Tuesday, April 28, 2015

Apam Isabella



Assalamualaikum & salam sejahtera...


Bersua lagi kita hari ni.  Terasa lega sikit bila kerja dah semakin reda. E-filling suami & MaDiHaA pun dah siap submitted.  Fuhh.. legaa rasanya...  


Oklah hari ni MaDiHaA kongsikan resepi apam isabella yang kiut miut ni ye.  Alkisah seorang customer MaDiHaA bertanyakan untuk order apam polkadot yang mana MaDiHaA dah seakan merajuk nak membuatnya sejak2 dapur lama dah rosak tempohari.  Dapur yang kami beli sebagai ganti nampaknya apinya terlalu besar & agak susah nak kawal kecik besar apinya.  Seperti yang anda sedia maklum nak buat apam polkadot atau apam ladybug ni kita kena pandai ejas api dapur.  Kalau tersilap walau sikit je apam kita pasti akan rosak. (rosak tak boleh jual.. tp masih boleh dimakanlah ye)  Samada apam akan merekah jika api terbesar sedikit ataupun apam akan jadi bantat sekiranya api terkecil sangat.  Memang sensitif!  Sebab tu kadang tu bercinta juga nak ambik tempahan apam tu.  Disebabkan dapur baru MaDiHaA memang jenis api besar... & dah banyak kali MaDiHaA kecewa dengan hasil apamnya sebab asyik merekah aje & terpaksa bancuh adunan baru.  Akibatnya berlakulah pembaziran.. siapa nak makan apam yang merekah tu? Anak2 pun dah jemu makan apam.  Jiran2 pun dah jemu asyik dapat apam je.. hehe. Jadi MaDiHaA buat keputusan untuk kurangkan menerima tempahan apam polkadot atau dengan erti kata lain, seboleh2nya MaDiHaA akan tolak tempahan apam polkadot.  Mungkin untuk sementara atau mungkin juga buat selamanya.. hihi..  Tengoklah mcamana ye.. kot2 tergerak hati nak beli dapur lain ke kan? haha.. Tak ramai yang sanggup buat tempahan apam polkadot tu sebabnya kerjanya cerewet.. & jaga apinya juga susah. Untung tak banyak.. tapi memakan masa yang agak lama untuk menyiapkan.

Oklah berbalik kisah apam isabella ni.. oleh sebab tak dapat buat apam polkadot permintaan customer.. jadi customer minta buat kuih lain yang sesuai sebagai ganti & customer bersetuju bila MaDiHaA cakap kalau nak apam isabella atau apam mekar bolehlah MaDiHaA buat.. jadi itulah terjadinya apam isabella kat dapur MaDiHaA ni... 

Sebelum tu nak ucapkan terima kasih pada Sweet Red Cherry kerana berkongsi resepi ni & akak minta halal ye sebab gunakan resepi ni untuk jualan.  Minta izin ye kongsi resepi ni kat blog akak pulak..
 


APAM ISABELLA
Sumber : MaDiHaA aka Ratna

BAHAN:
3 cwn tepung gandum } ayak
1 sk baking powder     } bersama
3 biji telur sejuk ( dr peti ais ) (MaDiHaA guna gred A)
2 cwn gula halus (MaDiHaA guna 1 3/4 cawan sj)
1 sm ovallete
1 cwn ice-cream soda ( boleh juga guna sprite )
2 sk esen ros (MaDiHaA guna 1 sudu kecil sj)
pewarna pink

CARA MEMBUATNYA:

- Panaskan kukusan terlebih dahulu.
- Pukul telur, gula halus dan ovallete sehingga kembang dan pekat ( putih ).
- Kemudian masukkan tepung gandum dan baking powder yang telah diayak tadi. Putar lagi.
- Masukkan ice-cream soda dan esen ros. Putar sebati.
- Bahagi aduanan kepada 2 bahagian. 1 bahagian bubuh warna pink. 1 bahagian warna asal.
- Tuang adunan ke dalam acuan / papercup secara selang seli. 
- Kukus selama 20 minit.

* Nota: Api yang digunakan jangan terlalu besar, sedarhana saja.
* Adunan yang aku buat ni menghasilkan 30 biji apam..buat 1/2 adunan jika terlalu banyak.

-Selamat Mencuba-

6 comments:

Sweet red cherry said...

Waaaah..comelnya apam Isabella akak tu..hehe..jangan risau la Kak..resepi tu wana halalkan..kita share ilmu dan praktik sama2.. ^_^

cahayahidupku.blogspot.my said...

Memang cantik menawan tu Madihah..
Tambahan pula pink colour..
Lagi tergoda akak tengok..
Emmm dah lama juga akak tak mengapam ni :)

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

saya memang salute dgn kwn2 yg ambil tempahan apam polka dot tu kak.. sebab kerjanya amat renyah.. penat dan rasanya mcm tak berbaloi.

norhidana said...

comei kembang mekar je kak... dana sampai skrg tak penah lg bt apam2 comei gini.. blum sampai seru kot... sedangkan bkn main banyak resepi dh amik kui3

Latifah said...

wah.. menawan betol apam issabella.. cantik kembang mekar.. will try insya allah
LatifahFazri

Unknown said...

wii sedapnya...




Obat Jelly Gamat Gold G

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...