Alhamdulillah bersua lagi kita di hari Jumaat penghulu segala hari. Bersyukur kerana masih dipinjamkan usia & bernafas hingga ke hari ini. Allahuakbar.. Allahuakbar.. Allahuakbarrrr.... Aku bersyukur dengan segala nikmat pinjaman dari MU ya Allah... Alhamdulillah di atas segala rezeki yang kau berikan... amin..
Ok jom MaDiHaA kongsikan resepi Bingka Pisang yang MaDiHaA buat baru2 ni. Sedap! Sememangnya MaDiHaA suka apa2 saja juadah yang diperbuat dari pisang. Pisang dah terlajak masak ni.. jadi tak perlu letak gula banyak ye. Sesiapa yang suka manis2 boleh tambah lagi sukatan gula untuk beberapa sudu... bagi MaDiHaA sukatan di bawah dah ok di tekak kami sekeluarga.
BINGKA PISANG
Resepi : MaDiHaA aka Ratna
Bahan2
2 1/2 cawan pisang lenyek
1 cwn tepung gandum
1 sudu besar tepong jagung
1/2 cawan gula pasir (kalau suka manis boleh tambah beberapa sudu gula lagi)
2 cwn santan sederhana pekat (dari 1 biji kelapa)
2 biji telur
1/4 sudu kecil garam
2 sudu besar butter yang dicairkan
Bahan tambahan
butter tambahan untuk loyang
bijan hitam atau putih secukupnya
Cara Menyediakan 1. Pukul ringan telur kemudian campur ke dalam santan berserta garam dan kacau seketika.
2. Dalam mangkuk mengadun, campurkan tepong gandum, tepong jagung serta gula pasir & kacau ratna menggunakan whisker. Tuangkan larutan santan sedikit demi sedikit sambil digaul rata.
3.Masukkan pisang yang dilenyek tadi & gaul sebati. Campurkan butter cair & gaul lagi hingga betul2 sebati.
4. Masukkan ke dalam loyang yang telah dilenser dengan butter. Tabur bijan secukupnya. 5. Bakar 180C selama 1 jam atau sehingga masak. (oven on atas bawah ye)
6. Jika menggunakan acuan bunga pecah 8, masukkan 1 sudu kecil butter ke dalam loyang & panaskan atas dapur gas hingga butter cair menggunakan api kecil. Masukkan adunan bingka sehingga penuh, taburkan bijan & masak sekejap atas dapur gas selama 3 minit. Alihkan loyang bunga pecah 8 ke dalam oven suhu 175C dan bakar selama 50 minit atau sehingga masak.
7. Sejukkan dahulu sebelum di potong.
Selamat mencuba!
1 comment:
Saya sedang mengkonsumsi Obat Rematik Jelly Gamat Gold G apakah aman mengkonsumsi makanan seperti ini???
Post a Comment