Thursday, May 7, 2015

Roti Kentang

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Pagi ni kongsi resepi roti kentang yang dah lama MaDiHaA tak buat.  Roti ni memang sesuai sangat dibuat sebagai sarapan pagi.  Cicah dengan teh o atau teh panas memang sedap!  Minggu lepas sempat juga MaDiHaA uli roti kentang sebanyak 1 kg tepong untuk dibawa pulang ke kampong buat juadah sarapan pagi untuk orang rewang masa kenduri rumah mertua.  Kenduri 2 in 1 gitu.. sambut menantu atau kenduri doa selamat & juga kenduri majlis bertunang yang dibuat serentak. Syukur semuanya berjalan lancar.   Selain roti.. sempat juga MaDiHaA siapkan muffin untuk goodies bag & juga sebiji kek kurma moist.  Alhamdulillah.. semua licin.. hehe..  Berbaloi baking balik dari kerja hari Khamis tu sampai ke pukul 4.30 pagi sebelum bertolak balik ke Raub.. hehe...

Ok jom kita tengok resepi roti kentang ni... harga roti sekarang bukan main mahal lagi harganya kan?  Jom kita buat sendiri roti kentang...


 
ROTI KENTANG
Resepi asal: Ros Onigiri
Diolah penyampaiannya oleh MaDiHaA aka Ratna
 
Bahan-bahan Doh
(dpt dlm 12 bun kecil)

250 gram tepung roti/tepung high protein
70 gram kentang yang telah direbus (buang kulit baru timbang & rebus)
100 ml susu segar

2 sudu besar susu tepung
3 sudu besar gula kastor
2 sudu besar marjerin / butter
4 gram yis ( 1½ sudu kecil)
1 biji telur gred A (dipukul sedikit)

Bahan-bahan Sos kastard


2 sudu besar tepung bird custard
1 cawan susu segar
2 sudu besar gula






Cara Menyediakan
1. Campurkan semua bahan sos custard dlm periuk dan kacau menggunakan whisker hingga semua sebati.
2. Masak di atas api yg paling perlahan sehingga pekat sambil sentiasa dikacau menggunakan whisker agar tidak bergentel.
3. Bila dah agak likat. Matikan api & sejukkan sos. Masukkan dalam piping bag & ketepikan dulu.
4. Kisar halus kentang rebus bersama susu segar. (resepi asal kentang dilenyek yer.. MaDiHaA memandai kisar) Tuangkan ke dalam bekas mengadun. Masukkan gula & telur lalu dikacau2 sedikit (kacau2 lebih kurang je)
5. Dalam bekas yg lain.. gaulkan tepung roti, yis segera, susu tepung hingga rata.
6. Masukkan bancuhan tepung tadi ke dalam bancuhan kentang sedikit demi sedikit sambil digaul rata. Uli sehingga menjadi doh yg lembut. (Jika doh terlalu lembik boleh tambah sikit tepong.. ikut resepi asal doh memang agak lembik sikit.. kalau uli guna BM takde masalah)
7. Masukkan marjerin / butter & uli lagi hingga doh menjadi licin & elastik.
8. Tutup doh dengan plastik & perap hingga doh naik 2 kali ganda. (Cara MaDiHaA.. panaskan oven kejap..tutup suis oven.. pastu masukkan bekas doh tadi dlm oven & biar dia naik.. kejap jer dah naik.. ni petua dari Chef Anuar Deraman). Sementara menunggu tu gliskan loyang dengan sedikit marjerin .
9. Bila doh dah naik tumbuk2 doh utk mengeluarkan angin. Lumur tangan dengan sedikit marjerin agar doh tak melekat2 pd tangan. Bahagikan doh kepada beberapa bebola yg kecil ikut saiz loyang anda. (MaDiHaA dapat 12 biji)
10. Bulat2kan ketulan2 doh tadi & susun di atas tray & biarkan ia naik sekali lagi.
11.Panaskan oven dengan suhu 180C. (ikut oven masing2 ye.. MaDiHa guna 175C). Potong sedikit hujung piping bag sos kastard tadi lalu paipkan sos kastard di atas permukaan bun mengikut kreativiti anda.
12.Bakar roti selama 25 minit atau sehingga permukaannya nampak keperang2an. Glis permukaan bun dengan sedikit marjerin sejurus dikeluarkan dari oven. Sedia dihidangkan



Selamat mencuba!

4 comments:

Unknown said...

wah sedap ni dah lama kaknoor tak meroti lah

Che Sall said...

Assalam. Nk mintak izin copy resepi yer...da lama nk buat ni belum terbuat lagi. TQ

adda syuhada said...

hmmmm sedapnya.... bikin perut keroncong jer...

Cik Ecah said...

lahaiii gebuuunya roti potato tuh!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...