Semasa MaDiHaA MC sebabkan operation hujung tahun lepas hingga awal Januari, ma kat kampong sempat juga datang menjaga MaDiHaA hampir seminggu lamanya. Masa ma ada kat rumah tulah MaDiHaA baru tau yang sayur yau mak tam atau romaine lettuce ni sedap sangat rasanya. Kisahnya... ma ikut suami ke pasaraya lalu dibelinya sayur tau mak tam ni & masakkan untuk kami semua. Masa tu ma hanya tumis rencah ikan bilis je sebab masa tu kan MaDiHaA belum boleh makan sos tiram lagi. Sejak tu barulah tau betapa sedapnya sayur ni. Sebenarnya dah lama MaDiHaA nampak sayur ni kat pasaraya, tapi tak pasti apa nama sayur ni & tak tau pun ianya boleh dimasak ataupun dimakan mentah. Jadi memang tak berani nak belilah. Oleh kerana nak tau nama sayur ni.. MaDiHaA kongsi kat facebook & bertanyakan kawan2 apa nama sayur ni. Ramai kawan yang respon & kongsikan nama sayur ni.. & sejak tu barulah tau yang nama sayur ni yau mak tam atau romaine lettuce yang mana ia juga spesis salad yang boleh dimakan mentah atau dimasak. Sejak dah tau kesedapan sayur ni.. keraplah juga MaDiHaA beli sayur ni kalau ke pasaraya. Barulah MaDiHaA perasan ada dituliskan nama YMT kat peket sayur tu. Rupa2nya ia singkatan nama yau mak tam. hehehe... Sapa2 peminat sayur bolehlah cuba beli sayur ni ye. Memang sedap. Manis & rangup! Anak2 pun suka makan sayur ni.
ROMAINE LETTUCE / YAU MAK TAM & CAPSICUM SOS TIRAM
Bahan2
3 pokok romaine lettuce/yau mak tam
1 biji capsicum merah/kuning
4 ulas bawang putih
3 sudu besar sos tiram
minyak masak secukupnya
sedikit air
Cara menyediakan
1. Romaine lettuce atau yau mak tam dikopek daunnya sehelai2. Cuci & toskan.
2. Capsicum dipotong ikut selera masing2. Bawang putih diketuk.
3. Panaskan minyak masak, tumis bawang putih hingga wangi & kekuningan, Lalu masukkan romaine lettuce serta capsicum. Kacau rata. Masukkan sos tiram & sedikit air jika perlu. Kacau sebati & bolehlah matikan api. Tak perlu masak terlalu lama sebab kedua2 sayur tu sedap dimakan rangup2.
Selamat mencuba!
2 comments:
wah2 mentang2 dh jth cinta asik msk syr itu je ek kak... mkn mentah boleh msk pun boleh... ok jgk tuh kn
bestnya msk2...
jenguk blog sy andai sudi
http://hadizah.blogspot.com
Post a Comment