas Pekeliling KL yang baru balik dari asrama sempena cuti Nuzul
Quran. Hari Khamis tu kakak Dini lepas sekolah terus balik naik bas
dengan rakan2nya di asrama. Tak semua yang dibenarkan balik sebab
minggu tu bukan minggu wajib balik bagi murid di asrama. Hanya murid
yang lulus atau lepas peratus yang ditetapkan saja yang dibenarkan
balik. Yang tak lepas peratus dalam peperiksaan terpaksa tinggal di
asrama saja walaupun ada cuti 3 hari minggu tu. Kakak Dini bukan main
teruja nak balik berpuasa & berbuka dengan famili.. maklumlah
sejak berpuasa belum sempat sekalipun berbuka dengan kami. Cuti minggu
pertama puasa hari tu.. dia balik rumah opahnya. Kali ni katanya tak
boleh tidak dia nak balik PJ juga.. hehe.. rindu gamaknya dengan
masakan ibunya yang sempoi ni.. haha.. Menu menyambut kepulangan
anakanda dari asrama.. masih lagi dengan menu sempoi juga.. hahaha...
ibunya takde mood sangat nak beria2 masak untuk berbuka.. ala kadar
sajalah.. ikut kemampuan sendiri.. Menu sempoi tapi dilebihkan sikitlah
sebab dah bertambah sorang lagi ahli yang nak berbuka.. Sempat MaDiHaA
masak bihun goreng putih, sempat juga gorengkan karipap kentang lobak
merah yang MaDiHaA frozenkan tempohari. Masih ada sikit baki puding
karamel & juga kek lobak merah pemberian tokcunya.. (rezeki
kakak lah tu).
Oklah
jom MaDiHaA kongsi resepi bihun goreng putih ni. Resepi yang dicuba
dari dapur Kak Ayu di Singapore yang sangat rajin memasak &
mencuba pelbagai resepi yang sedap2. Resepi kali ni MaDiHaA masak ikut
bahan yang ada dalam peti sejuk aje... sebenarnya ada kejadian sedih
masa nak goreng bihun ni tau... ralat sangat2. Sepatutnya ada baki
daging batang pinang sebanyak 200 gm yang kononnya MaDiHaA nak masak
dengan bihun ni.. cari punya cari dalam freezer tk jumpa2. Barulah
MaDiHaA ingat.. rupanya MaDiHaA sendiri yang dah terbuang ke tong
sampah. Waktu tu sessi pembersihan peti sejuk.. ingatkan bungkusan
dalam plastik kecik dalam freezer tu lemak & kulit ayam (MaDiHaA
memang kumpulkan lemak & kulit ayam letak dlm plastik &
punjutkan & letak dalam freezer dulu sebelum buang sekiranya
sampah dalam plastik kat dapur belum waktu untuk dibuang.. lemak2
& kulit ayam tu MaDiHaA akan frozenkan dulu.. tujuannya supaya
sampah tak berbau dibiarkan 2, 3 hari sebelum dibuang. Sebab plastik
sampah tu besar jadi ambil masa 2, 3 atau 3, 4 hari juga untuk dibuang.
Itulah masa buang tu memang tak ingat langsung yang dalam tu ada daging
batang pinang.. alahaiiii.. ralatnya tak sudah dahla harganya mahal..
sabar jelah.. lain kali kena berhati2.. hehe) Oleh sebab daging batang
pinang dah terbuang dek kenyanyukkan diri sendiri.. maka terpaksalah
diganti dengan hirisan ayam aje..
Terima kasih Kak Ayu untuk resepinya ye..
Bihun/Mee Hoon
Goreng Putih II
Tried & Tested:Ayu@curlybabesatisfaction
Tried & Tested:Ayu@curlybabesatisfaction
Sumber : MaDiHaA aka Ratna
Bahan:-
1 1/2 bungkus
mee hoon(400g-600g)Bahan:-
7-8 ulas bawang putih-dikisar
6 ulas bawang kecil - dihiris
300-500 gm daging lembu (dipotong nipis dan rebus dengan sedikit halia kisar hingga empuk simpan airnya) (MaDiHaA ganti dengan isi ayam)
10 ekor udang sederhana besar (takde stok)
4 ekor sotong sederhana besar
3-4 keping fish cake (hiris)
secukup sayur sawi
sedikit taugeh
beberapa titik minyak bijan
1-2 sudu makan sos oyster
1-2 sudu makan kicap cair
1 sudu makan lada putih serbuk
garam & serbuk perasa
bawang goreng
cili jeruk (klik kalau nak recipe)
Cara:-
Panaskan
minyak dalam kuali. Tumis bawang kecil hingga naik bau, masukkan bawang putih
kisar..Kemudian masukkan,fishcake dan daging rebus.Kacau sebentar lalu masukkan
sotong dan udang. Bubuh sedikit air rebusan daging.Masukkan sos oyster, minyak
bijan, kicap cair, garam, serbuk perasa dan kacau rata.
Seterusnya,
masukkan lada putih serbuk, .Sesuaikan rasanya mengikut citarasa.Gaul sehingga
rata. dan masukkan mee hoon. Kacau lagi dan masukkan sayur2 dan taugeh.Gaul
rata dan taburkan bawang goreng dan ratakan. Matikan api dan siap untuk
dihidang.
Saya suka
hidangkan mee ini dgn sedikit taburan bawang goreng lagi dan lada jeruk cili
padi.
Selamat berpuasa buat semua...
10 comments:
aaaa keliur lambat lagi nak berbuka ni
Sedapnya tengok semua makanan diatas tu Madiha ;)
Sedapnya tengok semua makanan diatas tu Madiha ;)
sedapnya kak puding dengan mee hon tu...
Semuanya sedap sedap.....karipap...meehon goreng dan lain lain...hehe
Rajinnya akak....tp berbaloi kan bila masak sendiri..
Ermm menarik nyer juadah berbuka isk isk isk kalau dpt tumpang sepinggan kan best...
Ramadhan kali ini Amie tak punya banyak masa untuk kongsi resepi di dapur. Suka semua juadah yang Madiha kongsikan... teringin nak makan mee hoon gorteng putih tu, sedapnya!
syoknyer nengok menu iftar akak... mcm2 ada, sumenyer sedap2 belaka lak tu...
Salam kak.... semoga suami akak cepat sihat. byk cubaan nk raya ni kan.. semoga ujian yg diberikan lebih mendekatkan diri kita pada Nya, insyaAllah..
tun dh lama plan nk mendonat, tp x menjadi2 donatnyer. huhu.. kalau smp umah lmabt tun pun akan goreng mee atau nasi jugak ^^
Post a Comment