Ramai yang santai2 kat rumah hari ni kan...? Yela... hari ni kan Jumaat & cuti pulak tu.. kalau nak bawak anak2 keluar berjalan pun... rasanya.. lepas2 solat Jumaat tu oklah kot... Ibu2 bekerja semua.. hari ni mesti dah plan nak masak sedap2 untuk keluarga.... hmm.. masak apalah agaknya yer...
Oklah.. untuk resepi hari ni.. resepi ringkas saja. Sayur kegemaran ku.. tak kisah dimasak bagaimana cara sekali pun semua pun aku suka. Dibuat ulam pun sedap jugak.. cicah sambal belacan atau pun budu.. hmmm... makan tak pandang kiri kananlah jawapnya.. Kali ni aku goreng berperencah belacan.. Buat pedas2 memang sedap. Kali ni tumbuk lah juga cili padi. Lagipun.. Haziq & Alin memang tak suka sayur ni.. Kakaknya sorang je yg suka.. kakaknya tak kisah pedas pun dia balun jugak...
Kacang Botor Goreng Belacan by MaDiHaA
(ni resepi agak2 aje ni sebab tak catit pun masa masak...)
Bahan2
20 - 25 biji kacang botor/botol/kelisa (semua tu kacang yg sama) ~ hiris serong
10 - 15 biji cili padi* (ikut pedas masing2 ye)
7 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 inci belacan*
1 inci kunyit hidup* (kalau kunyit tua.. letak 1/2 inci je)
minyak utk menumis
garam jika perluaji jika suka
1/2 cawan air
Cara2
Tumbuk semua bahan2 bertanda *. Panaskan minyak lalu tumiskan bahan2 yang ditumbuk hingga wangi. Masukkan kacang yang dihiris & sedikit air. Masukkan semua bahan perasa (garam tak perlu byk sbb belacan dah masin) dan kacau rata. Bila nampak kacang layu sedikit bolehlah ditutupkan api & hidang.
Selamat memasak!
2 comments:
Emmm..Kacang botol..goreng belacan..
Sedap tu..Simple tapi menyelerakan..
Selamat tahun baru ye kak Madiha..
Salam Madiha,
Sedapnya nampak kacang botor tu...Nur pun suka buat ulam mkn ngan nasi panas2...mau bertambah 2 3 pinggan nasi...
Selamat Tahun Baru 2011 buat Madiha dan keluarga moga sentiasa dilindungi Allah dan berbahgia setiap saat dan waktu.
Post a Comment