Wednesday, February 4, 2015

Berehat panjang....

Assalamualaikum & salam sejahtera buat semua pengunjung blog MaDiHaA yang dikasihi...



Maafkan MaDiHaA kerana lama menyepi & tidak update blog kesayangan ni.  Sebenarnya tuan blog ini berehat panjang kerana diberi cuti sakit yang agak lama dari kebiasaan.  Sakit yang tidak disangka... tiba2 saja datang menjelma.  Orang kata sakit itu penghapus dosa-dosa kecil... kalau benarlah begitu... MaDiHaA bersyukur kerana diberi sedikit kesakitan ini.  

Ibu saudara & kazen2 datang melawat...

Pada 29hb Disember 2014 MaDiHaA warded di Pusat Perubatan Universiti Malaya kerana dah tak tertahan dengan kesakitan yang sudah 3, 4 hari menyerang.  Terpaksa bertahan beberapa hari kerana masih ada tugasan yang perlu diselesaikan.  24hb Disember suami perlu ke sekolah anakanda sulung di Raub untuk urusan pembayaran yuran dan sebagainya.  28hb Disember pula MaDiHaA perlu hadir taklimat tadika anakanda yang bongsu.  Bila segalanya selesai.. tanpa berlengah lagi hari Isnin 29hb Disember terus pergi ke klinik panel bersama2 suami untuk dapatkan pengesahan dari klinik panel syarikat yang MaDiHaA perlukan rawatan lanjut di hospital.  Balik dari klinik terus ambil lunch kemudian suami hantar ke hospital & hari tu juga dimasukkan ke wad gynea di PPUM.  Oleh kerana kes MaDiHaA diklasifikasikan sebagai kecemasan, doktor terus arahkan MaDiHaA berpuasa bermula dari masuk wad hinggalah ke malamnya.  Menurut doktor jika dewan bedah ada kekosongan malam itu juga MaDiHaA akan dibawa ke bilik bedah, tapi nampaknya belum rezeki sebab ada kes kecemasan yang lebih kronik yang perlu didahulukan.  Maka berpuasalah MaDiHaA sehingga esoknya.  Tepat jam 1 tengahari 30hb Disember 2014 MaDiHaA ditolak ke dewan bedah untuk menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di rahim.  Selesai segalanya & MaDiHaA ditolak semula ke wad pada pukul 5 petang.  Ini adalah kali ke 4 MaDiHaA jalani pembedahan termasuk yang terakhir iaitu pembedahan bersalin anak yang bongsu pada tahun 2009 (dua anak yang lain semua bersalin normal).  Sangkaan MaDiHaA itulah kali terakhir MaDiHaA masuk dewan bedah... rupa2nya masih ada lagi bila umur dah meningkat ni... hai macam2 penyakit yang datang tanpa diduga... hehe...


Bila ibu dikampung dapat tau anaknya ini menjalani pembedahan.. bersusah payah ibu datang ke PJ untuk menjenguk anaknya ni walaupun dah cakap tak payah susah2.  Beberapa hari juga ma datang rumah kami jadi tukang masak untuk anak2 MaDiHaA.  Terima kasih ma.  Terima kasih juga pada semua yang datang melawat MaDiHaA tempohari.

Jadi itulah sebabnya tuan punya blog ini berehat panjang.  Sebenarnya bukanlah sibuk sangat tapi bila dah lama tak buka laptop... dah makin malas pula.. bak kata orang, betul2 berehat lah kan.  Dalam waktu cuti sakit tu.. tempahan pun terpaksa ditolak semuanya kerana kesihatan belum mengizinkan.  Alhamdulillah hari ini hati dah rasa teramat rindu dengan blog ini.  Jadi harapnya inilah permulaan yang baik untuk update semula blog yang lama sunyi & sepi.  Semoga ada kekuatan untuk terus update blog kesayangan ini walaupun hanya dengan resepi2 yang biasa2 saja.  Doa2kan kerajinan untuk MaDiHaA ye... doakan jua agar kesihatan MaDiHaA semakin baik...

Hingga bertemu lagi... terima kasih kerana tak jemu2 berkunjung ke blog yang tak seberapa ini...

19 comments:

LadyOfGee said...

take care sis.. semoga cepat sembuh.. :)

Umi Aida said...

Semoga cepat sembuh yea..

kehidupan sihat said...

semoga sembuh dari kesakitan kak dihaa..

:)

Ita Rossi said...

Take care Madiha. selamat berpantang.

cahayahidupku.blogspot.my said...

Syafakillah Ratna... semoga diberikan kesihatan yg baik lagi selepas ini..

TukangKebun said...

Kak Ratna,

Hope you recover speedily.

Take Care.

umi's cup cake said...

Semoga Allah memberikan kesembuhan kepada akak..akak masih di hospital atau sudah balik rumah?

zila norazila said...

moga sentiasa sihat kak..lpas nie munulis blog sperti biasa dan biz brtmbah baik :) aminn

Sweet red cherry said...

moga akak cepat sembuh ya dan dapat la aktif blogging lagi.. :D

Unknown said...

semoga madiha cepat sembuh dgn izin nya..aminnn..

PH said...

Take care my friend. Semoga cepat sembuh!

Cheq Sue said...

Baru semalam dok terfikir ngape akak lama x update... semoga cepat sembuh ya...

Patyskitchen - Exploring Global Flavor Around The World said...

Semoga cepat sembuh..& take care

Kak Rose said...

Semuga cepat sembuh n jaga diri ya..

indahhouse said...

Assalamualaikum kak,
moga cepat sembuh, dan kak madiha sekeluarga dalam perlindungan Allah selalu.

syahassan said...

semoga cepat sembuh akak..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

LadyofGee : terima kasih dik...

Ummi Aida : InsyaAllah.. dah beransur sembuh.. TQ ye..

Kehidupan Sihat : Terima kasih..

Ita Rossi : Terima kasih..

Cahaya Hidupku : InsyaAllah.. mudah2an.. terima kasih kak..

Tukang Kebun : Terima kasih ye..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

Umi's Cup Cake : akak dah keluar wad.. hanya seminggu di hospital.. t.kasih ye..

Zila Norazila : InsyaAllah moga diberi kerajinan. T.kasih Zila..

Bbwana Adienia: insyaAllah.. doakan2 akak ye..

Kzai Ahmad: Terima kasih kak..

Phong HOng: Thank you PH..

Cheq Sue: hehe.. macam tau2 je Cheq Sue tertanya2.. kini dah dpt jawapannya.. hehe.. TQ ye..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

Paty's Kitchen: TQ kak Paty...

Kak Rose : Terima kasih kak..

indahhouse: Wa'alaikumsalam... terima kasih dik..

nayfatimah rashid: terima kasih dik...

Sya Hassan : terima kasih byk2 dik doakan akak.. amin..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...