Assalamualaikum & salam sejahtera....
Takde resepi hebat hari ni.. share resepi peria goreng jelah yek. haha.. Senang kerja MaDiHaA sekarang sebab ada stok Sambal Tomato Marbeles banyak dalam peti sejuk. Nak goreng sayur campurkan aje sambal ni 3,4 sudu. Nak goreng nasi pun mudah.. mayang bawang... pastu masukkan sambal tomato tu sikit, masukkan nasi gaul2 dah siap nasi goreng. Motif buat sambal tomato banyak2 ni bukan sebab rajin sangat. Tapi sebab takmau membazir. Sejak ambil tempahan pulut kuning ni banyak sangat tomato bergolek2 dalam peti sejuk. Kulitnya dah diambil untuk buat bunga ros tomato hiasan pulut kuning. Yang tinggal isi dalamnya. Kadang berkilo jugak dibuatnya. Sayang nak buang tau. Mujurlah juga stok udang kering pun banyak jugak jadi bolehlah buat sambal tomato yang marbeles ni. Selain boleh dimakan terus dengan nasi cicah dengan ulaman... boleh juga digunakan dalam masakan. Jadi pes goreng-goreng gitu. Tak perlu susah2 nak tumbuk cili dengan ikan bilis bagai. Jom sesiapa yang teringin nak buat sambal tomato boleh klik DI SINI ye.
Peria Goreng Sambal Tomato
Bahan2
1 biji peria kambas ~ dihiris
3 ulas bawang merah ~ dihiris
2 ulas bawang putih ~ dihiris
3 ~ 4 sudu besar sambal tomato (ikut selera sendiri nak letak lebih pun boleh)
garam jika perlu
minyak masak
Cara2 menyediakan
1. Panaskan minyak & tumiskan bawang merah & bawang putih hingga wangi. Masukkan sambal tomato. Gaul rata.
2. Masukkan peria & gaul sebati. Jika perlu boleh tambah sikit air & garam. Bila peria masak bolehlah hidangkan.
Selamat mencuba!
2 comments:
menarik kak...peria ni sayur peberet laki lieya...lieya dah printskrin nanti nak try...akak percaya tak sebijik peria tu leh masak sampai 3 kali sebab lieya mmg masak khas utk laki lieya jek hahahah..lieya tak mkn peria...
sedapnya....Obat Asam Urat
Post a Comment