Friday, January 15, 2010

Jeneket

Resepi unik & tak pernah diketahui kewujudannya. Teringin untuk mencuba.. resepi ini di ambil dari blog Rozzan.. TQ bro kerana rajin berkongsi resepi2 org lama..
JENEKET
Sumber : Bro Rozzan

Bahan-Bahan
100 gm tapai ubi
1 biji telur (saiz besar, kalau kecil gunakan 2)
200 gm gula pasir (boleh kurangkan sbb agak manis)
1 sudu teh garam
¼ sudu teh yis segera
1 sudu teh baking powdersedikit pewarna kuning
600 gm tpg gandum1 sudu teh potas (atau bic.of soda)
½ cawan air
secukup minyak utk menggoreng

Cara :
Satukan tapai, telur, gula, potas, yis segera dan baking powder lalu dikisar hingga gula larut. Tuang ke dalam bekas besar. Setelah itu, masukkan air, pewarna kuning & garam. Akhir sekali masukkan tepung dan uli hingga rata. Perap selama 8 jam.Panaskan minyak dalam kuali . Ambil sedikit adunan, lalu dileperkan ditapak tangan (biar tipis sedikit) atau dicanai leper. Kemudian, masukkan ke dlm minyak yang banyak dan goreng dgn api sederhana sehingga masak.
Nota: Jika hendak mencanai adunan, taburkan sedikit tepung pada papan dan kayu penggelek. Anda bolehlah membuat bebola-bebola daripada adunan tadi. Kemudian ambil satu bebola lalu dicanai / gelek nipis2 lalu digoreng. Perlu diingat jika anda canai tebal kemungkinan kuih mentah di dalam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...