Monday, February 16, 2015

Pavlova... untuk pertama kalinya.....



Assalamualaikum & salam sejahtera buat semua pengunjung blog mamawandiha....


Apa khabar semua? MaDiHaA doakan semoga semua pengunjung blog mamawandiha berada dalam keadaan sihat walafiat sentiasa.  Alhamdulillah.. tuan punya blog juga sudah semakin sihat.  Semangat pun nampaknya sudah kembali pulih.  Bila badan terasa sihat.. dengan sendiri bersemangat untuk melakukan segala aktiviti harian seperti sedia kala.  Tempahan pun MaDiHaA sudah mula terima terutama untuk tempahan di hujung minggu.  Tempahan pada hari bekerja terpaksa MaDiHaA tolak kerana keadaan tidak begitu mengizinkan.  Maafkan MaDiHaA ye.


Oklah kita teruskan dengan perkongsian resepi pula ye.  Untuk pertama kalinya... akhirnya muncul juga di blog mamawandiha pencuci mulut yang popular di setiap blog teman2 sejak lama dahulu.  MaDiHaA seperti biasa akan menjadi orang terakhir mencuba setiap kali muncul resepi2 yang menjadi viral di FB mau pun blog... bak kata orang... selalu ketinggalan keretapi... hahaha... 

Sebenarnya... agak risau nak mencuba sesuatu resepi bila melihatkan penggunaan gula dalam bahan2 yang begitu banyak. Sudah tentu ia begitu manis.  Sebab itulah berat rasa hati nak mencuba benda2 yang terlampau manis ni.  Takut tak mendapat sambutan bila dibuat nanti.  Tapi baru2 ni Tun Telani telah kongsikan resepi pavlova dari Maz Ilham Dapur yang katanya tidak begitu manis.  Jadi bila dapat resepi yang dikatakan tak begitu manis.. hati membuak2 ingin mencuba.  Alhamdulillah... akhirnya menjadi juga pavlova ku biarpun ia tidak begitu sempurna.  Kawan2 nak tau apa dah berlaku masa proses membuatnya? Masa MaDiHaA menyediakan bahan2... semasa menimbang gula kastor... tiba2 penimbang digital MaDiHaA menunjukkan tanda bateri sudah low.  Alamakk!! Sudahlah MaDiHaA tidak ada penimbang biasa untuk back up. Telur sudah siap dipecahkan, mau tidak mau MaDiHaA terpaksa agak2nya timbangan gula yang perlu digunakan.  Rasanya mungkin sukatan gula yang MaDiHaA gunakan agak kurang dari kuantiti resepi sebenar... tapi syukurlah ia menjadi juga.  Cuma.. ia agak lembut & mudah retak.  Rapuh sangat bahagian luarnya tu.  MaDiHaA sengaja buat nipis sahaja sebab memang takmau ia terlampau manis bila dimakan.  Alhamdulillah.. anak2 & suami sudi juga merasa bila dah siap dihidangkan sebagai pencuci mulut.  Mungkin sebab ada buah2 kegemaran mereka tu agaknya... hehehe... Syukur... habis juga 5 keping mini pavlova yang dibuat. Syukurlah tiada pembaziran..

Terima kasih kepada Maz untuk perkongsian resepi yang marbeles ni ye. Begitu juga buat Tun Telani yang mengoda2 akak dengan kata2 yang begitu buat hati ku tertawan untuk mencuba.. chewahh.. hehehe..  minta izin ye.. kongsi resepi di sini pula..


Pavlova

Resepi: Kak Maz Ilham Dapur Sumber: tun telani
Bahan-bahan 

  • 2 biji putih telur gred A - suhu bilik 
  • 115g gula kastor 
  • 1/2 sudu kecil jus lemon 
  • buahan segar secukupnya - strawberi/blueberi/kiwi manis (gold)


Cara  1. Panaskan oven suhu 130 C dan sediakan loyang yang telah dialas baking paper. 

2. Dalam mangkuk yang kering putar putih telur hingga berbuih, masukkan jus lemon dan putar hingga jadi berkrim, kemudian baru masukkan gula sikit-sikit sebanyak 4-5x masuk sambil diputar biar gula larut dulu selepas setiap kali masuk. Putar hingga jadi bertanduk, maksudnya bila kita angkat mata mixer tu telur tak jauh. Boleh berdiri macam tanduk gitu, harap boleh paham la deh ayat ni. 

3. Tuang atas loyang dan ratakan buat bentuk bulat biar tinggi sikit saiz lebih kurang sebesar piring, sebab nanti dia akan mengembang sikit. -tun masukkan dlm piping beg, jd lbh senang nk bentukkan

4. Bakar dalam oven selama 35-40 minit atau bergantung pada jenis oven juga. Bila dan masak buka sikit pintu oven dan biarkan sejuk dalam oven dulu selama 10 minit. Kemudian keluarkan dan sejukkan sepenuhnya. 



**Nota ilhamdapur : Pastikan telur yang digunakan suhu bilik, tidak ada sedikit pun termasuk kuning telur, telur baru, maksudnya bukan telur yang dah berminggu duk kat suhu bilik. Pastikan mangkuk serta mixer yang digunakan benar-benar kering dari kesan minyak dan air. Mixer juga mempengaruhi hasil pavlova, stand mixer lebih dicadangkan kerana masa yang diambil untuk putar telur dengan sempurna tidak lama berbanding hand mixer yang boleh menyebabkan banyak udara terkumpul, tapi ni maz guna handmixer je. Oven pun memberi kesan pada pavlova yang dihasilkan dari segi warna dan teksurnya dengan masa yang dicadangkan. Jadi kena tahu suaikan oven masing-masing, ni maz guna built in oven. 


Lapisan Krim 

  • 100ml whipping cream UHT 
  • 2 sudu besar gula kastor 
  • secubit garam 
  • 1/2 sudu kecil jus lemon 


Cara : 

  • Putar semua bahan hingga kental, kemudian ratakan atas pavlova yang telah sejuk dan tabur buahan secukupnya. Sedia untuk dinikmati.

Selamat mencuba!


2 comments:

cahayahidupku.blogspot.my said...

Dah lama tak baking pavlova .. emmmm dapnyaaa :)

tun_telani said...

Terasa mcm nk buat lagi je bila tgk nii... tp susah nk jumpa whipping cream kotak kecik 😣 beli 1 liter whipping cream jenuh nk habiskan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...